part 8

Jadikan Saya Sebagai Alasan
Please Subscribe to read the full chapter

Satu persatu barang disimpan dalam kotak. Diletakkan dengan berhati-hati dan disusun kemas rapi agar barang tersebut tidak rosak. Taeyeon membuka laci di rak tepi katilnya, dikeluarkan barang-barang yang terdapat dalamnya dan dipindahkan ke dalam kotak. Dia sayangkan semua barangnya. Dia yakin pasti akan merindui bilik itu. Taeyeon masih lagi tidak pasti kenapa kakaknya mahu berpindah. Adakah betul tempat ini tidak selamat? Atau kakaknya melarikan diri dari sesuatu?. Lepas ini dia terpaksa naik bas lebih jauh untuk ke tadika.

Kemudian mata Taeyeon beralih melihat ke arah satu objek kecil di hujung laci itu. Dia tidak pernah perasan akan kewujudan objek itu sebelum ini. Diambilnya keluar, sebentuk cincin perak. Taeyeon teringat masa dia keluar hospital 6 tahun yang lepas, cincin itu berada di jarinya. Dia menanggalkannya atas arahan kakaknya tapi dia tidak membuangnya kerana dia merasakn cincin itu sangat bermakna dalam hidupnya. Namun dia tidak ingat dari mana dia dapat cincin itu, sama ada dibeli sendiri atau pemberian orang lain. Dilihatnya terdapat satu huruf diukir di bahagian dalam cincin tersebut.

“B?”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Tadaaaa

Baekhyun membuka ikatan kain di mata Taeyeon. Terkebil-kebil gadis itu memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Suasana malam yang gelap juga tidak membantu.

“Apa?”,soal Taeyeon tidak faham event kejutan Baekhyun.

“Surprise”, ujar Baekhyun teruja sambil mendepakan tangannya.

“Kereta?”

“Haah, Toyota Hilux Single Cab”,jawab Baekhyun lalu memanjat naik ke atas bahagian belakang kereta tersebut. “Marilah”, tangannya melambai mengajak Taeyeon naik bersama.

Taeyeon menuruti Baekhyun, walaupun dia berasa sedikit pelik. Mata Taeyeon membulat apabila dia naik ke bahagian belakang kereta tersebut. Kelihatan tilam sedehana dibentang dan beberapa biji bantal. Terdapat juga beberapa botol minuman dan biskut coklat.

“Apa semua ni?”,soal Taeyeon sedikit teruja dan terkejut.

“Malam ni kita tengok bintang”

“Bintang?”

“Ya..bintang. saya ade baca kat paper yang malam ni  ada hujan meteor. Kite boleh lihat menggunakan mata kasar”, ujar Baekhyun lalu duduk bersila atas tilam.

“Macam mana awak buat?”, Taeyeon baring merebahkan diri di atas tilam itu bersebelahan Baekhyun. Dia sukakan suasana begitu, dengan bersuluhkan cahaya bintang di langit . Taeyeon sukar berhenti senyum.

 

“Saya pinjam kereta ni dari Kim Heechul,jiran saya. Tilam dan cadar ni semua saya ambil dari bilik akak saya.”,jelas Baekhyun. Dia gembira eventnya disukai Taeyeon.

“Taeyeon ah~”

“Hurm”

“Tutup mata kejap”

“Sekali lagi?”

“Kejap je”

Baekhyun mencapai tangan Taeyeon dan disarungkan cincin ke jari manis gadis itu. Taeyeon lalu membuka mata dan melihat sebentuk cincin perak di jarinya.

“Terima kasih!”,ujarnya lalu memeluk teman lelakinya.

Baekhyun menatap wajah gadis itu, biarpun dalam keadaan yang kelam, dia dapat melihat kecantikan Taeyeon. Dia mendekati lembut bibir gadis muda itu. Dirasakan adrenalin mengalir apabila bibir mereka bersentuhan. Hidung mereka saling berlaga. Ciuman lembut itu bertukar menjadi menghairahkan.

Saat bibir mereka terpisah, Taeyeon memandang tepat mata Baekhyun. Dia tahu apa akan jadi seterusnya dan dia rela. Malam itu, mereka terlupa mengenai hujan meteor di langit.

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Waaa comelnya!”,tegur Hana tatkala melihat Taeyeon membelai seekor arnab putih di tangannya.

“Apa namanya?”,soal Hana, dia cuba menyentuh haiwan bermata merah itu.

“Awan namanye”,jawab Taeyeon lalu diletakkan arnab jantan itu di atas riba Hana.

“Waaa,comelnya,gebu putih macam awan…cantiknya mata dia”,ujar Hana teruja. Disentuh lembut haiwan berkenaan.

“Hana rasa kenapa mata arnab cantik?”,soal Taeyeon cuba menguji Hana.

“Hana tak tahu”,dijungkitkan bahun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
8/8 sye edit semula, semua ksalhn tatabhasa n ejaan yg ade,, hee,,

Comments

You must be logged in to comment
baekyeon12 #1
Chapter 21: omo~so daebakkk!! best la..nanti unnie buat la lagi...
sabrinaadawiyah #2
Chapter 21: Chapter 20: Baru hbes baca.. Author-nim!! Igeon fanfic jeongmal daebak!! Buat la lgi!!! ^_^
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahh cite dia ni
ren16zaizen
#4
Chapter 21: Yeay, dah abih baca!!!
Rasa macam baca novel pendek pun ada..heheh
Best arr cite ni.. *thumb up*
Teruskan usaha anda. Fighting!
love_baekhyun95 #5
Chapter 16: Omg! Bez giler! Saya mmg ship sgt BaekYeon ^^ due2 bias sye, hehehe, Baekhyun my hubby, kekeke, ur ff mmg daebak la!! Saya baca dlm sehari je, hehehe, buat la lgi ff baekyeon please ^_^ bez sgt, love ur ff, hihihi
MonsterZ #6
Chapter 21: best fanfics niey ... (Y)
allya_safia #7
Chapter 21: Woah~~~
This story is really-ii DAEBAK
Neomu neomu daebak!
Best gile cite ni
Saye x tau nk komen ap lgi tapi ff ni srs ckp best!
Baekyeon~~!!
Keep calm
And
Support
Baekyeon
♡♡♡
choco_chim
#8
Chapter 21: best lah ff ni author-nim..!
daebak!baru first time writing dah boleh ff yang gile gila mantap nie?
btw..gud luck for your other fics..jiayou!~ //wink//
k_nana #9
*I meant first-time writing BaekYeon fic