LO3

Last Origami

Sejak peristiwa pertemuan Yongguk dan Junhong itu,Doojoon dan Junhong sudah tidak saling bertegur sapa.Junhong jadi seorang yang pendiam dan dia sengaja menjauhkan dirinya dari Doojoon.

Doojoon cuba untuk berbicara dengan Junhong namun selalu saja anak muda itu mengelak darinya.Dia lebih banyak meluangkan masa di dalam bilik dan kadang-kadang Puan Sunye turut risau dengan keadaan Junhong.

Keadaan berlanjutan sehinggalah ke bulan seterusnya..

Satu hari yang tenang di rumah keluarga Yoon.

Doojoon baru pulang dari kerja.Mukanya tampak keruh.Dapat dilihat kesan air mata yang masih bersisa di wajahnya.Kebetulan,dia bertembung dengan Junhong yang sedang bersiap untuk keluar.Saat terpandangkan Doojoon,Junhong cuba untuk menukar arah agar tidak bertembung dengan abang angkatnya itu.

“Bang Junhong,tunggu dulu.”

Tingkah Junhong ditangkap oleh Doojoon dan kali ini dia sudah tak boleh lari lagi.Junhong merengus.Sudah tentu Doojoon nak bercakap soal Yongguk dengannya dan dia sememangnya tak nak membazirkan waktunya untuk mendengar cerita soal si penjahat itu.

“Junhong nak cepat ni hyung.Jongup dah tunggu Junhong dekat library.”ujar Junhong,dingin.

Doojoon berpura-pura tak mendengar kata-kata Junhong itu.Dia memandang tepat ke wajah adik kandung sahabat banduannya itu.

“Hari ni…Hari terakhir Yongguk.”ucap Doojoon dalam keadaan sebak yang cuba ditahannya.

Junhong mengangkat mukanya yang sedari tadi tunduk menekur lantai.

“Hari terakhir?Dia nak ke mana?”soal Junhong dengan nada yang tak berminat.

“Pergi tinggalkan dunia.Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.Hari ni…adalah harinya.”ucap Doojoon lemah.

Berdetak kuat jantung Junhong saat mendengar kata-kata Doojoon itu.Matanya mula berair.Namun,dia masih mengeraskan hatinya.

“Dia dah dapat balasan yang setimpal kan?So?Kenapa perlu bagitau saya?”ucap Junhong dengan egonya.Dalam hatinya mula berbelah bagi.Kenangan bersama Yongguk mula menerawang dalam fikiran

“Junhong,jangan menipu diri sendiri.Sejahat apa pun Yongguk,dia tetap abang awak.Abang kandung awak.Orang yang sama-sama membesar dan membina kenangan lalu dengan awak.Yongguk orang yang pernah awak sayang dulu dan tipulah kalau rasa sayang awak pada dia tu dah hilang.Dia keluarga awak.Darah daging awak.Selami hati awak Junhong,pasti masih ada lagi rasa sayang awak pada abang awak itu.Pasti ada,”Doojoon berkata dengan harapan Junhong bakal terpujuk.

Suasana hening seketika.

“Tak..Dah tak ada rasa sayang untuk dia dalam hati saya.”balas Junhong setelah sekian lama mendiamkan diri.Dia mula melangkah untuk beredar.

Doojoon mula hilang sabar.

“Adik jenis apa kau ni?Abang sendiri pun tak sudi nak maafkan?Kau tak rasa bersalah dengan dia ke?Dia jadi penjenayah pun sebab kau!”melengking suara Doojoon membuatkan pemuda di hadapannya itu berhenti menapak.

Junhong tersentap saat mendengar jerkahan Doojoon.

“Sebab saya?Kenapa sebab saya?Dia yang pilih jalan salah.”balas Junhong.

Doojoon merengus geram.Hatinya bengkak mendengar kata-kata Junhong itu namun dia tahu,dia tak seharusnya menyalahkan pemuda itu sepenuhnya.

