part 17

Jadikan Saya Sebagai Alasan
Please Subscribe to read the full chapter

Taeyeeon rasa tangannya ditindih sesuatu. Dia melihat Baekhyun tidur di sisinya. Melihat keadaan sekeliling, Taeyeon tahu dia berada di hospital. Apa berlaku? Taeyeon cuba mengimbas semula sebelum teringat yang dia selamatkan Hana. Mujur van itu sempat berhenti.

“Lepaskan saya!! Saya nak bayi saya! Saya nak jumpa anak saya!!”.

Tiba-tiba bayangan itu muncul di kotak ingatan Taeyeon. Jelas dilihat kakaknya memegang menahan dirinya manakala Taeyeon meronta minta dilepaskan. Taeyeon dapat bayangan yang Baekhyun mengendong seorang bayi dalam dakapannya.

“awak dah sedar?”, Baekhyun terbangun. Baju kemeja kerjanya masih belum bertukar.

“Kim Taeyeon.. awk tak apa-apa? Nak saya panggilkan doktor?”, Baekhyun bingkas bangun.

Taeyeon menahan tangan lelaki itu. Dipandang tepat ke mata suaminya.

“betul ke awak bawa lari Hana dari saya?”, Taeyeon menyoal. Dia perlukan jawapan jujur.

“Tak”, Baekhyun memegang mesra tangan perempuan itu. “Tak, saya tak bawa lari Hana  dari sesiapa pun, saya sangkakan awak dah meninggal masa tu”, Baekhyun menjawab. Dia faham keadaan Taeyeon yang bingung kerana amnesia nya.

Air mata mengalir di pipi perempuan berusia 25 tahun itu. Rambut yang panjang paras dada dibiarkan lepas. Terdapat parut kecil di tepi dahinya kesan tergesel di jalan tar semasa berlari memeluk Hana.

“saya nampak awak bawa lari bayi saya.. awak bawa Hana pergi dari saya..”, perempuan itu lalu menangis.

Baekhyun mendekatinya dan memeluknya. Diusap lembut ubun-ubun perempuan itu. Kenapa semua ni harus berlaku pada keluarganya.

“ssshhhhuut”, Baekhyun memujuk isterinya. Dia tidak suke mendengar Taeyeon menangis.

>>>>>>>>>>>>>>> 

“dia tengah tidur?

“rasanye la.. malam tadi dia dah sedar kemudian aku pujuk suruh dia tidur rehat”

“dia dah ingat?”, soal Eunjung. Semalam dia sangat terkejut menyaksikan sendiri isteri dan anak Baekhyun nyaris dilanggar sebuah van. Eunjung rasa bersalah kerana tinggalkan Hana berseorangan masa tu.

Baekhyun menggeleng. “aku tak tahu la tapi semalam dia nangis sebab dia ingat aku bawa lari anak dia”

“Betul ke?!”, soal Eunjung lagi.

“tentulah tak! Buat apa aku nak bawa lari Hana dari Taeyeon”, nada Baekhyun sedikit tinggi, terkejut dengan soalan kawannya.

“rileks lah bro~ jangan risau. Semua perkara akan berjalan lancar asalkan kita sentiasa berfikiran positif. Tindakan mencerminkan hasil”, nasihat Eunjung.

Baekhyun diam, cuba menghadam kata-kata Eunjung itu. Mereka berdua berada di depan bilik wad Taeyeon.

“hana ada di dalam?”

“tak..dia kat rumah. Demamnya tak kebah lagi, akak aku jaga dia”

“ok..kalau macam tu, aku masuk dulu tengok keadaan isteri kau”

“hah, masuk lah dulu, aku nak belikan minuman”

“dia duduk katil nombor berapa?”

“nombor 3”

Eunjung masuk dan bergerak ke katil yang Baekhyun maksudkan. Kosong. Katil nombor 3 kosong tiada orang. Kening Eunjung berkerut.

“tumpang tanya.. pesakit kat katil ni pergi mana? Dia dah dipindahkan ke wad lain ke?”, Eunjung bertanya kepada pesakit yang baring di katil nombor 2.

