chapter 6

Pretty Stalker

Cermin dipandang dengan lama dan dengan tiba-tiba air mata mengalir,benteng tebal pada tubir mata tidak dapat bertahan lama.Mulutnya ditekup,menahan diri daripada mengeluarkan sebarang bunyi,perlahan-lahan dia menanggalkan topeng wajahnya.Dan mendedahkan wajah sebenarnya.Dia menyentuh wajah sebenarnya dan menghembamkan wajah pada meja solek.

“Kai…Kau suka Yoah..Bukan Yora,iaitu diri aku..Bukan Choi Yora..”Terhenjut-henjut bahunya lalu menyeka air mata yang menitis pada pipi.Dia mengaku,dia punya perasaan ini pada Kai,mengapa tidak?Kai terlalu sempurna bagi seorang insan,dan dia menyedari perasaan Kai sejak kali pertama dia bertemu,dia berharap dia mampu menjadi gadis lain yang tidak menyedari perkara tersebut.

“Beritahu aku Kai,macam mana aku nak suka kau,sedangkan kau suka pada..Yoah?”

Dia menggeleng kepala,dia tidak boleh bertindak bodoh.

 

 

Hari ini tidak seperti semalam atau dimana-mana hari yang Kai lalui,ini paling teruk selama dia bernafas didunia ini.Hidupnya umpama sebuah kertas kanvas yang kosong,atau paling tepat,Choi Yoah telah memadamkan semua lakaran cinta yang dihasilnya.Kai kecewa,mengapa perasaannya ditolak tanpa gadis tersebut berfikir untuk kali kedua?

“..”Kai mendengus kasar dan mengenakan kolar bajunya.Bagaimana dia nak berhadapan dengan gadis itu?Dia berubah menjadi mamat dikelilingi bunga ros oleh disebabkan perempuan itu,ya,hanya perempuan itu.Boleh dia tanya bagaimana sekarang?Okay pertama dia bodoh dan telah cuba untuk langgar peraturan sekolah,pergi matilah peraturan sekolah!

“Abang!Bila abang nak kayuh basikal ni?”Joy menyilang tangan,hampir lima belas minit Abangnya merenung pedal basikal tanpa membuat sebarang pergerakkan untuk mengayuh.Muka Kai juga tiada secalit senyuman yang terhias,ini berlaku sejak dia pulang dari perpustakaan semalam,Kai tidak makan dan mandi,juga rajin mendengar bebelan mama mereka.

Kai ada rancangan,dia mahu buat Yoah berasa bersalah,ya,bersalah kerana tolak perasaannya,dia akan melaksanakan misi yang dirancangnya pagi buta tadi.Kai menoleh kebelakang dan secara tiba-tiba matanya menangkap figura Yoah yang sedang berjalan keluar daripada pagar rumah sambil meletakkan headphone dikepalanya dan matanya kini bertembung dengan Kai.Wajahnya kaku tanpa ekspresi,Kai tidak mampu membaca fikiran gadis itu sekarang.

“Dia nampak okay,dia tak kisah pasal aku,fine!”Detus hati Kai sebelum mengayuh laju sehingga Joy hampir terjatuh dari tempat dan belum sempat melambai tangan kepada idola hatinya.

“Kai…Uh..”Yoah mencebik bibir dan menggeleng kepala.

“Fokus..Fokus..Kau harus jadi Yoah..Tapi itu tak bermakna kau harus bersama Kai dan Yoah sebab diri kau yang sebenar adalah Yora”

“Apa?”Yoah berpaling kebelakang dan melihat tiga lelaki yang berada dalam posisi berdiri dengan gaya selamba dan memasukkan tangan ke dalam poket.

“Kau..Siapa?”Dia mengerutkan kening dan merenung lama ke dalam mata Yoah.Oh Sehun.

Yoah memusingkan badannya dan menepuk dahinya sendiri,bagus,selepas Baekhyun sekarang budak pelik ini pula,lama-lama satu Korealah tahu.Yoah memusingkan badannya dan menghadap Sehun semula.

“Apa?”

