Coklat Vs Vanila

Vanila Vs Coklat

 

 

 

 

"Kakak, bila kakak lapang kakak datanglah jenguk Nicole kat sini," kata Nicole ketika tubuh hangatnya berada dalam dakapanku. Aku mengangguk perlahan lalu meleraikan pelukan kami. Aku sama sekali tidak akan pernah melupakan Luvna Ashibli dan para penghuninya. Mereka adalah sebahagian daripada hidupku dan Luvna Ashibli ini merupakan tempat aku membesar selepas aku dan kakakku ditinggalkan di sini oleh ibu bapaku. Aku berjanji aku tidak akan pernah melupakan mereka.

 

Aku memandang ke arah Ibu yang berdiri di sebelah Nicole. Ibu, insan yang telah menjaga makan dan minumku. Insan yang telah mengajar aku erti kehidupan. Senyuman keibuaan yang terlakar di raut wajahnya meruntun hatiku. Aku tidak menyangka aku akhirnya akan berpisah dengan Ibu secepat ini. Terasa masa berlalu dengan sangat pantas kerana aku masih lagi terasa seperti baru semalam Ibu memujuk aku yang menangis ketika kakakku meninggal dunia akibat demam denggi.

 

"Ibu.." aku meluru ke arah dakapan Ibu. Rasa sebak mencengkam perasaanku tetapi aku mampu mengawal diriku daripada dihanyutkan oleh emosi. Ibu menepuk belakangku perlahan-lahan dan entah mengapa, aku terasa seperti dia sedang menyalurkan kekuatan untukku yang bakal mengharungi renyah hidup bersendirian. Hanya aku dan diriku. Ketika dakapan itu terlerai, Ibu masih lagi tersenyum.

 

"Ibu tahu Krystal anak yang baik. Ibu tak risau apa-apa pun kecuali satu hal," kata Ibu lalu mengemaskan skarf berwarna hitam putih yang terlilit dileherku. Suhu pada hari itu agak sejuk. Aku menanti Ibu menyudahkan kata-katanya dengan penuh sabar.

 

"Ibu harap Krystal belajar untuk membuat keputusan. Masa Krystal tinggal kat sini bolehlah Ibu tolong buat keputusan untuk Krystal tapi bila Krystal hidup kat luar sana, semua keputusan berada di tangan Krystal. Ibu harap Krystal berhati-hati dalam membuat keputusan," pesan Ibu. Wap yang keluar daripada mulutnya menunjukkan suhu semakin lama semakin sejuk. Hidung Nicole yang setia berdiri di sebelah Ibu sudah merah menahan kesejukan.

 

"Krystal tak boleh janji tapi Krystal akan cuba," kataku lalu pemegang bagasi aku capai. Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku pergi kerana pemandu teksi sudah lama menungguku. Bangunan usang Luvna Ashibli itu aku pandang sekali lagi untuk merakam segala memoriku di sini dalam ingatanku. Pemandu teksi itu membantu aku memasukkan bagasi ke dalam bonet lalu perut kereta itu aku masuki. Aku menurunkan cermin teksi itu untuk melambai ke arah Nicole dan Ibu.

 

"Kakak! Nanti bila kita jumpa lagi, kakak kena pilih antara Vanila dan Coklat tau!" jerit Nicole lalu melambaikan tangannya ke arahku. Ibu turut melambaikan tangannya. Aku ketawa kecil lalu membalas lambaian mereka. Teksi itu perlahan-lahan bergerak, semakin lama semakin menjauhi bangunan Luvna Ashibli. Secara rasminya, aku bukan lagi penghuni Luvna Ashibli.

 

Setelah beberapa jam perjalanan, teksi yang aku naiki sampai di bandar Fixi Route. Cahaya daripada bangunan-bangunan yang sedang beroperasi di bandar itu menarik perhatianku. Aku tidak pernah melihat pemandangan yang sebegini moden. Pelbagai jenis kereta yang lalu-lalang di atas jalan raya itu menakjubkan aku. Betapa majunya kehidupan di Fixi Route ini jika hendak dibanding dengan kampung lokasi Luvna Ashibli terletak.

