part 3

Jadikan Saya Sebagai Alasan
Please Subscribe to read the full chapter

“Badan panas lagi? Pening kepala lagi?”

Dilihatnya seorang perempuan berambut panjang yang diikat sanggul kemas , membawa dulang makanan bersamanya. Tangan perempuan itu menyentuh lembut dahinya.

“Dahi kamu masih panas”, ujar perempuan itu. Suaranya kedengaran begitu menenangkan. “Akak dah masakkan bubur untuk kamu, dan ubat demam ada di sini, pastikan kamu makan dulu sebelum telan ubat. Kalau kamu rasa pening kepala lagi, makan pil ubat sakit migrain ni, air juga akak sediakan. Pastikan kamu minum air yang cukup.”

Perempuan itu meletakkan dulang yang berisi semangkuk bubur dan beberapa papan ubat di rak kecil tepi katil, supaya mudah untuk adiknya memakan makanan tersebut. Dahi adiknya dikucup lembut sebelum dia beredar meninggalkannya.

“Akak pergi kerja dulu”

Memaling ke arah tingkap dan dilihatnya hujan renyai turun di luar sana. Suhu agak sejuk pada pagi itu, dia menarik selimut menutupi badannya agar dia berasa hangat. Dia kemudian meraba-raba di bawah bantal mencari telefon pintarnya.  Sesudah dijumpai, jarinya laju menaip mesej.

Kepada: Puan Jun
Perkara: maafkan saya Puan, rasanya saya tidak dapat datang ke tadika pada hari ini. Demam saya masih belum kebah.

>____<

“Kang Yumi”

Yumi berpaling tatkala namanya dipanggil. Berpaling ke belakang melihat Puan Jun berjalan ke arahnya. Di tanganya dibimbit sebuah fail keras.

“Ini fail maklumat mengenai murid baru yang akan mendaftar masuk pada hari ini”, Puan Jun menyerahkan fail yang baru dipegang tadi kepada Yumi. “Saya nak awak kemaskini maklumatnya ke dalam sistem maklumat murid tadika ini.”

Yumi membelek dan meneliti fail yang baru diterimanya itu. Dahinya berkerut dan matanya sedikit membesar sebaik membuka fail tersebut.

“Eh! Rupa murid baru ini macam Cik Taeng la”, ujar Yumi sebaik sebelum Puan Jun mahu beredar meninggalkannya. Puan Jun kehairanan dan melihat gambar kecil berukuran passport yang ditampal pada borang maklumat peribadi dalam fail itu. Dia menggeleng kepala.

“Yumi, ia hanya lah halusinasi kamu”, komen Puan Jun.

Yumi tertunduk mengangguk. Dia menutup fail itu dan memegangnya erat rapat ke dada.

“Oh ya. Cik Taeng tidak dapat datang hari ini. Tadi dia menhantar pesanan ringkas kepada saya mengatakan yang demamnya masih belum kebah”

Yumi memberi tunduk hormat kepada Puan Jun sebelum beredar untuk menyiapkan kerjanya.

>____<

Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi Seoul pada pagi itu. Di dalam rumah, Hana bersama ayahnya sedang bersarapan. Hana merenung ke luar tingkap. Kelihatan beberapa titisan air hujan singgah di jendela tersebut. Suhu agak sejuk pada pagi itu.

“Papa… hujanlah”

“Ya. Papa tahu”,  komen Baekhyun sambil menghirup  secawan kopi suam. Terasa hangat tatkala air yang diminum singgah di tekak.  Pada pagi ini, mereka sedikit awal dari kebiasaan, Baekhyun tidak mahu lewat pada hari pertama persekolahan Hana di tadika baru. Kopinya diminum sampai habis.

“Kamu sudah habiskan bijirin kamu?” ,soal Baekhyun, menjeling melihat ke arah Hana yang sedang menyarung kasut sekolahnya. Hari ini Hana memakai uniform baru berwarna ungu muda, rambutnya yang panjang paras dada diikat kemas. Secalit bedak di mukanya dan lesung pipit yang kelihatan ketika dia senyum membuatkan Baekhyun merasakan bahawa Hana ialah kanak-kanak perempuan paling comel dalam hidupnya.

“Sudah papa”, jawab Hana lemah.

Baekhyun mengangguk tersenyum. Dia sentiasa memastikan  agar Hana mengambil sarapan pagi setiap hari. Baginya sarapan itu penting sebagai tenaga untuk memulakan hari. Kadang-kala Hana menyediakan sarapan sendiri jika ayahnya lewat bangun.

“Hana… kamu nampak tidak bersemangat pagi ni. Kenapa?” ,soal Baekhyun risau akan keadaan anak tunggalnya itu.

Hana diam membisu tidak memberi jawapan. Hanya keluhan kecil sebagai tindak balas.

“Jangan risau” Baekhyun tersenyum. “Di tadika baru nanti, kamu pasti akan berjumpa dengan ramai kawan-kawan baru dan papa pasti mesti ada antara mereka yang akan jadi kawan baik kamu.”

Enjin kereta dihidupkan. Kedua anak beranak itu memakai tali pinggang keselamatan. Ha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
8/8 sye edit semula, semua ksalhn tatabhasa n ejaan yg ade,, hee,,

Comments

You must be logged in to comment
baekyeon12 #1
Chapter 21: omo~so daebakkk!! best la..nanti unnie buat la lagi...
sabrinaadawiyah #2
Chapter 21: Chapter 20: Baru hbes baca.. Author-nim!! Igeon fanfic jeongmal daebak!! Buat la lgi!!! ^_^
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahh cite dia ni
ren16zaizen
#4
Chapter 21: Yeay, dah abih baca!!!
Rasa macam baca novel pendek pun ada..heheh
Best arr cite ni.. *thumb up*
Teruskan usaha anda. Fighting!
love_baekhyun95 #5
Chapter 16: Omg! Bez giler! Saya mmg ship sgt BaekYeon ^^ due2 bias sye, hehehe, Baekhyun my hubby, kekeke, ur ff mmg daebak la!! Saya baca dlm sehari je, hehehe, buat la lgi ff baekyeon please ^_^ bez sgt, love ur ff, hihihi
MonsterZ #6
Chapter 21: best fanfics niey ... (Y)
allya_safia #7
Chapter 21: Woah~~~
This story is really-ii DAEBAK
Neomu neomu daebak!
Best gile cite ni
Saye x tau nk komen ap lgi tapi ff ni srs ckp best!
Baekyeon~~!!
Keep calm
And
Support
Baekyeon
♡♡♡
choco_chim
#8
Chapter 21: best lah ff ni author-nim..!
daebak!baru first time writing dah boleh ff yang gile gila mantap nie?
btw..gud luck for your other fics..jiayou!~ //wink//
k_nana #9
*I meant first-time writing BaekYeon fic