“Choi Yora,itu..Kau,kan?Betullah apa yang aku cakap…Aish..Kai bangang tu…Anywa-

Belum sempat Sehun mahu bertanya dengan lebih lanjut dia melihat Yoah yang berlalu pergi dengan motorbike yang dipandu oleh seorang lelaki yang berjaket kulit.

“Lol..Siapa pulak tu!”Jerkah Sehun lantas bercekak pinggang dan mencarut sebanyak yang mungkin.

 

 

“Kau hutang aku RM50”Ujar Baekhyun dengan nada yang selamba.

“Fine,aku bayar nanti..Tapi..Kau tinggal sini ke?Dan…Kenapa kau kasi aku tumpang?”Bertubi-tubi soalan dari Yoah,Baekhyun hanya mencebik bibir,banyak soal pula.Baekhyun mendengus dan tingkatkan kelajuan.

“Sebab apa?Sebab aku berminat dengan kau”

Yoah terbeliak mata dan mengerutkan dahi.Berminat?Perkataan itu kurang sesuai.Baekhyun tersenyum sinis dan mengingati kejadian tempoh hari semula.Dia berminat tentang hidup gadis dibelakangnya kerana gadis itu punya rahsia yang istimewa dan paling penting berkaitan dengan Kai.

 

Baekhyun mematikan enjin motorbikenya dan membetulkan rambutnya dan menarik nafas yang panjang.Dari jauh dia dapat lihat Chanyeol dan Luhan melambai tangan dan memanggilnya.Baekhyun membawa topi keledarnya dan meluru kearah mereka berdua.

“Baek..Lama tak singgah,apa kes?”Soal Luhan seraya menghembuskan asap rokok yang berbau busuk tersebut.Baekhyun tersengih.

“Just..Tak ada mood,Bang..”Baekhyun mengusap belakang lehernya dan melihat sekeliling.Club ini begitu ramai pengunjungnya.Membuatkan Baekhyun berasa sedikit kurang selesa,namun dia selalu lepak disini,memandangkan kesemua rakannya berada disini.

“Baek..Abang ada ambil pekerja baharu,sebagai Bartender,dia sama umur dengan kau”Jelas Luhan sambil tersenyum manis.

“Lawa”Chanyeol dan Luhan ketawa terbahak-bahak.Baekhyun menggeleng.Semua perempuan dijumpai mereka lawa.

“Jomlah masuk!Mari Abang kenalkan”Mereka bertiga melangkah masuk pintu Club dimana dua orang lelaki berbadan tegap disekeliling hadapan pintu masuk.

“So..Kamu masih belum balik ke rumah?”

Baekhyun menggeleng kepala,soalan Chanyeol tidak dijawab dengan jawapan yang memberikan kepuasan kepada lelaki berusia 22 tahun itu.

Mereka mengambil tempat duduk yang agak jauh daripada pengunjung lain.Mereka mula berborak mengenai perkara yang terbaru dan sebagainya.Semuanya bagus sehinggalah Luhan menunjukkan jarinya kearah Bartender yang bekerja diClubnya.Terbeliak mata Baekhyun apabila Bartender tersebut dikenalinya.

“”

“Hah?”Luhan tercengang melihat Baekhyun kearah Bartender yang berada di Bar tanpa menghiraukan laungan Luhan dan Chanyeol.Yoah,Yoah sebagai Bartender.

Baekhyun merenung lama kearah Yoah yang menuang wain ke dalam gelas dan memberikannya pada seorang pelanggan lelaki dengan senyuman yang manis.

Pantas Baekhyun melangkah masuk ke dalam bar dan menarik pergelangan tangan gadis itu dan membawanya pergi keluar dari Club dengan berdengus kasar.

“Hei!Sakitlah!”Gadis itu mengerang kesakitan sebelum menepis lengan Baekhyun.

“Hei..Kau buat apa sini?Kerja?Seriously!”Baekhyun meraup wajahnya.

“Apa lelaki ni..Dia kenal ak-…Wait..I see…”

“Kenapa?Tak suka?”Yoah atau lebih tepat,Choi Yoah yang sebenar menarik kolar kemeja Baekhyun dan merapatkan wajahnya dengan lelaki itu.

“Gila”Detus Baekhyun sendiri. “Kau dah kenapa!”Baekhyun menolak bahu Yoah dan menggigit bibirnya.

