chapter 2

Pretty Stalker

First,poster ini tak reti aku nak kecikkan,boleh tolong?Dan yeay!Aku dapat update cerita ini ^^

 


Cahaya matahari belum menyinari dunia Korea Selatan sepenuhnya memandangkan jam baru aja menunjukkan pukul 6.20 pagi.Kai berjalan keluar daripada bilik air dengan hanya bertuala dibahagian bawah badannya bermula bawah pusat sehingga betis.Tuala kecil diletak diatas bahu.Dia menuju kearah cermin ditepi katil sambil tersenyum manis seolah-olah cermin adalah wanita comel yang ingin dinguratnya.Selang beberapa saat dia mengeringkan rambutnya dengan pengering rambut yang menghasilkan bunyi yang bising.

“Abang!Nak pinjam jam Abang satu!Jam adik hilang!”Jerit Joy yang sudah siap beruniform lengkap Cuma rambutnya belum disikat.Dia bergegas ke almari dan membuka laci lalu mengambil sebuah kotak besar bercorak misai dan polkadot hitam lalu membukanya.Sebuah jam berjenama BabyG berwarna merah diambil lalu kotak tersebut dibiarkan diatas lantai.Dia menyanyi riang seraya memakaikan jam tersebut dipergelangan tangannya.

“Tengok tu!Nilah anak dara zaman sekarang!Masuk keluar ikut suka hati!Dahlah curi barang orang!Haprat betul!”Laung Kai supaya seluruh alam mendengar keburukkan adiknya itu.Joy menghentikan langkah dan memusingkan badannya dan menyelak rambutnya yang belum kering sepenuhnya kebelakang dan bercekak pinggang.

“Abang,Abang boleh tak jangan menjerit?Abang bisinglah!Dahlah nyanyi dalam bilik air suara macam katak kena penyek!Dan Abang ada macam lebih daripada 50 jam,apa salahnya adik abang yang naïf ini pinjam satu?Bukannya rosak!”Joy menyilang tangannya.Protes terhadap Abangnya yang sentiasa menjadikan namanya yang suci seperti loji kumbahan.

“Eh,suka hati akulah,dan..jam adalah aksesori yang penting,kau naïf?Sorrylah,aku baru je nampak kau tengok video kotor minggu lepas”Kai mencebik bibir.Joy menekup mulutnya.

“Abang,itu bukan video kotor!Itu masterpiece dari insan bergelar lelaki dan insan bergelar perempuan,mereka berkucupan dan memberikan rasa panas yang pelik pada adik”

Kai menepuk dahinya sendiri,itu diberikan nama masterpiece?Itu ,ya lebih kepada juga,Cuma aksinya tidaklah terlampau teruk,sekadar boleh naikkan nafsu wanita,haha!Kai,kau tahu pula cara menaikkan nafsu wanita.

“Anyway,kelmarin adik hang out dengan Kak Yoah,dia cakap..Abang Byuntae,abang deserve kena cakar dengan perempuan tu semalam punya semalam,hahaha!Dia ada cakap juga,mulut Abang ni becok,daa~”Joy melangkah pergi,ya dia tahu kelemahan Abangnya sekarang,iaitu Kak Yoah yang sempurna lagi perfect!Setiap kali Kak Yoah muncul,Abangnya,Kai akan bertukar menjadi seperti kura-kura ataupun tenggiling.Ianya menyeronokkan,bukan senang dapat lihat Abangnya itu bertukar sebegitu.Patutkah dia beritahu Kak Yoah?Tak,kalau dia beritahu,proses percintaan mereka pasti menjadi terlampau cepat dan tidak menyeronokkan,Joy mahu lihat drama Cinta antara Kai dan Yoah.Ia masterpiece!

Kai hanya memerhati adiknya keluar dan menghembas pintu dan menguncinya,tiada gunanya kunci,adiknya itu mempunyai kunci kedua biliknya,kalau dia adalah perempuan dan adiknya lelaki,mesti orang sekeliling fikir adiknya akan merogol dirinya yang ini.GOD!

