Alamak!kantoi ke?

You're Mine 2

    Pintu rumah Bossnya ditarik lalu dia masuk ke dalam rumah tersebut. Bilik yang menjadi miliknya ditujuidan meletakkan beg sandangnya.Sebelum dia masuk ke bilik,sempat dia meletakkan satu plastik di atas meja makan. Di dalam plastik tersebut terdapat 3 bungkusan sandwish dan 2 coffee yang sempat dia beli tadi sebelum datang ke rumah L. Setelah meletakkan begnya,dia menuju ke meja makan dan kebetulan pulak L baru sahaja sampai di ruang makan. Minji terus mengucapkan selamat pagi kepada bossnya. L hanya membuat muka seposen dia sahaja.

"Apa dalam plastik ni?"Tanya L sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah plastik yang dipegang oleh Minji.Minji memandang L dengan pandangan pelik.Tiba-tiba je nak tahu?Demam ke bos aku ni?

"Breaksfast untuk boss la.Dalam ni ada sandwish dengan coffee." terang Minji sambil dengannya ligat mengeluarkan bungkusan-bungkusan sandwish dan coffee dari plastik tersebut.

"Kau beli ke kau buat sendiri?" tanya L lagi.

"beli boss.."jawab Minji dengan malas.

"What?kau beli?hey!aku tak makan makanan yang jual dekat luar la!" marah L. Minji memandang L dengan wajahnya yang blur.

"Tak makan?Lol..selama ni saya bagi boss makan tu la yang boss tiap-tiap hari kata sedap." balas Minji dengan selamba walaupun dia tahu L tengah marah.Malas dia nak layan perangai L pagi-pagi ni. Dah la tak cukup tidur. Haih.

"Jadi selama ni kau bagi aku makan makanan yang ada bakteria la ni?Kau tahu tak makan yang jual dekat luar sana tu banyak bakteria!Makanan yang dah campur baur dengan asap kotor,entah-entah orang yang jual tu tak basuh tangan time dia masak ke?kau ni main beli je.Baik aku tak payah upah kau sebagai maid.Masak pun malas.Membazir duit je aku bayar kau! kau..."Belum sempat L menghabiskan ayat dia, Min Ji menarik tangan L dengan selamba lalu memaksa L duduk di meja makan. Bungkusan sandwish dibuka lalu dihulurkan kepada L. Membebel je tahu!

"Ala..Bukan mati pun kalau makan makanan kat luar sana.Makan je la.Kira beruntung la saya beli makanan untuk boss kalau tak kebulur lah boss tiap-tiap hari. Nak masak?Memang tak la boss. Masak telur pun tak reti ada hati nak masak.kalau ramen tu reti lah. tapi boss sanggup ke tiap-tiap hari makan ramen?" Balas Minji pula sambil dia mengambil tempat di sebelah L.Sepatutnya maid perlu berdiri di sebelah bossnya ketika bossnya sedang menjamu selera, tapi dia peduli apa.Tak kan nak tengok orang makan sahaja?dia pun nak makan jugak. Apa ingat kenyang ke tengok orang makan?

"Bwo?kau tak reti masak?Eii..kau ni kan..aku upah kau sebagai.." Minji terus menyumbut sandwish ke dalam mulut L apabila menyedari L mula membebel.L terus berhenti apabila Minji dengan selambanya menyumbut sandwish ke dalam mulutnya. Minji tahu L pasti marah dengan dia tapi nak buat macam mana dia malas nak dengar orang membebel pagi-pagi ni.

L dengan paksanya mengunyah sandwish tersebut. Walhal dia memang nak makan sandwish tersebut.Tiap-tiap hari Minji akan sediakan sandwish dan coffee untuk dia.Dia fikirkan sandwish dan coffee yang tiap-tiap hari Minji sediakan adalah daripada air tangan Minji. Rupa-rupanya bukan.Tapi memang sandwish yang Minji selalu beli sentiasa sedap.Tak muak pun dia tiap-tiap hari makan sandwish tersebut.

"Kata tak makan makanan luar tapi kunyah jugak."Kata Minji dengan selamba apabila L mula mengunyah sandwish yang dia sumbat tadi. Dia ingatkan L akan membuang balik sandwish yang dia sumbat tadi tapi lain pula yang jadi Tak faham betul dia dengan perangai boss kesayangan dia tersebut. Lol Boss kesayangan sangat.

L menjeling pada Minji yang sedang minum coffee tersebut. "Rezeki jangan ditolak."

       Minji yang sedang ralit mengelap meja yang berada di ruang tamu tersebut terus berhenti apabila menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang. Minji terus menoleh kebelakang dan melihat L yang sedang berdiri di belakang sofa memandangnya.