“Lantak kaulah!”Baekhyun berjalan masuk semula dan menuju kearah Chanyeol dan Luhan yang berborak.Apabila dia melabuhkan punggung,keempat mata tersebut memerhatinya.

“Kenapa?”

“Nothing”Air kosong dideguknya dan menarik nafas yang panjang.Gila,itu sahaja yang bermain dimindanya.Perasaan marahnya menguasai dirinya,entah mengapa,dia begitu marah dan benci,dia mendeguk Beer tanpa henti,dan itu membimbangkan Chanyeol dan Luhan.Mereka cuba menghalang namun gagal.

Baekhyun menyandarkan badan dan mengeluh panjang. “Mengapa kerja dekat sini..Dia bodoh atau apa…Kerja dekat bar dan Club tak selamat…Dia tu cuma budak perempuan yang kecil dan menyusahkan”Detus hatinya sendiri.

“Bang,saya..pergi toilet”Baekhyun berjalan menuju ke bilik air dengan terhuyung-hayang.Kepalanya berasa berat semacam.

“Byun Baekhyun!”

Baekhyun melihat kearah hadapan,seorang gadis berbaju T kosong hijau dan skinny jeans hitam merenungnya dengan lama.Choi Yoah.Baekhyun tersenyum sinis.

“Yah…Choi Yoah…Kau memang pandai menyamar…Aku tahu rahsia kau”Baekhyun ketawa terbahak-bahak lalu terjatuh diatas lantai.

“Baekhyun!”Yoah atau lebih tepat Choi Yora meluru kearah Baekhyun bagi membantu lelaki itu bangun.

“Apa yang dia tahu?Aku cuma datang sini sebab nak jumpa kawan..Kejap,dia tahu rahsia aku ke?”

 

“Baekhyun,boleh tak..Kau jangan beritahu sesiapa pasal tempoh hari tu?”Yoah mengecilkan matanya,jika tidak,rosaklah nama.Apatah lagi kalau orang tuanya tahu.

Baekhyun tersenyum sinis.Ada salah faham sebenarnya yang berlaku antara dua manusia ini,Baekhyun fikir gadis itu bekerja sebagai Bartender manakala Yoah fikir rahsianya menjadi Choi Yoah terbongkar.Bagaimanalah perkara ini akan selesai jika mereka berdua fikir perkara yang tidak sehaluan akan apa yang terjadi?

 

 

Kai merenung lama buku nota yang tidak tertulis apa lagi diatas muka suratnya.Dia mengambil masa yang lama untuk menulis esei mengenai ‘Masalah remaja dalam mengendalikan masalah’.Dia sendiri menghadapi masalah bodoh iaitu cinta sekarang.

“Kau dah kenapa?”Soal Suho lalu membetulkan kaca matanya dan menghembus nafas dengan kasar.Kai tidak menjawab soalan Suho,dia hanya merenung buku notanya.Dia mendongak kepalanya dan automatik merenung pintu kelas,menunggu kedatangan Yoah,namun segalanya hampa apabila melihat gadis itu berjalan beriringan dengan Baekhyun,kenapa dalam ramai-ramai manusia adalah Baekhyun?

Kai berpura-pura sibuk dan tidak kisah mengenai gadis tersebut,Suho disebelah perasan akan perkara tersebut dan menggeleng kepala.

“Tak guna”Kai berdetus didalam hatinya,mahu aja dia menumbuk Baekhyun sekarang,tapi perkara itu sia-sia sahaja.

Kai menutup buku nota dan berjalan pergi daripada kelas,Yoah hanya memerhati Kai yang begitu drastik perubahannya.Kerana dia?Ah,tidak,kerana Choi Yoah.

 

 

Irene melihat gambar-gambar Kai dengan senyuman yang meleret pada bibir,dia bahagia melihat wajah Kai yang comel,sesungguhnya amat comel!Dia mengaku,dia bukan sahaja berniaga bagi mengumpul duit namun dia mempunyai perasaan terhadap lelaki itu,namun,nakkah lelaki itu pada dirinya?

