Last Origami

Description

"Abang,buatkan Zelo origami ni banyak-banyak ya?Boleh kan?Kan?"

"Iye..nanti abang buatkan untuk Zelo."

"Betul ni?Abang janji?"

"Janji."

 

Maafkan abang...Abang mungkiri janji tu,Zelo..

 

Bang Yongguk,seorang pemuda malang yang jatuh kecundang dalam hidupnya.Segalanya berubah setelah kematian orang tuanya.Bukan kerelaannya untuk terjun ke dalam kancah kegelapan namun keadaan memaksanya.Kerana kasihkan adiknya,Bang Junhong(Zelo) dia harus relakan dirinya untuk berpalit dan bergelumang dengan debu serta lumpur kejahatan.

Bukan atas relanya berjalan di lorong kegelapan,berbumbungkan langit hitam yang penuh keganasan dan juga bukan niatnya untuk terus menjadi pencabut nyawa insan lain tapi...

Demi seorang adik,

Yongguk terpaksa.

 

Aku benci kau!Kau bukan abang aku!Abang aku bukan penjahat!Abang aku tak bunuh orang!Abang aku orang baik!Aku benci kau!

-Zelo-

 

Kecewa,Marah.Benci.Segalanya menguasai Zelo.Dia bencikan abangnya yang merupakan seorang penjahat.Dia kecewa.Abang yang dulu insan yang paling baik di matanya kini berubah menjadi si jahat yang tak berperikemanusiaan.Sampai mati..Zelo bencikan Yongguk!

 

Junhong,jangan menipu diri sendiri.Sejahat apa pun Yongguk,dia tetap abang awak.Abang kandung awak.Orang yang sama-sama membesar dan membina kenangan lalu dengan awak.Yongguk orang yang pernah awak sayang dulu dan tipulah kalau rasa sayang awak pada dia tu dah hilang.Dia keluarga awak.Darah daging awak.Selami hati awak Junhong,pasti masih ada lagi rasa sayang awak pada abang awak itu.Pasti ada..

-Doojoon-

 

Waktu berjalan dan terus berjalan.Yongguk hanya mampu menghitung hari.Menanti dan menunggu adiknya Zelo di sebalik sangkar besi.Berharap suatu hari nanti si adik kembali bersama kemaafan.Berharap yang si adik akan kembali menghulurkan tangannya untuk digenggam.Genggaman kasih sayang yang tiada tolak bandingnya.

 

Zelo,

Abang mohon..jangan bencikan  abang.

Abang ada sebab kenapa abang jadi macam ni.

Kembali pada abang, Zelo.

Abang nak peluk kau macam masa kita kecik dulu.

Berhenti bentak Abang.Berhenti tengking Abang.

Abang nak kau senyum pada Abang.

Abang rindu senyuman kau,tawa kau.

Bagilah Abang peluang untuk semua itu

Sebelum Abang pergi menutup mata..

Sebelum Abang jalani hukuman atas segala kesalahan abang...

-Yongguk-

 

Foreword

Diinspirasikan Dari:

 

Lirik:

 

Beast_Black Paradise

Reaching out my hand but no one grab a hold of it,

but..It's okay..

Not stopping,Even I hurt a little..

I'll never down until I die..

 

The reason I live for,

The one sense of freedom I discover in this tight situation.

For that I will protect You over me

If there is a ray of light..

That's You..It's You..

 

Qoute

 

 

MV

 

 



Hai..Saya kembali dengan fanfics terbaru.*Boooo~~*

Untuk fanfics kali ini saya tulis untuk join satu writing kontest yang menarik.:)

So,inilah 'taruhan' saya untuk kontest tu.*Ayat macam tak kena je*

For:

ღ THE ADVENTURINE ღ MALAY WRITING CONTEST

:

 

Last word dari saya,

Hope anda terhibur dan sukakan karya saya yang tak seberapa ni.

Terima kasih

(^.^)

 

CREDIT:Azalea's Moments Review Shop

Cerita ini telah direview oleh Azalea's Moments Review Shop.Terima Kasih diucapkan.:)

Jelly_Warrior
Thanks kepada yang sudi baca dan subscribe^^Saya akan update dalam waktu terdekat ni.Semoga Terhibur(^.^)

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 5: Biasanya kalau baca citer authornim yang lain,saya ketawa bergegar sebilik.tp,bila saya baca citer ni,memang nangis x henti.memang sedih sangat2.*cry han river*
Hajar_EXO
#2
Chapter 3: Sedih gila cerita ni.Ini dah kali ke sepulu saya nangis ni.BTW unnie,cerita unnie sangat best!
blinkystars #3
Chapter 3: Klo ff unnie yg lain sye sakit perut gelak tp bile ff ni ibarat sye potong bawang dua lori...huhu sedih....btw jinjja daebak!! (Y)
KyoRyy_Greeniez
#4
Chapter 4: Congratulation! congratulation! Tahniah!!!!Awak memang berbakat... Tahniah untuk kali ke 4...

Tahniah
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 4: Haha... Memang terkejut tetibe je ff ni update... Tahniah author-nim... Tak sabar nak baca special chap nnt ^^
AtikahChenChan
#6
Chapter 4: congrats author-nim...
fatimdoki
#7
Chapter 4: Tahniah authornim^^ Aku tak tau apa yang patut aku cakap. Apa-apa pun tahniah :D
scarlett_azalea #8
Hi, review untuk cerita ini sudah siap.
Sila pick up dan comment di shop kami. Terima Kasih. :)

- Azalea