Saya Nampak...

Cinta Itu Kejam! Hang tau dak?! //MALAY FANFIC//
Di Georgetown White Coffee, KOMTAR.

Jiyeon dan Jungsoo menikmati secawan White Latte. Entah kenapa hari ini Jiyeon menukar seleranya sedangkan dia penggemar Americano. Jungsoo tidak kisah minuman apapun, asalkan ianya bukan air teh.

"Haaa! Ji cakap tadi Ji bawak kawan Ji pi tengok show abang. Sapa dia?". Tanya Jungsoo sewaktu dia memegang cawan yang benar-benar panas.

Jiyeon segera menelan air yang diminumnya dan berkata, "Tadi ni ha.. Kawan baru kenai. Dia tu pelukis graffiti tapi dia tu orang Korea macam kita jugak.".

Jungsoo terus meletakkan cawannya kerana terkejut lalu berkata, "Hangguk saramiya?".

Si gadis itu menganggukkan kepalanya dan berkata, "Nae... Hangguk sarami. Kata dia, dia baru dok kat sini. Dalam 3 bulan macam tu lah.".

"Ohhhh~~~", Jungsoo mengangguk sahaja tetapi dia mula musykil lalu berkata, "Laki ka pompuan?".

"Laki...". Kata Jiyeon lalu memegang tangan kiri Jungsoo sambil berkata, "Abang tak payah nak risau. Ji kawan ja dengan dia. Abang ja yang Ji sayang. Percayalah.".

"Kalau macam tu, bawak dia jumpak abang. Abang pun nak kenai-kenai dia jugak. Mana tau, boleh jadi spy abang.". Jungsoo mula bergurau sambil tersenyum.

"Abang ni ada-ada ja.", ucap Jiyeon sambil tersenyum sehingga menampakkan giginya.

Jungsoo hanya sekadar tersenyum tawa kerana dia tahu Jiyeon tidak akan meninggalkannya.


 
Setahun Kemudian...

Jungsoo berjalan bersendirian ke kedai barangan perhiasan diri untuk pasangan. Dia ke sana untuk membeli sepasang cincin kerana dia sudah bersedia untuk mengahwini kekasih hatinya, Jiyeon. Entah Jiyeon tahu atau tidak Jungsoo ke sana. Sesampai Jungsoo ke sana, dia terus melihat ke arah cincin yang dipamerkan di dalam kaca. Semuanya cantik sehinggakan dia tidak tahu untuk memilih yang mana satu.

"Encik. Boleh saya tolong Encik?". Ucap seorang perempuan muda yang bekerja di kedai itu.
 
Jungsoo hanya sekilas pandang pekerja itu lalu melihat semula puluhan cincin di dalam kaca sambil berkata, "Yang mana paling murah skali?".

"Hat paling murah skali dok ada dekat sebelah kiri Encik. Nampak simple tapi cantik.". Kata pekerja itu lagi sambil menunjuk ke arah puluhan cincin yang kesemuanya bewarna putih.

Jungsoo masih lagi tercari-cari cincin yang sesuai untuk Jiyeon. Sedang dia melihat puluhan cincin bertatah belian putih, Jungsoo terpandang sebuah kotak yang diisi cincin berbentuk hati seperti sebuah lukisan. Dia menunjuk ke arah cincin itu lalu berkata kepada pekerja itu, "Saya nak yang ni.".

Pekerja itu terus mengeluarkan cincin tersebut daripada balang kaca lalu diletakkan di atas kaca itu.

Jungsoo terus mengambil cincin itu lalu disarungkan ke jari manisnya. Masih muat dipakai. Dia terus menanggalkan cincin itu dari jarinya lalu diberikan kepada pekerja itu sambil berkata, "Saya nak kecik sikit dari ni. Nak bagi kat girlfriend.".

Pekerja itu terus mengambil cincin serta kotak tersebut untuk ditukar.

Sewaktu pekerja itu menyiapkan cincin untuk Jungsoo, si jejaka berlesung pipit itu memandang ke luar kedai. Tiba-tiba, dia terpandang seorang pemuda bertopi putih dan berbaju ungu serta berseluar jeans. Dia bagaikan mengenali cara berjalan pemuda itu walaupun Jungsoo hanya melihat belakangnya sahaja.