“Banyak benda yang kau tak tahu soal abang kau.Kau tau ke soal hutang mendiang appa kau?Kau tau ke soal ugutan ahli kongsi gelap dekat abang kau?Kau tau yang abang kau terpaksa bayar hutang appa kau dengan menjadi pecacai kongsi gelap tu?Kau tau ke?Tau?”suara Doojoon masih lagi tinggi.Junhong terpinga.

“Apa hyung cakap ni?”soal Junhong keliru.

“Kau tahu tak yang Yongguk sanggup jadi hamba ahli kongsi gelap tu sebab nak lindungi kau?Kenapa dia bunuh orang?Kenapa dia edar dadah?Kenapa dia jadi penjahat?Jawapannya sebab nak lindungi kau.Adik dia sendiri.Dia sayangkan kau.Dia tak nak kau jadi mangsa ahli kongsi gelap yang tagih hutang appa kau tu!Diorang pernah ugut nak bunuh kau kalau dia tak turuti segala perintah mereka!Dia diberi pilihan untuk bayar hutang appa kau..sama ada dengan nyawa kau atau dia dan kau rasa dia pilih siapa?Pilih kau?Kau?Sedarlah Junhong..kau membenci orang yang tak sepatutnya kau benci!”Doojoon meluahkan segala apa yang terbuku dalam hatinya sejak sekian lama ini.Air matanya mengalir tanpa dia sedari.Wajah duka Yongguk bermain di ruang matanya.

“B..Betul ke s..semua ni?”kata-kata Doojoon membuatkan jantung Junhong berdegup kencang.Rasa bersalah menghurungi segenap inci tubuhnya.Dia lemah.Lututnya goyah.

“Dia sembunyikan segala-galanya dari kau sebab tak nak kau hidup dalam ketakutan.Dia nak kau bahagia.Dia tak nak kau terjebak sama dalam kancah kegelapan macam dia.Dia risaukan kau tapi kau?Kau  terus membenci dia.”Doojoon berkata lagi.Kali ini dengan nada yang lebih rendah.

Berderai air mata Junhong saat terbayang penderitaan abangnya selama ini.Kata-kata abangnya dulu bermain di ruang mindanya.

“Zelo,jangan sedih ya?Walaupun appa dengan omma dah tak ada,abang akan sentiasa ada untuk Zelo.Abang sanggup lakukan apa saja untuk adik abang ni tau.Apa saja asalkan Zelo gembira.Zelo ingat ya?”

Sesungguhnya,dia seorang adik yang tak guna.Dia terus membenci Yongguk,abang kandungnya sendiri tanpa mengetahui hakikat sebenarnya.Adik macam apa dia ni?

 

"Zelo,Abang mohon..jangan bencikan  abang.Abang ada sebab kenapa abang jadi macam ni.Kembali pada abang, Zelo.Abang nak peluk kau macam masa kita kecik dulu.Berhenti bentak Abang.Berhenti tengking Abang.Abang nak kau senyum pada Abang.Abang rindu senyuman kau,tawa kau.Bagilah Abang peluang untuk semua itu.Sebelum Abang pergi menutup mata..Sebelum Abang jalani hukuman atas segala kesalahan abang..."

 

Kata-kata abangnya sewaktu dia bertemu dengan Yongguk dulu terngiang-ngiang dalam ingatannya.

“Junhong..maafkan abang kau.Hyung mohon..tunaikan permintaan terakhir dia sebelum dia pergi..Dia nak sangat jumpa kau.”Doojoon menyentuh bahu Junhong yang terduduk lemah di hujung tangga.

“Abang!Abang!Zelo mintak maaf!Abang!”

Tiba-tiba anak muda itu bangkit dan berlari seperti orang tak keruan dan keluar dari rumah.Dia berlari menuju ke penjara dengan niat ingin bertemu dengan abangnya.Dia tak nak terlambat.

“Junhong!”Doojoon terkejut dengan tindakan adik angkatnya itu.Dilihatnya,Junhong sudah pun jauh berlari meninggalkan rumah.

