part 11

Jadikan Saya Sebagai Alasan
Please Subscribe to read the full chapter

Malam tadi, Taeyeon terpaksa bermalam di rumah Baekhyun untuk menemani Hana. Dia menunggu Baekhyun sehingga jam 3 pagi namun laki itu tetap tak muncul.  Dia tidur di bilik Hana bersama Hana.

Taeyeon teringat apa yang Hana cerita malam tadi. Betulkah wajahnya menyerupai isteri Byun Baekhyun yang sudah meninggal enam tahun lepas. Dia teringin melihat wajah ibu Hana, tapi malangnya tiada satu pun gambar perempuan itu di rumah atau bilik Hana, mahupun gambar perkahwinan Baekhyun.

>>>>>>>>>>>>>>> 

Kepalanya dirasakan berat dan sedikit pening. Dia melihat keadaan sekeliling, bukan suasana seperti di biliknya. Baekhyun bangkit bangun dan bergerak ke luar bilik.

Kelihatan Eunjung di dapur,sibuk menyediakan makanan. Baekhyun menjengah di ruang tamu,terdapat bantal dan selimut di sofa. Baekhyun memicit kepalanya. Dia teringat yang Eunjung menelefonnya semalam. Dia mabuk teruk malam tadi.

“Good morning~” , tegur Eunjung sambil mencedok sup ke dalam mangkuk. Diletakkan di atas meja di depan Baekhyun. “Sup ginseng, bagus untuk hilangkan pening mabuk”,ujarnya.

“Terima kasih”, kata Baekhyun lalu menghirup sup tersebut menggunakan sudu. Dirasakan sup itu sedikit masin.

“Sedap”,komennya.

“Makanlah banyak sikit, kau mabuk teruk malam tadi”,ujar Eunjung lalu menarik kerusi duduk berhadapan meja dengan lelaki itu.

“Baju aku terbuka, kau buat apa kat aku malam tadi? Kau…. ro… gol aku ke?”,soal Baekhyun bergurau, cuba menceriakan suasana pagi itu. Eunjung mengetuk kepala Baekhyun dengan batang chopstick berdekatan. “Sedap sikit cakap, disebabkan kau lah, aku terpaksa tidur atas sofa malam tadi”

“Oh yeke? Ke kau tidur sebelah aku?”

“Tak hingin aku tidur sebelah orang mabuk, nanti melekat bau alkohol, habis bilik aku bau soju”,ujar Eunjung, dalam nada menyampah.

Baekhyun ketawa kecil. Dihirupnya sup panas itu sedikit demi sedikit. “Maaf, terpaksa susahkan kau malam tadi dan terima kasih bagi aku tidur kat bilik kau, best, katil kau lembut je”

Perempuan itu tersenyum. “Takpelah.. tapi takpe ke kau tak balik rumah malam tadi? Hana tinggal sorang-sorang?”, soal Eunjung teringatkan fakta yang Baekhyun ialah duda anak satu.

“Takpe, lagipun Hana bermalam di rumah kakak aku”,jawab Baekhyun.

Eunjung mengangguk faham. “Jadi, semalam…. Banyak kau minum, ada masalah? Stress?”

Baekhyun memandang tepat ke mata Eunjung. Dia tahu dia boleh harapkan kawannya yang sorang ni. Dia meletakkan sudu sup di tepi.

“Kau mesti tak percaya apa aku nak cerita ni”,ujar Baekhyun membuatkan Eunjung lagi berminat untuk ketahui.

“Aku jumpa perempuan mirip isteri aku”,luah Baekhyun.

“Mirip isteri kau? mirip Kim Taeyeon? Yeke?” ,soal Eunjung sedikit terkejut.

Baekhyun mengangguk lemah sebelum menjawab, “Ya, mirip betul, rupa dia, cara dia jalan,pandangan mata dia, gaya dia, suara dia pon hampir sama, dan nama mereka pun sama, Kim Taeyeon”

“Wow”,Eunjung teruja. “Betul sama? Atau kau berkhayal?”,soal Eunjung,teringatkan yang Baekhyun berkhayal dan menganggap Eunjung sebagai Kim Taeyeon malam tadi.

“Betul! Aku tak berkhayal. Hana pun perasan. Lagipun Heechul hyung pernah cakap dalam dunia ni ada 7 orang serupa muka, jadi mungkin dia dan isteri aku tergolong dalam 7 orang tersebut”,olah Baekhyun bersungguh-sungguh.

