Tell Me Your Name

My Guardians Is A Vampire!

Layra kini memandang semua ahli Vamps. Mereka semua berada di dalam bilik Layra. Mereka semua duduk di atas lantai sambil bersila menghadap tuan puteri mereka. Mereka semua tersenyum. Kecuali Leo. Layra tertanya-tanya di dalam hatinya ' Dia ni memang macam ni ke? '.

       Layra memandang Hongbin semula. " Okay~ Awak semua sekarang dah tak macam robot lagi~ awak kata awak ketua dekat sini kan? Jadi mari mula dengan awak~ Apa nama awak? Bagi umur sekali jusaeyeoo~ ". 

       Hongbin mengosok gosok lehernya perlahan " Err.. Nama saya Lee Hongbin. Umur saya 20.. 120 tahun ".

       Layra yang mendengar kata-kata Hongbin terus tergamam " be-be-berapa umur awak??? ".

       Hongbin lagi sekali berkata " Umur saya 120 tahun tuan puteri. Maksud saya! Layra ".

       Layra tergamam " Saya patut panggil awak atok. Bukannya oppa...! Saya akan terperanjat besar kalau ada yang lebih tua dari awak...! ".

       Tiba-tiba sahaja N, Leo, Ken  dan Ravi mengangkat tangannya " Kami lebih tua dari Hongbin ".

       Layra terdiam. Dia bertukar-tukar pandangan antara Hongbin dan mereka berempat" Aw-Awak berempatlebih tua??? ".

       Mereka bertiga mengangguk perlahan. Layra mengipas-ngipas dirinya sedikit walaupun bilik itu sudah mempunyai aircond. Dia perlu biasakan diri dengan semua ni! " Berapa pula umur awak bertiga??? ".

       N, Leo, Ravi dan Ken saling berpandangan lalu N pun bersuara " Saya dan Leo berumur 123 tahun. Ken  pulak 122 dan Ravi 121 tahun ".

       Layra hampir pengsan! Tuanya diaorang nih! Layra menenangkan dirinya lalu memandang ke arah Hyuk " Awak pulak??? Jangan kata awak pun sama ".

       Hyuk melemparkan senyuman manis nya " Eh~ x adelah~! Saya muda lagi puteri~ Paling muda antara semua moyang-moyang ni~ ".

       Layra menghembuskan nafas leganya " Yeke~? Baguslah kalau macam tu~ Berapa umur awak?? ".

       Hyuk membuat muka comelnya " Umur saya sama macam umur tuan puteri~ ".

       Layra menjadi teruja seketika lalu memandang Hyuk. Akhirnya ada orang yang muda! Malah sama umur! " Awak pun 18 tahun??? ".

       Hyuk ketawa kecil " Angka number belakang umur saya memang 18~ Tapi depan 18 tu~ Tambah angka 1 ~ ".

       Layra terus terdiam. Lalu mencongak congak di dalam kepalanya. " Se-! Seratus lapan belas?! ".

       Hyuk mula berbangga " Alah tuan puteri ni~ Jangan lah macam tu~ Saya tahu lah saya muda~ ".

       Layra menepuk dahi sendiri. Mengapalah dia tanya tadi. Layra memandang Hyuk semula " Dan nama awak ialah? ".

       Hyuk tersengih " Han Sang Hyuk~ Tapi puteri boleh panggil saya Hyuk je~ Hyuk yang muda lagi comel pun boleh jugak ".

       Layra mengumam di dalam hatinya " Poyo nya mamat nih...! ".

       Hongbin yang mendengar kata-kata hati Layra terus ketawa kecil...! Lalu dengan pantas dia cover dengan cara berdehem.

       Layra terus mengalihkan pandangannya kepada Hongbin. Dia lupa bahawa jejaka itu boleh membaca pemikiran orang! Wajah Layra terus berubah kemerahan! Nampaknya Layra harus bertemu Hongbin selepas ini sebelum dia memberitahu Hyuk tentang apa yang dia gumamkan di dalam hati tadi! Layra menenangkan dirinya. Kini pandangannya tertumpu kepada Leo. Sifat pendiam jejaka itu membuatkan Layra menjadi tertanya tanya. Teragak- agak juga dia ingin bertanya kepada jejaka itu. Masa dia mencuba hendak menggeletek jejaka itu juga tak berjaya! Akhirnya dua-dua rasa awkward! Namun Layra memberanikan diri " Nama awak pulak? ".

       Leo mendiamkan diri. N serta yang lain-lain yang sudah masak dengan perangai Leo memandang ke arah yang lain. Setelah beberapa saat berlalu, Leo pun bersuara menjawab ringkas " Leo Imnida. ".

