part 4

Jadikan Saya Sebagai Alasan
Please Subscribe to read the full chapter

“Papa!Bangun!”

“Bangun! Bangun! Bangun!”, Hana melompat-lompat di atas katil ayahnya. Jam digital bersebelahan katil menunjukkan jam 11:30 tengahhari. Pajama tidur masih lagi tersarung di badan Baekhyun. Badannya bergerak-gerak tidak stabil kerana Hana yang melompat di atas tilam tempatnya tidur.

“Hana!”, rungut Baekhyun, menarik kaki kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun itu menyebabkan dia jatuh tersembam ke atas tilam. Mujur tilam empuk bersaiz king itu mampu menampung dua beranak tersebut. Hana baring terlentang bersebelahan bapanya. Ditenung keadaan sekeliling bilik ayahnya. Warna biru harmoni dicat di dinding dan beberapa buah almari di tepi dinding.

“Bosan”, tanggapan anak itu terhadap bilik ayahnya. Tiada satu pun yang menarik perhatiannya mahupun satu gambar yang ceria. Hana mengalihkan pandangan melihat ayahnya sedang tidur. Rambutnya serabai dan kelihatan kumis halus di atas bibirnya. Matanya tertutup rapat.

“Papa bangun!”, Hana mencubit geram pipi ayahnya.

Baekhyun memeluk erat anaknya. “ Hari ini hari ahad, Hana. Bagilah masa untuk papa tidur sepuasnya”, rungut Baekhyun. Suaranya sedikit serak.

“Ala~ tapi Hana bosanlah papa”, ujar Hana melentokkan kepalanya dalam dakapan Baekhyun.

“Hurm…ceritalah macam mana dengan tadika baru kamu”, ujar Baekhyun dalam keadaan matanya masih terpejam. Dia menghidu bau wangi rambut Hana.

“Tadika best!”,ujar hana teruja. “Hana dapat ramai kawan baru, taman dia pun besar, cikgu-cikgu pun baik.”

Baekhyun menatap wajah suci anaknya, tersenyum. “Hana gembira?” ,soalnya.

Hana mengangguk laju. “Gembira!”

Baekhyun mengucup laju dahi Hana,kemudian pipinya ,kemudian dagunya, kemudian matanya, kemudian hidungnya.

“Papa!”, Hana merengek rimas.

“Papa gembira kalau Hana gembira” komen Baekhyun ketawa melihat telatah puterinya.

“Kalau Hana sedih?”

“Papa pun sedih”

“Kalau Hana ketawa?”

“Papa pun ketawa”

“Kalau Hana cakap papa busuk?”

“Papa pun cakap Hana busuk!” ujar Baekhyun sambil menggeletek badan Hana.

>>>_<<<<

“Ouch”

Taeyeon menghisap darah yang mengalir keluar di hujung jarinya. Pedih dirasakan.

“Apa kamu buat tu?”,soal Kim Taehee yang datang menghampiri adiknya.

Taeyeon mengangkat kain yang dijahitnya dan menunjukkan kepada kakaknya.

“Kain skirt ni koyak jadi Taeyeon menjahit sikit bahagian yang terkoyak itu, tapi tercucuk jari pula”

“Berhati-hatilah”, komen kakaknya. “Kalau tak reti,letakan di tepi dulu, nanti akak boleh jahitkan”

Taeyeon senyum hampa,diletakkan kain itu di tepi katilnya. Dia memandang kakaknya.

“Akak, apa yang saya buat dulu? Saya pandai menjahit? Saya pandai memasak?” soal Taeyeon, meluahkan isi hatinya.  Dia teringin  tahu kerana apa yang dia buat sering tidak menjadi. Taeyeon ingin tahu mengenai masa silam yang dia lupa.

Kim Taehee terkesima dengan soalan adiknya. 6 tahun dia cuba mengelak dan bimbang jika Taeyeon bertanya mengenai masa silamnya. Kim Taeyeon adiknya dulu merupakan seorang gadis yang berpendirian teguh, berani,aktif dan positif. Taeyeon tidak menggemari melakukan kerja-kerja perempuan seperti memasak,menjahit,mengemas dan taeyeon juga tidak menyukai bunga seperti mana gadis lain sebayanya. Adiknya, Kim Taeyeon seorang yang istimewa baginya.

Taehee mencapai tangan Taeyeon dan digenggam mesra tangan  gadis muda itu. “Tentulah”,bohong Taehee. “Kamu suka memasak,menjahit, dan mengubah bunga. Kamu sama seperti gadis-gadis yang lain”

Taeyeon tertunduk. S

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
8/8 sye edit semula, semua ksalhn tatabhasa n ejaan yg ade,, hee,,

Comments

You must be logged in to comment
baekyeon12 #1
Chapter 21: omo~so daebakkk!! best la..nanti unnie buat la lagi...
sabrinaadawiyah #2
Chapter 21: Chapter 20: Baru hbes baca.. Author-nim!! Igeon fanfic jeongmal daebak!! Buat la lgi!!! ^_^
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahh cite dia ni
ren16zaizen
#4
Chapter 21: Yeay, dah abih baca!!!
Rasa macam baca novel pendek pun ada..heheh
Best arr cite ni.. *thumb up*
Teruskan usaha anda. Fighting!
love_baekhyun95 #5
Chapter 16: Omg! Bez giler! Saya mmg ship sgt BaekYeon ^^ due2 bias sye, hehehe, Baekhyun my hubby, kekeke, ur ff mmg daebak la!! Saya baca dlm sehari je, hehehe, buat la lgi ff baekyeon please ^_^ bez sgt, love ur ff, hihihi
MonsterZ #6
Chapter 21: best fanfics niey ... (Y)
allya_safia #7
Chapter 21: Woah~~~
This story is really-ii DAEBAK
Neomu neomu daebak!
Best gile cite ni
Saye x tau nk komen ap lgi tapi ff ni srs ckp best!
Baekyeon~~!!
Keep calm
And
Support
Baekyeon
♡♡♡
choco_chim
#8
Chapter 21: best lah ff ni author-nim..!
daebak!baru first time writing dah boleh ff yang gile gila mantap nie?
btw..gud luck for your other fics..jiayou!~ //wink//
k_nana #9
*I meant first-time writing BaekYeon fic