 

"Cik, kita dah sampai," kata pemandu teksi yang bermisai lebat itu. Teksi yang aku naiki berhenti di hadapan sebuah kedai serbaneka yang mempunyai papan tanda yang tertulis ' Happiness Delight'.

 

"Berapa?" tanyaku lalu mengeluarkan beg duit daripada beg galas hitam putihku.

 

"67 yehet 45 ohorat," kata pemandu teksi berkenaan. Aku agak tersentak kerana tambang teksi berkenaan sangat mahal dan aku hanya mempunyai sebanyak 400 yehet bersamaku. Aku mengira duitku lalu menyerahkan kepadanya.

 

Aku membuka pintu teksi tersebut lalu melangkah keluar. Pemandu teksi berkenaan membuka bonet untukku lalu aku dengan sendirinya mengambil bagasi hitam putihku. Tanpa menunggu teksi itu beredar, aku mengheret bagasiku untuk masuk ke dalam Happiness Delight®. Aku berhajat untuk membeli makanan bagi mengalas perut. Bunyi loceng kedengaran apabila pintu Happiness Delight® aku buka.

 

Tanpa membuang masa, aku terus pergi ke sudut tempat bahagian mi segera terletak. Aku perlu berjimat-cermat dalam berbelanja dan kerana itu, aku rasa mi segera akan menjadi makanan rujiku untuk beberapa hari. Aku meletakkan bagasiku berhampiran dinding lalu melangkah ke arah kaunter untuk membayar secawan mi segera berperisa kari yang telah aku capai. Usai membayar, aku kembali ke ruangan tadi untuk merendam mi segera itu dengan air panas yang tersedia.

 

"Betul ke ni?" kedengan satu suara ketika aku sedang menyiapkan mi segeraku. Aku berpaling dan kelihatan dua orang pemuda sedang berbual di rak snek. Aku kembali memberikan tumpuan pada mi segeraku lalu mencurahkan perencah dan menutup cawan itu supaya minya masak.

 

"Betul la. Takkan Di'o nak tipu kita pulak?"

 

"Kenapa aku tengok perempuan ni macam nyamuk aedes?" pertanyaan lelaki itu membuatkan aku berpaling ke arah mereka sekali lagi. Mereka tengah cakap pasal aku ke? Dua pemuda itu berpura-pura membelek snek-snek yang tersusun di atas rak apabila aku memandang ke arah mereka. Aku melihat skarf yang berada di leherku dan beg galas yang aku letakkan di atas meja yang tersedia di situ. Kedua-duanya bercorak jalur hitam dan putih. Tidak lupa juga bagasiku yang terletak berhampiran dinding: turut mempunyai corak yang sama. Mesti mereka ni lelaki-lelaki nakal yang selalu ganggu anak gadis orang. Aku teringat kisah yang pernah diceritakan oleh Ibu kepadaku tentang perangai pemuda yang tinggal di kawasan bandar.

 

Aku mengabaikan mereka dan mula menjamah mi segeraku yang sudah siap. Wap daripada cawan tersebut mengenai muka aku dan itu membuatkan aku berasa hangat. Kuah kari yang hangat itu aku hirup perlahan-lahan. Walaupun hanya sekadar mi segera, aku berasa sangat berselera kerana perut aku berkeriuk minta diisi sejak di dalam teksi lagi. Aku yakin pemandu teksi itu turut mendengar bunyi keriuk itu. Mi segera yang aku makan habis dalam beberapa kali suap sahaja dan aku akui yang aku masih berasa lapar. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja aku membeli secawan lagi mi segera tetapi jika aku berbuat sedemikian, perancangan kewanganku akan terganggu.

 

Selesai makan, aku keluar daripada Happiness Delight® dengan fikiran yang dipenuhi soalan tentang tempat yang akan aku jadikan tempat bermalam. Kata Ibu, terdapat satu motel murah berhampiran dengan Happiness Delight®. Mataku melilau membaca setiap papan tanda yang terdapat di situ. Kakiku terus melangkah ke hadapan sambil membetulkan skarf di leherku. Semakin jauh aku berjalan, semakin aku rasa tidak sedap hati. Aku membuang perasaan itu jauh-jauh lalu aku menguatkan semangatku.

