Chapter 3

I'm Sorry

Suzy menceritakan semuanya kepada Yuri. Siapa Myungsoo dan apa kaitannya dengan Doktor L. Rupanya mereka adalah orang yang sama. Dia juga merupakan teman lelaki kepada Suzy. Myungsoo juga menceritakan sebab kenapa dia meninggalkan Suzy.

   “Awak tinggalkan saya sebab Yuri? Awak ada apa-apa perasaan terhadap dia ke?“ Suzy mengecilkan matanya terhadap Myungsoo. Myungsoo tergelak mendengar tuduhan Suzy itu.

   “Mana ada, masa tu saya memang telah ditugaskan untuk pergi melawat ke hospital di sana, dah alang-alang saya tengokkan sekali lah si Yuri ni, saya tukar nombor sebab nombor saya yang lama ada masalah, maaflah sebab tak bagitahu awak dulu.. " Myungsoo menjawab dengan senyuman di bibir. Geli hati pula dia melihat gadis yang dicintainya itu cemburu.

   “Kau ni memang kawan paling baiklah,“ Yuri terus memeluk Myungsoo tanpa menoleh kearah Suzy. Dia terharu apabila dia mendapat tahu bahawa kawan baiknya sanggup meninggalkan cintanya demi seorang rakan. Siapa yang tak begitu terharu kalau kawannya berbuat sedemikian?

Seketika kemudian, Yuri terkenang bekas kawan rapatnya yang pernah dianggap sebagai seorang kakak. Perasaan Suzy yang pada mulanya berasa cemburu bertukar cemas apabila melihat Yuri menangis dibahu Myungsoo.

   “Kau teringat Yoona?,“ Pertanyaan Myungsoo kepada Yuri membuatkan Suzy tertanya-tanya. Kenapa pula libatkan Yoona? Yuri mengangguk. Dia kembali duduk di sebelah Myungsoo.

   “Suzy-ah, mesti kau pelikkan? Sebenarnya Yoona adalah kawan baik aku sebelum aku berjumpa dengan kau dan Myungsoo. Aku dah anggap Yoona tu sebagai ahli keluarga aku. Dia sahajalah tempat aku meluahkan perasaan suka dan duka. Tetapi, hubungan kita orang terputus semasa dia menghianati aku ketika di Jepun. Aku pergi ke sana dengan boyfriend aku, masa kita orang nak balik semula, kita orang telah kemalangan. Perkara itu menyebabkan dia hilang ingatan. Yoona dapat tahu berita ini dan segera pergi ke Jepun untuk melawat. Aku ingatkan dia nak tolong, tapi sebaliknya," Yuri menceritakan segalanya kepada Suzy. Dia mengeluh mengenangkan apa yang terjadi ketika dia di Jepun.

   “Apa yang dia buat?“ Tanya Suzy yang ingin tahu dengan lebih lanjut.

Yuri memandang Myungsoo untuk menceritakannya kepada Suzy. Dia tidak sanggup untuk melakukannya. Myungsoo yang faham terus menceritakan segalanya, daripada A hinggalah Z. Kini, baru Suzy faham siapa Yoona yang sebenarnya.

   “Ha, sebelum aku terlupa, kau sakit apa sebenarnya Yuri? Sampai Myungsoo sanggup pergi rawat kau dekat Jepun sana? Aku tengok dalam rumah kau ni, banyak juga koleksi ubat kau,“ terluah juga persoalan yang berlegar dibenaknya.

   “Aku ada penyakit jantung dan kalau ikutkan Myungsoo, jangka hayat aku dah tak panjang, tapi aku nak kau rahsiakan daripada sesiapa. Aku tak nak rahsia yang selama ini aku simpan, terbongkar. Biarlah kita bertiga sahaja yang tahu“ Yuri membalas pertanyaan Suzy dan membuatkan Suzy melopongkan mulutnya. Terkejut benar dia mendengarnya. Dia tidak sangka bahawa Yuri yang selama ini ceria, mempunyai rahsia yang besar dan juga kenangan pahit dimasa lalu.

Dia tidak boleh biarkan Yuri kehilangan nyawa dengan kenangan yang pahit. Dia harus membetulkan segalanya supaya Yuri gembira sebelum tiba harinya. Tetapi, dia tidak mahu Yuri meninggalkannya.


Suzy memulas tombol pintu rumahnya. Dia mencari kelibat Yoona di dalam bilik dan seluruh rumah itu, tetapi dia tidak menjumpainya. Mungkin Yoona tidak pulang lagi dari berjumpa dengan Luhan, fikirnya. Suzy memasuki biliknya untuk menyalin pakaian. Selepas itu dia keluar ke ruang tamu dan pada masa yang sama, Yoona sudah pun pulang. Selesai sahaja Yoona menukar pakaiannya dan duduk di sebelah Suzy, dia terus diterjah dengan soalan.