"Encik... Encik..?". Kata pekerja itu sambil meletakkan bungkusan yang berisi cincin di dalam kotak kecil di atas meja kaca.

Jungsoo tersedar lalu mengambil duitnya dari poket seluarnya sambil berkata, "Berapa?".

"RM40.".

"Nah.. RM40.". Kata Jungsoo sambil menghulurkan duit 40 ringgit kepada pekerja itu.

"Terima kasih naa..".

Jungsoo hanya mengangguk sebaik sahaja dia mengambil bungkusan itu lalu keluar dari kedai itu. Dia terus berjalan ke restoran SUBWAY untuk makan tengah hari. Tetapi, Jungsoo hanya memesan tiga keping biskut cokelat dan juga air mineral. Dia terus membawa biskut dan juga air ke meja kecil.
 
Sewaktu dia duduk di kerusi meja makannya, dia melihat pemuda tadi. Kali ini dia melihat sisi kiri pemuda yang sedang memakan sandwich itu. Wajahnya... Tak ubah macam Wonsik. Tapi tak mungkin itu dia. Mungkin orang lain. Remember that had a 7 same faces in the world. Think again Jungsoo! Bisik hati Jungsoo sambil memandang pemuda itu berkali-kali. Pemuda itu telah membuat Jungsoo terkenang semula kali terakhir dia berjumpa pemuda yang bernama Kim Wonsik.

 
Flashback, 6 tahun lalu. Di SOPA.

"Mianhae, Park Jungsoo. Kami terpaksa buang awak dari sekolah ini.". Kata guru disiplin, Jung Yunho sambil memandang beberapa pelajar yang berdiri disebelah Jungsoo.

Jungsoo memandang Cikgu Jung dengan penuh tanda tanya sambil berkata, "It's unfair, Jung seongsaengnim. Dorang dah pukul kawan saya, saya cuba...".

Cikgu Jung mencelah, "Saya tahu awak cuba tolong kawan awak tapi awak pun terlibat sekali dalam pergaduhan tu sampai kawan awak masuk hospital sekarang ni. Awak pun tahu peraturan kan?".

Jungsoo hanya menunduk kaku melihat kasutnya yang terkoyak akibat pergaduhan diantara dia dan 5 lagi pelajar sekolah yang berada di sebelah kirinya.

"Sudahlah. Kemas barang-barang kamu cepat.". Kata Cikgu Jung kepada Jungsoo lantas memandang pula pelajar yang lain, "Yang lain-lain, ini last warning. Kalau saya dapat tahu awak semua ni jadi samseng macam sekolah ni mak bapak awak yang punya, saya tak teragak-agak register nama awak semua masuk wajib militer. FAHAM?!".

Para pelajar yang lain hanya mengangguk faham sementara Jungsoo masih berdiri kaku di hadapan gurunya.

"Dah! Pergi masuk kelas sekarang.".

Para pelajar yang berdiri dari tadi termasuk Jungsoo membongkok sebentar tanda tunduk hormat lalu keluar dari bilik disiplin. Sewaktu Jungsoo menutup pintu bilik disiplin, tiba-tiba suara dari belakangnya ternyiang-nyiang di telinganya.: "Leeteuk Sunbaenim. Tteonajima.".

Jungsoo memandang ke belakang dan dia melihat Ravi yang sudah lama berada berhampiran bilik disiplin dari tadi.
 
"Tteonajima, Sunbaenim. Kalau Sunbae tak ada, siapa yang nak tolong saya nanti?". Tanya Ravi sambil berlinangan air mata.

Jungsoo tersenyum sambil mengesat air mata di pipi Ravi dan berkata, "Uljima. Awak dah besar sekarang ni. Saya yakin awak pandai jaga diri bila saya tak ada kat sini lagi. Yang penting, awak kena kuat. Tapi jangan pernah awak salah gunakan kekuatan awak untuk benda-benda lain.".