"Buat kerja!Bukan tengok muka aku!" 

Ceit!Ingat aku nak sangat ke tengok muka kau tu?Handsome tak apa lah jugak.Minji terus menyambung membuat kerjanya.L pula kembali memerhati Minji yang sedang buat kerja. Minji mula beralih tempat. Bulu ayam dipegang lalu membersihkan rak yang dipenuhi dengan cakera padat di sebelah tv. L pula masih berdiri di belakang sofa sambil matanya tak lepas dari memerhati Minji.Minji mula rasa tidak selesa apabila mendapati L masih memerhatikannya. Minji terus bangun lalu mendekati bossnya tersebut.

"Boss nak apa?" Tanya Minji secara tiba-tiba. Berkerut dahi L apabila dia ditanya begitu.Bila masa pulak aku panggil nama dia?

"Nak apa?Maksud kau?" Tanya L pula.

"Haih!Yela boss dari tadi perhatikan saya je.Saya tak selesalah nak buat kerja macam tu.Cuba cakap apa yang boss nak ,tak payah la nak perhatikan saya buat kerja." terang Minji.

"Aku takut kau curi tulang je.Sebab tu aku perhatikan kau je.Kau ni bukan boleh dipercayakan sangat!" Minji mengetap bibirnya.Pedas!Tak boleh dipercaya?Ceh! Habis tu kenapa ambik aku sebagai maid kau?

"Ala..Buat apa nak 'curi tulang' Boss. Tulang saya dah cukup,Kuat lagi tu, buat apa saya nak curi tulang boss. Lagipun saya sihat lagi boss. Tak payah la boss nak dermakan tulang boss tu pada saya." balas Minji dengan lawak bodohnya. Bulu ayam yang berada di  tangan Minji diambil lalu diketuk kepala Minji dengan Bulu ayam tersebut.

"Menjawab!Menjawab!"

Minji mengusap kepalanya yang terasa sakit. Rasa macam nak menangis pun ada. Sakit tahu tak. Dah la pukul guna bulu ayam. Nasib bulu ayam kalau hammer macam mane? matilah aku kalau macam tu.

"Sakitlah!" Kata Minji. Mulutnya dimuncungkan. L terus mencebik. Kesah pulak?

"Pergi buat kerja lah!" Arah L apabila Minji masih berdiri dihadapannya.

"Macam mana saya nak buat kerja kalau boss asyik perhatikan saya je?Tak selesa tau!" Bulu ayam di tangan L diambil. manalah tahu tiba-tiba L nak pukul kepalanya lagi. Mahunya otak aku jadi tak betul kalau dia ketuk kepala aku hari-hari.

"Sukahati aku lah! mata aku bukan mata kau!" balas L.Minji mengiggit bibirnya.Geram dengan Boss dia ni. naseb la 'boss' kalau orang gaji aku memang aku cekik-cekik je. Minji terus menarik tangan L lalu dibawa L ke bilik Bacaa. L yang ditarik oleh Minji pelik dengan perbuatan Minji. Budak ni nak buat apa sambil tarik aku ni?

Minji menyuruh L duduk di kerusi yang memang sudah tersedia di dalam bilik bacaan tersebut. L hanya menuruti sahaja. Minji terus mencapai sebuah novel english lalu diberikan kepada L. L yang pelik dengan perbuatan Minji, mengambil buku tersebut.

"Baca buku tu!" arah Minji dengan selambanya. Berkerut dahi L apabila dengar arahan daripada Minji. Tetapi dia tetap mengikut arahan tersebut. Sedang L membaca buku tersebut, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Minji sudah tergelak kecil. Pandai pulak dia dengar arahan orang.

"Wait! sekarang ni siapa boss?kau ke aku?" Tanya L pada Minji.

"Boss lah boss."

"Dah tu kenapa kau arahkan aku baca buku ni?Kau ingat kau ni boss ke?" Buku yang dipegang diletakkan di atas meja.L bangun dari kerusi yang dia duduk.Wajah Minji yang tidak bersalah itu dipandang tajam.

"Ala..bukannya selalu saya arahkan boss. ala..lagipun apa salahnya saya jadi boss sekejap. Haih!"

"Kau ni kan..."

Kreeekkk!

Pintu bacaan tiba-tiba dibuka oleh seseorang.

"L oppa! dekat sini rupanyer!"

"Eh?Unnnie?!"

L yang baru sahaja ingin memarahi Minji terus berhenti. Mata Minji membulat apabila melihat orang yang membuka pintu tersebut. Minji terus memeluk badan L bagi menyorok mukanya. L yang terkejut dengan tindakan Minji terus menoleh melihat orang yang  membuka pintu tersebut.

"Gyu rim?!"

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^