 

Apabila aku sampai di satu lorong yang agak suram, perasaan tidak sedap hati itu semakin bertambah. Aku kerap sekali menoleh ke arah belakang, aku berasa seperti aku sedang diekori. Bulu roma di bahagian tengkukku mula berdiri. Suhu yang sejuk ketika itu semakin memburukkan keadaan. Lorong yang aku sedang lalui ini sunyi sepi tanpa seorang manusia pun.

 

Aku terus melangkah ke hadapan dengan kepala yang tertoleh ke belakang. Hatiku kuat mengatakan yang memang terdapat seseorang yang sedang mengekoriku. Apabila aku berpusing ke hadapan, sepasang mata besar yang menakutkan berada betul-betul di hadapan mukaku. Itu membuatkan aku menjerit ketakutan.

 

"Hantuuu!!! Ahhh!! Ibu!! Hantu!!" aku memukul kepalanya dengan beg galasku tetapi lembaga itu keras membeku. Mata besarnya masih berada rapat dengan mukaku. Rambut tocangnya meyakinkan aku bahawa makhluk itu bukanlah manusia. Aku berundur ke belakang lalu melarikan diri. Langkahku terhenti apabila makhluk tadi berada di hadapanku sekali lagi padahal aku telah meninggalkannya di belakang sebentar tadi. Matanya masih rakus memerhatikan wajahku. Satu lintasan bermain di fikiranku.

 

 

"Ibu, cuba Ibu tengok atas almari tu," aku menarik hujung baju Ibu lalu menudingkan jari telunjukku ke arah yang aku maksudkan. Sejenis makhluk sedang bercangkung di atas almari dengan mata bulatnya yang memandang ke arahku. Sengihan yang terukir pada wajahnya membuatkan dia kelihatan sangat menakutkan. Ibu melutut di hadapanku lalu rambutku diusapnya dengan perlahan-lahan.

 

 "Krystal tunjuk apa?" tanya Ibu lalu melihat ke arah yang jari aku sedang tunjukkan. Ibu tersenyum. Kenapa Ibu senyum bila tengok benda tu?

 

"Ibu, ada hantu tocang," aku mengadu kepada Ibu. Malangnya, Ibu tidak mempercayaiku. Kata Ibu, aku hanya berhalusinasi. Itu bukanlah kali terakhir aku melihat makhluk tersebut. Setiap malam, makhluk itu akan bercangkung di atas almari pakaianku dan kadang-kadang dia akan berbaring di bawah katilku.

 

Sejak itu, aku tidak lagi takut dengan makhluk yang bernama hantu kerana melihatnya adalah suatu perkara yang biasa bagiku. Aku hanya berhati-hati supaya tidak diapa-apakan oleh makhluk tersebut. Namun, makhluk tersebut menghilang ketika aku mencecah umur 13 tahun.

 

Mahkluk di hadapanku kini adalah makhluk yang sama dengan makhluk yang berada di sekelilingku waktu aku masih kecil. Kenapa dia datang balik? Keluarga aku ada saka ke? Rasa terkejutku perlahan-lahan menghilang apabila aku mengenali makhluk tersebut. Makhluk itu tidak pernah mencederakan aku jadi aku tidak perlu takut kepadanya. Namun begitu, aku tetap berhati-hati dengan sebarang kemungkinan.

 

"Betul la dia ni Krystal," buat pertama kalinya aku mendengar suara makhluk tersebut. Dia tengah cakap dengan siapa? Tiba-tiba, dua makhluk lain muncul secara mengejut di sebelah makhluk bermata besar itu. Lelaki tadi!

 

Kelihatan dua pemuda yang aku temui di Happiness Delight® sebentar tadi. Salah seorang daripada mereka berpakaian serba putih manakala lelaki yang lebih tinggi berpakaian serba hitam. Siapa mereka ni sebenarnya?