Kai kembali kearah cermin yang dia berdiri tadi,dia mengeluh kasar dan melihat plaster yang berada pada pipi dan dahinya dan juga dihidungnya akibat patah!Semua ini kerana Choi Yoah,tidak mengapa,Yoah menjadi crushnya,crush?Tidak juga,hanya kerana dia fit untuk menjadi gadis idaman?Mengapa Yoah berubah begitu drastik sekali?Mengapa?Oh Yoah ku sayang.Tapi bolehkah manusia berubah sehingga sebegitu?Kai terfikir sendiri,dia menanggalkan tuala tersebut dan melemparnya diatas lantai dan mencapai seluar hitam pekat dan memakainya,kemudian uniform sekolah bewarna biru laut dimasukkan kedalam lengan dan dikacing butangnya sehingga habis,kacing pada pergelangan tangan juga dikenakan.Tali leher dikemaskan supaya menepati ciri-ciri pengawas kacak yang digilai pelajar perempuan,haha.

Kai menyikat rambutnya supaya kelihatan kemas dan terurus.Minyak wangi didalam botol bewarna biru muda diambil lantas disembur pada leher dan badannya.Hmm,berbau wangi dan menyegarkan.Kai berjalan kearah meja belajar dan mencapai beg sandang jenama RipCurl dan melihat jadual bertugasnya diatas meja yang dikepit dengan sticker Pororo.Nampaknya hari Isnin adalah hari paling ‘bertuah’ Kai,dia harus bertugas menjaga pintu pagar sekolah,sportcheck pelajar atas etika pemakaian dan juga pusing satu kawasan sekolah setelah tamat waktu pembelajaran,kononnya ada pasangan couple buat hubungan seks disekolah,mencegah lebih baik daripada merawat pelajar perempuan yang mengandung,lebih parah apabila pengetua adalah wanita yang anti hubungan couple atau sebagainya.Oleh itu pengawas sekolah diharamkan bercouple atau digantung sekolah dan markah peperiksaan akan dibekukan.Sebelum ini Kai tidak mahu mengomplain bagai dipagi hari,namun setelah dia menjumpai gadis idamannya si Yoah,dia akan mengomplainnya setiap pagi seperti sarapan pagi yang wajib sebelum ke sekolah.

Kai mengusap belakang kepalanya,Yoah dah bangun ke?Dia buat apa?Dia pergi sekolah ke belum?Macam mana rupa dia pakai uniform sekolah yang hebat ini?Adakah dia terpegun melihat Kai sebagai pengawas,tidak,ketua pengawas?Oh Tuhan,banyaknya soalan!Kai menjengket-jengket ke balkoni untuk mengintai,bukan perempuan seksi itu hari,tetapi si Yoah yang comel.Dia mengeluarkan sedikit kepalanya dari bilik dan melihat kebelah kanan.Bilik Yoah!

Selang beberapa saat Yoah keluar daripada bilik dengan secara tiba-tiba,pantas Kai memasukkan semula kepalanya dan memegang dadanya yang berdegup laju,oh tidak,tanda-tanda cinta berkuntum sudah datang,tidak mungkin cinta tiba dengan begitu mudah dan cepat,kan?Kai mengeluarkan kepalanya sedikit daripada sebelum,dia dapat lihat Yoah yang sedang menanggalkan tuala pada kepalanya dan meregangkan badan,alamak,Yoah baru sahaja sudah mandi,oh,wanginya,tipu aja,bagaimana Kai dapat menghidu bau wangi Yoah dengan jarak sejauh ini.

“Oi,kau bercita-cita jadi pengintai terulung abad ni ke?”Tegur Yoah sambil meraup rambutnya kebelakang dengan kening yang terjongket.

Kai keluar menuju kebalkoni dengan riak wajah yang selamba,cool adalah tema utama,yes!Kai mengusap belakang lehernya dan memasukkan tangan kedalam poket.