“Jonnie?Apa yang bising-bising tadi?Mana Honggie?”tiba-tiba Puan Sunye muncul.Mungkin dia terdengar kekecohan yang berlaku tadi.Riak cemas terpancar di wajah keibuannya.Doojoon memandang ibunya sejenak sebelum turut beredar mengejar Junhong.Puan Sunye dibiarkan terpinga sendirian.

Junhong berlari sekuat hatinya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Peluh membasahi tubuhnya.Dia menyelit di jalan-jalan kecil untuk mencari jalan pintas ke penjara.Dia ingin bertemu dengan abangnya.

“Hari ni…Hari terakhir Yongguk.”

“Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.Hari ni…adalah harinya.”

Kata-kata Doojoon tadi menyerang mindanya.

“Tak!Tak!Abang tak boleh mati!Abang tak boleh mati!Abang tunggu Zelo!Zelo akan selamatkan abang!”raungnya sambil melajukan langkah kaki.Air mata merembes keluar tanpa mampu ditahan lagi.Sesungguhnya dia menyesal membenci Yongguk.

“Kau tahu tak yang Yongguk sanggup jadi hamba ahli kongsi gelap tu sebab nak lindungi kau?Kenapa dia bunuh orang?Kenapa dia edar dadah?Kenapa dia jadi penjahat?Jawapannya sebab nak lindungi kau.Adik dia sendiri.Dia sayangkan kau.Dia tak nak kau jadi mangsa ahli kongsi gelap yang tagih hutang appa kau tu!Diorang pernah ugut nak bunuh kau kalau dia tak turuti segala perintah mereka!Dia diberi pilihan untuk bayar hutang appa kau..sama ada dengan nyawa kau atau dia dan kau rasa dia pilih siapa?Pilih kau?Kau?Sedarlah Junhong..kau membenci orang yang tak sepatutnya kau benci!”

“Bodoh kau Junhong.Kau bodoh!”marahnya pada diri sendiri.Dia terus berlari dan berlari dengan satu tujuan iaitu bertemu dengan insan yang telah banyak berkorban untuk dirinya.

“Abang..tunggu Zelo.”

********************************************************************************

Doojoon memecut keretanya sambil meliarkan mata ke arah sekeliling.Bayang Junhong tak kelihatan di mana-mana.Doojoon menghela nafas berat.

“Penjara mungkin.”Doojoon berfikir sejenak sebelum memecut laju ke arah penjara.

********************************************************************************

Yongguk memandang lantai dengan pandangan yang kosong.

Hari ini,hari terakhir dia di muka bumi.Hari terakhir dia dapat menghirup udara dan hari terakhir dia berada dalam sangkar besi yang suram dan sunyi ini.

Dia berharap hari ini adalah hari terakhir dia bertemu dengan adiknya Zelo.Hari terakhir dia memandang senyuman Zelo untuknya dan hari terakhir dia memeluk adiknya itu.Namun,dia sedar..insan yang dia rindui itu membencinya.Tak mungkin dia akan muncul di hadapannya sekarang.

Yongguk pasrah.

“Bang Yongguk…”

Bunyi kunci dan mangga yang bergeser kedengaran.Pertama kali,pintu penjaranya dibuka.Yongguk memandang tiga lelaki berseragam polis yang berada di hadapannya.Dia tahu,masanya sudah tiba.

Saat si polis membawanya keluar dari penjara untuk menuju ke bilik hukuman,Yongguk sudah redha.Namun,jauh di sudut hatinya,dia berharap agar dia dapat melihat wajah Zelo buat kali yang terakhir.

Setapak demi setapak dia menghampiri bilik hukuman.Yongguk tunduk menekur lantai.Maut sedang menunggunya.Tiga polis berada di kelilingnya membuatkan pemuda itu tak mampu untuk buat apa-apa.

“Abang!!!”

Telinga Yongguk menyapa satu suara yang sangat dikenalinya.Satu suara yang ingin dia dengari.Suara yang memanggilnya abang..

