Kenangan

Cinta Itu Kejam! Hang tau dak?! //MALAY FANFIC//

Di Taman Belia...

Kaki melangkah masuk ke taman yang dipenuhi dengan anak-anak muda. Ada yang bersenam. Ada yang bermandi-manda besama rakan-rakan mahupun keluarga. Ada juga yang hanya mengisi masa lapang mereka dengan bermain bola di seberang jalan sana, bermain badminton dan bermain stateboard. Jiyeon terpegun dengan keindahan alam sekitar yang bersih.

"Pertandingan belum mula lagi. Mungkin kita sempat jalan-jalan di sekitar taman ini.". Ujar Ravi sambil melihat kasut Subra berwarna kuning.

"Bukan kena register nama ke?". Kata Jiyeon sambil memandang Ravi.

Tiba-tiba Ravi memandang ke atas sambil memetik tangannya. Dia berhenti sebentar lalu memandang Jiyeon semula, "Kita ke sana dulu, baru kita jalan-jalan. Okay?!".

Jiyeon tersenyum tanda dia faham dengan Ravi. Mereka berjalan semula dan menuju ke tempat dimana Ravi akan melukis graffiti untuk pertandingan. Sewaktu mereka berada di tapak perkhemahan untuk mendaftarkan diri, Ravi mengambil nombor giliran untuk menentukan tempat dia akan melukis. Setelah itu, Ravi membawa Jiyeon bersiar-siar di sekitar taman. Jiyeon memandang sekeliling taman. Sungguh cantik tempat ni. Bisik hati Jiyeon.

"Ini pertama kali kah awak datang ke sini?", tanya Ravi sambil memperbetulkan rambutnya.

Jiyeon sedar yang Ravi bertanya padanya lalu berkata sambil memandang kolam renang umum di sebelah kanannya, "Ya... Pertama kali.".

Ravi hairan lalu memandang Jiyeon, "Berapa lama awak tinggal di sini?".

"Entah. Saya pun dah lupa.", jawab Jiyeon lalu memuncungkan bibirnya sedikit.

Tiba-tiba, mereka berdua terdengar bunyi siren dari tempat pertandingan. Tanpa berlengah lagi, Ravi memegang tangan Jiyeon lalu berkata, "Kajja! Dah nak mula.".

Mereka berdua berlari menuju ke tempat pertandingan, Jiyeon ternampak sehelai kain putih yang terbentang luas di hadapan mereka.

Ravi melepaskan genggamannya lalu berkata, "Saya pergi ambil barang kejap. Awak tunggu di sini, okay?".

Jiyeon mengangguk faham sambil tersenyum manis. Dia duduk di sebuah kerusi panjang tidak jauh dari kain yang dibentangkan itu. Dia melihat para peserta yang lain. Semuanya dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang lain dari apa yang dia fikirkan. Baru aku tau yang graffiti ni tak pakai berus. Bisik hati Jiyeon.

Ravi datang membawa plastik yang berisi botol-botol cat semburan lalu berdiri di hadapan Jiyeon. Jiyeon terus memandang Ravi. Si jejaka berbaju T itu berkata, "Awak, boleh tak awak berdiri kat tengah-tengah kain tu?".

Jiyeon bingung. Kenapa dia mintak aku bediri kat kain tu? Bisik hati Jiyeon lagi. Tanpa berlengah, Jiyeon terus berdiri lalu berdiri di tengah-tengah hadapan kain. Dia nampak Ravi seolah-olah menunjukkan tanda 'bagus' sambil menutup sebelah kanan matanya. Cara ini... Sama seperti cara melukis biasa. Hati Jiyeon tidak berhenti membisik. Takkan dia nak lukis gambaq aku kot?

"Okay!". Ravi menjerit lalu mengambil sebuah botol cat semburan berwarna hitam dan menuju ke arah Jiyeon. Dia menggongcang botol itu lalu dihalakan pada muka Jiyeon.

Si gadis itu hanya menutup mata.