 

"Di'o, kau yakin ni dia?" kata pemuda berpakaian hitam. Mereka sedang memerhatikan aku seolah-olah aku merupakan suatu bahan uji kaji. Lelaki berbaju putih berpeluk tubuh dengan ekspresi muka yang kurang menyenangkan.

 

"Aku ingat kita kena uruskan manusia tapi rupa-rupanya nyamuk," komen lelaki berpakaian putih. Jadi, betul la dorang cakap pasal aku kat kedai tadi? Aku berkira-kira untuk merempuh mereka dan melarikan diri. 1, 2, 3! Lari!

 

Aku terus merempuh mereka tetapi malangnya aku mendapati sesuatu yang baru dan sangat menghairankan. Aku menembusi tubuh mereka! Aku terus berlari dan berlari. Tidak mahu disampuk atau dilarikan ke alam mereka.  

 

Aku berlari ke arah deretan bangunan berdekatan dengan bagasiku yang aku tarik dengan penuh bertenaga. Aku berhenti di hadapan bangunan BlackPearl® lalu tercungap-cungap untuk menarik nafas. Aku berharap agar makhluk-makhluk tersebut tidak mengekori aku. Aku menyandarkan belakangku di dinding, mengelap peluh dinginku yang menitis di dahi. Aku berasa lega apabila pernafasanku kembali teratur seperti biasa.

 

Tidak semena-menanya, satu tubuh yang baru keluar daripada bangunan BlackPearl® terjelopok jatuh di hadapan aku. Kenapa ni? Penampilan lelaki yang jatuh tadi sangat aneh. Rambutnya yang berpotongan mohawk dan telinganya yang dipenuhi dengan subang membuatkan aku tidak berani untuk menghampirinya. Seluar jeans yang dipakainya koyak rabak tetapi telah dibetulkan dengan pin yang sangat banyak.

 

Lelaki tadi tiba-tiba muntah, mengotorkan baju sendiri dengan muntahannya. Bibirnya yang bergincu hitam dan matanya yang bercelak hitam yang tebal menggerunkan aku. Aku masih lagi tidak berganjak daripada dinding tempat aku bersandar. Dua tiga orang yang lalu-lalang di situ langsung tidak menghulurkan bantuan kepada lelaki yang terbaring di atas lantai itu. Aku terperanjat apabila satu hembusan nafas yang hangat berasa dekat di telingaku.

 

"Kau tunggu apa? Pergi la tolong lelaki tu," kata pemilik hembusan nafas tersebut. Aku menjarakkan diriku daripadanya.

 

"Kau ni siapa? Kenapa ikut aku?" aku memerhatikan mukanya. Mukanya berseri-seri tetapi tiada senyuman di bibirnya.

 

"Aku Baek. Kau kena ikut cakap aku. Kalau kau ikut semua yang aku cakap, aku dan kau dua-dua akan senang," kata Baek. Apa dia cakap ni? Kenapa aku kena ikut cakap dia pulak? Aku terlompat ke sebelah kanan apabila satu lagi tubuh muncul di sebelah kiriku. Aku tidak dapat menyentuh mereka tetapi kulitku dapat mengesan nafas mereka.

 

"Kau jangan ikut cakap Baek. Dia tak tahu apa-apa. Kau kena dengar cakap aku. Aku Ka'i," Ka'i menghulurkan tangannya tetapi pantas menarik kembali tangannya, seperti baru tersedar akan sesuatu.

 

"Lupa. Aku tak boleh bersentuhan dengan manusia," kata Ka'i perlahan. Baek yang berada di sebelah kananku melangkah perlahan-lahan ke arah lelaki yang tidak sedarkan diri di atas lantai itu. Dia bercangkung di sebelah lelaki itu lalu memandang ke arahku selepas wajah lelaki itu diteliti untuk beberapa saat.

 

"Kau tengok je? Tolong la dia," arah Baek. Aku masih lagi dalam kekeliruan. Aku tidak dapat berfikir apapun. Baek masih memandang ke arahku, menunggu aku menunaikan arahannya.

