Chapter 4

I'm Sorry

“Luhan-ssi, awak okey?“ Itulah ayat pertama yang masuk ke telinga Luhan apabila dia membuka mata. Kelihatan Yoona dan seorang doktor lelaki sedang berdiri memandang kearahnya. Dia melihat sekeliling. Dekat mana ni? Soal Luhan di dalam hati. Sejenak kemudian, dia terfikirkan seseorang.

   “Mana Yuri?“


Suzy menunggu di luar bilik rawatan dengan gelisah. Yuri sedang dirawat oleh Myungsoo di dalam sana. Hatinya tidak tenang apabila memikirkan tentang kesihatan Yuri. Adakah rakannya itu baik-baik sahaja? Tidak lama selepas itu, Myungsoo pun keluar dari bilik rawatan itu.

   “Myungsoo-ah, macam mana dengan Yuri?" Suzy terus menerpa kearah Myungsoo sebaik sahaja Myungsoo keluar.

   “Dia okey, masuklah dalam, dia panggil..” Myungsoo tersenyum kearah Suzy dan menyuruhnya masuk atas permintaan Yuri. Suzy masuk ke bilik rawatan tersebut diikuti oleh Myungsoo dan terus mengambil tempat di sebelah Yuri yang terbaring di atas katil.

Yuri mengukir senyuman yang nipis dibibir setelah melihat Suzy di hadapan matanya.

   “Suzy-ah, aku nak cakap sesuatu..” Lemah suara Yuri ditelinga Suzy. Suzy mengangguk menandakan dia sedia untuk mendengarnya.

   “Kau tahukan hidup aku tak lama, aku boleh pergi bila-bila masa sahaja. Jadi aku nak, kalau aku dah pergi, kau tolong jaga Myungsoo ni baik-baik okey? Dia ni baik, walaupun ada masa dia jahat,haha..kau pun kena jaga diri kau juga, jaga kesihatan kau, aku harap kau tak tinggalkan Myungsoo macam kau tinggalkan aku masa dekat Jepun dahulu, lagi satu..” Kata-kata Yuri terhenti kerana dia berasa payah untuk meneruskannya.

Suzy yang mendengar daripada tadi tidak mampu menahan rasa sebak didada. Dia mengalirkan air matanya sambil memandang ke bawah. Myungsoo pula memandang ke tempat lain. Tidak sanggup dia melihat rakan baik barunya itu menangis.

   “Lagi satu, boleh tak kau tolong panggilkan Yoona untuk datang ke rumah aku malam ni?“ Yuri menyambung semula percakapannya. Suzy hanya mengangguk kerana dia tidak mampu berkata-kata.

   “Yuri-ah, kau tak boleh balik..” Myungsoo bersuara sambil mengalihkan pandangannya terhadap Yuri. Yuri merayu kepadanya agar dia dapat pulang ke rumah untuk malam ini sahaja. Setelah Suzy memujukknya supaya membenarkan Yuri pulang, akhirnya dia bersetuju.

Pada malamnya, Yoona datang ke rumah Yuri untuk kali pertamanya.

Ting! Tong! Dia menekan loceng.

Pintu rumah dibuka oleh pembantu rumah Yuri. Yoona melangkah masuk dengan muka yang tiada perasaan. Dia dijemput untuk duduk di sofa. Seketika kemudian, Yuri muncul dari biliknya lalu mengambil tempat di hadapan Yoona dengan senyuman.

   “Yoong, terima kasih sebab datang,“ Yuri memulakan bicara.

   “Ingatkan kau tak nak jemput aku datang sampai bila-bila,“ sentap Yuri mendengar ayat yang keluar daripada mulut Yoona. Dia masih cuba untuk tersenyum selagi yang dia boleh.

   “Yoong, aku rindu kau,“ Yuri mengucapkan ayat itu dengan rasa sebak. Berubah riak muka Yoona yang serius itu tadi. Yoona mengaku, dia juga rindu akan sahabat baiknya dahulu. Yuri datang ke arah Yoona untuk memeluknya, tetapi dia telah ditolak. Ya, Yoona masih lagi dengan egonya itu. Sudah sedaya upaya dia cuba menepisnya, namun dia tidak berjaya.

   “Kenapa kau balik Korea?! Kenapa kau muncul dekat depan mata aku lagi?! Disebabkan kau, Luhan dah ingat semuanya! Meronta-ronta dia untuk mencari kau, tapi aku halang! Sebab apa? Sebab aku tak nak kau dapat semula apa yang kau hilang! Aku nak kau rasa apa yang aku rasa selama ni! Aku diabaikan oleh kau orang berdua! Kau fikir seronok jadi orang ketiga?! Kau pentingkan diri sendiri sampaikan duit yang kita dapat, kau yang ambil!“ Yoona meninggikan suaranya sambil berdiri. Tajam pandangannya memandang sahabatnya dahulu.

   “Yoong, aku buat semua ini ada sebab. Aku bolot semua duit tu sebab aku nak bayarkan kos perubatan aku. Nanti aku bayar semula, janji. Aku balik Korea ni sebab aku nak tahu macam mana keadaan Luhan, macam mana keadaan sahabat sejati aku..aku rindu sangat dengan kau. Aku dah anggap  kau macam adik aku sendiri..” Yuri membalas.

