What?My Boss?

You're Mine 2

           Pintu bilik air dibuka. Dia keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan dirinya. Rambutnya yang basah dikeringkan dengan sehelai towel. Setelah itu,towel tersebut diletakkan atas katil. Sofa yang menghadap tingkap diduduk. Seorang orang gajinya masuk ke dalam biliknya.

“Mana butler Kang?” Majalah wanita yang berada di atas meja bulat dicapai sebelum dibaca.

“Dia sedang meeting dengan Tuan Lim dekat Hotel Rising Star.” Towel yang berada di atas katil diambil. Min Ji mengangguk perlahan. Tiba-tiba dia teringat tentang kejadian di café hello kitty tadi. Menyesal dia pergi sana. Tapi kalo dia jumpa lelaki tu balik, dia akan pastikan lelaki itu akan melutut depan dia minta maaf. Harap muka je handsome,tapi hati busuk!

“Miss?Miss?Miss?!” Bahu Min Ji digocang perlahan apabila sedari Min Ji tidak mendengar percakapannya. Min Ji tersedar dari mengelamun.

“Ha? Ye ada apa?” Majalah wanita diletak semua ke tempat asal. Orang gajinya tersenyum.

“Kawan-kawan Miss akan sampai tak lama lagi.” Jelas Orang gaji tadi. Selang beberapa saat,Kawan-kawan Min Ji sudah pun berada di dalam bilik Min Ji. Min Ji tersenyum. Hilang terus rase penat dan kemarahan terhadap lelaki tersebut. Orang gajinya terus meminta diri. Min Ji hanya mengangguk sahaja.

“ Unnie! Macam mana first day jadi maid?Best? ” Tanya Mie ra. Min Ji  menggeleng kepala. Hana,Hye Ji dan miera mula mengambil tempat masing-masing di atas sofa bersebelahan dengan Min Ji.

“ Penat tau tak. Mop rumah la. Sapu rumah la. Kemas bilik la.Macam macam lah dia suruh buat. Nasib baik boss tu tak suruh masak. Dah la unnie tak reti masak.” Kata Min Ji sambil buat muka kesian pada kawan-kawannya.

“Sapu rumah? la..vacuum kan ada. Buat apa nak sapu. Ala..kalo boss unnie suruh unnie masak,unnie order je lah dekat kedai. Boss unnie bukannya tahu pun.” Kata Hana. Min Ji terdiam. Otaknya ligat berfikir tentang kata-kata dari Hana.

Iya tak ye jugak. Kenapa dia tak buat apa yang Hana cakap erk?Dia ni nama je CEO syarikat SHO,tapi tak terfikir pulak nak buat benda tu. Min Ji mengetuk perlahan kepalanya.

“Tapikan kalo terkantoi,macam mana? ” Tanya Min ji.

“Pandai-pandailah unnie cover sendiri. Unnie kan pandai.”Balas Hye Ji. Lipstik yang berada di dalam handbeg dikeluarkan sebelum dipakai. Min ji mengeleng kepala. Dah malam-malam pun nak pakai lagi ke?

“ By the way,handsome tak boss Unnie? "

" Dia baik tak? ”

“ Cute tak? ”

“ Tinggi dia macam Kwang soo tak? ”

“ Romantic tak? ”

Min Ji ternganga apabila ditanya pelbagai soalan dalam satu masa oleh Miera,Hye Ji dan Hana. Min Ji menggaru kepala yang tidak gatal. Ingatkan kesian dekat aku tapi pergi tanya rupa bossnya pulak. Haih..

“ Unnie belum jumpa dia lagi. Maksud Unnie, Kiteorang belum Face to Face lagi. Unnie..” Belum sempat Min Ji menghabiskan ayatnya, Mie ra terlebih dahulu memotong percakapannya.

“Huh?! Unnie tak jumpa lagi? Habis tu macam mana dia bagi arahan dekat Unnie?” Kepala Miera diketuk perlahan. Tak reti sabar!

“Dengar lah dulu! Pagi tadi dia ada call unnie. Unnie sendiri pun tak tau macam mana dia boleh dapat nombor unnie. Tiba-tiba je call. Then dia cakap dia ada meeting so tak dapat jumpa. Dia kata dia ada tinggalkan note pada setiap sudut dekat rumah tu. Dan unnie kena buat semua yang dia tulis dekat note tu.” Kata Min Ji.

