Chapter 1

I'm Sorry

    “Suzy-ah, cepatlah sikit jalan tu,“ Yoona yang berada di hadapan kafe memanggil Suzy yang sedang berjalan perlahan di belakangnya sambil menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Dengan segera, Suzy berlari anak sambil tersenyum ke arah rakannya itu yang sudah berkerut mukanya.  Setelah berdiri di hadapan Yoona, Suzy mengeluarkan sehelai kertas lalu menghulurkan kertas itu kepadanya.

   “Pertandingan reka baju?“ Yoona membaca tajuk yang tertulis di atas kertas tersebut lalu memandang Suzy. Suzy tahu bahawa Yoona amat suka akan pertandingan yang sebegitu. Jadi, dia berhasrat mengajak Yoona untuk masuk ke pertandingan itu sebagai pasangannya. Tetapi dia tidak tahu bahawa disebabkan satu pertandingan reka baju jugalah Yoona bermusuhan dengan seseorang yang dia kenali.

   “Aku tak berminatlah untuk menyertai pertandingan kali ini..“ Ayat Yoona membuatkan Suzy membesarkan matanya. Selama ini, Yoona yang dia kenali ialah seorang yang tidak pernah menolak daripada menyertai pertandingan yang melibatkan rekaan baju diperingkat antarabangsa.

   “Kena--“ belum sempat Suzy menghabiskan ayat, namanya telah dipanggil oleh seseorang.

   “Suzy-ah! Tak sangka kita akan berjumpa di sini dengan..Yoona?“ Yuri memeluk bekas rakan sekolahnya dahulu, Suzy. Walaupun dia ternampak Yoona bersama Suzy, hatinya berat untuk membuka mulut bertanyakan khabar. Begitu juga dengan Yoona. Masing-masing tidak mahu memulakan bicara. Suzy yang perasan akan keadaan yang janggal itu, terus membuka mulut.

   “Yuri-ah, Yoona-ah, kau orang kenal antara satu sama lain ke?“ Suzy memandang mereka berdua silih berganti. Yoona memalingkan mukanya manakala Yuri hanya memandang ke bawah.

   “Aku pergi dulu,“ Yoona terus meninggalkan Yuri dan Suzy sebelum sempat mereka mengeluarkan kata-kata. Suzy terus memandang Yuri yang sedang melihat ke bawah. Apa yang terjadi? Suzy bertanya di dalam hati.

   “Jemputlah datang ke rumah, nanti aku akan ceritakan perkara yang sebenar..“ kata Yuri sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya kepada Suzy lalu, dia terus beredar. Tinggal lah Suzy seorang berdiri di hadapan kafe dengan terpinga-pinga.

- Flashback -

   “Yoong, tengok ni..cantik tak rekaan baju aku?“ Yuri menunjukkan rekaan bajunya kepada Yoona di dalam sebuah bilik di sebuah studio. Rekaan itu telah menarik minat Yoona kerana terdapat pelbagai jenis perhiasan serta corak. Warnanya juga dipadankan dengan elok.

   “Wah~ Yul, kau ni memang profesional betul lah, cuba kau tengok rekaan aku pula, okey tak?“ Kini giliran Yoona pula yang menunjukkan rekaan bajunya. Yuri mengangguk sambil menepuk tangannya dan tersenyum.

   “Aku rasa, kalau kita gabungkan idea rekaan kita berdua ini, sudah sah-sah kita adalah juara bagi pertandingan rekaan baju antarabangsa, kan?“ Yuri meletakkan tanganya di atas bahu Yoona. Yoona hanya tersenyum dan mengangguk. Seketika kemudian, seorang lelaki  masuk ke dalam bilik itu lalu menyergah mereka berdua.

   “Awak, terkejut saya tahu tak? Nasib baik saya tak ada penyakit jantung, kalau tak..“ Yuri tidak menghabiskan ayatnya apabila mulutnya ditutup.

   “Janganlah cakap macam tu, nanti jadi betul-betul macam mana?“ balas lelaki itu pula sambil memegang bahu teman wanitanya itu. Yuri tersenyum. Namun, jauh disudut hatinya, dia sedih apabila lelaki itu berkata sedemikian, kerana apa yang dikatakannya adalah benar sama sekali.

Yoona yang daripada tadi hanya mendiamkan diri bersuara, “Yul, aku keluar dahulu..ada hal sikit,“ kata Yoona lalu beredar daripada bilik tersebut. Yuri hanya mengangguk begitu juga dengan lelaki itu. Setelah Yoona sampai di luar studio, dia menarik dan menurunkan nafasnya dengan teratur. Maklumlah, baru sebentar tadi dia berjumpa dengan lelaki pujaanya, teman lelaki Yuri.

- End flashback -

   “Yoong, kenapa kau macam tak ada mood sahaja?“ Tanya Suzy sambil menghirup kopinya yang masih panas. Selepas mereka berjumpa dengan Yuri sehingga lah sampai dirumah, Yoona tidak berkata apa-apa selain mengangguk, menggeleng, mengangguk dan menggeleng.

Lagi sekali Yoona menggeleng lalu dia terus masuk ke biliknya. Suzy yang melihat rakannya itu hanya membiarkan sahaja. Kemudian, dia menekan punat pada alat kawalan jauh yang terketak di sebelahnya.

   “Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena lah..kena siasat ni“ Suzy berkata sendirian sambil matanya menghadap ke arah skrin televisyen.


'Yuri..Kenapa kau muncul semula? Apa yang kau buat disini? Bukankah kau berada diluar negara sekarang? Ah, jangan-jangan kau ingin mengambil semula apa yang kau hilang? Oh tidak, aku kena pertahankannya. Aku tidak akan sesekali biarkan dia memandang rendah terhadap diriku ini lagi. Aku pasti!'