Yongguk menoleh mencari arah suara itu dan matanya menyapa  satu figura yang dirinduinya.Si adik yang berlari menuju ke arahnya.Namun,langkah si adik dihalang oleh pihak polis yang mengawalnya.

“Zelo?Zelo,adik abang..”Yongguk tersenyum tatkala melihat kehadiran Junhong.

“Lepaskan aku!Aku nak jumpa abang!Lepaskan aku!”rayu Junhong pada pihak polis yang menghalangnya.

“Zelo!!”Yongguk memanggilnya.

“Junhong!!”tiba-tiba,Doojoon muncul entah dari mana.

“Lepaskan dia.Izinkan dia jumpa dengan abangnya buat kali yang terakhir.”pinta Doojoon pada polis yang menahan Junhong.

“B..Baik Inspektor.”akur polis itu dan segera melepaskan Junhong.

Junhong menerpa ke arah Yongguk dan tubuh abangnya dipeluk erat.Yongguk tergamam.Adakah dia cuma bermimpi?Perlahan-lahan,Yongguk turut memeluk adiknya itu.Dua beradik itu saling berpelukan.

“Abang..maafkan Zelo.Selama ni Zelo jahat dengan abang.Zelo bodoh!Zelo tak patut bencikan abang.Abang dah banyak berkorban demi Zelo.Biar Zelo yang gantikan tempat abang.Orang macam Zelo tak layak hidup di dunia ni.”rintih Junhong dalam pelukan Yongguk.

“Zelo!Jangan salahkan diri kamu.Abang yang pilih jalan ni.Abang kan dah janji..abang akan buat apa saja asalkan adik abang ni bahagia.Abang dah janji.”pelukan semakin dieratkan.Sudah sekian lama dia ingin memeluk adiknya dan baru kini,dia berpeluang untuk merasainya.

Hari ini adalah hari terindah bagi Yongguk meskipun hari ini adalah hari terakhirnya.

“Maafkan abang,Zelo.Senyum pada abang.Biar abang boleh pergi dengan tenang.”pinta Yongguk.

“Tak.Abang takkan pergi ke mana-mana.Abang akan kembali di sisi Zelo.Kita akan jalani hidup macam dulu.”Junhong berkata dalam esak tangisnya.

Yongguk menggeleng.

“Tak dik..tak..Abang kena pergi..ini hukuman untuk abang.”pelukan dileraikan dengan rasa berat hati.Namun,Junhong menarik Yongguk ke dalam pelukan semula.Kali ini,pelukan semakin dieratkan.Yongguk menitiskan air matanya.Doojoon yang memerhati sudah lama hanyut dalam tangisan.Hatinya benar-benar rapuh melihatkan drama dua beradik malang ini.

“Janji dengan abang…Zelo akan teruskan hidup Zelo dengan baik.Jadi adik yang baik kepada Doojoon..”saat nama Doojoon disebut,mata Yongguk memandang ke arah pemilik nama itu.Doojoon memandang Yongguk dengan senyuman pahit.

“Terima kasih.”ucapan tanpa suara keluar dari mulut Yongguk untuk Doojoon.Meskipun tak kedengaran,gerak bibir Yongguk dapat dibaca oleh Doojoon.Inspektor polis itu mengangguk perlahan sambil menahan sebak yang bersarang di dada.Titis air mata yang jatuh segera diseka.

“Abang tak boleh pergi.Abang tak boleh mati.Kalau abang mati,Zelo nak ikut abang…”Junhong berkata.

“Dengar sini Zelo,biarkan abang dengan takdir hidup abang.Zelo jangan sia-siakan pengorbanan abang untuk Zelo selama ni.Abang nak tengok Zelo gembira.Zelo ingat tu.Zelo,abang sayang Zelo sampai bila-bila.”ucap Yongguk dalam dakapan adiknya itu.

“Bang Yongguk..”