“ Unnie ada tengok gambar Boss unnie yang tergantung dekat dinding rumah dia. Tak Handsome tapi Cute sebab dia ada lesung pipit. Tu je la yang Unnie tahu. Oh ya! Dia tu cerewet. Semua benda kene bersih. Padahal time unnie masuk rumah dia, bersih dan kemas je rumah dia. Cantik pulak tu.” Kata Min Ji lagi.

“Cute?! Ada lesung pipit?! Warrhh! Kalau dapat boss unnie, perhh 24 jam duduk menghadap dia pun tak apa.” Ujar Hye Ji. Dia mula terbayang-bayang muka lelaki yang dikatakan oleh Min Ji.

“ Eh! kau ni. Dah ada Jin,nak ambik orang lain pulak.” Kata Hana.

“ Eh kau ni Hye Ji! Bab kata orang dah bagi Pizza nak KFC pulak!” Kata Miera pulak.Hye Ji memuncungkan bibirnya. Nak gurau pun tak boleh.

“ Mana kau belajar benda tu huh?” Soal Hana. Memandai je tukar peribahasa tu.

“ Dari Onew oppa! Dia pandai tau.” Mie ra menjawab.

“Banyak lah kau punya pandai! Yang kau pergi ikut apa yang dia cakap buat apa?" Marah Hana. Mie ra sudah memuncungkan bibirnya. Ha,merajuklah tu.

“Eh! Dah-dah jangan nak gaduh. Mamat tu mesti dah ada girlfriend punya. Korang semua dari mana ni?Tiba-tiba nak datang rumah Unnie pulak.Ada apa-apa ke?” Miera sudah tersengih-sengih memandang Min Ji.

“Unnie,Hari ini kan hari rabu.” Kata Hye Ji. Kening Min Ji terangkat. So? Kenapa dengan hari rabu?

“Jom tengok bunga api! Firework!” Ujar Miera dengan gembira.Boleh dikatakan setiap minggu mereka berempat akan pergi ke Han river untuk melihat bunga api yang dimainkan.Min Ji mengeleng kepalanya. Tak bosan ke asyik tengok bunga api je?

“ Tak nak! Unnie penatlah..esok kena bangun awal lagi.” Min Ji bangun dari sofa yang dia duduk. Katilnya yang empuk dihempas. Bantal peluk kesayangannya dipeluk erat. Matanya dipejam rapat.

Miera,Hana dan Hye ji yang masih duduk di sofa bermain mata sesama sendiri. Hye ji menepuk paha Hana.

“Hana! Pergi lah pujuk! Kau kan pandai pujuk orang!” Bisik Hye Ji pada Hana.Hana mencebik.Aku pulak yang kena.

“Hana! Pergilah. Nanti kalau unnie dah tidur ,susah la pulak!” Bisik Miera pulak. Hana melepaskan keluhan kecil.

“Fine! Aku pergi pujuk.”

Katil Min Ji didekati. Teragak-agak Hana mengoncang bahu Min Ji. Min Ji hanya buat tak tahu sahaja.

“Unnie..Jomlah..sekejap je kita pergi.Lepas dah habis,kita balik lah. Hana dah lama tak tengok firework tau. Unniee..” Pujuk Hana.

Dah lama tak tengok? Huh! Tiap-tiap minggu tengok pun boleh cakap dah lama tak tengok? Bahu Min Ji digoncang lagi. Min Ji bergerak sedikit sebelum menutup mukanya dengan bantal peluknya.

“Unnieeeeee....”

Min ji berderus kasar.Haih!Budak-budak ni. Karate kang!

“Unnie! Jom lah. Unnie tak kesian ke dekat adik-adik Unnie ni.” Hye Ji pulak yang pujuknya . Miera sudah buat muka kesian.

Bantal peluk yang menutupi muka Min Ji ditarik lalu diletak ketepi. Min Ji memandang kawan-kawannya.

“Unniee..please..Kiteorang takutlah  keluar malam-malam tanpa unnie macam ni.”Pujuk Miera. Min Ji mengeluh.

“Fine! Unnie ikut. Tapi janji lepas habis firework kita balik. Unnie esok kena kerja. Penat tau !”  Miera,hana dan Hye ji sudah tersenyum keriangan.

