Chapter 18

The Only Way To say I Love You (Reactivated)
Please Subscribe to read the full chapter

Malam yang diterangi bintang germelapan sama sekali tidak menarik perhatian V. Kalau dulu dia asyik merenung ke arah bintang di balkoni kondonya, sekarang tidak lagi. Mengapa tiada sinar lagi pada bintang itu? Mengapa bintang itu seakan-akan ingin hilang sinarnya sama seperti hidupnya yang kini semakin hilang arah tuju? V hanya mampu merenung masa depannya yang tidak jelas.

Dari tadi lagi dia hanya duduk membisu didalam kereta yang dipakir dihadapan bangunan hospital sambil mengenang peristiwa petang tadi.

"Doktor, halau dia keluar! Saya tak nak tengok muka lelaki ni masuk bilik saya. Halau dia keluar sekarang juga! Pergi!" Jeritan Eunji kedengaran sehingga ke luar bilik. Turutkan hati, ingin saja dia bangun dari kerusi rodanya dan menghalau sendiri V yang sedang berdiri dihadapannya dengan wajah sayu, namun keadaannya tidak mengizinkan.

Doktor yang ditugaskan merawat Eunji cuba memberi isyarat ke arah V dengan menepuk lembut bahunya supaya dia segera keluar, namun V tetap berdiri disitu, menatap Eunji dan sekali lagi memujuknya.

"Eunji-ah, jaebal..jangan hukum aku macam ni. Aku tahu aku salah. Aku pun menye.." Belum sempat V meneruskan kata-katanya, Eunji terlebih dahulu memotong ayatnya, dan ayat itu membuatkan V terdiam serta merta.

"Kau pembunuh anak aku.." Ucap Eunji perlahan namun kedengaran tegas. V terkesima. Ayat itu mampu membuatkan hatinya tersentap. Peristiwa dimana dia menolak Eunji hari itu, kini menghantui fikirannya.

 

Pembunuh..

 

Pembunuh..

 

Pembunuh..

 

"A..aku..aku.." V kehilangan kata. Bibirnya bergetar. Matanya tidak lari memandang Eunji yang jijik memandangnya. Kejam sangatkah perbuatannya? Mengapa dia harus dihukum dengan cara begini?

"Kau keluar sekarang! Sebelum aku hilang kawalan, baik kau keluar. Kau jangan ingat aku tak berani buat benda bodoh. Pembunuh!" Tajam mata Eunji memandang lelaki yang berdiri dihadapannya itu. Sekali lagi V terkesima seperti tidak mempercayai apa yang didengarinya. Pembunuh?

"Ehem.." Doktor itu berdehem cuba mententeramkan keadaan yang semakin dingin."Saya rasa awak patut keluar sekarang. Saya takut kesihatan Eunji semakin parah. Buat masa ni, dia perlu banyak berehat. Dia masih lemah dan dia tidak boleh banyak berfikir." Bisik doktor itu ke arah V yang dari tadi seperti semangatnya ditarik keluar.

"Pergi!!" Jerit Eunji lagi apabila V masih berdiri disitu. Perlahan V melangkah setapak kebelakang dengan pasrah. Fahamlah dia bahawa Eunji sangat membencinya. Ah! V sendiri membenci dirinya.

Pinnn!!!

V tersentak apabila bunyi hon kereta kuat kedengaran digegendang telinganya. Lantas dia bangun dari tidurnya dan mendapati dirinya sedang tertidur didalam kereta sambil mukanya tersembam di streng kereta. Patutlah bunyi hon itu kuat kedengaran. Rupa-rupanya dia tidak sengaja tertekan hon itu.

"Jam berapa sekarang ni? Sejak bila lagi aku tertidur kat sini?" Gumam V sendirian sambil melirik jam tangannya. Jam baru menunjukkan pukul 7 petang. Maknanya dia hanya terlelap selama 15 minit. Begitu cepat dia terlelap, mungkin juga dia letih kerana 24 jam asyik memikirkan Eunji dan mengawasinya.

"Buat apa dengan winter coat ni? Siapa pula yang nak pakai benda ni dalam hospital?" Soal Jin pelik ke arah Chorong. Matanya jatuh ke arah dua winter coat berwarna coklat dan krim yang berada di tangan gadis itu.

"Untuk Eunjilah, siapa lagi yang kita nak lawat kat sini?" Jawab Chorong ketika mereka sedang berjalan dikoridor hospital menuju ke bilik Eunji. Walaupun pada waktu malam, kelihatan masih ramai lagi keluarga yang datang melawat.

"Ohh.." Jin mengangguk faham." Aku cuma hairan, jarang aku tengok pesakit pakai winter coat kat hospital. Selalunya baju sejuk jer." Jin ketawa kecil apabila memikirkan perkara itu.

"Doktor yang pesan. Memang pun niat aku nak bawa baju sejuk tapi takde. Alaa..kau apa tahu? Tak pernah tengok ibu lepas bersalin ke?" Jawab Chorong tapi masih memandang ke hadapan tanda dia tidak berminat untuk berborak saat ini.

"Yelah, yelah..Aigoo, orang tanya sikit pun marah." Chorong memandang sekilas ke arah Jin, kemudian dia tersenyum dalam diam dan meneruskan perjalan mereka.

Keesokan harinya, V mendapati dirinya telah tertidur didalam kereta menunggu Eunji. V tersenyum kosong. Siapa sangka dirinya yang dulu amat membenci Eunji kini sebaliknya. Dia sanggup tidak makan dan minum seharian kerana kuatir akan kondisi Eunji. Kini dia tidak ubah seperti pengemis yang menagih kemaafan dari seorang gadis yang pernah dia sakiti, dan yang lebih teruk lagi..membunuh nyawa yang tidak berdosa.

Kau pembunuh anak aku..

"Arrgghh!!" V menekup telinganya sambil menjerit kesakitan.Ayat itu sering mengganggu mindanya, dan ayat itu sentiasa bermain-main ditelinganya. Cukup jelas.

"Are you pregnant?"

"V ..tolong aku.."

"Bertahanlah..please.."

"Aku mengandung, anak kau..'

"Aku sayang kandungan aku sangat-sangat."

"Anak aku? Anak aku mana? Aku nak anak aku!"

"Arrgghh!! Berhenti!! Aku tak nak dengar lagi semua tu!!!" V menekup telinganya sambil menjerit histeria apabila satu suara menguasai dirinya. Air mata mula membasahi kelopak matanya. Jantungnya juga berdenyut-denyut. Peluh dingin membasahi segenap dahinya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
12Werewolf_88
Huwaaa T.T banyak sangat typo..

Comments

You must be logged in to comment
BalRina_
#1
Chapter 20: Pls smbg lagi!!
BalRina_
#2
Wow tak sangka sy dpt jumpa ff eunji dan v *lompat ribena jap*
Joha_Exo12 #3
Chapter 20: anyway FIGHTING!!!hope author update nnti....
Joha_Exo12 #4
Chapter 20: Please jngan delete ff ni sob...sob..:'(
arpieyzone #5
Chapter 20: la...please hbiskan crita ni. ; - ;
jngn delete ff ni huwaaa
Galaxy_fanfan96 #6
Chapter 19: apa maksud eunji 5 bulan lagi? cepat update ok :)
Hnayunni #7
Chapter 19: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #8
Chapter 17: kesiannya eunji..hampir mnangis aku bace ff ni..
Galaxy_fanfan96 #9
Chapter 5: adoi, kejam nak mampus v ni.
Galaxy_fanfan96 #10
Chapter 4: ish jahatnya v. geram!