Namanya dipanggil lagi.Waktunya semakin tiba.Junhong mengeratkan pelukannya.Yongguk tak mahu dilepaskan dari dalam dakapan.Namun,kudratnya tak mampu melawan tiga polis yang berada di situ.Mereka dah tak ingin lagi untuk menunggu.Tugas harus diselesaikan dengan segera.Yongguk ditarik dan dibawa pergi dari Junhong.

“Bang Junhong,abang sayang kamu..”

Itulah kata-kata terakhir Yongguk sebelum dia dibawa pergi.Genggaman tangannya dengan tangan Junhong perlahan-lahan terlerai.

Pemuda itu meraung memanggil abangnya.Gayanya seperti insan yang sudah hilang pertimbangan.

Doojoon segera mendapatkan Junhong dan tubuh itu didakap erat.

“Relakan pemergian dia Junhong.Relakan..”

Air mata tak henti-henti mengalir di wajah pemuda itu.Dia menyesal…Sangat menyesal.

“Adik pun sayangkan abang…Abang..”ucapnya lirih.

*********************************************************************************

“Selamat tinggal dunia..Selamat tinggal semuanya.”

 

 

 

Bang Yongguk.Masa kematian,6.23 petang.

**********************************************************************************

SEMINGGU KEMUDIAN,

Junhong merenung langit yang membiru sambil fikirannya melayang jauh mengenangkan semua ahli keluarganya yang sudah pergi meninggalkannya.

“Ahh..Cemburunya Zelo.Mungkin sekarang Appa,Omma dengan abang tengah berkumpul kan?Korang semua tengah gembira?Ingatlah Zelo kat sini ya.”Junhong berbicara sendirian sambil mendongak memandang kepul-kepul awan yang memutih.Wajah appa,omma dan abangnya,Yongguk seakan-akan terpancar di sebalik awan-awan itu.Junhong tersenyum dalam tangisnya.Ada air mata yang mengalir perlahan menuruni pipinya.

“Jangan menangis..”

Satu suara tiba-tiba mencelah dan Junhong lantas menoleh.

“Yongguk ahh..Jangan risau.Adik kau akan bahagia dengan aku.Aku akan jadi abang yang baik kepada dia.Kau jangan takut..kau masih abang dia yang terbaik.Aku takkan mampu kalahkan kau.Kau the best brother in the world.”ucap Doojoon yang turut memandang langit.Bahu Junhong dipaut erat sambil tersenyum.Dia cuba meminjamkan kekuatan untuk adik angkatnya itu.

“Hyung..Terima kasih.Terima kasih atas segala-galanya.”ucap Junhong pada Doojoon.

Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.

“Yongguk adalah manusia berhati mulia yang pernah hyung jumpa dalam dunia ni.Dia mengajar hyung betapa bermaknanya kasih sayang dalam hidup kita ni.Awak,sebagai adik dia kena berbangga dengan abang awak tu.”ujar Doojoon sambil memandang Junhong.

Junhong mengangguk.

“Sudahlah..dia dah tenang di sana.Kita yang masih hidup,teruskan berjuang dalam kehidupan kita ni.”nasihat Doojoon sambil menepuk-nepuk belakang Junhong.

Suasana sepi seketika.Masing-masing melayan perasaan sendiri.

“Masa hari terakhir Yongguk dulu,dia ada bagi hyung sesuatu.Ini untuk awak.”Doojoon bersuara semula sambil menghulurkan sebuah kotak kepada Junhong.

 

“Doojoon,kau jaga Zelo baik-baik ya?”Yongguk memandang Doojoon dengan wajah yang penuh pengharapan.Doojoon mengangguk.

“Aku janji dengan kau.Aku akan jadi abang yang baik untuk dia.Aku akan jaga dia sebaik mungkin.Aku akan buat dia bahagia.”tutur Doojoon.

“Aku lega sebab dia ada kau.Aku percayakan kau.Sebelum aku mati,aku nak kau bagi dia benda ni.Boleh tak?Aku tak tahu sama ada dia nak terima atau tak tapi…apa salahnya kalau aku cuba kan?Ini kenangan terakhir aku untuk dia.Aku harap dia sudi nak simpan walaupun dia benci aku.”ucap Yongguk sambil tersenyum pahit.Sebuah kotak diberikan kepada Doojoon untuk disampaikan kepada adiknya.