 

"Tak payah. Cuba kau tengok muka dia, menakutkan. Berani ke kau tolong? Kalau nak selamat, baik kau buat tak tahu je," pesan Ka'i. Fikiranku yang kusut bertambah serabut.

 

"Tak baik kau buruk sangka. Macam kalau lelaki ni baik? Kau tak boleh nilai dia daripada luaran-"

 

"Tak. Kau jangan dengar cakap Baek. Kau kena berhati-hati. Jangan cepat kesiankan orang. Kau kena utamakan diri sendiri dan-"

 

"Kau diam, Hitam. Aku yang datang sini dulu." pintas Baek. Aku betul-betul tidak tahu untuk mengikut kata-kata siapa. Kata-kata kedua-dua mereka ada benarnya.

 

"Boleh tak berhenti panggil aku Hitam? Aku dah naik meluat kau asyik panggil macam tu sejak kita turun kat dunia ni. Kita ditugaskan bersama jadi tak ada istilah 'siapa datang dulu kat sini'," kata Ka'i. Apa yang mereka cakap ni? Sumpah tak faham.

 

"Yang kau beria nak kekal kat Nappeun* tu kenapa? Sebab muka kau hitam?" tanya Baek dalam nada menyindir. Nappeun?

 

( Nappeun- syurga kejahatan)

 

"Habis tu, kau tu kenapa nak kekal kat Joheun*? Sebab kau dah selesa kat situ kan? Sama la macam aku. Dah, daripada kita buang masa bertekak, baik kita jalankan tugas kita." kata Ka'i, cuba untuk berbaik dengan Baek. Joheun?

 

( Joheun - syurga kebaikan)

 

"Apa yang korang cakap ni? Joheun? Nappeun?" tanyaku yang kebingungan.

 

"Aku asal dari Joheun, syurga kebaikan. Aku kena pastikan kau cenderung ke arah kebaikan kalau nak kekal dalam Joheun. Kalau tak, aku kena buang ke dunia," jelas Baek.

 

"Aku pun sama cuma bezanya aku asal dari Nappeun. Nappeun tu bertentangan dengan Joheun. Aku kena pastikan kau pilih jalan kejahatan. Kau adalah ujian aku dan Baek. Kau kena tolong aku dapat kkaeb* lebih daripada Baek,"   

 

( kkaeb - markah untuk Gyeoljeong)

"Dan biarkan kau masuk syurga dan aku dibuang ke dunia? Jangan harap aku akan duduk dan tengok je," kata Baek. Ka'i dan Baek saling menjeling ke arah satu sama lain.

 

"Kkaeb tu apa?" tanyaku.

 

"Kkaeb tu macam markah. Bila kau ikut cakap aku, aku la dapat kkaeb. Siapa yang paling banyak kkaeb akan dapat kembali ke syurga," kata Baek.

 

"Kalau kkaeb sikit?" tanyaku lagi. Maklumat yang mereka sampaikan sangat menarik. Aku tidak pernah mengetahui tentang kewujudan kehidupan lain selain di dunia.

 

"Kena buang kat dunia dan dilahirkan semula sebagai manusia.." kata Ka'i perlahan. Dia seolah-olah takut perkara itu terjadi kepadanya.

 

"Itu sangat rendah dan hina." sambung Baek. Jadi, menjadi manusia adalah suatu yang hina bagi mereka? Tapi kenapa aku yang dijadikan bahan ujian mereka?

 

"Kau simpan dulu sesi soal menjawab ni dan pergi tolong mamat yang pengsan tu," arah Baek sekali lagi. Aku bergerak ke arah lelaki yang dimaksudkan lalu mengangkat kepalanya.

 

"Kau yakin nak tolong dia? Macam mana kalau dia rogol kau?" tanya Ka'i. Aku meletakkan kepala lelaki itu lalu menjauhkan diri. Bagaimana kalau lelaki ini mengambil kesempatan ke atas aku?