“Irene”

“Yep”Dia menoleh kebelakang melihat Yoah yang meneguk susu coklat dan mengambil tempat disebelahnya.

“Ada gambar baru?”

Yoah menggeleng kepala.

“Oh..”Dia lantas mengangguk beberapa kali sebelum menayangkan gambar Kai pada muka Yoah. “Comelkan!”

“Irene..Kau tahu tak pasal Kai dengan Baekhyun?”

Irene tersedak dan menterbeliakkan mata.

“Kai dengan mamat jahat tu ada hubungan ke?”Irene pula yang teruja.

“Ah..Dia tak tahu”Yoah berbisik sendiri. “Tak..Hmm…Tak apalah,pergi dulu!”Yoah berlari anak pergi.Irene menjuih bibirnya,apa ni,berbau ikan betul.

Irene menjatuhkan pandangannya kearah Joy yang bertengkar dengan seorang pelajar lelaki yang bernama Chen,ya,Chen dikenali sebagai manusia yang menyukai Joy dialam semesta.Irene menggeleng kepala,memandangkan Joy adalah adik Kai,dia harus membantu,dia meluru kearah Joy dan menghempuk kepala Chen.

“Hey satan!Jangan ganggu adik yang comel ini!Senior jenis apakah kau ni?”

Chen ketawa terbahak-bahak,terkejut dengan Irene yang berubah sebagai seorang yang kisah hidup orang lain.Siapa tidak kenal dia,cuba mengorek kisah dan gossip pelajar disini.Dia pelajar nombor satu yang paling dibenci.

“Kau pergi!Sebelum aku lapor pada ketua pelajar a.k.a abang dia!”

“Okay!Fine!”Chen terus beredar pergi.Joy tersenyum lega. “Tha-

“Hey,Aku ada soalan,cik adik manis”

“Hah?”Joy terkebil-kebil.

“Boleh nak tahu,kenapa Kai jadi moody?”

Joy mengangguk,ini adalah orang yang ke seribu agaknya tanya,siapa tak nak ambil tahu mengenai ketua pelajar yang awalnya bengis,dingin,bodoh kemudian dengan drastik menjadi berbunga-bunga bercampur bodoh?Kemudian jadi tak ada perasaan dan tidak melaksanakan tanggungjawabnya?

“Teka je..Teka tau!”

“Ye!Ye!”

“Abang kena tolak maybe..dengan perempuan yang dia suka”Joy mengangguk-angguk tatkala Irene membulatkan mata.

“A-Apa?Kai ada perempuan yang dia suka!Kenapa stalker dia tak beritahu pun!”

“St-Stalker mana pulak ni?”Joy pula tercengang.Siapa pula stalk abangnya itu!Pecahlah rahsia nanti Abangnya bukannya cool sangat!

“Alah..Choi Yoah!Choi Yoah!Pelajar baru tu,dia spy aku,untuk stalk Kai!”

“Heol!”Joy menggeleng kepala. “Stalker tulah perempuan yang Kai suka”

“Heol?!”Irene terbeliak mata.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
Saya nak update cerita ini tetapi tiada feedback yang membuat saya bersemangat.LOL xD.Flutter heart please come to me

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 7: Update soon!!!!!!!!!!!!
yunieyoseob #2
Chapter 7: Update soon!!!!!!!!!!!!
axelblaze
#3
Chapter 7: homaigakkkkkkkk updatelah update lahhhjh. kai kai kai kai...
JunMyon_ #4
Chapter 7: Daebak !! Cepat la update
Khailin2626
#5
Daebak!!! please update... I'm waiting O(∩_∩)O
jiumin #6
Chapter 6: apakah semua ini..??
axelblaze
#7
Chapter 6: ahahaha! chen! chen chen chen! <3
axelblaze
#8
Chapter 5: wooooo~ kai kiss yoah bhaiii~ . ada apa dengan baek and khai. siapa sebenarnya yoah!!
teruskan usaha cemerlang anda!
axelblaze
#9
Chapter 4: maigaf sehunnnn~ no! no! tak bayek buat dekat gadis mcm tu tau. eheheheh. gelojoh betul. papepun best! good job.
young_angely #10
Chapter 7: waaa.....knp kai fobia ngan kamera???