Penat

You're Mine 2

          Min Ji melangkah masuk ke dalam rumah setelah pintu gate dibuka oleh pengawal bossnya. Sambil dia berjalan,sambil tu juga matanya mula scan rumah tersebut.

Gambar-gambar yang tergantung di dinding rumah bossnya dipandang.Mata Min Ji terjatuh pada sebuah gambar lelaki yang tergantung diantara gambar-gambar yang lain.

“Macam aku kenal mamat ni. Tapi siapa ye?” Ujar Min Ji. Kepalanya digaru. Jarinya digigit. Handsome jugak boss aku ni. Tengok muka mcam muda. Kalau jadi boyfriend ni...

 Eh? Yang kau nak tengok gambar boss kau lama-lama asal? Dah suka dekat dia ke? Min Ji menampar dahinya perlahan. Fokus! Min Ji! Kau datang sini sebab Maid bukan mengorat anak orang.

Matanya mula meliar memandang sekeliling rumah tersebut. Ruang tamunya luas dan cantik dan kemas dan bersih. Eh? Bape banyak dan lah kau ni. Tangannya mula mengusik perabot-perabot yang berada di rumah tiga tingkat tersebut. Kalau tahu bossnya, maunya dia kena marah.

“Taste dia mesti tinggi. Tengok perabot-perabot dia pun dah tahu. Tapi aku pun taste tinggi jugak. Ingat kau sorang je yang taste tinggi.” Kata Min Ji sorang-sorang di ruang tamu. Ni kalau ada orang dengar ni mesti ingat dia gila sebab cakap sorang-sorang.

“Ehem-Ehem”

Satu suara garau menegurnya. Mata Min Ji terbuntang. Badannya dipusing 90 darjah untuk melihat wajah orang yang menegurnya.

Min Ji tersengih-sengih memandang pengawal yang membuka pintu untuknya tadi. Bibirnya digigit. Malunya!

“dengar ke apa yang saya cakap tadi?” Pengawal tersebut sudah tersengih-sengih memandang Min Ji sebelum membuat muka seriusnya kembali.

“Min Ji-shii. Kalau ada apa-apa panggil saya tau!” Pengawal lelaki tersebut senyum manis pada Min Ji. Min Ji memandang pelik pengawal tersebut sebelum membalas senyuman.Mata Min Ji mula mengscan badan pengawal tersebut. Otot tangan dia perhh! Kalau dia tumbuk aku ni, mesti aku dah masuk hospital ni.

Pengawal tersebut membawa Min Ji ke sebuah bilik yang bersebelahan dengan dapur rumah tersebut. Kata pengawal tersebut bilik ini digunakan untuk Maid berehat. Jadi bermakna bilik ini akan menjadi miliknya selama-lamanya. Eh silap, Tiga bulan sahaja.

Min Ji baring di atas katil di dalam biliknya setelah memastikan kelibatan pengawal lelaki tadi sudah tiada. Kalau tidur best ni! Min Ji tersengih kambing sebelum mengeleng kepalanya.

“Tak boleh! Jangan curi tulang Min Ji. Time nilah kau kena tunjuk sikit kehebatan kau jadi maid. Mana tahu esok keluar newspaper ‘CEO syarikat SHO menjadi Maid untuk mencari pengalaman.’ Popular aku nanti.” Kata Min Ji sendirian. Dia bangun sebelum menuju ke sebuah meja kecil bersebelahan dengan katil.Handphonenya diletakkan di atas meja.

“It’s time to work!” Tombol pintu diputar.Kakinya diatur ke dapur. Matanya menangkap sekeping note di peti sejuk.Dengan pantasnya dia mengambil note tersebut sebelum membacanya.

1- Sapu dan mop rumah sampai bersih!

2-Basuh baju guna tangan!Jangan guna meson. Rosak baju aku nanti.

3-Tak payah masak. Aku makan dekat luar.