"Awak jangan ke mana-mana. Saya nak lukis ni. Kalau rangkanya dah siap, awak boleh duduk.". Kata Ravi sambil tersenyum.

Setelah mendengar kata-katanya, Jiyeon terus membuka sebelah kanan matanya. Dengan perlahan, dia membuka mata kirinya pula. Dia hanya berdiri tegak sewaktu Ravi tidak menghalakan lagi botol yang berisi cat yang susah ditanggalkan.
 
Kedengaran siren permulaan untuk pertandingan graffiti. Ravi terus mulakan menyembur cat dari kiri bahu Jiyeon hingga ke hujung kanan kain. Sama juga pada kiri kain itu. Jiyeon hanya melihat walaupun ada perasaan takut jikalau semburan cat itu terkena pada mukanya. Pada masa yang sama, dia kagum serta terpukau dengan kesenian yang ditunjukkan oleh Ravi.

Ravi melempar botol yang dipegangnya ke tepi lalu memandang ke arah Jiyeon dan berkata, "Rangka dah siap. Awak dah boleh duduk.".

Jiyeon menunduk perlahan tatkala matanya tajam melihat mata Ravi. Dia kemudian duduk di kerusi panjang tadi. Sewaktu dia duduk sendirian, dia terpaku. Tersentuh hatinya melihat lukisan graffiti dari Ravi.

Ravi masih melukis dikala Jiyeon melihat lukisannya. Dia tidak leka walau sedikitpun. Ravi begitu teliti dan tidak ada cacat cela pada lukisannya.


 
3jam kemudian...

"DONE! WOAHHH!!". Jerit Ravi setelah puas hati dengan lukisannya. Dia terus meluru ke arah Jiyeon lalu duduk di sebelah gadis itu. Dia menghela nafasnya lalu memandang Jiyeon. Kelihatan seperti teruja dengan lukisannya. Ravi terus bertanya kepada Jiyeon, "Apa yang awak rasa?".

"Cantik... Sangat cantik...". Jawab Jiyeon gagap kerana tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Ia amat sempurna.

"Sayap besar ni saya buat untuk awak tau.". Kata Ravi lagi dan terus memandang lukisannya dengan senyuman.

Jiyeon pula yang menandang Ravi dengan penuh kebingungan, "Eh? Kenapa pulak?".

"WOHHH! Sebab awak macam...", Ravi mengangkat kedua-dua ibu jari dan jari telunjuk dan buat seperti segi empat di hadapan lukisannya. "...1.0.0.4.".

1004? Jiyeon berfikir sejenak. Kalau dalam Bahasa Melayu ia tidak membawa maksud apa-apa, tapi kalau dalam Bahasa Korea, seribu itu Cheon dan empat itu Sa. Ia sama dengan maksud Bidadari. Jiyeon terus menerus memandang Ravi lalu berkata, "Cheonsa?".
 
Tangannya diturunkan lalu menggenggam kedua-dua tangannya. Ravi memandang semula wajah Jiyeon dan berkata, "Yup! Cheonsa gatteun neo.".

Jiyeon berpaling muka dari Ravi sambil tersenyum kecil.

Tanpa dia sedari, Ravi menggenggam tangannya dan berdiri sambil berkata, "Kajja, saya nak tangkap gambar awak dengan sayap tu.".

Ravi terus membawa Jiyeon ke hadapan lukisannya. Sepasang sayap putih yang besar dengan garisan hitam di bahagian bulu pelepah sayap terbentang luas dan juga sedikit warna-warni di belakang sayap. Sewaktu Jiyeon betul-betul berdiri diantara sayap besar itu, Ravi memegang kedua-dua bahu Jiyeon sambil memperbetulkan posisi kedudukan Jiyeon. Sesudah itu, Ravi mengambil kamera dari poketnya lalu mengundur setapak demi setapak. Kira-kira 7 tapak dari Jiyeon, Ravi bersedia mengangkap gambar sambil berkata, "Give me a pose. I wanna take a picture.".