Ravi mengangguk tanda faham walaupun setelah Jungsoo tidak lagi mengesat air matanya. Dia cuba untuk senyum sambil berkata, "Arasseo. Saya akan cuba menjadi kuat, biar tak ada sesiapa yang buli saya lagi.".

Jungsoo tersenyum manis walaupun realitinya dia terpaksa tinggalkan juniornya. Dia mengusap rambut Ravi berkali-kali sambil memandang Ravi dengan penuh kasih sayang. Tidak ubah bagaikan adik beradik.

End of flashback.


 
"Ee-Teukie... Ee-Teukie...".

Jungsoo masih mengelamun sewaktu ada seseorang datang dan duduk bertentangannya.

Si jejaka berambut biru gelap dan berbaju V hitam itu terus menyapa Jungsoo, "TEUKIE-YAA~~!".

Jungsoo akhirnya tersedar dari lamunannya. Dia terus memandang lelaki di hadapannya. Alangkah gembiranya, rakan baik Jungsoo berada di hadapannya sekarang ini. "Lee Donghaekkkk!!".

Mereka berdua bersalaman sebaik saja Jungsoo menyedari kehadiran Donghae di hadapannya. Namun, Jungsoo tertanya-tanya kehadiran Donghae di Malaysia. "Apa kau buat kat sini?".

Donghae tersenyum mesra sambil membuka pembalut sandwich yang dibelinya dan menjawab, "Cuti-cuti Malaysia kejap. Teringin nak datang sini. Tup-tup jumpa kau kat sini.".

Mereka berdua ketawa namun Jungsoo hairan bagaimana Donghae tahu dia di sini. Dia bertanya lagi, "Macam mana kau cam aku?".

"Tengok muka pun dah tahu. Lagi-lagi lesung pipit kau tu. One of a kind!". Kata Donghae sambil tersenyum.

"Perangai kau memang tak berubah langsung. Still happy-good-lucky.". Kata Jungsoo sambil mengusap rambut Donghae dihadapannya.
 
Donghae menutup matanya dengan kuat apabila rakan baiknya mengusap rambutnya. Sesudah Jungsoo menurunkan tangannya, dia terus memegang sandwich yang berada di atas mejanya dan terus mengigit sandwich yang berisi daging salai, keju, sayur-sayuran dan pelbagai jenis mayonis.

"Kau sambung study kat mana?", tanya Jungsoo sejurus selepas dia meneguk air mineral.

Donghae mengunyah makanan dengan cepat dan menelannya lalu memberikan jawapannya, "Sambung kat KLMUC lima tahun, ambil seni tarian. Boleh tahan lah.".

"Ohhh~~!", jerit Jungsoo lalu memegang biskut cokelat yang dibelinya sambil berkata, "Patutlah kau boleh cakap BM. Bagus.. Bagus.!".

Donghae tersengeh apabila mendengar pujian daripada Jungsoo. Dia memakan semula sandwich yang tidak terlepas dari tangannya.

"Budak yang buli kau dulu tu, macam mana?", tanya Jungsoo sekali lagi sambil mengunyah biskut yang sudah cair di dalam mulutnya.

Donghae sempat menelan makanan yang dikunyahnya lalu berkata, "Macam mana? Ahh! Leo?".

Jungsoo hanya mengangguk kepala tanpa bersuara.

"Leo dah lama meninggal, 4 tahun lepas.. Dengar cerita sebab overdose tapi tak tahulah sebab apa.". Ujar Donghae sambil menggigit lagi makanannya.

"Jinjja?". Kata Jungsoo yang terkejut mendengar berita itu.

"Ummm~~", kata Donghae membuka mulutnya kerana masih ada lagi makanan di dalam mulutnya. Dia segera menelan lalu berkata lagi, "Tapi... Aku dapat berita, Leo ada simpan 'patung manusia' kat rumah dia. Tapi lepas bedah siasat, polis bagitahu yang perempuan tu dibagi ubat tidur. Overdose jugak. Tapi sekarang, dorang dah selamat dikebumikan. Yang jumpa Leo mati tu, junior Leo lah. Lagi satu berita extra, junior Leo tu kawan baik si 'patung' tu cuma budak tu amnesia.".