Yoah terkebil-kebil melihat Kai yang beruniform sekolah,sesungguhnya dia kagum akan kecomelan dan kekacakkan jejaka itu,dia menyembunyikan senyumannya dan mengeluarkan telefon bimbitnya didalam poket seluar dan menangkap gambar Kai spontan.Candid!

“Hey,apa kau buat ni?”Kai mengerutkan wajahnya sambil menjilat bibir dan bercekak pinggang.Gambarnya bukan murah,bukan sembarangan orang boleh mengambilnya,Yoah dikecualikan tetapi dia haruslah bertindak tegas,bukankah itu cool,haha.

“Apa,apa?Kita akan sekelas,Ibu cakap…so…apa nombor kau?”

“Hah?”Kai terbeliak mata.Ini tidak betul!Damn No!Tidak betul,sepatutnya dia mengurat Yoah dengan ‘hey babe,apa number you?Patutkah I belanja you pizza?Atau kita boleh date dimana-mana sahaja you nak’tapi ini dah terbalik,Kai berharap Yoah yang sewaktu kecil dahulu,menangis dan pemalu menjadi Yoah sekarang,barulah kisah cinta sempurna dimana dia mengusik Yoah akan menjadi cerita yang indah!Seperti drama!.

“Oi,aku tanya ni..Ah..malaslah”Yoah masuk kedalam biliknya semula.Kai mahu memanggil gadis itu semula,namun membatalkan niatnya apabila perempuan berbra tempoh hari merenungnya dengan tajam.

 


 

“Oh my pretty boy boy I love you~Woo”Kai menyanyi-nyanyi riang sambil menunggang basikalnya dengan ceria,Joy yang berada dibelakang tercengang.Kebiasannya,pada hari Isnin sebegini,Kai akan merungut sepert ‘uh,aku benci sekolah’ ‘kenapa kena jaga pagar sekolah?’ ‘aku benci isnin,aku kena balik lewat’.Namun hari ini wajahnya seperti sotong kurita terkena spray kegembiraan.

“Abang,Abang dah gila ke?Ataupun Abang ada buat benda tak senonoh tanpa ajak adik mu ini?”Soal Joy sambil menepuk belakang Kai berkali-kali.Kai mencebik bibir,kalau dia gembira salah,tak gembira salah,dia bukan robot,dia manusia punya hati nurani.Dia menoleh kebelakang sekilas.

“Abang happy,tu aja,tak bersalah,kan?Yalah,permulaan hari yang baru”Kai gelak besar dihujungnya.Joy menggaru kepala dengan hairan.Apa yang barunya?Hari-hari sama sahaja.

“Abang dah sah gila,jadi lepas balik sekolah nanti..adakah Joy akan balik dengan bas?”

“Yelah..Takkan sanggup nak tunggu Abang kau ni sampai petang karang”Kai menggeleng kepala.Apa punya haramlah kena ronda satu sekolah.

“Tapikan,Bang,mana cik Yoah yang cantik?”Soal Joy sambil melihat sekeliling,mereka akan gunakan jalan yang sama,mengapa tidak ada bayang Kak Yoah?Atau kereta Honda Accord milik keluarganya yang melintasi mereka?

“Entahhh”Kai bersiul-siul.

Joy mengeluh kasar,dia diabaikan,kenapa?Dia sendiri tidak tahu,dia berharap dia boleh bawa basikal sendiri,namun malangnya dia terlampau takut dan kurang keyakinan diri,dia hanya mampu mengeluh.

Dalam masa lima minit kemudian,mereka berdua tiba dihadapan pagar sekolah,Kai dengan senang hatinya mengarah Joy untuk memarkirkan basikal miliknya digaraj basikal supaya dia dapat bertugas didepan pagar tanpa bergegas ke garaj.