Yoona tidak mengeluarkan kata-katanya dan terus beredar dari rumah itu sebelum sempat Yuri menghalang. Makin teruk batuk yang dihidapi Yuri sehingga pembantu rumahnya menelefon doktor yang merawatnya, Doktor L atau dikenali sebagai Myungsoo.

Keesokkan paginya, Yuri berjalan di koridor hospital dengan ditemani oleh Suzy dan Myungsoo. Bergelak sakan mereka bertiga. Ada kala Yuri ingin termuntah yang dibuat-buat apabila melihat kemesraan yang antara dua orang rakannya itu. Seketika kemudian, mereka terserempak dengan seorang lelaki yang amat dikenali.

   “Luhan-ssi?“

Luhan terus memeluk Yuri yang berada di hadapannya itu. Terkejut Suzy, Myungsoo dan Yuri dibuatnya. Yuri pun membalas pelukan itu. Setelah beberapa minit, mereka meleraikannya dan Myungsoo memulakan bicara.

   “Ni ke Luhan yang kau cakap tu ?“ Myungsoo memandang Yuri yang sedang mengelap air matanya dengan sapu tangan yang diberi oleh Suzy. Yuri mengangguk dan tersenyum. Setelah Yuri dan Luhan menceritakan perkara yang sebenar, barulah Suzy dan Myungsoo faham. Sekarang, Luhan sudah mendapat semula ingatannya.

   “Yul, kenapa awak ada dekat sini? Siapa yang sakit?“ soal Luhan. Sesungguhnya, Yuri amat merindui panggilan ‘Yul’ untuk dirinya. Tetapi, sesaat kemudian, mukanya berubah sedih. Tidak sanggup untuk memberitahu Luhan tentang penyakit yang dihidapi.

   “Dia ada penyakit jantung, jangka hayatnya pun dah tak lama..huh,“ Suzy mengeluh selepas memberitahu Luhan. Bagaikan tidak percaya Luhan setelah mendengar kenyataan itu. Bodohnya dia sehinggakan penyakit yang dihidapi oleh teman wanitanya sendiri pun tidak diketahui. Tidak sempat dia ingin mengeluarkan kata-kata, Yuri sudah pun memegang dada menahan sakit. Mungkin, penyakitnya datang menyerang. Segera Yuri dibawa ke bilik rawatan oleh mereke bertiga. Myungsoo memanggil jururawat-jururawat yang bertugas untuk membantunya merawat Yuri. Luhan dan Suzy diarahkan supaya menunggu diluar bilik.

   “Yuri-ah, bertahan! Aku tahu kau boleh melawannya!“ Myungsoo berkata kepada Yuri sambil membantunya melawan penyakit itu. Keadaan semakin parah apabila Yuri mengerang kesakitan.

Satu jam setengah sudah berlalu. Suzy dan Luhan masih lagi gelisah menanti keputusannya. Kemudian, Myungsoo serta jururawat-jururawat yang bertugas keluar daripada bilik itu. Luhan yang sedang duduk dikerusi terus bangun dan pergi kearah Myungsoo untuk menanyakan tentang Yuri. Jelas terpancar perasaan risau dimukanya.

Myungsoo tidak berkata apa-apa sebaliknya menyuruh mereka berdua masuk bersamanya. Apa yang berlaku? Persoalan yang bermain diminda Suzy dan Luhan. Myungsoo menyuruh mereka bertenang selepas melihat Yuri yang tersenyum lemah terbaring di atas katil.

   “Yuri..Dia akan pergi dalam masa beberapa jam sahaja lagi,“ Myungsoo memberitahu mereka dengan suara yang perlahan. Suzy terus menangis sambil memeluk Yuri manakala Luhan pula terduduk di atas lantai sambil meraup mukanya.

   “Suzy-ah, Luhannie..janganlah sedih,“ Yuri cuba untuk menenangkan merek berdua, tetapi tidak berjaya.

   “Macam mana aku tak sedih, kalau kau akan pergi untuk selamanya?“ Suzy memandang Yuri yang masih lagi mampu tersenyum.

   “Ini tak boleh jadi, aku kena betulkan semuanya,“ Suzy terus berlari keluar sebelum sempat Yuri berkata. Myungsoo tidak sempat untuk mengejarnya kerana dia terlalu laju. Luhan pergi ke sebelah Yuri lalu memegang tangannya.

   “Maafkan saya..” Luhan menundukkan wajahnya ke bawah. Yuri sedaya upaya menahan sebak lalu berkata bahawa dia yang bersalah kerana tidak dapat bersamanya untuk hari-hari yang akan datang.


   “Kau nak bawa aku pergi mana ni? Bilik Luhan di sebelah sanalah..” Yoona meronta-ronta minta tanggannya dilepaskan. Suzy tidak menjawab pertanyaannya. Dia memaksa Yoona mengikutnya ke satu bilik rawatan. Mereka berdua tiba dan masuk ke bilik itu.