   “Kau kenal Yuri, kan?“ tanya Suzy dengan matanya menghadap skrin televisyen. Yoona tersentak mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Suzy.

   “Luhan tu Yuri punya, kenapa kau ambil?“ Yoona terkejut lalu memandang Suzy.

   “Apa yang kau merepek ni?“ Agak sukar untuk Yoona berkata-kata. Suzy pula yang memandangnya dengan pandangan yang serius.

   “Sanggup kau buat kawan baik kau sendiri macam tu?“ Suzy tidak menjawab soalan Yoona sebaliknya mengajukan soalan yang lain.

   “Aku tak tahu apa yang kau cakap ni dan aku tak kenal Yuri tu siapa. Untuk pengetahuan kau, Luhan tu tak ada kena mengena dengan Yuri!“ Yoona meninggikan suaranya lalu pergi ke bilik untuk mengambil kot dan terus keluar daripada rumah itu. Suzy agak terkejut dengan perlakuan Yoona. Dia tidak sangka Yoona akan bertindak begitu.


   “Mak cik, saya pergi keluar dulu ya“ Yuri memberitahu pembantu rumahnya sebelum dia keluar. Dia memandu keretanya menuju ke suatu tempat iaitu taman bunga. Setelah beberapa minit, dia sampai ke destinasinya. Udara segar membuatkan Yuri tenang dan kenangan dia bersama orang yang dia sayang mula bermain di mindanya.

Flashback

Yuri, Yoona dan Luhan sedang duduk diatas kerusi menikmati pemandangan yang cantik. Yoona yang melihat kemesraan sepasang kekasih itu mula cemburu. Dia tidak suka melihat lelaki yang disukainya bersama dengan kawan baiknya sendiri. Baginya, apabila mereka bertiga bersama, terasa dirinya bagai dipinggirkan ke tepi.

   “Yuri-ah, nanti aku nak datang rumah kau, boleh?“ Yoona bertanya kepada Yuri.

   “Eh, tak payahlah, rumah aku tu bukan bersih sangat, lagi pun esok aku dengan Luhan nak berangkat ke Jepun,“ Yuri menjawab. Yoona agak terasa dengan kata-kata Yuri. Apa gunanya kawan kalau nak pergi rumah kawan sendiri pun tidak boleh? Sejak Yuri bertemu Luhan, mereka tidak banyak meluangkan masa bersama. Mungkin kerana taraf kehidupan mereka tidak sama, Yuri menyisihkan Yoona. Ketika Yuri dan Luhan di Jepun, Yoona mendapat berita tentang kemalangan yang dialami oleh rakannya itu. Segera dia pergi menempah tiket penerbangan ke sana.

Sesampai sahaja dia di hospital Jepun, dia mendapati bahawa Yuri tidak cedera manakala Luhan telah hilang ingatan. Dia bersimpati terhadap Yuri. Puas dia memujuknya, namun Yuri tetap bersedih. Apabila Luhan sudah sedar, dengan tidak disangka-sangka Yoona menyatakan bahawa dialah teman wanita Luhan tanpa pengetahuan Yuri. Semasa Yuri melawat Luhan, dia terkejut apabila Luhan menyatakan dia tidak mengingati Yuri dan Yoona adalah teman wanitanya.

Sudah banyak kali Yuri meminta kepastian daripada Yoona, tetapi Yoona tetap berdiam diri. Akhirnya, Yoona membawa Luhan pulang ke Korea dan meninggalkan Yuri berseorangan di Jepun. Setelah beberapa bulan, Yuri berkenalan dengan Suzy dan mereka mula berkawan.

End flashback

Yuri berjalan-jalan di laluan taman bunga sambil telinganya disumbat dengan earphone dan matanya dipejam. Tiba-tiba dia terlanggar dengan seseorang di hadapan. Yuri terus membuka mata dan earphonenya lalu segera meminta maaf.

   “Maafkan saya, saya tak seng-- Luhan?“ Yuri terus mengerutkan dahinya apabila memandang muka lelaki yang dilanggarnya.

   “Ya saya, cik ni siapa?“ Tanya Luhan sambil menunjuk kearah Yuri.

   “Luhan-ssi, awak tak ingat saya ke, Yuri? Sayalah orang yang kemalangan dengan awak masa dekat Jepun. Awak tak ingat ke?“ Bersungguh-sungguh Yuri berkata untuk mengembalikan semula ingatan lelaki itu. Tidak sangka pula dia dapat bertemu dengannya di sini.