 Min Ji bangun dari baring lalu mencapai sweaternya yang sudah tergantung di almarinya. Dipakai sweaternya lalu mengikat rambutnya.Dia sempat lagi menilik penampilannya di hadapan cermin.Hanya dengan baju biasa yang ditutupi oleh sweater dan seluar track membuatkan dia tersenyum. Dah malam,tak ada siapa yang nak tengok! Simple is pretty!

      Bunyi bising di sekitar Han river akibat pertunjukkan bunga api langsung sedikit pun tidak menarik perhatian Min Ji. Min Ji menjeling pada 6 orang yang sedang duduk berdekatan dengannya

 “ Hoi! Boleh pulak korang berdating dekat sini?Habis tu kenapa ajak unnie? ” Min Ji memandang Miera,Hye Ji dan Hana sedang duduk dengan teman lelaki masing-masing.Onew,Jimin dan Jin tersengih-sengih memandang Min Ji yang sudah bermasam muka.

“ Sebab omma kata kalau nak dating malam-malam kena ajak orang yang lebih tua,baru selamat. Kan Onew oppa?” Kata Miera sambil memeluk lengan Onew yang berada disebelahnya. Min Ji mencebik.

“Banyak lah kau! Tu pak we kau tu kan ada. Lebih tua dari Unnie pulak tu.” Ujar Min Ji sambil memuncungkan bibirnya. Onew tersengih.

“Ala..Min Ji..janganlah marah. Manalah tahu nanti tiba-tiba TERjumpa lelaki kesukaan Min Ji dekat sini.” Kata Onew. Miera yang berada disebelahnya sudah membuat muka.

“ Tumbuk Kau kang! ” Tangannya yang digumpal ditunjukkan kepada Onew.Onew tersengih. Min Ji memandang ke arah Jimin dan Hana.

“Yah! Jimin! Tangan tu jangan letak dekat bahu saya lah sakit tau!” Tangan Jimin yang berada di bahu Hana ditolak.

“Ala..awak ni. Orang yang couple suka buat macam ni tau. Kan saya dah cakap panggil saya Jimin oppa.Jangan panggil Jimin sahaja. Tak sweet tau..” Balas Jimin.Hana mencebik.

“Oppa ke Oppo ke?Kesah apa saya.tak payah nak bersweet bagai.Geli tau tak.” Tangannya yang digengam oleh Jimin ditarik sebelum menolak Jimin ketepi.

“Awak ni..nanti saya cari lain,baru awak tahu! Menangis awak 7 hari 7 malam. Baru awak nak menyesal sebab tak panggil saya oppa.”

“Awak berani ke?” balas Hana. Min Ji mengeleng kepala. Gaduh tapi tetap couple jugak. Haih! Untungler. Kepala Min Ji di alihkan pulak pada Hye Ji dan Jin.

“ Sakit tengkuk la pulak tengok bunga api ni..” Kata Hye Ji sambil mengusap tengkuknya.Saja ingin menarik perhatian Jin yang berada di sebelahnya.

“Sakit tengkuk?Meh sini baring dekat bahu oppa.” Bahunya ditepuk-tepuk.Hye Ji tersenyum gembira.Dengan pantas,dia melentok kepalanya pada bahu Jin.Dalam masa yang sama,lengan Jin dipaut erat.

“Kesian sayang oppa ni..sakit tengkuk ye..” Hye Ji mengangguk perlahan. Kepala Hye Ji diusap.

Min Ji ternganga.Yang ini pulak terlebih sweet. Sugar free sangat! Tangan letak di atas bahu,mata pandang atas! Err..

Selang beberapa minit,Min Ji mula rasa bosan.Bukan bosan sebab pertunjukkan bunga api yang tak menarik perhatian dia, tapi sebab dia rasa ganjil di tengah-tengah Han river ni.Mana taknya semua yang berada di sini datang dengan pasangan masing-masing. Tapi dia? Haih..