Eunjung sukar mempercayai cerita Baekhyun itu, lagipun dia tidak pernah berjumpa mahupun tengok isteri dan perempuan yang dinyatakan itu.

“Jadi kau pernah jumpa dia?”,soal Eunjung.

“Pernah lah.. itu yang buat aku keliru dan resah. Sebab tu aku mengelak diri dari dia, aku larang Hana bercakap dan sebut pasal dia”

“Kenapa nak keliru pulak? Perempuan tu bukan isteri kau pun?”,soal Eunjung, di tidak memahami situasi Baekhyun.

“Aku tak tahu, tapi aku memang tak boleh tengok dia, dia buat aku teringatkan isteri aku, Taeyeon..semuanya sama macam Taeyeon, semua nya…. Kecuali rambut dia… perempuan tu….”

Baekhyun diam. Ditahan air matanya supaya tidak mengalir, hatinya berasa pedih. Dia teringat semasa dia dimaklumkan doktor yang isterinya sudah meninggal. Dirasakan bagai jiwanya hilang. Baekhyun mempertahankan egonya di depan Eunjung. Dia tertunduk.

Eunjung faham perasaan rakannya itu, semua orang pernah mengalami turun naik dalam hidup.

“Cuba kau semuka dengan perempuan tu, cerita kat dia kisah kau dan Hana. Bagitahu dia betapa dia mirip isteri kau, tunjuk kan gambar isteri kau kat dia, maybe dia akan faham.”ujar Eunjung memujuk.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kamu di mana? Jangan buat akak risau”

“Sorry, malam tadi saya tidur di rumah salah seorang murid tadika, Hana.” Jawab Taeyeon di hujung talian.

“Kenapa pula kamu tidur rumah dia?”, soal Taehee sambil menghirup air teh. Pagi ni dia bersarapan seorang diri di rumah.

“Sebab penjaga dia tak pulang rumah malam tadi, saya tak boleh biarkan budak kecil tu seorang diri.”, jawab Taeyeon. Dia masih lagi berada di rumah Baekhyun.

“Habis tu nanti , kamu nak balik naik apa?”

“Teksi lah”

“Takpe lah, biar akak datang jemput kamu, text akak alamat rumah budak tu”

“Tak payah..saya tak nak susahkan akak”

“Kim Taeyeon, jangan degil, beritahu akak alamat rumahnya”

“Hurm , baiklah,nanti saya mesej akak”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Bajunya semalam masih tidak  bertukar,bau soju masih melekat di badannya. Baekhyun meletakkan kereta di depan rumahnya. Di depan pintu, dia melihat kasut Hana dan sepasang kasut perempuan.

Hana ada di si

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
8/8 sye edit semula, semua ksalhn tatabhasa n ejaan yg ade,, hee,,

Comments

You must be logged in to comment
baekyeon12 #1
Chapter 21: omo~so daebakkk!! best la..nanti unnie buat la lagi...
sabrinaadawiyah #2
Chapter 21: Chapter 20: Baru hbes baca.. Author-nim!! Igeon fanfic jeongmal daebak!! Buat la lgi!!! ^_^
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahh cite dia ni
ren16zaizen
#4
Chapter 21: Yeay, dah abih baca!!!
Rasa macam baca novel pendek pun ada..heheh
Best arr cite ni.. *thumb up*
Teruskan usaha anda. Fighting!
love_baekhyun95 #5
Chapter 16: Omg! Bez giler! Saya mmg ship sgt BaekYeon ^^ due2 bias sye, hehehe, Baekhyun my hubby, kekeke, ur ff mmg daebak la!! Saya baca dlm sehari je, hehehe, buat la lgi ff baekyeon please ^_^ bez sgt, love ur ff, hihihi
MonsterZ #6
Chapter 21: best fanfics niey ... (Y)
allya_safia #7
Chapter 21: Woah~~~
This story is really-ii DAEBAK
Neomu neomu daebak!
Best gile cite ni
Saye x tau nk komen ap lgi tapi ff ni srs ckp best!
Baekyeon~~!!
Keep calm
And
Support
Baekyeon
♡♡♡
choco_chim
#8
Chapter 21: best lah ff ni author-nim..!
daebak!baru first time writing dah boleh ff yang gile gila mantap nie?
btw..gud luck for your other fics..jiayou!~ //wink//
k_nana #9
*I meant first-time writing BaekYeon fic