Demi

Description

 

 

POSTERR CREDIT: CHOCOLATELATTE @ ANTIDOTE

Mereka berjanji untuk mengharungi rintangan bersama walau berat menimpa. Persahabatan antara dua kalangan yang berbeza. Darjat bukanlah penghalang. Namun, persahabatan sejak kecil antara Do Kyungsoo dan Kim Jongin telah punah hanya disebabkan oleh seorang perempuan. Siapa di antara mereka yang mengalah demi persahabatan yang telah lama terjalin? Kematian seperti mendekati.... Mungkin kematian ini mampu menjadikan kau gembira.

"Sakit aku hanya di jasad tidak mengapa tetapi sakit di hati tiada yang mengubat"

"Kenapa kau tinggalkan aku. Kau dah janji untuk bersama dengan aku tapi kau....."

 

 

 

Watak : Yoona snsd

Pelajar tahun empat (16 tahun)

 

 

Watak : Kyungsoo

Pelajar tahun empat( 16 tahun)

Watak : Kim Jongin

Pelajar tahun empat( 16 tahun)

 

Foreword

Promt : Thank You by Super Junior

When I'm weary

You gave me strength

And your often by my side

Now I want to say

Thank You

and, because there's you

That's why I'm happy, This is for you

 

The day that the tears come flowing down again before it dries up

You hold my hand in the dark

Silently standing by me, Thank You

 

You're more weary than me right

More worried than me

Because there's you

That's why I'm able to stand again

I'm often very thankfull

 

What I want to give you

There's so much

In reality it's not possible, it's difficult

 

Believe me, take my hand

If we are together

We are able to make it,

forever

QOUTES : 1

tumblr_m9okaxjpBt1rd9fqyo1_500.jpg

 

 


 

Di sebuah taman, kelihatan dua sahabat berjalan dengan dihiasi gelak tawa mereka. 

"Esok, kita pergi memancing nak tak?" ujar Kyungsoo sambil enak menjilat aiskrim berperisa coklat.

"Tengoklah. Lagipun aku kena kerja esok. Kau pun tahukan, aku kena kerja kalau tak aku nak makan apa." ujar Kai dengan nada yang lemah. Ya, dia bukanlah orang yang mewah berbanding dengan Kyungsoo. Dia sedar bahawa banyak tanggungjawab yang harus dia pikul. Jikalau tidak, mahu menelan apa untuk ketiga-tiga adiknya. Kalau hanya mengharapkan pendapatan ibunya, alamatnya memang tak cukup makanlah. Bapanya lagilah. Entah kemana lari bersama wanita lain. Sejak bapanya membuat onar, Kai sudah menitipkan rasa benci yang amat dalam hatinya. Kyungsoo menepuk perlahan bahu Kai.

"Hei kawan, aku akan sokong apa yang kau buat. Kalau kau perlukan bantuan minta dengan aku." Kai tersenyum ke arah rakannya. Kalau Kyungsoo tidak ada untuk membantunya dan menasihatinya, mungkin Kai akan menjadi seorang yang putus asa.

"Terima kasih sebab kau banyak tolong aku." Nada Kai berubah sebak. 

"Aku harap persahabatan kita berkekalan tanpa orang ketiga." Kai merenung Kyungsoo pelik.

"Siapa maksud kau orang ketiga?" 

"Perempuanlah." Kai tertawa kecil mendengarnya. 

"Mestilah. Aku janji demi persahabatan kita, masalah perempuan bukan punca pergaduhan kita."

"Yalah." Akhirnya perbualan mereka diiringi ketawa.

End Of Flashback...

Kyungsoo berjalan seorang diri menuju ke kelas 4 Shinee. Sebaik sahaja masuk ke kelas, mata Kyunsoo tertancap ke arah Kai. Uh! Satu keluhan kecil oleh Kyungsoo. Dia berjalan menuju ke arah Kai. 

"Kai, sampai bila kita nak bergaduh. Sudah-sudahlah kau jauhkan diri daripada aku. Kitakan kawan baik." Kyungsoo cuba memujuk Kai. Sudah hampir sebulan, hubungan mereka dingin. Kai lebih banyak mendiamkan diri daripadanya dan beralih tempat duduk dengannya. 

"Kalau kau tak jadi pengkhianat, hubungan kita akan jadi baik tahu tak." Kata-kata Kai sedikit sebanyak membuatkan hati Kyungsoo terguris.

"Kai, janganlah disebabkan..." Belum sempat kata-kata Kyungsoo habis, Kai bangun daripada kerusi dan mencengkam kolar baju Kyungsoo. Pelajar-pelajar di situ mula bersorak seolah-olah Kyungsoo dan Kai sedang bergasak.

"Kai. Aku.." Kyungsoo kehilangan kata-kata kerana dirinya hampir sesak dek cengkaman kuat daripada Kai. 

"Argh! Kau pengkhianat." Kai terus meninggalkan Kyungsoo tanpa meminta maaf atas perbuatannya.

Kai, aku tak pernah terfikir untuk mengkhianati persahabatan kita. Kenapa hanya seorang perempuan kau beralih arah. Hati Kyungsoo merintih.

  

Annyeong fanfic ini untuk contest. Harap dapat suscribe and comment. 

 

amiramuliyadi
Hello! saya harap readers dapat komen....

Comments

You must be logged in to comment
330nai #1
Chapter 1: chapter 2: thumb up! walaupun cter nie leh agak plot nye.. tp ttp rse best coz watak2 nye exo D.O n Kai. hihi weldone
lissahara9
#2
Chapter 2: Nasib baik kai sempat jumpa D.O!!
lissahara9
#3
Chapter 1: D.O sakit apa??
Kai asal keras hati sangat!!
Keep update Amy-ah..
lissahara9
#4
wah!!
Good luck!! ^^
ShiningStar99 #5
I wish good luck for you.. ^^