“Guys!Nak pergi jalan-jalan kejap.nanti dah habis call tau.” Min Ji bangun dari duduk di atas rumput sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

         Gyu Rim melangkah masuk ke dalam rumah abangnya diekori oleh V. Gyu rim mula mencari kelibatan abangnya. Tak ada pun. Mandi kot. Sofa yang berada di ruang tamu diduduk.Dia berbangga dengan abangnya.Walaupun duduk seorang,rumahnya tetap kemas dan bersih. Bukan macam dia,sedangkan biliknya pun tak terkemas inikan pulak nak duduk rumah sendiri.Hoho

“Gyu Rim..”

“Hurmm..”

“I miss you so much!” Ujar V.Sejujurnya dia rindu akan girlfriend nya. Mana taknya rindu, seminggu boleh jumpa dua tiga kali sahaja. Sebab apa?Sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

“Really?”Tanya Gyu rim. V yang berada disebelah dipandang.

“Yes!Come! Give me a kiss.” Pipinya ditepuk-tepuk dengan jari telunjuknya.Muka Gyu rim sudah mula kemerahan.Gyu rim memandang sekeliling. Dengan sekelip mata,Gyu rim mencium pipi V.

L yang baru sahaja turun dari anak tangga terkejut dengan agenda yang berada di hadapannya.

“Woi! Nak berkising bagai pulak dekat sini! Jangan nak buang masa aku! Jom!” Telinga V terus ditarik. V menjerit kesakitan. Gyu rim sudah tergelak kecil. Abangnya memang pantang kalau tengok orang berkising atau bereplukan di hadapannya. Tapi setiap kali kalau nampak dia sedang berpelukan dengan V,pasti abangnya akan memarahinya. Dia sendiri pun tak tahu kenapa.

         “Gyu rim arh! Lambat lagi ke? Oppa dah ngantuk ni!” L memandang adik perempuannya yang sedang berdiri disebelahnya sambil melihat pertunjukkan bunga api.

“Uwah! Cantiknya!”

Eh!Eh!Budak ni. Aku tanya bukan nak jawab. Nasib baik adik aku kalau tak aku tarik telinga dia.

“V-yah! Kau tak bosan ke?” Tanya L pada V iaitu bakal adik iparnya yang berdiri di sebelah adiknya.

“Tak!Sebab Gyu rim ada!”Balas V. L mencebik. Dua-dua same je. Elok lah tu.

“Gyu rim! Oppa nak pergi beli air chilsung.Nanti oppa datang balik.” Kata L.

“Yah V! Jaga adik aku ni. Aku pergi beli air chilsung  jap!” Kata L lagi. Melihat adiknya dan V hanya buat bodoh sahaja,dia meninggalkan mereka berdua. Daripada dia layan bunga api yang membosankan baik dia  pergi beli air.

“Kenapa dengan oppa awak tu?Tiba-tiba nak minum air chilsung pulak?Bukan dia tak suka ke minum bersoda?” Tanya V pada Gyu rim.

“Entah oppa tu.Biarkan la dia.”

“tapi kan bagus jugak dia tinggalkan kita berdua,boleh kita..” Pinggang Gyu Rim diraih.

“Yah! Jangan nak menggediklah.” Badan V ditolak ketepi.V memuncungkan bibirnya.Nak romantic sikit pun tak boleh.

“Awak ni tak sporting la..”

“Haih awak ni. Okay fine. Tapi pegang tangan sahaja. Saya malu lah.” V tersengih kambing.Pegang tangan pun pegang tangan lah.Daripada tak dapat.

        Duit dikeluarkan dari beg dompetnya lalu dihulurkan kepada cashier. Tin air chilsung diambil oleh L. Belum sempat cashier itu memulangkan bakinya, L meninggalkan kedai tersebut.

“ Encik! Tunggu! Duit belum ambik balik! ” Jerit Cashier tersebut. Min Ji yang baru ingin membuat bayaran terkejut dengan jeritan dari cashier perempuan tersebut.

“ Eh? Kenapa ni? ” Tanya Min Ji.

“Encik ‘lesung pipit’ tadi, lupa nak ambik baki dia.”

“Oh ye ke?Berapa ringgit?”

“Tadi dia bagi RM100 tapi dia beli air chilsung satu sahaja.” Jelas Cashier tersebut. Min Ji mengangguk perlahan.

“ Kalau macam tu,saya pergi kejar dia.Dompet saya,saya tinggal dekat sini kejap.Nanti saya datang balik! ” Kata Min Ji. Tanpa melengahkan masa,beg dompet miliknya dihulurkan kepada cashier tersebut sebelum duit yang berada ditangan cashier tersebut diambil.