Jiyeon yang kaku dari tadi mula berubah. Dia menunjukkan 'peace sign' dan diletakkan di mata kanannya sambil mengenyit mata kanannya.

"One more!". Jerit Ravi terpinga-pinga selepas menangkap gambar pertamanya.

Sekali lagi, Jiyeon menggenggam kedua-dua tangannya lalu mengenyit mata kanannya sambil tersenyum.

Ravi tersenyum melihat gambar yang ditangkapnya. Dia mengangkat kameranya semula lalu berkata. "Jiyeon-ssi. Another free style!".

Kali ini, Jiyeon hanya tersenyum manis tanpa membuat apa-apa pose.

Jelas sekali, Ravi terpegun melihat Jiyeon senyum semanis itu. Dia teragak-agak untuk mengambil gambar namun beberapa ketika dia ketik juga butang kamera itu.

"Dah la tu.. Saya nak tangkap gambar awak pulak la.". Kata Jiyeon sambil memegang kedua-dua lututnya.

"Naeeee~~!". Jawab Ravi dan terus menuju ke arah Jiyeon sambil membawa kameranya. Sewaktu dia berada di sisi Jiyeon, Ravi memberikan kameranya pada gadis itu sambil berkata, "Awak tahu nak guna kamera?".
 
"Saya tahu lah.". Jawab Jiyeon sambil tersenyum. Dia terus berlari ke tempat dimana Ravi mengambil gambarnya tadi. Ravi sudah bersedia bergambar sambil membuat mimik muka yang comel. Jiyeon juga bersedia mengambil gambar sambil berkata, "HANA~ DUL~ SET~!".

Sewaktu Ravi menukar pose kepada pose yang seksi, Jiyeon ketawa sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian untuk menangkap gambar Ravi.

Ravi juga ketawa sewaktu dia melihat Jiyeon ketawa kerananya. Dia berkata, "Dah lah. Kita selca sama-sama. Okay?".

Jiyeon terus berjalan ke arah Ravi sambil ketawa kecil. Selepas dia berdiri di sisi Ravi, dia terus memberikan kamera kepada tuan empunya.

"Kita selca sama-sama, okay.". Kata Ravi sambil memegang kameranya di hadapan. Apabila mereka sudah bersedia Ravi terus berkata, "Hana~ Dul~ Set~!".

Sewaktu mereka berdua melihat kembali gambar yang Ravi tangkap, ada seorang pemuda bersama kamera Nikon yang besar datang ke arah Jiyeon dan Ravi. Jiyeon mula menyedari kehadiran pemuda itu.

"Siapa yang melukis graffiti ini?". Tanya pemuda itu sambil tersenyum.

Jiyeon memandang ke arah Ravi manakala Ravi berkata kepada pemuda itu, "Saya yang lukis.".

Pemuda itu tersenyum manis lalu menghulurkan tangan. Ravi berjabat tangan dengan pemuda itu walaupun agak musykil akan kehadirannya.

"Saya Hongbin, editor dari majalah 'TEEN-WAVE'.". Kata pemuda itu sesudah berjabat tangan dengan Ravi. Sambung Hongbin lagi, "Boleh tak saya ambil gambar lukisan graffiti awak untuk diletakkan di dalam majalah edisi bulan hadapan?".

Ravi bagaikan tidak percaya namun dia cuba untuk tidak terlalu teruja dan berkata pada Hongbin, "Boleh.. Tentu boleh...".

Hongbin berjalan ke belakang lalu memandang semula ke arah Ravi dan Jiyeon yang sudah bersedia. Jiyeon berdiri diantara sayap manakala Ravi memegang botol penyembur cat seperti ingin menyembur ke arah Jiyeon.
 
"Okay! Ready?! One~ Two~ Three~!". Jerit Hongbin sambil menangkap gambar mereka. Sesudah menangkap gambar, Hongbin mengangkat tangan tanda bagus kepada Ravi dan Jiyeon sambil berkata. "Okay! Thank you so much..!".

