revenge

revenge
Please Subscribe to read the full chapter

Di dalam sebuah bilik gelap, gambar-gambar yang bertampal di dinding bilik direnung tajam oleh lelaki itu.  Dia memangkah gambar seorang lelaki sambil tersenyum puas. “Seorang dah mati.” Mata lelaki itu tertancap ke arah bingkai gambar seorang wanita. Air matanya mula menitik jatuh sambil tangannya mengusap erat gambar tersebut. “Maafkan adik. Adik tak pandai jaga akak. Kalaulah adik ada keberanian masa tu. Adik akan bunuh orang tu.” Dia menoreh gambar milik wajah tiga lelaki menggunakan pisau. Aku benci kau semua. Lelaki di dalam gambar itulah membuatkan hidupnya jadi sebegini. Peristiwa perit dalam ingatan lelaki itu mula diimbas kembali.

Dia berdiri di sebalik dinding biliknya, hanya menyaksikan kakaknya dirogol bergilir-gilir oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenalinya. Sakit hatinya melihat perbuatan terkutuk itu, namun apakan daya dia tidak mempunyai keberanian untuk menolong kakaknya. Dia mencangkung sambil wajahnya terbenam di dalam pelukan kakinya. Dia tidak sanggup melihat kakaknya terseksa lagi. Ingin sahaja dia membunuh, tapi dia takut dengan lelaki itu. Akak, maafkan adik! Ucapan maaf yang hanya terluah di dalam hati.

“Sayang, inilah akibatnya kalau kau tolak cinta aku. Aku rasa tunang kau pun akan jijk dengan kau.” Ujar salah seorang daripada mereka. Perempuan yang terbaring lemah menangis sendu.

“Aku benci kau, sampai aku mati pun, aku benci kau.” Dia mendengar suara serak basah kakaknya. Ketiga-tiga lelaki itu hanya ketawa mendengar kata-kata Tiffany.

“Haih.. kau ni! Dah kotor pun masih nak berlagak lagi.”  

Dia (lelaki di sebalik pintu)  mengepalkan penumbuk tangannya. Hatinya membara mendengar kata-kata kesat daripada lelaki durjana tu kepada kakaknya.

“Kau pergi. Aku benci kau. Lelaki setan. Kau tak patut hidup di dunia ini.” Satu tamparan hinggap di pipi perempuan. “Kurang ajar punya perempuan. Kau yang patut mati.” Salah seorang daripada lelaki durjana itu mencekik perempuan yang terbaring lemah.

“Wei, kau gila ke? Mati nanti perempuan tu.” Ujar salah seorang daripada mereka. Namun lelaki tinggi lampai itu tidak mengendahkan kata-kata sahabatnya. Dia terus mencekik perempuan yang terkapai-kapai ingin melepaskan dirinya. Semakin lama tubuh wanita itu, semakin lemah kudrat dan nafasnya pendek. Akhinya tubuh perempuan itu sudah tidak bernyawa lagi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
amiramuliyadi
revenge poster dah siap..

Comments

You must be logged in to comment
lissahara9
#1
Chapter 6: Eleh, Sehun dah tak suka biar jelah Tiffany bahagia dengan org lain..
Sehunie237
#2
Chapter 6: Daebak..teruskan mengupdate!!
Snooww
#3
Chapter 5: Ish pelik btol kalo bkn kai sape??
Heeheh gud luck n update soon^~<
lissahara9
#4
Chapter 4: Kalau bukan Kai siapa??? ~~~
Sehun ke?? Luhan ke??
Snooww
#5
Chapter 3: Siapa pembunuh tu??
Siapa laki yg tiffany nmpk??
Kete sape ??
Nape pakcik tu x nmpk??
Ok gud luck n update soon^~<