 

"Kau tak nampak ke mamat ni tengah tak sedarkan diri? Mustahil la dia nak rogol kau. Aku yang waras ni pun tak teringin nak rogol kau." kata Baek. Aku memandang tajam ke arah Baek. Berani dia cakap macam tu! Aku perempuan la! Maruahku sebagai seorang perempuan agak tercalar dengan kata-katanya.

 

"Lagipun, ada ke orang yang teringin nak tidur dengan nyamuk? Nyamuk aedes pulak tu," sindir Baek. Dia tidak sudah-sudah dengan sindiran nyamuk itu sejak berada di Happiness Delight® lagi.

 

"Macam mana aku nak tolong dia? Aku bukannya tahu kat mana dia tinggal," kataku. Aku bersimpati dengan keadaan lelaki itu yang tidak sedarkan diri dalam keadaan sejuk begini.

 

"Seluk poket dia. Kau tengok alamat pada kad pengenalan," arah Ka'i.

 

"Jangan! Kau tak boleh menceroboh hak peribadi orang." larang Baek.

 

"Habis tu aku nak tolong macam mana?" rengusku. Aku mengabaikan larangan Baekhyun dan terus menyeluk poket jeans lelaki tersebut. Aku membaca tulisan yang tertera pada kad pengenalan berwarna biru itu.

 

"Amber Liu. No 11, Bangunan Yukiko, 2000 Bandar Fixi Route, Aurora. Macam mana aku nak pergi kat alamat ni? Aku mana kenal jalan kat sini," aku memandang Baek dan Ka'i, meminta pendapat mereka.

 

"Kalau kau tak tahu, kau tinggal je dia kat sini. Oh, jangan lupa ambil dompet dia sekali," kata Ka'i.

 

 "Kau ambil telefon dia lepas tu telefon polis peronda. Polis mesti tolong hantar punya," kata Baek. Aku memilih untuk mengikuti kata-kata Baek. Aku mengambil telefon lelaki tersebut lalu aku mendail nombor telefon polis: 888.Kereta polis peronda tiba 10 minit selepas aku menelefon mereka. Kereta berwarna biru itu berhenti di hadapan kami.

 

Seorang polis yang tinggi lampai keluar daripada perut kereta lalu membantu aku memapah Amber yang tidak sedarkan diri itu. Bau muntah pada baju Amber sangat kuat menyebabkan polis itu mengerutkan mukanya. Selepas meletakkan Amber di tempat duduk belakang, aku melihat Baek dan Ka'i menembusi badan kereta itu lalu duduk bersama Amber. Aku sudah terperasankan satu perkara. Baek selalu berada di sebelah kanan manakala Ka'i akan berada di sebelah kiri.

 

"Cik, naik la," pelawa polis itu. Polis itu mempunyai perwatakan yang menarik. Sepanjang perjalanan, aku asyik mencuri lihat ke arah polis yang memakai tanda nama yang tertulis 'Kris' itu.

 

"Kacak kan? Apa kata kau goda dia? Dapat la kau bermalam kat tempat dia. Kau kan tak ada tempat tinggal," kata Ka'i.

 

"Tadi kau tak nak kena rogol tapi sekarang kau nak serah diri kat mamat ni pulak?" bidas Baek. Itu menyedarkan aku bahawa cara aku memandang Kris boleh membuatkan dia tergoda. Aku terus memandang ke hadapan.

 

"Peluang datang sekali je. Bila lagi kau nak jumpa lelaki kacak macam polis ni?" kata Ka'i. Aku sekali lagi memandang ke arah Kris yang sedang memandu dengan tenang. Mataku menerokai wajahnya kemudian bahunya yang bidang. Urat pada tangannya mengusik naluri kewanitaanku.

 

"Menangis Ibu kau kalau dia tahu kau buat macam ni," kata-kata Baek berjaya memadam fikiran nakal yang bermain di fikiranku tadi. Ibu telah memberikan sepenuh kepercayaannya pada aku. Aku tidak mahu merosakkan kepercayaannya itu. Kereta polis itu berhenti di hadapan sebuah apartmen usang.