"No problem.". Balas Ravi sambil menunduk sedikit kepalanya tanda hormat.

Sesudah pemuda itu pergi meninggalkan mereka, Jiyeon terus memandang Ravi di sebelah kirinya lalu berkata, "Lepas announcement ni kita pergi KOMTAR, nak tak?".

Ravi seolah-olah berfikir sejenak lalu memandang semula Jiyeon dan berkata, "Okay. Kalau itu yang awak mahu.".

Jiyeon masih lagi tersenyum lalu berjalan menuju ke arah perkarangan dimana pemenang akan diketahui nanti.

Ravi tahu dia bersendirian sekarang. Dia terus mencapai plastik yang berisi botol-botol spray-cat yang sudah dikemas olehnya tadi lalu meninggalkan lukisannya dan mengejar Jiyeon yang jauh dihadapan.


 
2 jam kemudian, di KOMTAR...
 
Jiyeon membawa Ravi ke suatu tempat berdekatan dengan KOMTAR, dimana Jungsoo bersama Myungsoo dan seorang lagi adiknya, Kyungsoo bernyanyi di tepi jalan. Seperti basking bersama-sama. Namun, Ravi tidak tahu tentang ini.

"Kita nak kemana ni?". Tanya Ravi setelah terlalu lama berjalan.

Jiyeon tersenyum sambil berkata, "Saya nak bawak awak pergi tengok orang bernyanyi.".

"Bernyanyi?".

"It's sing...". Ujar Jiyeon lalu melihat Ravi yang masih kurang faham. "Singing.... Lalala.....".

"Oh! Singing.". Kata Ravi sambil mulutnya melopong lalu mengangguk tanda faham.

Sesampai mereka di hadapan tangga jejantas, Ravi terdengar suara lelaki bernyanyi di atas jejantas. Dia menunjukkan jari ke arah atas lalu berkata, "Mereka ada di atas?".

Jiyeon mengangguk lalu berkata, "Yup! This is your present for get a 3rd place.".

"Janganlah cakap kat sini. Malu lah.". Kata Ravi sambil tersipu malu.

Jiyeon ketawa kecil lalu berkata, "Dah lah. Jom kita naik.".
 
Mereka berdua mula menaiki tangga untuk ke atas. Setelah penat mereka menaiki tangga, Ravi ternampak sekumpulan orang yang melihat persembahan oleh 3 orang lelaki namun dia hanya melihat samar-samar kerana terlalu ramai orang yang berkumpul. Jiyeon terus membuka langkah menuju ke arah orang ramai. Ravi juga tidak terkecuali. Sewaktu Jiyeon dan Ravi mencelah masuk ke hadapan untuk melihat mereka bertiga, Jungsoo dan Myungsoo masing-masing bermain alat musik mereka dan Kyungsoo sudah menyanyikan lagu yang terakhir.

Cheolsu ineunge, i-norae balkhae eoptta..
Kajji neorago, i-meoksori balkhae eoptta..

Sewaktu Ravi melihat Jungsoo, dia tiba-tiba teringat sesuatu. "Su.. Sunbaenim...". Dia segera melihat Jiyeon yang sedang melihat Jungsoo ikut menyanyi sekali dengan adik-adiknya. Dengan rasa takutnya, Ravi terus mencelah semula puluhan orang di belakang lalu lari meninggalkan tempat itu tanpa memberitahu Jiyeon terlebih dahulu.

Semua orang bertepuk tangan sambil menghulurkan duit sumbangan buat Jungsoo serta adik-adiknya ke dalam sebuah tabung kecil di tepi kaki Kyungsoo.

"Terima kasih~~!". Ucap mereka bertiga tanpa henti setelah ada yang bermurah hati untuk memberi duit kepada mereka.