   “Luhan-ssi!“ Belum sempat Luhan menjawab, Yoona yang baru tiba di situ memanggil namanya. Yuri dan Luhan memandang Yoona yang mendekati mereka.

   “Yoona-ah, kenapa kau buat aku macam ni?“ Jatuh juga air mata yang ditahan Yuri sejak tadi. Yoona rasa bersalah tetapi ego lebih menguasai dirinya. Dia tidak menghiraukan pertanyaan Yuri.

   “Yoona-ssi, siapa dia ni?“ Luhan yang sedang bingung bertanya.

   “Err, entahlah.. Jomlah pergi tempat lain,“ Yoona menarik tangan Luhan menjauhi Yuri. Seketika kemudian, nama Yoona dipanggil oleh seseorang. Siapa pula kali ni yang datang?

   “Yoona-ah, berhenti!" Suzy berdiri di hadapannya lalu menghadiahkan satu tamparan yang agak kuat dipipi Yoona. Kebetulan dia lalu di situ untuk mencari Yuri, dia ternampak mereka bertiga. Suasana sunyi seketika. Yuri menahan tangan Suzy daripada menampar sekali lagi pipi Yoona.

   “Kalau kau nak sangat Luhan tu, ambil lah, tapi jangan sampai kau pura-pura tak kenal siapa Yuri ni. Dialah orang yang tolong masa kau susah, jaga kau masa kau sakit, sanggup berkawan dengan orang yang miskin macam kau! Jangan pentingkan diri kau hanya kerana untuk mendapatkan kebahagiaan kau seorang.. Aku dah kawan dengan kau lama, tapi aku tak tahu kau bersikap macam ni,“ setelah Suzy menghabiskan bicara, pipinya pula yang menjadi mangsa tangan Yoona.

   “Siapa yang pentingkan diri sebenarnya? Aku atau dia? Dia yang ambil semua duit yang kita orang dapat masa memenangi pertandingan rekaan baju antarabangsa dulu," Yoona membalas.

   “Aku ada sebab yang tersendiri. Sudahlah Suzy, tiada gunanya kau ingatkan dia tentang perkara tu,“ Yuri menenangkan rakannya. Yoona hanya berdiri di sebelah Luhan dengan muka yang marah. Dia tidak mahu ingat apa-apa jasa yang telah diberikan oleh Yuri dek egonya yang tinggi.

   “Apa semua ni? Yuri-ssi, siapa awak?“ Luhan masih tertanya-tanya.

   “Luhan-ssi, Yuri adalah girlfriend kau, dia kemalangan ketika di Jepun bersama kau. Kau hilang ingatan disebabkan kemalangan itu. Puas Yuri berusaha untuk mendapatkan kembali ingatan kau, tapi ada seorang perempuan yang dengki rampas kau daripada Yuri," Suzy menjawab pertanyaan Luhan sambil matanya tajam memandang Yoona.

Kepala Luhan menjadi sakit. Bagaikan memori yang lalu datang kembali setelah Suzy menceritakan perkara itu. Pandangannya juga semakin kabur. Sesaat kemudian, badannya rebah di atas tanah. Telinganya sempat mendengar namanya dipanggil sebelum dia pengsan.

   “Luhan-ssi! Luhan-ssi! Bangun!“ Yoona menggoncangkan badan Luhan. Begitu juga dengan Yuri. Tetapi, perbuatannya terhenti apabila dadanya berasa sakit. Suzy cepat-cepat membawa Yuri pergi apabila dia sedar keadaan Yuri. Yoona yang melihat itu pelik melihat mereka berdua. Ingin sahaja dia bertanyakan mengapa, tetapi Luhan di hadapan mata harus diselamatkan terlebih dahulu.

 


Saya dah tak tahu nak tulis apa lagi..so, saya harap readers dapat meninggalkan komen di bawah =)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
saya ada edit sikit cerita I'm Sorry

Comments

You must be logged in to comment
amiramuliyadi
#1
Chapter 4: Kesian Yuri... Kalaulah dia sempat kahwin dengan Luhan
Hundotlove
#2
Chapter 4: Wow i can't explain what i feel right now....Sebuah persahabatan yang punah kerana ego dan benci.... Baru saya tahu yang suzy menangis tu pasal gambar myungsoo .___. Oh why Yuri pergi dengan awal, Yoona mesti rasa menyesal dengan apa yang dia dah buat. Nice story.... ah ada typo sikit maybe boleh diperbaiki. Figthing and good luck!!!
amiramuliyadi
#3
Chapter 3: I hate Yoona... Kenapalah jadi perampas!!