Bila BTS berpuasa....pt 2

BTS Random Day Scenarios

Puasa pt. 2

Geng BTS berkumpul di meja makan. Semuanya dah sedar diri, tak kemamai dah. Rapmon asyik mengusap-usap kepalanya yang dirasakan benjol sedikit (mana tak benjolnya kalau kena hentak dek senduk besi + senduk kayu sekaligus?).

''Haa, dah turun semua? Mari makan~'' Suga pun mencapai sudu kuah sup di dalam mangkuk. Tiba2 Jin menepis tangannya, ''Oi, bace doa dulu!'' ujar Jin sambil menadah tangan. Yang lain pun apa lagi...tadahlah jugak tangan tu...macam nak mintak sedekah tuh..

''Bismikallah humma..''

''Hoi! Yang korang baca doa tidur tu pesal?! Kita nak bersahur, bukan tidur!!'' Rapmon menjerkah. Adui, pening sungguh kepalanya dengan anak2 buah separuh mereng ini. Lama-lama boleh pergi Hospital Bahagia..!

Mereka bertujuh tunduk lalu membaca doa makan.

-----

Aroma kuah kari masakan Himchan memenuhi ruang udara dapur yang ditutup dan dikunci dengan rantai besi di dorm BAP. Himchan sedang mengacau kuah kari sambil menyanyi girang.

''Lalala.. Aroma kariku yang menawan, gunalah rempah ratus Mak Siti yang lagi rupawan...!! Eeewaah..! Kalau dah jodoh jangan asyik berangan, nanti tak pasal-pasal kena temberang..ewahh!!'' amboi, gembira sungguh Himchan nampaknya ya! Siap bergelek bagai lagi kat dapur yang sempit umpama sarang lipas itu!

Pada waktu yang sama...

Jongup terdengar suara seseorang. Dia segera terjaga dpd tidurnya yang lena.

''Uh..siapa yang tengah bersyair tu..?? Rasa macam kenal je..? Tapi siapa? Macam mana aku boleh tau yang aku kenal??'' dia menggosok matanya beberapa kali.

''Yah, apa yang kau bebelkan tengah malam buta ni hah?'' Daehyun menggumam. Dia baru aje baru nak masuk pintu pagar dreamland, tetiba terdengar suara Jongup membebel.

''Try hyung dengar...ada orang bersyair lah..''

Daehyun memasang telinga dengan 0.1% ketelitiannya, ''Mana ada! *menguap* mane ada orang nak bersyair waktu camni? Dahlah suara macam katak puru. Boleh blah ah!''

''Hmm.. Ye tak ye jugak. Ah.. Lantaklah.'' Jongup terus sambung tidurnya yang tergendala dek iklan 'syair' tadi.

Di ruang tamu pula, kelihatan Youngjae dan Zelo tertidur di atas lantai beralaskan tikar mengkuang. Khusyuk sangat tengok piala dunia, ni lah akibatnya!

Yongguk pulak dah menghilang kemana. Tak dapat dikesan oleh radar BAP! Last time tengok dia adalah pada malam tadi, sebelum tidur. Yalah, kalau dah tidur mana boleh tengok dia dah sebab mata kita kan terpejam! Pe lah..

''Arnab-arnab semua!!! Meh turun!!!'' habis melayang kuali-kuali serta sudip-sudip kesan suara tornado Himchan.

Secara manualnya empat manusia itu bangun, berjalan seperti zombie walking dead ke dapur.

''Awal lagi ni...'' Daehyun menguap.

''Ngantukk...'' omel Youngjae tetapi masih laju menyuakan makanan ke mulut. Aish.. Dah baca Bismillah belum tu...Youngjae?

Zelo tdk menghiraukan sesiapa. Dia hanya mengutip cherry tomatoes nya sahaja.

Jongup pulak masih tak habis-habis lagi fikir siapalah gerangan penyari..oops..penyair tadi. Suaranya menikam kalbu, bak buluh perindu! Awwh!

setengah jam kemudian, mereka pun selesai makan...

Oh wait. Mana Yongguk?

Yongguk keluar dari tempat tidurnya yang strategik sekali. Dia berjengket ke dapur dengan harapan untuk bersahur. Ahh...leganya tak payah bising-bising ngan dorang! Yongguk tersenyum sendiri. Sesampainya di meja makan...

''Kosong???!!! Ooh tidaaaakkk!!!!''

Menangislah Yongguk kerana tidak dapat bersahur sebab makanan dah habis...

''Wuuu... Wuuu... *nangis* aku hilang korang tak ingat langsung pasal aku eh?? Tak nak baik ngan korang!!!'' *lari ke tempat persembunyian semula*

PS: Latest update! Amacam, best tak Himchan nyanyi? Aku rasalah, part tu plg kelakar tau! Woohoop! Nantikan pt 3! Thanks untuk komen korang tapi maafkan aku sebab aku takleh balas. Kepada sesiapa yang tak faham dialek Kelantan n Terengganu silalah komen ataupun PM aku. okey?? Geng BAP ngan BTS dah siap untuk sahur. Nantikan pt 3 pulak! Sape nak geng VIXX time sahur? Kalau ada, rajin2 lah komen! XDD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Hyunju_T #1
Chapter 1: Lawak sangatlah
Aida_Rusdi
#2
Chapter 5: Nak Seventeen!! BAP dan VIXX ultimate grup saya. Minat BTS tapi bukan Army. Hehe
starlight_miss
#3
Chapter 5: Seventeen!? saya!! *angkat dua2 tangan, kaki dan meja katt rumah*
k-hope
#4
Chapter 5: Kemunculan seventeen??
tyhah_nad #5
Chapter 5: Pffffftttt hahahaahhahahahaha XD
minlee123 #6
Chapter 4: kelakarnye part ni sampai sy terhantuk kat maje tepi katil
minlee123 #7
Chapter 2: nak VIXX please
13_YJM_
#8
INI LAWAKKKK LANGSUNGG TIDAKKK HAMBARRR!!! SAYA PASTI AKAN MENGHARGAI USAHA AUTHOR-NIM JIKA AUTHOR-NIM TERUS MENULIS GENRE SEBEGINI.... TERIMA KASIH SAYA UCAPKANN
Sitinornaziha #9
Daebak authonim!
izatizatixoxo88 #10
Chapter 4: Hahahahahaha....*ketawa tak henti2 hingga dimasukkan ke wad gila*