 

Junhong menyambut huluran Doojoon dan dia terus membuka kotak itu.Penasaran untuk tahu apa isi kotak lusuh tersebut.

“Origami..”Junhong berkata saat isi kotak kiriman Yongguk itu menyapa matanya.Serta merta kenangan lalu bermain di minda.Wajah dan senyuman Yongguk menerpa dalam ingatan.

Sehelai nota terselit di hujung kotak.Junhong menarik nota itu dan bait-bait ayat yang tertulis dai atas nota kecil itu dibaca.

 

Abang pernah janji dengan Zelo nak buatkan origami ni banyak-banyak kan?Zelo ingat lagi?

Maaf sebab lambat tunaikan janji abang.

Terimalah origami ni sebagai kenangan terakhir dari abang.Abang harap Zelo sudi maafkan abang.

Ketahuilah Zelo,

Abang sayang Zelo sampai bila-bila.

 

Kotak yang penuh berisi origami buatan Yongguk itu dipandang lama.Junhong menahan sebak di dada.Origami ini..ternyata Yongguk tak pernah melupakan janjinya dulu meskipun ia sudah bertahun lamanya.Junhong sedar,betapa kasihnya Yongguk kepadanya.Kasih sayang seorang abang yang tiada tolak bandingnya.

“Terima kasih abang.Terima kasih atas segala pengorbanan abang terhadap Zelo.Sampai mati...Zelo takkan lupakannya.Terima kasih.”

 

 

No family is perfect.We argue,we fight.We even stop talking to each other at times, but in the end,family is family….the love is always there.

Air dicincang takkan putus.Begitu juga dengan hubungan kekeluargaan.Meskipun ada halangan yang mendatang dan dugaan yang mencabar,kasih sayang tetap mengalir dalam jiwa untuk menyemai rasa cinta yang tiada tolak bandingnya.

 

-TAMAT-

 


Done~~

Last Chapter untuk Last Origami.

Jutaan Terima Kasih kepada para readers setia yang sudi membaca karya saya yang tak seberapa ini.

Para subscribers,Para pengomen serta Para upvoters.

Kehadiran anda adalah semangat untuk saya.

Terima Kasih Yang Tak Terhingga.

 

Cerita Ditulis Untuk:

 

 

Last Origami

Sabtu,11.24 AM

TAMAT


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
Thanks kepada yang sudi baca dan subscribe^^Saya akan update dalam waktu terdekat ni.Semoga Terhibur(^.^)

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 5: Biasanya kalau baca citer authornim yang lain,saya ketawa bergegar sebilik.tp,bila saya baca citer ni,memang nangis x henti.memang sedih sangat2.*cry han river*
Hajar_EXO
#2
Chapter 3: Sedih gila cerita ni.Ini dah kali ke sepulu saya nangis ni.BTW unnie,cerita unnie sangat best!
blinkystars #3
Chapter 3: Klo ff unnie yg lain sye sakit perut gelak tp bile ff ni ibarat sye potong bawang dua lori...huhu sedih....btw jinjja daebak!! (Y)
KyoRyy_Greeniez
#4
Chapter 4: Congratulation! congratulation! Tahniah!!!!Awak memang berbakat... Tahniah untuk kali ke 4...

Tahniah
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 4: Haha... Memang terkejut tetibe je ff ni update... Tahniah author-nim... Tak sabar nak baca special chap nnt ^^
AtikahChenChan
#6
Chapter 4: congrats author-nim...
fatimdoki
#7
Chapter 4: Tahniah authornim^^ Aku tak tau apa yang patut aku cakap. Apa-apa pun tahniah :D
scarlett_azalea #8
Hi, review untuk cerita ini sudah siap.
Sila pick up dan comment di shop kami. Terima Kasih. :)

- Azalea