"Panjangnya berita kau. Kau sepatutnya ambil kos kewartawanan.", perli Jungsoo sambil tersenyum.

"Keperlian apakah?". Tanya Donghae sambil mengerut dahinya.

Mereka berdua ketawa lagi sambil memegang makanan masing-masing.
 
"Ahhh!! Hampir terlupa.". Kata Jungsoo sambil mulutnya terbuka luas.

"Apa?". Kata donghae ringkas.

"Wonsik sekarang buat apa eh?".

"Wonsik hoobaenim?".

Jungsoo mengangguk kepalanya sekali lagi.

"Tak silap aku lepas graduade, dia sambung study kat Hongik University. Ambil kos.. Seni lukisan. Tapi sekarang, aku tak tahu apa dah jadi dengan dia sekarang.". Ujar Donghae lalu menghirup straw air Fanta strawbery kerana dahaga.

Wajah Jungsoo mula kebingungan, dia seperti merasakan Wonsik berada di Malaysia. Malah, dia yakin lelaki yang dilihatnya tadi itu Wonsik.


 
Sementara itu, di Padang Kota...

Jiyeon melihat pemandangan laut yang terbentang luas. Jiyeon yang sedang berdiri itu hanya menghadap ke laut sambil menghirup udara yang segar. Terdengar pula ketawa riang kanak-kanak bermain serta bunyi-bunyian dari beca menghangatkan lagi suasana di Padang Kota.

Sedang Jiyeon menutup mata sambil mengambil nafas, tiba-tiba tangan kanan dan kirinya disentuh oleh seseorang, menggenggam erat tangannya lalu mendepakan tangan Jiyeon seperti babak di dalam filem Titanic. Kemudian, dia terdengar suara seseorang bernyanyi lagu runut filem yang sama di tepi telinga kanan Jiyeon. Jiyeon dapat mengagak siapa gerangan si penyanyi yang mengalunkan suaranya di telinga Jiyeon. "Ravi-ya!".

Dengan perlahan-lahan, tangan Jiyeon dan pemuda itu memeluk tubuh Jiyeon yang kecil. Jiyeon menoleh kepalanya ke kanan. Ravi memang ada dibelakangnya. Ravi pula memandang Jiyeon sambil membesarkan matanya seakan-akan terkejut serta senyum manisnya. Mereka berdua bertentangan mata sekarang ini sambil tersenyum manja. Ravi terus melepaskan genggamannya dari tangan Jiyeon lalu berdiri di sebelah kanan si gadis itu.

"Tadi awak rasa apa?", tanya Ravi sekaligus pembuka bicara mereka berdua.

"Apa?".

"Tadi? Titanic style?".
 
"Ahhh!!". Keluh Jiyeon lalu menandang Ravi dan berkata lagi, "Mana ada rasa apa-apa...".

"Jangan tipu. Tengok mata awak pun saya dah tahu.". Kata Ravi sambil menunjuk ke arah mata Jiyeon.

Jiyeon mengerut dahinya sambil berkata, "Mana ada.. Awak ni...".

Ravi merenung mata Jiyeon dan berkata, "Tapi dalam mata awak ada kornea mata.".

Jiyeon mula tahu itu hanyalah satu gurauan dari Ravi. Dia menampar perlahan lengan kiri Ravi sambil berkata, "Awak ni. Buat suspend jer.".

Ravi ketawa terbahak-bahak walaupun ditampar oleh Jiyeon. Mereka berdua memandang pula ke arah laut nan biru.

Pada waktu yang sama. Adik bongsu Jungsoo, Park Kyungsoo bersama seorang lagi rakannya baru sahaja pulang ke sekolah untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain di dataran Padang Kota dengan tujuan untuk satu persembahan amal untuk sekolah mereka: UPLANDS International School, Batu Ferringhi.

"Hey! D.O. Wheres the others?". Tanya rakan baik Kyungsoo, Yifan atau nama panggilannya, Kris.

Kyungsoo yang hanya melihat skrin telefon bimbitnya berkata, "Maybe they guys at backstage. Don't worry. The shows starts at 4 p.m. We still have a time to practice.".