       N dan lain-lain yang mendengar Leo bersuara terus tergamam seketika. ' Bercakap pulak Leo hari nih! '. Mungkin kerana yang bertanya itu tuan puteri mereka. Layra yang seolah olah boleh 'tangkap' tentang personaliti jejaka yang berada di hadapannya ini tersenyum riang. " Leo ya? Selamat berkenalan~ ".

       Leo mengangguk perlahan " Nae ".

Layra tersenyum kepuasan. Dia sudah tahu nama kesemua nama penjaganya. Yang berambut merah adalah N. Yang pendiam tu Leo. Lelaki yang berhidung mancung pula namanya Ken. Yang selalu memakai binie bermata sepet pula Ravi. Yang berambut agak perang dan kacak adalah Hongbin. Pandangan Layra berubah kepada Hyuk. Yang poyo ni pulak x payah nak terangkan. Layra memandang sekeliling. Rumah agam ini besar. Rasanya kalau yang first time datang mesti sesat. Kata Honbin tadi rumah agam ni banyak bahagian. Bahagian Utara, Timur, Selatan, Barat. Dah macam kompas pulak! Katanya mereka semua duduk di bahagian Utara. Bahagian Timur yang merupakan bahagian belakang sekali rumah agam itu merupakan bahagian larangan. Mereka tak dibenarkan ke sana. Iannya peraturan ketat dan wajib dipatuhi. Terutama sekali Layra. Puteri mereka dilarang sama sekali untuk pergi ke sana. Layra berasa curiga juga sebenarnya. Agaknya apa yang ada kat sana?

       Layra memandang Hongbin. Dia terus mula mengajukan soalan " Jadi.. Macamana awak semua menggendalikan ekonomi dalam rumah ni? Maksud saya, Dari mana dapat duit? Macamana dengan duit bil air atau elektrik? Makan? Ada sesiapa yang bekerja di sini?? ".

       Ken mula bersuara lalu mengangkat tangannya " Saya ada firma guaman sendiri. Hongbin, Ravi dan saya ada galeri seni. Kami ada beberapa penyokong yang membuatkan kami tak pernah jatuh miskin. Kenapa tuan puteri tanya? ".

       Layra mengangguk faham " jadi keadaan ekonomi awak semua ni stabil. Bagus~ Jadi~ Saya nak buat beberapa rules sikit~ Oleh kerana saya nak buat family baru saya ni lebih mesra~ saya akan lantik family roles~ Saya nak Leo jadi Appa~ N jadi Omma~ Ken, Jadi kakak perempuan~ Ravi, Hongbin jadi abang~ Dan.. ".

       Pandangan Layra beralih kepada Hyuk. " Awak jadi kembar tak seiras saya~ We are one big happy family~ ".

       N yang mendengar dah pun menjadi excited! " Omooooo~ Banyak nya anak kita abang Leo~ ".

       Leo dah pun mula berasa menyampah dengan N! Kenapa dalam banyak-banyak orang dalam bilik ni N pulak yang kena jadi isteri?! Padahal dia dah puas hati dengan peranan dia sebagai ayah! Hyuk pula mula merungut " Alahhhh kenapa saya kena jadi kembar seiras tuan puteri pulakk? Saya nak jugak jadi abang~ Umur saya 118 tahun tau~ ".

       Layra ketawa kecil kemudian menggelengkan kepalanya " Tak boleh tak boleh~ Awak kembar tak seiras saya~ Awak tak boleh jadi abang~ ".

Pertelingkahan mereka berdua berlarutan hingga ke larut malam. Tetapi apa yang mereka tak tahu ada yang memerhati tingkah laku mereka di dalam rumah itu. Bahagian Timur merupakan bahagian yang paling gelap tersembunyi pelbagai perkara yang mereka tak tahu. Dan apa yang paling penting, Selain mereka, Ada lagi yang lain tinggal di situ.

 

       

 

 

       

       

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Done with chapter 7~ Chapter 8 will coming right up ^^ thanks to my readers and keep on reading jusaeyeoo~ *throw love*

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 7: misterinya~~ Andwae!!!! seram sejuk sye bce part yg last tu.. Siapakah??? adakah ni bermakna Werewolf ada sekali dlm rmh tu?
arizlufias
#2
Chapter 7: I willl waiting u update..
arizlufias
#3
Chapter 6: I love it...
arizlufias
#4
Chapter 5: Update lagy...
Nurul_dayat #5
Chapter 5: best :D nnti update lgi tau :)
Kaira97
#6
Still in process with chapter one.. my line is and i feel sleepy., will update more tomorrow.. night everyone..!