“Hei Kai,camne cuti hujung minggu?”Soal Suho sambil tersenyum manis dengan buku nota ditangannya.Pen dipusing-pusingkan dengan jarinya begitu pantas.Kai juga mahu mengikut pergerakkan pen tersebut.

“Okay aja,much better,haha”Kai mengeluarkan pen bewarna biru jenama Stabilo dari poket baju didadanya,buku nota diambil daripada poket dan tali lehernya dibetulkan.Dua pengawas yang kacak sedang bertugas dihadapan pintu pagar,dihari Isnin yang indah,pada waktu itulah kebanyakkan pelajar perempuan tiba lambat disekolah.

Suho melihat jam dipergelangan tangannya.Sudah jam 8.25 pagi,maka pintu pagar sudah tidak sah untuk dimasuki oleh pelajar,maka Suho menutup pintu pagar tersebut dan berdiri dengan megahnya disisi Kai.

“Yoah belum datang lagi,dia lewat ke?”Soal Kai sendiri.Dia pula yang bimbang,bagaimana jika Cikgu SiWon yang kacak itu berkenan pada Yoah ketika medendanya?Ini tidak boleh jadi!Kai membantah!Sekeras-kerasnya.

“Kai..tulislah nama pelajar yang lewat,kenapa muka macam nak masuk mahkhamah je?”Tegur Suho dengan kening yang bertaut.Kai yang sedar akan kehanyutannya terus tersengih menahan malu dan menuju kearah pelajar yang datang lewat,majoritinya pelajar perempuan.

“Hello semua,Kai akan mencatat nama anda diatas kertas putih ini”Ujar Kai dengan bersemangat.

“Hahaha!”Tiba-tiba ada suara yang ketawa seolah-olah apa yang dikatakan oleh Kai adalah sesuatu yang lawak.Kai bercekak pinggang,sungguhlah dia marah,pantas dia mengangkat kepalanya dengan jari telunjuk diangkat keudara untuk dituju kepada pesalah.

“Siapa yang ketawa!?”Jerkah Kai dengan geram,matanya tertumpu pada Yoah yang sedang mengunyah gula-gula getah,disangkanya Yoah yang ketawa namun hakikatnya adalah pelajar dibelakang Yoah.

“Choi Yoah,kehadapan!”

Yoah hampir tersentak apabila namanya dipanggil,nasib dia tidak tertelan gula-gula getah tersebut.Dia dengan wajah yang risau dan cemas terus bangun dan menuju kearah Kai,walaupun dia kenal siapa itu Kai yang mengintai orang,dia tetap risau,ini adalah hari pertamanya.

“Kenapa awak ketawakan,saya?”Soal Kai sambil bercekak pinggang buat kali kedua dan menundukkan badannya sedikit supaya aras kedudukkan mata mereka menghadap dengan tepat.Yoah tidak duduk senang,asyik-asyik menggaru lehernya.Apa yang dia buat?Bila masa dia ketawa.

“Bila masa saya ketawakan awak ni?”Yoah menjongketkan kening.

“Tadi…”Meleret-leret Kai menyatakannya.Dia dalam diam memerhati setiap pelusuk rupa Yoah,walaupun ada beberapa butir jerawat diatas dahi,tidak mengapa,dia lulus menjadi isteri Kai.Haha.

“Jadi..boleh saya duduk sekarang?”Yoah mengerdip-ngerdipkan mata memohon simpati,yalah,takkan dia nak berdiri dihadapan ini dengan pelajar lain memerhati dengan mulut ternganga seperti meminta makanan secara percuma.

“Tak boleh,awak kena berdiri sebelah saya”Arah Kai.Suho yang berada disebelah sedang mencatat nama berdehem,nampaknya Kai sudah menyalahgunakan kuasa Vetonya sebagai ketua pengawas.

“Pstt..Kai..apa kau buat ni…”Bisik Suho sambil menjegilkan mata.Dia membetulkan kaca matanya yang sudah terjatuh ke bawah sedikit daripada batang hidungnya.