Kris hanya mengangguk tanda dia faham lalu memandang ke arah puluhan beca yang dipakir berhampiran dengan bangunan lama.

Kyungso yang tadinya memegang telefon bimbitnya itu akhirnya meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg galas hijau yang digalas olehnya lalu lengannya diletakkan di bahu kanan Kris sambil berkata, "So... How many songs that we will perform?".

"Just two songs. HISTORY and OVERDOSE.". Jawab Kris sambil menepis lengan Kyungsoo.

Namun, Kyungsoo masih lagi meletakkan lengannya di atas bahu Kris sambil berkata, "How about GROWL? We're wearing a uniform, right?".

"We still weak at dance steps. Do you remember last month when we perform that song? Lay furgot his steps and hit Kai.". Jelas Kris lalu menepis lengan Kyungsoo sekali lagi.

"Haishhh!", keluh Kyungsoo sambil memegang belakang kepalanya.
 
Tiba-tiba, perjalanan si jejaka dari Kanada terhenti tanpa Kyungsoo sedari. Kris melihat seorang gadis yang dikenalinya bersama orang lain.

Kyungsoo tersedar yang Kris berada di belakang. Dia terus berjalan semula ke arah Kris sambil memandang rakannya lalu berkata, "Hey! Kris. What's wrong?".

"It's that your brother's girlfriend?", tanya Kris sambil menunjuk ke arah Jiyeon dan seorang lelaki: Ravi di seberang jalan sana.

Kyungsoo teragak-agak untuk melihat namun dia melihat juga Jiyeon dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenalinya, berdiri menghadap ke laut. Dia cuba untuk tidak terburu-buru dan berkata, "Maybe he is my brother's girlfriend's friend.".

"You mean, he's her friend?", kata Kris cuba untuk memperbetulkan ayat Kyungsoo.

"Ahhh~!", kata Kyungsoo sambil memandang Kris kemudian dia melihat semula Jiyeon dengan lelaki itu.

Sementara itu, Ravi mengangkat kedua-dua tangannya ke atas sambil menarik nafas. Dia kemudiannya menghembus nafasnya sambil menjerit, "Ahhhhhh~~~~~!".

Jiyeon memandang Ravi sambil berpeluk tubuh. Si gadis berambut ikal mayang itu tersenyum manis melihat gelagat si jejaka berbaju belang garisan melintang bewarna biru gelap dan kelabu.

"Dah setahun kita kenal. Awak rasa apa-apa tak?". Tanya Ravi sambil memandang wajah Jiyeon.

Jiyeon yang masih tersenyum tiba-tiba menoleh semula ke arah laut sambil berkata, "Entah lah. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam... Baru kelmarin kita berkenalan.".

"Umm? Kelmarin?". Tanya Ravi dengan muka terkejut. Dia melihat semula air laut yang biru sambil berkata, "Saya rasa saya sedar siapa diri saya yang sebenarnya.".

Jiyeon berpura-pura tidak mendengar.

"Niga pillyohae.".

Tiba-tiba, berderum darah yang mengalir di dalam tubuh Jiyeon. Entah kenapa.

"Niga pillyohae..", ulang Ravi lalu memandang wajah Jiyeon dengan penuh harapan.

"M.. Mworagoyo?". Tanya Jiyeon tergagap sambil memandang wajah Ravi.

Ravi memegang kedua-dua belah bahu Jiyeon sambil menjerit dengan nada perlahan, "NIGA PILLYEOHAE!!".
 
Jiyeon kerkejut dengan tindakkan Ravi yang sedang cuba meluahkan perasaan kepadanya.

"Nan niga joah! Neomu joahae! Na saranghandago! Arayo?". Kata Ravi lagi. Matanya mula berkaca dan berharap agar Jiyeon memahami isi hatinya. Kemudian, dia mengambil sesuatu dari poketnya dan terus memuka kotak yang diambil dari poketnya. Di dalam kotak itu diisi sebentuk cincin berbentuk seperti seekor angsa putih tapi bertatahkan belian berwarna biru air pada badan. Tanpa berlengah, dia melutut bagaikan memberi lamaran kepada Jiyeon yang masih terkedu. "Han Jiyeon, uri couple hajja.".

