My Guardians Is A Vampire!

Description

The only things i know about them is... They are vampires...

Foreword

Characters~ ^^

 

 

                 Im Layra

                                                             

Seorang gadis berumur 17 tahun. Tinggal bersama makcik dan sepupunya sejak kematian ibu dan bapanya pada 12 tahun yang lalu. Selalu dibuli dan didera. Berasal daripada keluarga yang kaya tetapi kekayaannya telah dirampas oleh makciknya dan diperlakukan seperti orang gaji di dalam rumah sendiri. Merupakan seorang anak tunggal dan sangat lemah lembut. Seorang yang penyabar dan naif. Bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Seorang yang bijak tetapi tidak mempunyai rakan baik kerana sering dikurung. Berketurunan ' Pure Blood ' kerana ibunya seorang vampire dan ayahnya pula werewolf.

                     

 

                   

                         Lee Hong Bin (이홍빈)

                                  

Ketua kepada ahli Vampires. Suka tersenyum 24/7. Amat peramah, Bencikan pencemaran. Berumur 120 tahun. Menyedari Layra orang yang dicarinya, Dia terus menjemput Layra tinggal di rumah agam Vamps kerana menurut perintah daripada permaisuri vampire iaitu ibu Layra untuk bawa Layra tinggal bersama mereka setelah dia mati ataupun menghilangkan diri lebih dari satu tahun. Sangat sukar untuk marah, Tetapi sukar dikawal apabila marah kerana lebih kuat daripada ahli-ahli vampire yang lain walaupun bukan dia yang paling tua.

 

 

                 

           Han Sang Hyuk (한상혁)

                                   

Ahli termuda Vampire, Berumur 118 tahun, Suka bergurau dan menyakat, Mengorat dan membuat muka comel adalah kepakarannya, suka bermain tetapi serius apabila bekerja. Menjadi rakan baik Layra sebaik sahaja Layra pindah masuk ke rumah agam Vamps, Tidak berapa sukakan Leo kerana menganggap senior nya itu menakutkan dan suka berseorangan membuatkan susah untuk dia menegurnya. Mempunyai satu taman bunga di belakang rumah agam yang merupakan miliknya, Dipenuhi bunga ros berwarna warni tetapi kebanyakannya ialah warna merah.

 

 

 

        Jung Taek Woon(Leo)(정택운)

        

Amat pendiam dan suka menyendiri, Berkurung di dalam biliknya ada merupakan hobi, Lebih suka bersendirian walaupun harus bersama ahli-ahli vamps yang lain di dalam satu rumah. Agak janggal dengan kehadiran Layra di dalam rumah. Bersifat ganas dan kasar, Seorang yang sombong pada pandangan ahli vamps yang lain tetapi sukakan budak-budak dan binatang. Sifatnya yang agak pemalu membuatkan agak susah untuk dia bergaul dengan orang lain. Tetapi dengan kehadiran Layra di dalam rumah membuatkan dia sering tersenyum dan bergaul dengan orang lain. Berumur 123 tahun *lahir bulan 11*

 

 

             Cha Hak Yeon(N)(차학연)

                           

Bagi N, fesyen dan stail adalah perkara yang penting, Hobinya adalah mewarnakan rambut dan merah adalah warna kegemarannya. Ahli paling tua di dalam ahli Vampire, berumur 123 *lahir bulan 6*. Amat suka bercakap dan kadang kala menimbulkan perasaan geram pada ahli-ahli yang lain. Amat gembira dengan kehadiran Layra di dalam rumah kerana akhirnya dia mempunyai teman untuk berbual setelah dia tahu yang Layra agak gemar bercakap dengan orang di sekelilingnya setelah lama dia tinggal di rumah agam vamps. Sukakan banana milk menyebabkan ahli vampire yang lain terpaksa membeli lagi satu peti sejuk untuknya.

 

 

 

        Kim Won Shik(Ravi)(김원식)

        

Ahli Vampire yang sukakan games, Kemasukan Layra ke dalam rumah agam vamps membuatkan kedudukannya sebagai 'Top gamers' tergugat kerana Layra berbakat di dalam permainan tak kira apa jenis! Selama Layra berada di dalam rumah itu, Layra tidak pernah kalah jika berlawan bersama Ravi. Bersikap kebudak-budakan walaupun umurnya akan mencecah 121 tidak lama lagi. Hongbin tidak akan pernah membiarkan Ravi keluar daripada rumah agam berseorangan kerana dia belum lagi boleh mengawal dirinya dengan sepenuhnya terhadap godaan darah manusia. 

 

       Lee Jae Hwan(Ken)(이재환)

                               

Ahli vampire yang berumur 122 tahun. Seorang yang pemurah dan suka melukis, Kebanyakan ahli-ahli vampire di dalam rumah itu telah diconteng muka oleh Ken kecuali Leo kerana dia menghabiskan masa di dalam bilik. Kadangkala suka menyanyi kehadiran Layra di dalam rumah agam Vamps seolah-olah memberi sinar kepada Ken kerana akhirnya dia mempunyai seorang model untuk dilukis! Sejujurnya dia sudah muak melukis gambar N kerana dia telah buat begitu selama beberapa tahun. Ken mempunyai 2 ipad kesayangan. Oleh kerana satu-satunya perempuan yang berada di dalam rumah jadi dia memutuskan untuk beri padanya satu.

Kaira97
Done with chapter 7~ Chapter 8 will coming right up ^^ thanks to my readers and keep on reading jusaeyeoo~ *throw love*
No comments yet