Min Ji terus berlari keluar dari kedai tersebut.

“Mana lelaki lesung pipit nih?” Mata Min Ji meliar mencari lelaki yang dikatakan oleh cashier tadi. Mata dia terjatuh pada seorang lelaki yang sedang duduk di kerusi berdekatan dengan kedai tadi.

“Tu ke lelaki lesung pipit?” bisik Min Ji perlahan. Tapi kalau dia tak ada lesung pipit macam mana? Tiba-tiba dia teringat pada cashier tersebut.Cashier tu kata lelaki lesung pipit tu beli air chilsung!

Min Ji memandang lelaki tersebut sebelum memandang tangan lelaki tersebut. Dan yes! Ada tin chilsung dekat tangan dia, maknanya betul la.

Setapak demi setapak dia mendekati lelaki tersebut.Tiba-tiba  rasa takut mula menguasai dirinya. Tu la tadi berani sangat nak tolong cashier tu pulangkan duit.

“Err..Encik?En..cik...lesung pipit?”Tergagap-gagap Min Ji menegurnya lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki tersebut memandang Min Ji dengan pandangan tajam.

Min Ji dan lelaki tersebut mula pandang sesama sendiri.

“oohhoo!! Ni mamat yang ambil tempat aku dekat café Hello Kitty tu kan! Mamat tak guna!!” Getus Min Ji dalam hati.

“Ceh! Perempuan ni lagi!dah lah buat baju aku kotor! Tiba-tiba datang dekat aku kenapa? Nak mintak maaf lah tu.” Kata L dalam hati.

“Hoi! Mamat curi tempat!  Cuba senyum sikit!” berkerut dahi L.

“Excuse me? Mamat curi tempat? Hello! Saya yang jumpa tempat tu dulu!”

“Eh?! saya yang jumpa dulu tau!Disebabkan awak lah saya tak jadi minum hot coklet!” Kata Min Ji yang tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki yang berada di hadapannya. L bangun dari kerusi yang diduduk. Tin air chilsung yang sudah kosong dicampak ke tong sampah berdekatan dengannya.

“Disebabkan awak lah kemeja saya kotor!Kemeja saya mahal tau! Saya beli dekat Paris. Awak ingat senang ke cari kemeja macam tu?” Balas L.

“Setakat kemeja buat apa? Berlambak kemeja dekat pasar malam la.” Pinggangnya dicekak.Terus lupa niatnya yang nak pulangkan duit pada ‘Encik Lesung pipit’.

“Eh? awak ingat paris ni dekat ke? Awak ni memang orang miskin betul la. Lain la awak,semua baju beli dekat PASAR MALAM!” Min Ji mengetap bibir.Nak sahaja dia cekik orang yang berada di hadapannya.

“Hey Mamat curi tempat, jaga sikit ayat awak tu.Macam lah awak tak pernah pergi pasar malam.” Balas Min Ji pula.L tersengih sebelum menjeling Min Ji.

“Nama saya L bukan mamat curi tempat. Memang! Memang saya tak pernah pergi pasar malam!” Kata L pula. Min Ji terkejut. Aku salah dengar ke?

“Apa nama awak?”

“L!Kenapa awak dah jatuh cinta dekat saya ke?” L tersenyum. Mata Min Ji terus terbuntang. Lesung pipit? L? Min Ji teringat tentang gambar bossnya yang tergantung pada dinding rumah yang dilihatnya pagi tadi.Min Ji merenung muka L. Terangkat kening L. Dah kenapa perempuan ni?

“Sama lah dengan gambar boss aku. Jangan-jangan dia boss aku tak?”Bisik Min ji perlahan.

Setapak demi setapak Min Ji mengundur. L pelik dengan tindakannya. Min Ji terus melarikan diri lalu masuk ke dalam kedai tadi semula.

“Dah kenapa pulak perempuan ni?”

Min Ji terus memulangkan duit tersebut pada cashier perempuan tersebut. Beg dompetnya diambil.

“Orang tu kata keep the change.Simpan balik air chilsung tu,saya tak jadi beli.” Kata Min Ji sebelum meninggalkan cashier yang masih terpinga-pinga.

-bersambung-


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^