Sewaktu Jungsoo menoleh ke arah Jiyeon, si gadis itu sudah tersenyum manis sambil melambai tangan kanannya. Jungsoo terkejut dan terus menuju ke arah Jiyeon lalu berkata, "Jiyeongi-ya! Bila sampai?".

"Baru ja sampai. Ni pun Ji bawak member mai sini. Kenaikan, ni..". Kata Jiyeon lalu memandang ke arah kanannya. Tapi Ravi tiada di sebelahnya. Jiyeon hairan kerana Ravi meninggalkan dia begitu sahaja. "Mana pi dia ni?".

Jungsoo tersenyum riang sambil berkata, "Mungkin dia ada reja kot?".

"Tak tau laaa..". Kata Jiyeon sambil menghembus nafasnya.

"Hyung! Kami nak pi beli barang dapoq ni. Hyung nak apa-apa dak?". Kata Kyungsoo sambil menggalas beg gitarnya di sebelah kanan manakala tangan kirinya memegang belakang bahu Myungsoo.
 
"Milo 1 tin besaq, satu. Roti potong, satu...". Jungsoo memandang kedua-dua adiknya dan berkata. "Jangan lupa pi beli pizza hat sejuk beku dalam kotak tu.".

"Satu?". Tanya Myungsoo sambil mengangkat jari telunjuknya tanda satu.

"Satu je lah... Dah hangpa nak pi PACIFIC kan?". Tanya Jungsoo pula.

"Dak aih! Kami nak pi Tesco Sungai Ara sat.".

Jungsoo terkejut mendengar kata-kata Kyungsoo dan terus berkata dengan nada yang tegas, "Buat pa hangpa nak pi sana?! Kat Sungai Pinang kan ada.".

"Dah alang-alang kita dok ada kat KOMTAR ni, baik kami naik bas teruih pi Tesco Sungai Ara. Lagi dekat.". Sahut Myungsoo sambil melihat ke arah abangnya.

Jungsoo menyerah dengan kelakuan adik-adiknya lalu berkata, "Ikut suka hati hangpa la. Beli pizza sejuk beku tu dua. Abang nak keluaq sat dengan bakai kakak ipaq hangpa ni.".

Kyungsoo dan Myungsoo masing-masing mengangkat tangan lalu letak di bahu mereka. Selepas itu, Kyungsoo yang menggalas beg piano dan juga memegang beg yang berisi gendang segi empat itu berkata, "Okay, Hyung! Kami pi dulu naaa...".

Jungsoo menahan geram sambil melihat Myungsoo dan Kyungsoo berjalan sehingga mereka menuruni tangga jejantas itu.

Jiyeon hanya ketawa kecil melihat gelagat adik-beradik itu. Dia terus menepuk perlahan lengan Jungsoo dan berkata, "Sabaq la abang. Ji kan ada.".

"Abang dok tengah sabaq la ni.". Jawab Jungsoo sambil mengacip giginya menahan geram di dada.

Jiyeon terus menyilangkan tangan kirinya dengan tangan kanan Jungsoo. Dia memandang wajah Jungsoo dengan tenang dan berkata, "Kita pi pekena Americano, okay. Kali ni, Ji belanja.".

Jungsoo bagaikan berfikir tentang tawaran Jiyeon sambil matanya melihat sekeliling tempat. Dia terus melihat Jiyeon lalu berkata, "Okay. Abang ikut Ji.".
 
Jiyeon tersenyum lagi sambil mendedahkan giginya pada Jungsoo. Mereka berdua berjalan seiringan hingga menuruni tangga yang tinggi sambil berbual-bual kosong.

 
Pada masa yang sama, di dalam bas menuju ke rumah. Ravi duduk di kerusi paling belakang sebelah kiri sambil termenung. Memikirkan tentang lelaki yang dikenalinya tadi: Jungsoo. Dia terfikir, sejak bilakah dia tinggal di sini? Adakah dia kenal Jiyeon? Dan... Adakah dia masih ingat pada dirinya?

 
Flashback, 7 tahun lalu. Di SOPA.