“saya tak pasti, tapi tadi dia dah pergi lepas salin baju dan kemas barang”, jawab pesakit itu.

“dia pergi mana?”

“saya tak tahu”

Baekhyun masuk dengan beberapa botol minuman di tangannya. Eunjung meluru ke arahnya.

“kenapa ni?”

“Taeyeon takde..dia hilang”

>>>>>>>>>>> 

Kelopak bunga ros merah disusun rapi menjadi simbol hati di atas lantai. Kedengaran alunan bunyi viola dari kaset yang dipasang. Suasana yang kelam romantik dengan beberapa lilin di atur .

Satu ciuman lembut singgah di pipi gadis itu.

“sudikah awak berkahwin dengan saya?”,lelaki itu melutut di depannya, dengan memegang sebuah kotak kecil yang di dalamnya terdapat sebentuk cincin. Lelaki itu kelihatan bergaya dengan sut biru gelap yang dipakainya.

“apa awak buat ni?”

“saya melamar awak untuk jadi isteri saya la”, lelaki itu mengukir senyuman menawan. Senyuman yang mampu membuatkan ramai gadis terpikat kecuali Kim Taeyeon.

“saya minta maaf”, Taeyeon menolak,menutup bekas cincin itu.

Keluhan kecil di hujung nafas lelaki itu. Dia dapat mengagak yang lamarannya akan ditolak. Dia bangkit berdiri dan menyimpan semula kotak cincin itu ke dalam poket. Kaset yang memainkan muzik tadi juga dimatikan. Dia berasa sedikit malu.

“saya minta maaf tapi saya dah anggap awak macam abang… tak lebih dari tu”, Taeyeon memberi alasan. Sedikit rasa bersalah terbit di ruang hatinya. “saya dah beritahu awak kan ..yang saya mencintai orang lain..”

“ya. Awak mencintai orang lain tapi tu cuma perasaan awak. Awak amnesia. Awak tak ingat siapa yang awak suka tu..kepada siapa awak serahkan cinta awak”,lelaki itu memegang paut bahu Taeyeon.

“awak hilang ingatan dan saya rasa awak patut mulakan hidup baru dengan memori baru, dengan cinta baru, dengan orang baru.  Dan saya akan bantu awak”,lelaki itu mencuba.

“memang saya tak ingat tapi saya dapat rasakan..saya pernah dicintai dan mencintai seseorang sepenuh hati saya. Biarpun saya tak ingat siapa orang tu tapi saya tak boleh ubah per

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
8/8 sye edit semula, semua ksalhn tatabhasa n ejaan yg ade,, hee,,

Comments

You must be logged in to comment
baekyeon12 #1
Chapter 21: omo~so daebakkk!! best la..nanti unnie buat la lagi...
sabrinaadawiyah #2
Chapter 21: Chapter 20: Baru hbes baca.. Author-nim!! Igeon fanfic jeongmal daebak!! Buat la lgi!!! ^_^
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahh cite dia ni
ren16zaizen
#4
Chapter 21: Yeay, dah abih baca!!!
Rasa macam baca novel pendek pun ada..heheh
Best arr cite ni.. *thumb up*
Teruskan usaha anda. Fighting!
love_baekhyun95 #5
Chapter 16: Omg! Bez giler! Saya mmg ship sgt BaekYeon ^^ due2 bias sye, hehehe, Baekhyun my hubby, kekeke, ur ff mmg daebak la!! Saya baca dlm sehari je, hehehe, buat la lgi ff baekyeon please ^_^ bez sgt, love ur ff, hihihi
MonsterZ #6
Chapter 21: best fanfics niey ... (Y)
allya_safia #7
Chapter 21: Woah~~~
This story is really-ii DAEBAK
Neomu neomu daebak!
Best gile cite ni
Saye x tau nk komen ap lgi tapi ff ni srs ckp best!
Baekyeon~~!!
Keep calm
And
Support
Baekyeon
♡♡♡
choco_chim
#8
Chapter 21: best lah ff ni author-nim..!
daebak!baru first time writing dah boleh ff yang gile gila mantap nie?
btw..gud luck for your other fics..jiayou!~ //wink//
k_nana #9
*I meant first-time writing BaekYeon fic