Yoona berfikir sendirian di dalam bilik tidurnya. Selepas dia berjumpa dengan Yuri di kafe sebentar tadi, fikirannya tidak berhenti-henti memikirkan hal yang sama. Hatinya pula menjadi tidak tenteram dan rasa takut serta bersalah mulai menyelubungi dirinya. Tetapi, cepat-cepat dia menolak perasaan tersebut jauh-jauh. Dia tidak sepatutnya berasa sedemikian, kerana perkara yang dia buat selama ini tidak salah baginya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu biliknya diketuk. Yoona memulas pintu biliknya itu dan Suzy sedang berdiri di hadapannya dengan berpakaian kemas.

   “Kau hendak pergi mana? Baru sahaja kita balik dari bandar tadi..“ Yoona memandang suzy.

   “Aku nak pergi jumpa kawan lama aku masa sekolah, kau nak ikut?“ Suzy mengajak Yoona, tetapi Yoona hanya menggelengkan kepala.

   “Lagi pun aku nak jumpa Luhan petang nanti,“ kata Yoona sambil tersenyum. Dia berniat untuk pergi berjumpa dengan teman lelakinya.

   “Kalau macam tu, aku pergi dulu..jaga rumah okey?“ Yoona tersenyum dan mengangguk. Suzy pun keluar daripada rumah itu. Dia menahan teksi untuk pergi ke sesuatu tempat. Setelah beberapa minit, dia tiba di tempat yang dituju. Dia menghulurkan sekeping wang kepada pemandu teksi itu sebagai duit tambang.

Suzy berjalan di kawasan perumahan itu sambil mencari rumah yang bernombor 14. Langkahnya terhenti apabila dia berdiri di hadapan rumah yang dicari.

Ting! Tong!

Suzy menekan loceng rumah tersebut. Pintu dibuka dari dalam dan dia dibenarkan masuk ke halaman rumah.

   “Cik mahu berjumpa dengan siapa?“ tanya seorang mak cik yang berumur dalam lingkungan 30-an kepada Suzy.

   “Ermm, rumah ni milik Kwon Yuri, kan? Boleh saya berjumpa dengannya?“ Tanya Suzy sebagai balasan. Mak cik itu mengangguk dan mengajak Suzy masuk ke dalam rumah.

   “Cik boleh duduk di sini sementara saya panggilkan cik Yuri,“ kata mak cik itu sambil mempelawa Suzy untuk duduk di sofa yang lembut. Suzy hanya tersenyum dan melabuhkan punggungnya di atas sofa tersebut. Dia mengambil kesempatan untuk melihat segenap ruang di dalam rumah milik rakannya itu. Kemudian, matanya tertancap pada satu sudut yang mempunyai pelbagai gambar.

Dia mengorak langkah untuk pergi melihat gambar-gambar tersebut dengan lebih dekat. Dahinya berkerut setelah dia melihat satu gambar yang kelihatan seperti gambar sepasang kekasih yang mesra.

   “Luhan? Bukankah dia ni teman lelaki Yoona? Apa kaitannya dengan Yuri? Mereka ada apa-apa hubungan ke?“ Matanya beralih pula ke arah bingkai gambar di sebelahnya. Dia mengambil bingkai gambar itu lalu melihatnya dengan teliti. Tanpa disangka-sangka air matanya mengalir dengan perlahan-lahan.

   “ Ouh, Suzy-ah, kau dah sampai, jemputlah duduk..mak cik, tolong buatkan air “, arah Yuri kepada pembantu rumahnya setelah dia keluar daripada bilik. Yuri memandang Suzy yang sedang melihat gambar-gambarnya.

   “Suzy-ah.." panggilan Yuri tiada sahutan daripada tuannya. Dia berasa pelik. Yuri pergi ke arah Suzy lalu memegang bahunya.

   “Oh, yuri-ah..terkejut aku,“ Suzy yang terkejut itu terus melepaskan bingkai gambar yang dipegangnya. Nasib menyebelahi bingkai gambar itu, Yuri sempat menyambutnya daripada jatuh ke lantai.

   “Kau okey tak ni? Kenapa menangis?“ Yuri kelihatan risau apabila dia melihat Suzy menangis secara tiba-tiba. Dia menepuk-nepuk belakang Suzy untuk menenangkan rakannya itu. Yuri membawa Suzy untuk duduk dan minum air yang telah dibuat oleh pembantu rumahnya sebentar tadi.

Selepas Suzy menenangkan dirinya, dia minta diri untuk ke bilik air.

   “Kenapa dengan dia? Sebab gambar itu ke?“ Yuri bertanya kepada dirinya sendiri sambil matanya memandang bingkai gambar yang hampir terjatuh tadi.

 


macam mana dengan permulaannya? Okey tak? =3

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
saya ada edit sikit cerita I'm Sorry

Comments

You must be logged in to comment
amiramuliyadi
#1
Chapter 4: Kesian Yuri... Kalaulah dia sempat kahwin dengan Luhan
Hundotlove
#2
Chapter 4: Wow i can't explain what i feel right now....Sebuah persahabatan yang punah kerana ego dan benci.... Baru saya tahu yang suzy menangis tu pasal gambar myungsoo .___. Oh why Yuri pergi dengan awal, Yoona mesti rasa menyesal dengan apa yang dia dah buat. Nice story.... ah ada typo sikit maybe boleh diperbaiki. Figthing and good luck!!!
amiramuliyadi
#3
Chapter 3: I hate Yoona... Kenapalah jadi perampas!!