 

"Dah sampai. Mari kita bawak dia masuk." kata Kris. Kris membantu aku mencari rumah yang bernombor sebelas lalu membawa Amber masuk ke dalam. Kami membuka pintu rumah dengan kunci yang terdapat di dalam poket belakang jeans yang dipakai oleh Amber. Kris menyarankan aku supaya bermalam di situ untuk menjaga Amber. Aku menurut kerana aku sememangnya memerlukan tempat untuk bermalam.

 

"Kau tak patut tidur kat sini. Dia tak bagi kau kebenaran," kata Baek apabila Kris meninggalkan bangunan itu. Ka'i duduk di tepi katil di mana Amber sedang berbaring.

 

"Apa pulak? Kau kan dah tolong dia. Kau ada hak untuk tidur kat sini." kata Ka'i. Aku bersetuju dengan kata-kata Ka'i. Aku berhak untuk bermalam di sini kerana aku telah membantunya.

 

"Pergi tukar baju dia. Takkan kau nak bagi dia tidur dengan baju kotor tu?" tanya Baek.

 

"Tak payah la. Kau dah penat seharian berjalan. Buat apa kau nak susah-susah tukarkan baju dia? Dia bukan sedar pun dia tidur dengan baju kotor," kata-kata Ka'i ada benarnya. Aku sudah penat dengan segala yang sudah berlaku pada hari ini. Terlalu banyak perkara terjadi dalam satu hari.

 

"Kau dah buat keputusan nak tidur kat rumah dia. Kau patut tukar baju dia sebagai membalas jasa," kata Baek. Kata-kata Baek tidak dapat aku sangkal. Aku mendekati Amber lalu perlahan-lahan aku menarik hujung baju itu ke atas. Apabila hujung baju itu mencecah dadanya, aku terkejut kerana ternampak bra yang dipakai oleh Amber. Dia perempuan?

 

Aku pantas menoleh ke arah Baek dan Ka'i yang sedang berada di belakangku. Ka'i berpaling ke arah bertentangan barangkali malu untuk melihat tubuh perempuan. Pada masa yang sama, mata Baek masih pada tubuh Amber. Hidung, kedua-dua belah pipi dan telinga Baek sudah berwarna merah jambu, menyerlahkan keputihan kulitnya.

 

"Baek! Pandang belakang!" tegasku. Betul ke dia ni dari syurga kebaikan? Kenapa gatal sangat?

 

Baek pantas mengikut jejak langkah Ka'i untuk berpaling ke arah yang bertentangan. Setelah yakin mereka tidak akan mencuri lihat, aku kembali menguruskan Amber. Aku sangat takut untuk menyentuh rambut Amber yang tercacak itu. Seusai menguruskan Amber, aku bergerak ke arah ruang tamu untuk tidur di situ. Baek dan Ka'i mengikutiku dari arah belakang.

 

"Korang tak tidur ke?" tanyaku. Ka'i menggelengkan kepalanya. Aku berbaring di atas sofa panjang manakala Ka'i dan Baek duduk di hadapan sofa yang sama, melabuhkan punggung mereka di atas lantai. Mereka sedang membelakangkan aku. Aku berasa selamat kerana mereka tidak boleh menyentuh manusia.

 

"Kenapa korang tak boleh sentuh manusia?" tanyaku. Aku memandang ke arah siling, tabiatku setiap kali sebelum tidur.

 

"Sebenarnya dulu kita orang boleh sentuh manusia tapi pernah sekali tu ada seseorang ni dia tidur dengan manusia dan manusia tu mengandung. Olla* tak boleh terima bila keturunan kami bercampur dengan manusia. Manusia dan bidadari tak setaraf." terang Baek. Aku dapat membayangkan betapa rendahnya manusia di mata bidadari. Oh, dorang ni bidadari?

 

( Olla - darjat tertinggi di syurga yang terdiri daripada raja & permaisuri)

 

"Olla tu apa?" aku terus bertanya walaupun mataku semakin lama semakin berat.