 

Min Ji mencebik. Arahan pertama dan ketiga dia faham. Tapi arahan kedua membuat dia geram. Apa gunanya beli mesin baju kalau suruh maid basuh baju guna tangan?Macam lah mahal sangat baju kau tu!Dasar boss cerewet! Tak apa.Belum cuba belum tahu kan Min Ji. Kali ni ikut je arahan dia, arraseo.

Note yang berada di tangannya di simpan ke dalam poket. Nak buat kenangan la katakan. Maklumlah first time jadi maid. Kalau tidak sebelum ni asyik menghadap laptop sahaja.

Rambutnya diikat ketat. Penyapu dipegang erat. Setakat sapu dan mop rumah kecik punya hal la. Ceh! Padahal Butler Kang yang ajar tentang sapu dan mop rumah semalam. Kalau tak memang dia tidak tahu macam mana nak menyapu dan mengemop. Butler Kang cuma ajar yang basic-basic sahaja semalam sebab dah tengah malam.

Untuk kali ke-99 Min Ji mengeluh. Peluh yang mula menitik diatas dahi dilap. Penyapu yang berada di pegangannya dicampak ke tepi. Dia duduk di sofa ruang tamu tersebut.Kini baru dia tahu betapa terseksanya menjadi seorang Maid.

Min Ji menampar pipinya perlahan. Tu la tadi kata kecik punya hal, tengok sekarang ni. Ish ish ish. Eh?Kau ingat senang ke nak sapu rumah.Bukan satu tingkat tau. Tiga tingkat! Kena naik tangga,turun tangga. Tu baru sapu rumah belum mop rumah lagi. Ayoyo! Boleh kurus aku macam ni.

“Penatnya!Menyesal aku terima wasiat ni.”

“Nasib kau la Min Ji oii! Dalam tiga bulan ni,kau akan terima arahan dari boss kau je. Asyik kau je arah orang.”Ujar Min Ji sendirian. Dia bangkit dari duduk di sofa tersebut.

“You can do it! Fighting!”

         L memandang fail-fail yang bertimbunan di atas mejanya.Tie nya dilonggarkan sikit. Stress! Sudah lah pagi dia terpaksa buat mesyuarat tergempar.Haih! Masalah…masalah…

Knock! Knock! Knock! Knock! Knock!

“Masuk jelah!” Marah L apabila bunyi ketukan pintu bilik menganggunya yang sedang menyemak fail-fail tersebut.

“Hyung! Buat apa?” Tanya Jimin sebaik sahaja masuk bilik L bersama Onew. Sofa yang berada di dalam bilik tersebut diduduk.

“Kau nak apa?” Tanya L pula pada Jimin.

“Keluar jom! Kiteorang bosanlah.”Kata Onew.

“Malas!Aku banyak kerja lagi.Kau pergilah ajak Jin dengan V. ” Jawab L. Giller kau nak keluar? Fail-fail yang bertaburan dekat atas meja ni siapa nak buat?apa ingat jadi CEO ni goyang kaki sahaja ke?

Onew mencebik.

“ Diorang tengah date dengan awek diorang.Sebab tu kiteorang ajak Hyung. Jomlah. Lagipun dah lama Hyung tak keluar dengan kiteorang tau!” Pujuk Jimin.L hanya buat bodoh sahaja. Tak ada kerja dia nak membazirkan masa dia keluar untuk enjoy. Kerja itu penting!

“L! jom ler!Penat aku dengan Jimin datang sini tau tak.”Tak sudah dengan pujukan dari Jimin sekarang ni Onew pula yang pujuk dia.Tapi jawapannya masih sama.

“Woi!Jom lah! Kau ni tak bosan ke 24 jam hadap fail-fail semua ni bagai? Eii kau ni robot ke manusia.” Fail yang dipegang oleh L dicampak ke tepi. L memandang tajam pada Onew.