Terkaku Yoona melihat Yuri yang terbaring di atas katil. Luhan juga berada di sini?

   “Yoong..” Yuri memanggilnya dengan suara yang lemah. Suzy menarik Yoona ke sebelah Yuri apabila Luhan memberikan laluan.

   “Kau sakit apa?“ Yoona terus bertanya.

   “Dia sakit jantung, lagi beberapa jam dia akan pergi..jadi aku nak kau minta maaf dekat dia selagi dia hidup, aku tak nak dia pergi dengan persaan sedih disebabkan kau..” Suzy menjawab mewakilli Yuri.

Yoona masih lagi tidak percaya bahawa sahabatnya mempunyai penyakit yang tidak diketahui.

   “Sebenarnya, aku tak nak kau tahu sebab ini adalah rahsia. Aku tak nak kau risaukan aku. Aku cuma nak kau bahagia dan senang. Kau ingat tak masa aku tak bagi kau datang rumah aku, sebab aku tak nak kau nampak semua ubat yang ada dekat rumah aku. Aku tahu nanti mesti aku akan risau, jadi aku buat keputusan untuk pergi ke jauh daripada kau. Aku ingat aku akan lupakan kau, tapi aku tak boleh. Sebab tu aku balik semula ke Korea, nak jumpa kau..Aku tahu sebenarnya kau bermusuh dengan aku selama ni, kan? Aku minta maaf dan aku harap dapat berbaik semula dengan kau sebelum aku pergi..” Panjang lebar Yuri berkata membuatkan Yoona sebak.

   “Maafkan aku, kalau aku tahu jadi macam ni, aku tak akan bermusuh dengan kau..Aku yang salah selama ni, aku yang sebenarnya cemburu dengan kau masa hari pertama kita kenal, kau kaya, cantik, pandai dan kau ada Luhan..” Yoona menjawab perlahan. Bergetar suaranya ketika itu. Yuri mengerutkan dahinya setelah Yoona berkata sedemikian.

   “Yoong, kalau kau nak dia, aku bagi sebab aku dah tak boleh jaga dia.. Apa yang aku nak adalah persahabatan kita tak akan terputus walaupun aku dah tak ada, boleh? Duit pertandingan hari tu, aku dah suruh Suzy masukkan ke dalam akaun kau,“ semakin lemah suara Yuri. Yoona hanya mengangguk lalu terus memeluk sahabat baiknya itu. Sudah lama dia ingin memeluk sahabatnya itu, akhirnya tercapai juga.

   “Yoona-ah, Suzy-ah, Myungsoo-ah dan Luhannie.. Rasanya, masa dah tiba.. Lebih baik aku ucapkan selamat tinggal dahulu, aku minta maaf kalau aku ada salah apa-apa dan aku nak kau orang semua jangan bersedih bila ketiadaan aku, okey? I love you guys..” Itulah ayat terakhir yang keluar daripada mulut Yuri sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mereka berempat terkejut kerana masanya terlalu awal. Kedengaran tangisan mereka semua di dalam bilik itu. Yoona berulang kali mengejutkan Yuri tetapi dihalang oleh Suzy dan Luhan.

Setahun sudah berlalu.Yoona, Suzy, Myungsoo serta Luhan sedang menaiki kapal terbang menuju ke London. Mereka ingin memulakan hidup baru.

   “Yoona-ah, kau menungkan apa tu?“ Suzy menegur Yoona yang sedang melihat ke luar tingkap kapal terbang.

   “Tak ada apa-apa,“ Yoona menjawab. Sekarang, Suzy sudah menjalinkan hubungannya semula dengan Myungsoo manakala Yoona berkawan dengan Luhan.

'Aku tidak mahu menjalinkan hubungan yang istimewa bersama Luhan kerana aku tahu bahawa kau masih menyayanginya dan kerana all my love is for you, Yuri..sahabat paling baik yang pernah aku ada..'

 


Akhirnya..habis juga cerita ni..fuhhh! Yoona dah baik dah, dia dah tak kejam lagi macam dulu, inilah namanya kawan, memaafkan antara satu sama lain, tak mengambil kesempatan..so, memandangkan cerita ni dah habis, saya harap readers dapat meletakkan komen di bawah, bagi pendapat..ye? =) Thank you kepada semua yang menyokong saya sampai ke akhirnya, ceh! Kamsahamnida to my all subbies and sesiapa yang murah hati untuk upvote ^^ see you next time!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
saya ada edit sikit cerita I'm Sorry

Comments

You must be logged in to comment
amiramuliyadi
#1
Chapter 4: Kesian Yuri... Kalaulah dia sempat kahwin dengan Luhan
Hundotlove
#2
Chapter 4: Wow i can't explain what i feel right now....Sebuah persahabatan yang punah kerana ego dan benci.... Baru saya tahu yang suzy menangis tu pasal gambar myungsoo .___. Oh why Yuri pergi dengan awal, Yoona mesti rasa menyesal dengan apa yang dia dah buat. Nice story.... ah ada typo sikit maybe boleh diperbaiki. Figthing and good luck!!!
amiramuliyadi
#3
Chapter 3: I hate Yoona... Kenapalah jadi perampas!!