Chapter 14

The Only Way To say I Love You (Reactivated)
Please Subscribe to read the full chapter

"A..aku.." Tidak! Aku tak boleh bagitahu perkara yang sebenar.

Dengan pantas, Eunji berlari keluar dari tandas itu dan menolak tubuh V sekuat tenaga yang sedang berdiri ditengah pintu.

"Yaa! Jeung Eunji!" V cuba mengejar Eunji yang sedang melarikan diri. Dia segera berdiri dihadapan pintu utama lalu menguncinya, cuba menghalang Eunji keluar dari rumah itu.

Eunji memberhentikan lariannya serta merta apabila V sedang berdiri dihadapannya.

"Aku nak balik.." Ucap Eunji perlahan.Dia hampir menangis.

V menghampiri Eunji yang kelihatan lemah dan tidak bermaya itu lalu meraih tangan kanannya dengan lembut. Eunji hanya membatu, berdiri tanpa berbuat apa2. Jantungnya kini sedang berdegup kencang.

V merenung anak mata Eunji yang sedang berdiri dihadapannya, cuba mencari jawapan dimata itu."Kau tak ada sesuatu ke nak bagitahu aku? Sesuatu yang aku perlu tahu selam ni.."V ternanti2 jawapan keluar dari bibir Eunji, tetapi Eunji hanya membisu sambil memandang kebawah.

"Kalau aku tanya kau sesuatu, kau akan bagitahu aku perkara yang sebenar?" Soal V berhati2. Dia yakin Eunji ada menyembunyikan sesuatu darinya, tetapi Eunji masih mendiamkan diri. Dia dapat rasakan tubuh Eunji kini menggeletar dan sedang berusaha untuk berkata sesuatu, tetapi suaranya seakan tidak keluar.

Perlahan2 Eunji melepaskan pegangan V ditangannya dan melangkah setapak kebelakang." Aku tak tahu apa-apa.." Suara Eunji kedengaran samar2.

V mengeluh kecil. Dia segera mendekati Eunji tetapi Eunji melangkah setapak lagi ke belakang. Eunji menjadi gugup.Semakin dia mengundur ke belakang, semakin itu juga V maju setapak kehadapan mendekatinya sambil merenungnya dengan tajam.

"V..please.." Eunji mengundur kebelakang lagi sehingga dia terlanggar bahagian belakang sofa lalu terduduk. Eunji menelan air liurnya apabila v semakin dekat.

"Kenapa kau nampak gelisah?Bagitahu aku.."Rayu V.Tangannya mula menyentuh pipi Eunji membuatkan Eunji menjadi serba tak kena.

V tidak berputus asa. Dia menyoal lagi."Betul ke tak ada apa2 yang kau perlu bagitahu aku? Tapi..kenapa aku rasa kau ada menyembunyikan sesuatu dari aku selama ni?" Soal V dengan lembut, dan sedikit barhati2, kerana dia tidak ingin Eunji berasa beban. Tanpa teragak2, V memegang kedua pipi Eunji lalu didongakkan memandang kearahnya kerana Eunji sedang duduk dan lebih rendah darinya.

Eunji semakin gelisah apabila menyedari wajah V semakin dekat. Nafas mereka bersatu.

"Please tell me.." Suara V kedengaran terseksa. Tanpa dipintah, spontan V mengucup bibir Eunji tetapi ciuman itu bukanlah paksaan. V hanya membiarkan bibirnya menyentuh bibir Eunji tanpa berbuat apa2. Eunji terkejut dengan tindakan spontan itu tetapi dia langsung tidak mengelak kerana fikirannya disaat ini benar2 tengah keliru, kusut dan bingung.

Ting Tong!

Kedua-duanya terlonjak kerana terkejut apabila bunyi loceng pintu itu kedengaran. Cepat2 Eunji menolak tubuh V menjauhinya lalu dia segera berdiri dan berlari kearah pintu untuk keluar tetapi niatnya terbantut. Bomi sedang berdiri tegak dihadapan pintu dengan muka terkejut.

"Eunji?" 

Tiba2 Bomi tersenyum sinis."Well..tengoklah siapa sedang berdiri kat depan aku.." Bomi memeluk tubuhnya, memandang Eunji dengan meluat."Yaa!! Apa yang kau buat kat rumah ni? Kau nak merayu supaya V terima kau semula? Well, aku tak hairan kalau kau sanggup buat macam tu. Kau kan perempuan murahan.."

"Jaga mulut kau sikit! Suka hati akulah berada kat mana2 yang aku suka, yang kau menyibuk apa hal!" Telinga Eunji sakit mendengar ayat yang keluar dari biibir perempuan yang perasan bagus itu. Dia sendiri tidak sangka akan bertemu Bomi disini. Bomi aka bakal tunang suaminya apabila mereka bercerai nanti.

Dengan hati yang panas, Eunji sengaja melanggar bahu Bomi dengan kuat lalu segera pergi meninggalkan tempat tersebut.

"Yaa!! Neo!! Kau sengaja nak cari gaduh dengan aku kan! Siap kau!" Bomi mengetap bibirnya, sambil memandang pemergian Eunji dengan geram.

Sampai sahaja dihadapan pintu masuk rumah Chorong, Eunji hanya berdiri disitu sambil memandang kearah pintu. Otaknya tengah ligat berfikir untuk menyusun ayat apabila dia berhadapan dengan Chorong nanti.

"Apa aku nak cakap kat Chorong nanti? Mesti dia akan soal aku bertubi2 sebab aku tak balik rumah semalam. Takkan aku nak bagitahu dia yang aku tidur rumah V, comfirm dia meletup punya. Bukannya aku tak kenal perangai dia, dia alergik sangat dengar nama V."

Otak Eunji menjadi kusut. Dia menarik nafas panjang sebelum membuka pintu.

Disaat Eunji memegang tombol pintu itu, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam.

"Eunji?" Jerit Chorong kemudian memeluknya dengan erat membuatkan Eunji terpinga2.

"Apasal pula dengan kau ni?"

"Kau tau tak aku risau pasal kau semalam? Kenapa kau tinggalkan phone kau? Buat orang risau jer. Orang nak call pun tak dapat." Luah Chorong.

"Err..semalam..sorrylah, dah buat kau risau. Aku minta maaf sebab tak bagitau perkara sebenar. Semalam aku tidur rumah kawan aku." Bohong Eunji.

"Tak payah minta maaf. Aku dah tahu, semalam kau tidur rumah Namjoo."

Eunji mengerutkan keningnya."Err.. a'ah, semalam aku tidur rumah Namjoo. Eh, tapi kenapa aku tengok k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
12Werewolf_88
Huwaaa T.T banyak sangat typo..

Comments

You must be logged in to comment
BalRina_
#1
Chapter 20: Pls smbg lagi!!
BalRina_
#2
Wow tak sangka sy dpt jumpa ff eunji dan v *lompat ribena jap*
Joha_Exo12 #3
Chapter 20: anyway FIGHTING!!!hope author update nnti....
Joha_Exo12 #4
Chapter 20: Please jngan delete ff ni sob...sob..:'(
arpieyzone #5
Chapter 20: la...please hbiskan crita ni. ; - ;
jngn delete ff ni huwaaa
Galaxy_fanfan96 #6
Chapter 19: apa maksud eunji 5 bulan lagi? cepat update ok :)
Hnayunni #7
Chapter 19: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #8
Chapter 17: kesiannya eunji..hampir mnangis aku bace ff ni..
Galaxy_fanfan96 #9
Chapter 5: adoi, kejam nak mampus v ni.
Galaxy_fanfan96 #10
Chapter 4: ish jahatnya v. geram!