Kai mengerutkan dahi,alamak,dek perasaan teruja,dia memperbodohkan dirinya sebegini,bukankah ini kelihatan cool?Tak?Tak,dia bukan berlakon drama sekarang,realiti menjemput Kai dengan gembira.

 


 

Setelah perhimpunan pagi tamat,semua pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam kelas bagi melarikan diri daripada Cikgu Siwon memanggil dan mencari kesalahan dalam etika pemakaian mereka.Bukan kerana mereka begitu bersemangat mahu menunggu guru matapelajaran pertama untuk hari itu masuk ke dalam kelas untuk mengajar,tidak sama sekali wahai kawan-kawan.

“Kau dah siapkan kerja sekolah?”Soal Chen pada Kai dengan wajah yang berkerut.Kai tersenyum bangga,sudah pasti belum.

“Tak,siapa dah siap?”Kai pula menyoal.Ini tidak bagus,ketua pengawas sendiri,memalukan nama sekolah sahaja.

“Chanyeol!”Laung Kai memanggil nama pelajar yang sedang menyusun buku didalam mejanya dengan wajah yang tercengang kerana namanya dipanggil.

“Oh,Kai!H-Hai K-Kai!”Chanyeol berlari-lari mendapatkan meja Kai dan berdiri dihadapannya dengan penuh semangat.Giginya yang berpendakap dapat dilihat dengan senyuman yang lebar darinya.Kai mengundurkan sedikit belakangnya.Sabar dude!

“Err..Chanyeol..”

“Ye-Ye Kai!Kai nak apa!?Chanyeol boleh tolong apa aja!”Chanyeol melompat-lompat gembira sambil memeluk badannya sendiri.Kai mahu menangis melihat aksi Chanyeol sebegitu,jika ikutkan hati,dia mahu melarikan diri seperti atlit.Tapi kerana kerja sekolah.

“Pinjam buku sejarah,nak salin esei,boleh?”Dahi Kai terangkat,meminta kepastian.

“Oh!Boleh!Boleh!”Chanyeol terus menuju ke mejanya lalu mencapai buku Sejarah bewarna coklat dan menghulurkannya kepada Kai dengan penuh ikhlas diiringi wajah berseri-seri.Chen yang tidak jauh daripada mereka menahan tawa.Chanyeol ini gay atau apa?

“Oh,thanks Chanyeol!”Kai mengusap-ngusap kepala Chanyeol.

Merah padam wajah lelaki itu,senyumannya semakin melebar. “Ah!!”Dia terus berlari keluar daripada kelas dengan tangan diangkat ke udara.Kai yang memerhati menggeleng kepala.

“Attention please!”Tiba-tiba suara cikgu Kris dapat didengar.Dia berjalan menuju masuk ke dalam kelas dengan rotan ditangan kanan manakala buku-buku dan fail ditangan kiri.Wajah Kai mengukirkan wajah berseri-seri apabila melihat pelajar perempuan dibelakang Cikgu Kris,tapi,tiba-tiba wajah berkerutnya pula menjengah.

“Bukan Yoah..siapa tu?”

“Okay,hari ini kita ada pelajar baru”Ujar Cikgu Kris dengan bangga dan menoleh ke sebelah.

“Eh!Siapa kamu?Eh!!”Cikgu Kris terbeliak mata,kerana itu bukan pelajar perempuan,itu adalah pelajar lelaki yang menyamar jadi pelajar perempuan.Dengan kaki yang berbulu lebat dan berbadan sasa,itu adalah J-Hope.

“Hai!Hihi,prank sikit aja kut”Matanya terkedip-kedip.Pantas kepalanya dihempuk dengan buku dengan kuat.Kai menarik nafas lega,mestilah Yoah pelajar baharu tersebut.

“Pergi duduk tempat kamu sekarang!Mana pula dia ni..”Cikgu Kris berjalan ke pintu kelas dan daun pintu ditolak dari luar lalu menghempas muka Cikgu Kris lalu terpelanting jatuh diatas lantai.

