Park Shin Hye

Fate {Malay}

'ShinHye, pergi buang sampah kat belakang tu' arah seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an kepada pekerjanya.'Ya, ibu !'balas ShinHye dengan senyuman terukir di bibir manisnya.

ShinHye POV

Park Shin Hye. Itulah namaku. Aku merupakan pelajar sekolah menengah. Keluargaku terdiri daripada mak , aku dan adik perempuanku. Dulu, aku ada 2 orang abang lagi dan seorang ayah. Aku tinggal di taman perumahan yang mewah. Hidupku di limpahi kesenangan yang teramat. Kalau aku nak apa-apa, petik jari je dapat. Best kan ?

Tapi tu semua hanyalah tinggal kenangan. Setelah kematian ayah, hidup kami porak-peranda. Sudah jatuh di timpa tangga pula. Tu je lah ayat yang dapat menggambarkan perasaan kami anak-beranak. Abang-abang aku yang masing-masing berumur lewat 20-an berebut-rebut ingin mewarisi harta ayah. Tiada apa yang tinggal buat kami 3 beranak. Tiada apa yang dapat mak buat. Mak cuba cakap ngan diorang. Tapi, diorang berkeras nak kuasai harta ayah.

Mak amik keputusan untuk bawa kami berdua berpindah dari Gangnam ke salah satu kampung kecil yang terletak di Busan. Dengan wang simpanan yang mak ada, kami berjaya menyewa sebuah rumah tradisional lama. Mak mengambil upah menjaga kedai runcit yang tidak jauh dari rumah kami.

Selang beberapa bulan, kami dikejutkan dengan berita kemalangan mak selepas kami pulang dari sekolah. Mak dikatakan dilanggar oleh sebuah kereta four wheel drive ketika dalam perjalanan pulang dari bank. Akibat kemalangan tersebut, mak lumpuh. kedua-dua kakinya tidak dapat berfungsi lagi.

Melihat keadaan mak, aku membuat keputusan untuk tidak membenarkan mak bekerja lagi. Selaku anak perempuan sulong, aku menawarkan diri untuk bekerja mencari rezeki untuk menyara kehidupan seharian keluarga. Pada mulanya, mak membantah. Mak marah dengan tindakkanku. Namun, dia tiada pilihan lain.

Seorang jiran yang merangkap ibu angkatku, menawarkan aku bekerja di restorannya. Kami sekeluarga amat menghargai jasanya. Dia sangat prihatin akan kehidupan kami. Tiada kata yang dapat kami ungkap bagi menzahirkan rasa syukur kami kerana memiliki jiran sepertinya.

Ibu angkatku memiliki seorang anak lelaki bernama Jung Yong Hwa. Dia juga merupakan ibu tunggal, sama seperti mak. YongHwa merupakan rakan sekelasku. Dia ni pandai jugaklah.. Dia menjadi pesaing aku dalam kelas.

POV tamat

'Woi, kak! Menung apa tu?'soal YongHwa sebaik sahaja dia mendapatkan kerusi lalu duduk bertentangan dengan ShinHye.'Takde papelah..'balas ShinHye selamba.'Makan gaji buta eh?' soal YongHwa lagi sambil menjeling ke arah buku sekolah yang berselerak di atas meja restoran tu.

'Tak nampak ke restoran ni kosong? Kau nak aku buat kerja apa, cik abang oi?' Mendengar kata-kata ShinHye, YongHwa dengan sengajanya menumpahkan kopi dia atas meja di sebelah mereka.'Sekarang??'YongHwa tersenyum jahat sambil mengangkat keningnya sebelah.

'Hish, budak ni kan !!' jerit ShinHye perlahan.'Nasib je kau anak tauke restoran ni. Kalau tak, dah lama aku halau kau!' bisik hati ShinHye.Tiba-tiba kepala YongHwa diketuk dari belakang menggunakan penyapu. 'Adoi! Sakitlah ibu!' jerit YongHwa sambil menggosok-gosok kepalanya.

'Kau ni memang tak de kerja eh? Daripada kau duk kacau ShinHye tu, lebih baik kau pergi sapu lantai' Puan Jung memberi arahan kepada anaknya. 'Apa ni bu? ShinHye lah yang sepatutnya sapu. Dia kan pekerja kat sini..' rungut YongHwa malas. 'Kau tak nampak ke dia tengah study tu? Bukan macam kau, pemalas!' jawab Puan Jung dengan suara yang agak tinggi. Dia sengaja menaikkan suaranya supaya YongHwa berasa takut.

'Hish..'YongHwa masih lagi merengek.'Cepat!!' Puan Jung mencubit lengan YongHwa pula. Bagi mengelakkan dirinya dipukul atau dicubit lagi, dia segera mengambil penyapu daripada tangan Puan Jung lalu memulakan kerja menyapu restoran yang tak delah besar mana tu.

ShinHye terketawa kecil melihat telatah mereka. Jam di dinding menunjukkan pukul 5 petang. Waktu kerjanya telah tamat. Dia sepatutnya mengambil adiknya dari sekolah pada waktu itu. Dia mula mengemas buku sekolahnya lalu memasukkannya ke dalam beg. 'Ibu, ShinHye kena amik MinYoung sekarang' kata ShinHye kepada Puan Jung, mak angkatnya yang digelar "ibu". 'Oh, dia ada study group ke?' soal Puan Jung.'Ha'ah..' balas ShinHye pendek.

'Pergilah.Hati-hati dalam perjalanan' pesan Puan Jung dengan penuh prihatin. 'Ceh! Caring sungguh ibu dengan anak angkat dia tu..Anak kandung dia ni?Huh, nasib..' bebel YongHwa seorang diri.

Hi, readers ! Akhirnya, saya berjaya update chap pertama !! Yeay!! Alhamdulillah.. :D Sorry sebab chap ni agak pendek. Thanks semua kerana sudi membaca ff saya . Mohon upvote, subscribe and tinggalkan comment ye? Hehe^^ Again, thank you very much ! <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
Dear readers, saya mints maaf kerana ff ni akan tergendala buat beberapa minggu kerana saya akan fokus kepada ff saya yg pertama iaitu BESTIE. Harap maklum.

Comments

You must be logged in to comment
Starligthangelcnblue #1
sila dalam bahasa inggeris saya tak faham
Starligthangelcnblue #2
eonnie please do it in english
Hawaali #3
Chapter 1: Too bad I can't read it what language is this I wish I can understand it
missymissyongshin #4
Can't understand..which language? :(
jacqueline1215 #5
Too bad i cant read it..
vanishinglove #6
Chapter 1: kesian shin hye hahaha