"KYA! Budak! Kau tak layak masuk sekolah ni lah.". Kata seorang budak bersama dua lagi rakannya mengerumuni Ravi yang terduduk akibat ditumbuk oleh budak nakal itu.

"Apa salah aku?". Kata Ravi di dalam ketakutan.

Tiba-tiba seorang lagi budak nakal itu menarik kolar baju Ravi lalu wajahnya betul-betul menghadap budak lelaki itu. "Sebab kau tak ada bakat.".

Sewaktu budak itu mengangkat tangan untuk menumbuk Ravi tiba-tiba...

"Hyaaa~~! Awak semua buat apa?!". Seorang pelajar senior berdiri jauh di koridor sambil melihat Ravi dibuli oleh budak-budak itu.

Kerana pelajar senior itu, budak-budak yang sama umur dengan Ravi itu terus berhenti membuli lalu menundukkan kepala mereka.

Dengan perlahan-lahan, pelajar senior itu berjalan setapak demi setapak, membawa botol minuman berisi air sambil tersenyum sinis. Semakin dia menghampiri mereka, semakin mereka takut kecuali Ravi yang terpinga-pinga. Sewaktu pelajar senior betul-betul berdiri di hadapan budak yang menarik kolar baju Ravi tadi, dia melihat nama di baju budak itu dan berkata, "Lee Jae Hwan... Cantik nama. Tapi nak jadi macam kumpulan F4.".

Budak itu semakin takut apabila dia melihat pelajar senior itu membuka penutup botol air.
 
"Awak tahu kan watak Gu Jun Pyo dengan Kim Tan tak sama? Tapi bila Lee Min Ho memainkan watak Gu Jun Pyo yang tegas dan juga Kim Tan yang suka bertindak sendiri, dia amat profesional. Tak macam awak.". Kata pelajar senior itu lalu mencurahkan air di atas baju budak yang ada di hadapannya.

Budak itu kelihatan sebak dan menangis kerana dibuli pula oleh seniornya.

"Lain kali, jangan nak jadi macam Gu Jun Pyo kalau tak pandai nak jadi macam Lee Min Ho.". Kata pelajar senior itu lalu mengcampak botol air ke tepi koridor. Dia tersenyum lalu berjalan meninggalkan Ravi dan budak-budak itu.

Ravi terkejut melihat situasi itu lalu memandang seniornya hingga hilang dari pandangan matanya.

Beberapa jam kemudian...

Ravi berjalan sendirian di koridor keluar dari tandas. Dia masih trauma dengan apa yang terjadi tadi. Namun, dia masih tidak dapat melupakan pelajar senior yang menyelamatkannya.

Sewaktu dia ingin membelok ke kiri untuk menuju ke kelas, dia ternampak seniornya berdiri di koridor besi sambil termenung jauh. Ravi cuba beranikan diri berdiri bersebelahan dengan pelajar senior itu. Seniornya masih termenung tanpa menoleh ke arah Ravi.

"Sunbaenim, gumapsimnida tolong saya tadi...", kata Ravi tergagap.

Seniornya masih memandang ke arah lain dan berkata dengan nada yang lembut, "Hidup ni kena struggle. Jangan nak tunggu bantuan nak sampai je.".

Ravi bagaikan terkesan dengan kata-katanya namun ada benar kata seniornya.

Pelajar senior itu menggerakkan badannya berpusing ke belakang sambil kedua-dua lengannya diletakkan di atas tiang besi koridor dan memandang Ravi lalu berkata, "Tapi awak masih mentah. Banyak lagi yang awak kena belajar dalam kehidupan awak. Kim Won Sik.".

Ravi mula tersenyun lalu dia menundukkan kepalanya tanpa henti dan berkata, "Gumapsimnida sunbaenim...".

Seniornya hanya tersenyum manis melihat gelagat Ravi yang betul-betul lurus dan cekal.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dragneel09 #1
Hai...blh x awk tag malay?