Jiyeon terkejut bila mendengar kata-kata Ravi yang benar-benar menyentuh hatinya. Dia menjadi kaku tatkala pandangannya ke arah orang yang melihat mereka berdua.

Pada waktu yang sama, Kyungsoo menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang dilihatnya.

"D.O. Let's go now. We have to rush.". Kata Kris sambil menepuk bahu kiri Kyungsoo.

Kyungsoo berhenti memerhati Jiyeon dan lelaki itu lalu berjalan bersama Kris menuju ke belakang pentas lebih kurang 100m dari tempat mereka berhenti tadi.

Sementara itu. Jiyeon masih berdiri kaku tanpa memandang Ravi yang masih melutut untuk mendapatkan cintanya. Dia tahu, dia masih ada Jungsoo. Tapi jikalau dia memberitahu hal yang sebenar kepada Ravi, dia pasti malu di hadapan orang ramai. Jiyeon mula mengetap bibirnya. Kedua-dua tangannya digemggam tanpa bergerak. Dengan perlahan, dia cuba memandang Ravi yang masih berada di hadapannya. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.

"Uri... Couple hajja?". Tanya Ravi sekali lagi.

Jiyeon masih lagi membisu. Dia tidak pasti samada pintu hati ini terbuka untuk Ravi atau tidak.


 
Keesokkan hari...

Sewaktu Jungsoo dan dua lagi adiknya berjalan kaki menaiki tangga pejalan kaki di hadapan KOMTAR, ada seorang lelaki berbaju tuxedo hitam dan bertali leher kelabu sedang memerhati mereka tiga beradik dari jauh.
 
Apabila mereka bertiga sudah sampai di tempat bussking mereka, Jungsoo, Myungsoo dan Kyungsoo mengeluarkan instrument masing-masing. Sewaktu mereka sibuk membuat persiapan terakhir untuk bussking, Myungsoo berkata sambil melihat gitarnya, "Kita O-Som, sapa nyanyi hari ni.".

"OKAY~!", jawab Kyungsoo dengan penuh semangat.

"OOOOOO~SOM!!". Jerit mereka tiga beradik. Alangkah terkejutnya, Myungsoo dan Kyungsoo membuat tangan seperti 'air' manakala Jungsoo pula membuat tangannya seperti 'burung'. Jungsoo menjerit kegembiraan tatkala adik-adiknya sedikit kecewa akibat kekalahan mereka berdua.

"Hari ni, Hyung nyanyi kat depan dengan piano Hyung. Hangpa dua orang, main guitar kat belakang. Okay?". Kata Jungsoo sambil tersenyum.

"Arasso~~". Jawab kedua dua adiknya itu.

Berbekalkan piano elektronik, Jungsoo menggerakkan jarinya pada keyboard pianonya sehingga menghasilkan sebuah lagu yang sedap didengar.

Kyungsoo dan Myungsoo menunggu giliran mereka untuk masuk. Kali ini, hanya bunyi piano dan suara Jungsoo yang kedengaran.

Chaka-un neoyee keu han madiga..
Nayee maeume dahge dwaesseul ttae..
Nae nundongjae-in nado moreuneun..
Chokchokhan i-seul bang-ul..

Setelah rangkap pertama, Myungsoo mula memetik gitar dan Jungsoo pula menyanyi di bahagian korus pertama. Kemudian, di hujung bahagian korus kedua, Kyungsoo yang duduk di atas gendang besar itu terus membunyikan gendang seperti empat segi itu. Terciptalah sebuah melodi yang indah.

Pada masa yang sama, orang ramai berpusu-pusu melihat tiga beradik bussking. Dan diantara yang melihat Jungsoo dan adik-adiknya itu adalah seorang lelaki yang mengekori mereka dari tadi. Lelaki itu masih lagi memerhatikan persembahan tiga beradik itu tanpa disedari Jungsoo mahupun adik-adiknya.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dragneel09 #1
Hai...blh x awk tag malay?