Where Am I?!

My Guardians Is A Vampire!

Layra dengan perlahan membuka kelopak matanya ketika matahari mula memancarkan sinar. Dia menggeliat perlahan kemudian mengalihkan kepada tingkap yang besar bersebelahan dengan katil yang menampung tubuhnya. Dia tersenyum sendirian. Lena betul dia tidur. Tak pernah dia tidur selena itu sejak dia kecil. Selimut sutera yang membaluti dirinya amat lembut. Begitu juga tilam yang dia baring. Amat lembut! Terasa seperti tidur di atas awan! Dengan cuaca yang cerah seperti itu, Pasti pakaian cepat kering. Tak payah lah dia nak dengar leteran makcik Hyo! Pakaian tak kering pun nak salahkan Layra! Padahal cuaca yang mendung. Bukannya gadis itu boleh kawal cuaca!

       Layra meregangkan badannya sedikit kemudian dia rasa sesuatu yang pelik! Dia terkaku sebentar! Dengan perlahan gadis itu mengintai ke dalam selimut sutera itu. Bajunya telah bertukar! Daripada baju yang dipakai malam semalam kepada blouse putih parat lutut dan tak berlengan! Patutkan sejuk saja rasanya dari tadi! Jantung Layra mula berdegup kencang! Siapa pula yang menukar bajunya?! Dan lagi satu! Katil siapa pulak ni?! Setahu dia, Dia tidur di atas lantai di rumah semenjak makcik Hyo pindah masuk! Kalau katil pun dah tak ada apatah lagi selimut sutera! Dia rasa begitu selesa sampai tak sedar yang dia bukannya berada di dalam rumahnya sendiri! Apa yang dah jadi sebenarnya nih??!

       Sedang kepala Layra ligat berfikir kemudian dia terdengar suara seseorang betul-betul di sebelahnya! “Selamat pagi tuan puteri Layra”.

 Mahu sahaja gugur jantung Layra! Jantungnya berdegup bagaikan hendak meletup! ‘ Tolonglah jangan cakap tu suara diaorang! Tolonglah jangan cakap itu suara diaorang! ‘ Hampir seribu kali sesaat Layra mengucapkan perkataan itu di dalam hatinya! Dengan perlahan dia menolehkan kepalanya ke kiri! Alangkah terkejutnya Layra apabila mendapati 6 orang lelaki sedang duduk di atas kerusi memandang tepat ke arahnya!

       Setelah beberapa saat mendiamkan diri baru Layra membuka mulutnya untuk bercakap “Errr..Selamat pagi juga?”.

Terdiam mereka berenam melihat Layra! Tuan puteri mereka sungguh cantik! Layra nampak lebih cantik berbanding malam semalam! Mungkin kerana pada malam semalam mereka tak dapat melihat Layra dengan jelas tetapi pada pagi ini! Layra berjaya membuatkan jantung penjaga mereka berdegup tak keruan untuk beberapa saat!

       Layra memandang sekelilingnya. Besar betul bilik itu! 5 kali ganda besar dari biliknya! Kemudian Layra memandang semula mereka berenam “Tolonglah jangan cakap saya ada dalam-!”.

       Hongbin tersenyum manis mempamerkan lesung pipitnya “Ya, Tuan puteri berada di dalam rumah agam Vamps”.

Menderau darah Layra mendengarnya! Semalaman dia berada di dalam rumah itu! Bersama 6 orang lelaki yang tak dikenali pulak tu! Entah apa yang terjadi malam semalam! Siapa pula yang berani menukarkan pakaiannya?!  Memanng ada yang nak masuk penjara agaknya! Tiba-tiba Layra teringat sesuatu yang penting! Tteobeoki Minji!!! Dan sekarang dah pagi! Pasti dia akan didera habis-habisan bila balik nanti! Semalaman dia tak balik! Tak cukup dengan dera, Pasti dia akan diberi ‘ Motivasi ‘ Yang menyakitkan telinga nanti! Layra menyelak selimut sutera yang berwarna merah itu ke tepi kemudian terus menampakan garisan-garisan yang biru di tangan dan kakinya yang lebam akibat dipukul! Layra yang lupa tentang itu terus terperanjat kemudian dengan segera menutup kembali badannya dengan kain selimut sutera merah tadi! Dia tak sepatutnya menunjukan kesan itu dengan sesiapa! Sebab itulah setiap kali dia keluar rumah hanya memakai baju lengan panjang dan juga seluar panjang yang menutupi kesan-kesan lebam yang ada di badannya akibat dipukul.

        Ahli-ahli Vampire yang nampak segala kesan pada tubuh Layra terperanjat besar! Hongbin selaku ketua mereka terus bangun lalu menyelak selimut itu kemudian menarik semula lengan Layra lalu ditatapi dalam semua kesan lebam itu. Lengan Layra yang putih telah dicela dengan kesan-kesan pukulan. Garisan-garisan pada lengan gadis itu tebal-tebal semuanya! Agaknya dipukul dengan apa gadis ini?! Layra hanya mendiamkan diri ketakutan. Jika Makcik Hyo tahu yang dirinya secara tak sengaja telah mendedahkan kesan pukulan itu, Mahu mati Layra dikerjakannya!