“Oh!Cikgu!”Yoah menekup mulutnya dan membantu cikgunya itu.

“Oh..Cikgu okay”Cikgu Kris tersengih dengan mata hitam keatas.

Cikgu Kris berdiri dengan bantuan Yoah dan menuju ke meja dengan wajah yang penat.Dia membersihkan tekaknya dan berpaling kehadapan.Semua pelajar merenungnya dengan mata yang tajam.Fokus kononnya.

“Hari ini kita ada pelajar baharu..”Dia menoleh kearah Yoah dan mengangguk,isyarat memperkenalkan diri.

“Choi Yoah”Seringkas itu aja pengenalan dirinya.Dia menundukkan kepalanya dan menyelit rambut dicelah telinga.Kai yang memerhati dari tempat duduknya tersenyum-senyum.Chen disebelah juga perasan akan perubahan manusia tersebut.

“Okay,Yoah,kamu boleh duduk disebelah Baekhyun”

Kai menterbeliakkan mata.Apa?Baekhyun?Pelajar nakal disekolah?Dia mungkin buat sesuatu yang tidak baik.Kai mencebik bibir,boleh dia campak Chen ke tempat lain supaya Yoah dapat duduk disebelahnya.Yoah berjalan menuju ke tempat yang diarahkan oleh cikgu,dia melintasi meja Kai yang melirik kearahnya.Dia melihat meja kosong disebelah pelajar lelaki yang bernama Baekhyun.Dia hanya memerhatikan tingkap dengan butang bajunya tidak dikenakan,dapat dilihat baju T hitam didalamnya.

Yoah menarik kerusi dan menyangkut begnya ditepi meja lalu melabuhkan punggung.Semua pelajar memerhatikannya dengan berpaling kebelakang,wajah mereka penuh dengan persoalan.Yoah berdehem dan mengeluarkan buku English dan diletakkan diatas meja.

Kepalanya ditoleh ke tepi,dia tidak mampu melihat wajah pelajar disebelahnya dengan sepenuhnya,hanya mampu melihat rambutnya yang bewarna perang dan lehernya yang putih dengan tangannya diletak dibelakang kepala.

“Hmmm”Yoah menarik nafas panjang,tidak mahu buat Baekhyun tidak selesa,mungkin Baekhyun tidak mahu salam perkenalan,dia tidak kisah.

Baekhyun melirik ke sebelah sekilas dan berpaling kehadapan.Dia juga tidak bersuara,hanya mendiamkan diri.

Kai mengerutkan dahi,rasa tidak puas hati mula mencengkam dadanya,dia berpaling ke belakang untuk melihat reaksi Baekhyun yang dapat duduk disebelah Yoah,tidak adil!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
Saya nak update cerita ini tetapi tiada feedback yang membuat saya bersemangat.LOL xD.Flutter heart please come to me

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 7: Update soon!!!!!!!!!!!!
yunieyoseob #2
Chapter 7: Update soon!!!!!!!!!!!!
axelblaze
#3
Chapter 7: homaigakkkkkkkk updatelah update lahhhjh. kai kai kai kai...
JunMyon_ #4
Chapter 7: Daebak !! Cepat la update
Khailin2626
#5
Daebak!!! please update... I'm waiting O(∩_∩)O
jiumin #6
Chapter 6: apakah semua ini..??
axelblaze
#7
Chapter 6: ahahaha! chen! chen chen chen! <3
axelblaze
#8
Chapter 5: wooooo~ kai kiss yoah bhaiii~ . ada apa dengan baek and khai. siapa sebenarnya yoah!!
teruskan usaha cemerlang anda!
axelblaze
#9
Chapter 4: maigaf sehunnnn~ no! no! tak bayek buat dekat gadis mcm tu tau. eheheheh. gelojoh betul. papepun best! good job.
young_angely #10
Chapter 7: waaa.....knp kai fobia ngan kamera???