“Aku sepak kau jugak kang!” Kata L dalam nada yang marah.Saja nak cari pasal dengan Onew. Apa ingat dia tak bosan ke asyik hadap fail-fail ni semua? Bosan gileer tau.Tapi kau dia tinggalkan fail-fail ni semua,siapa nak tanda tangan fail-fail ni? Siapa nak check fail-fail ni? Takkan nak bagi Mak cik cleaner tanda tangan fail ni?

“kau ni! Cubalah hormat aku sikit walaupun kita ni umur sama. Aku lahir dulu dari kau tau!”Balas Onew. Jimin yang masih duduk di atas sofa hanya mendiamkan diri sahaja.Malas mahu menyampuk perbualan Hyungnya.

“Ada aku kesah?” Onew mengeleng kepalanya. Budak ni kalau ego nombor satu!

“L hyung!nak pergi ke tak?”Tanya Jimin. L mengeleng.Onew hanya mengeluh.Nak ajak keluar pun payah.Tahu dia keluar date dengan Mie ra lagi best.

“Arraseo! Kiteorang pergi dulu.Annyeong Hyung.” Tangan Onew ditarik keluar dari bilik L. L hanya memandang kelibatan Onew dan Jimin yang makin hilang pada matanya. Bukan dia tak nak keluar,tapi entahla..

L kembali menyambung kerjanya.Sedar tak sedar sudah pukul 5:30 petang.Dia mengemas barang-barangnya sebelum melangkah keluar dari biliknya.

           Tepat pukul enam dia keluar dari rumah bossnya. Hello Kitty cafe menjadi tempat lepaknya. Setelah membayar,secawan hot chocolate dipegang sambil mencari tempat kosong. Hari ni ramai pula yang datang dekat sini. Kaki Min Ji mula diatur ke sebuah meja yang kosong. Baru sahaja dia ingin duduk di kerusi,seorang lelaki telah duduk di kerusi berhadapan dengannya.

"Excuse me,sir? ni Saya punya tempat. dipersilakan pergi cari tempat lain." Kata Min Ji dengan perlahan. Kalau boleh nak sahaja dia maki lelaki di hadapannya itu. Tapi bila nampak ada orang ramai di sini kemarahannya ditahan. Lelaki tersebut memandang Min Ji dengan pelik.

"Eh?Tempat ni tak ada nama awak pun.So saya duduklah."  Sindir lelaki tersebut. Secawan coffee dihirup sedikit demi sedikit tanpa memperdulikan Min Ji yang berada di hadapannya.

"Yah! Ni tempat saya lah!!" Marah Min Ji. Lelaki tersebut mencebik. Kesah apa aku.

"Awak ni dengar tak?! Saya cakap ni tempat saya!!" Marah Min Ji lagi. Dah lah hari nie dia betul-betul penat. Bossnya pula banyak bagi arahan padanya. Semua nota yang ditulis oleh bossnya dibuat. Lap tingkaplah,kemas biliklah dan banyak lagi. Sekarang ni ada pula mamat yang mengambil tempatnya tanpa kebenarannya.Mahu sahaja dia sepak-sepak lelaki ni.

"Whatever!" Balas lelaki tersebut. Malas mahu layan perempuan yang banyak membebel. Ala..pergilah cari tempat lain.aku penat tahu tak!

"Awak ni memang cari pasal la!! aish!!" Cawan yang dipegang dihentak ke atas meja. Habis tumpah air hot chocolate tu di atas meja. Lelaki tersebut terkejut. Min ji terus meninggalkan hello kitty cafe tersebut. Panas hatinya sekarang ni.

"Yahhhh!!! Habis baju akuuu!!!" Jeit lelaki tersebut apabila beberapa tompokan air hot chocolate terkena pada kemejanya . Semua yang berada di dalam cafe tersebut memandang lelaki tersebut yang tiba-tiba jerit. Tisu yang dihulurkan oleh pekerja cafe tersebut digunakan untuk mengelap bajunya yang sudah kotor. Mulutnya dari tadi tak berhenti kutuk perempuan tadi. Kalau aku jumpa dia lagi,memang nahas hidup kau!


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^