       Mata Hongbin bergetar menahan kemarahan! Begitu juga dengan ahli-ahlinya yang lain! Gadis sekecil itu dipukul sebegini sekali? Apa yang Layra buat sampai begitu sekali dia dipukul?! “Apa yang dah jadi dengan lengan tuan puteri?!”.

       Layra menarik semula lengannya dengan pantas kemudian mengelak daripada pandanganya bertembung dengan mata Hongbin “Kenapa pula awak nak tahu?? Awak tak ada kaitan dengan saya! Pulangkan semula baju saya dan saya nak balik! Awak tak buang tteobeoki yang saya beli semalamkan??”.

Di dalam nada Layra pada waktu itu, Tersembunyi ketakutan,kemarahan dan kekeliruan. Semua ahli-ahli vampire yang ada di dalam itu dapat rasakannya. Tuan puteri mereka sedang berada di dalam ketakutan. Takut kerana dia berada di tempat yang tidak dikenalinya, Takut dengan apa yang telah terjadi padanya malam semalam, Takut dengan mereka, Takut dengan nasibnya apabila balik nanti. Jelas dia takut dengan nasibnya dengan cara dia menanyakan tentang tteobeoki yang bersamanya malam semalam.

       Hyuk yang kesiankan Layra hanya mengangguk perlahan “Ya, Kami masih lagi menyimpan tteobeoki tuan puteri..Jangan risau..”.

       Hongbin mengeluh panjang lalu bersuara “N..Pergi ambil baju puteri”.

       N terperanjat kemudian mengeluh “Tak kanlah! Ketua nak! Ya..Baiklah..”.

Selepas beberapa minit, N kembali dengan baju Layra lalu terus beri kepada Layra. “Ini dia baju tuan puteri..”.

       Layra menerima baju yang dihulur N dalam keadaan mengigil sedikit. Tangannya menggeletar kerana ketakutan. 6 Orang jejaka yang berada di hadapannya tidak lagi menakutkan dirinya tetapi sebaliknya makcik Hyo! Layra menggengam kemas pakaiannya yang telah berlipat itu “Boleh..Awak semua keluar..? Saya nak tukar pakaian saya..”.

       Hongbin menggelengkan kepalanya perlahan “Itu tak perlu..Sebab tuan puteri dah pun tukar baju..”.

       Layra yang pelik dengan kata-kata Hongbin terus melihat dirinya. Pakaianya dah pun bertukar! Tapi sejak bila pula?! Baru tadi dia menerima baju tu! Layra meletakan Blouse putih yang dipakainya tadi ketepi dalam keadaan yang berlipat. Sekarang bukan waktunya untuk dia bertanya apa yang terjadi ataupun merasa takut. Yang pastinya apa yang akan berlaku di rumah nanti pasti lebih teruk. Lalu Hyuk menghulurkan tteobeoki yang diinginkan Layra tadi. “Ini dia tteobeoki tuan puteri..”.

       Layra menerima tteobeoki itu dalam keadaan mendiamkan diri “Saya tak tahu apa yang saya rasakan sekarang..Saya takut dan keliru dengan apa yang saya nampak..Saya juga takut dengan apa yang akan berlaku apabila saya balik nanti..Saya kena balik sekarang..dengan segera..!”.

       Hongbin mengeluh lagi sekali. Berat sekali untuk dia melepaskan tuan puteri dunia Vampire itu pergi. Dia akan mengubah nasib Layra dengan secepat mungkin! “Baiklah tuan puteri..Saya akan hantar tuan puteri balik..Pejam mata tuan puteri dan jangan buka selagi saya tak suruh..”.

       Layra mengangguk perlahan sementara ahli yang lain hanya memerhati dengan perasaan kesian dan berat hati untuk melepaskan puteri mereka. Mata Layra sudahpun terkatup rapat kemudian dia rasa seperti angin sepoi bahasa terkena pada wajahnya lalu dia terdengar suara Hongbin “Buka mata tuan puteri..Kita akan berjumpa lagi..”.

Sebaik sahaja mata Layra terbuka, Dia sudahpun berada di hadapan rumahnya. Walaupun dia tak tahu bagaimana Hongbin lakukan itu, Tetapi itu tak penting. Layra mengambil nafas dalam-dalam sambil memegang erat bungkusan plastic tteobeoki itu erat kemudian masuk ke dalam rumah sambil berkata di dalam hatinya ‘ Omma.. Tolonglah Layra.. ‘.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Done with chapter 7~ Chapter 8 will coming right up ^^ thanks to my readers and keep on reading jusaeyeoo~ *throw love*

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 7: misterinya~~ Andwae!!!! seram sejuk sye bce part yg last tu.. Siapakah??? adakah ni bermakna Werewolf ada sekali dlm rmh tu?
arizlufias
#2
Chapter 7: I willl waiting u update..
arizlufias
#3
Chapter 6: I love it...
arizlufias
#4
Chapter 5: Update lagy...
Nurul_dayat #5
Chapter 5: best :D nnti update lgi tau :)
Kaira97
#6
Still in process with chapter one.. my line is and i feel sleepy., will update more tomorrow.. night everyone..!