 

"Olla tu darjat tertinggi kat syurga. Mereka terdiri daripada permaisuri dan raja. Permaisuri mengawal Joheun, Raja pulak mengawal Nappeun." jelas Ka'i pula. Aku mengangguk faham.

 

"Manusia boleh masuk syurga ke? Neraka tak ada?"

 

"Neraka ada tapi cuma untuk manusia. Selepas melalui ujian Gyeoljeong* kat neraka, barulah manusia akan dipilih sama ada untuk ke Nappeun atau Joheun berdasarkan berapa kkaeb yang mereka dapat. Tapi kalau masuk syurga sekalipun, manusia akan tinggal di syurga sebagai golongan Choejeo*," kata Ka'i.

 

(Gyeoljeong- ujian untuk memasuki syurga)

( choejeo - golongan paling bawah di syurga yang terdiri daripada manusia)

 

"Ohh.. Kenapa korang diturunkan dan kena ambik Gyeoljeong sebenarnya?" tanyaku. Aku yakin aku akan terus terlena pada bila-bila masa sahaja kerana mataku sudah tidak mampu dibuka.

 

"Permaisuri dan Raja selalu membandingkan Joheun dan Nappeun. Jadi setiap tahun, akan ada wakil daripada setiap syurga yang diturunkan ke dunia. Dan akan ada manusia yang akan membantu Gyeoljeong kami.." aku sudah tidak mendengar apa-apa selepas itu kerana kantuk sudah menawan tubuhku. 

 

 


 

Udara yang terasa semakin sejuk membuatkan aku mengemaskan kot tebal yang melapisi tubuhku. Aku sudah memaKa’i dua lapis baju tetapi kesejukan tetap aku rasai. Aku menggeliat perlahan lalu tersenyum. Mimpi semalam menjengah ingatanku. Aku bermimpi dua orang bidadari telah turun ke dunia dan mendampingi aku. Wajah mereka masih jelas diingatanku. Seorang mewakili kejahatan dan seorang lagi mewakili kebaikan. Aku menguap perlahan lalu bangun dari pembaringanku untuk membantu Ibu di dapur, seperti yang biasa aku lakukan pada setiap pagi.

 

Namun apabila aku mencelikkan mata, kelihatan dua makhluk sedang memandang aku tanpa berkelip. Aku agak terkejut dan ketika itulah realiti menyedarkan aku bahawa dua orang bidadari itu benar-benar wujud dan perkara yang terjadi padaku semalam bukanlah sekadar sebuah mimpi. Aku tidak lagi berada di Luvna Ashibli.

 

"Macam kau," ujar Baek secara tiba-tiba. Macam aku? Aku bangun lalu memandang mereka yang masih duduk dalam posisi semalam. Ka’i memandang aku dengan pandangan kosong. Keadaan ruang itu terang benderang kerana tingkap rumah tersebut tidak mempunyai langsir. Tingkap itu juga berhabuk dan kelihatan seperti sudah lama tidak dibuka. 

 

"Korang tengok aku tidur sepanjang malam?" tanyaku seperti tidak percaya. Baek mengangguk dan anggukannya kelihatan sangat comel. Wajahnya yang kecil dan bibirnya yang nipis membuatkan dia kelihatan suci, seorang bidadari sememangnya memiliki penampilan sedemikian. Kemudian, pandanganku jatuh pada Ka’i. Aku masih tidak faham mengapa dia mengaku dirinya datang dari Nappeun, gelaran yang diberikan kepada syurga kejahatan. Bukankah syurga itu tempat kebaikan?

 

Apabila otakku mencernakan ransangan yang dihantar oleh deria penglihatanku, aku berpendapat bahawa Ka’i sememangnya layak ditempatkan di syurga kejahatan melalui penampilannya. Kulitnya yang sedikit gelap, bibirnya yang tebal dan matanya,matanya kelihatan agak dingin. Dagunya yang terbelah menarik perhatianku.

 

"Apa maksud kau tadi? Kenapa kau tiba-tiba je cakap 'macam kau' ?" tanyaku kepada Baekhyun yang sedang menyandarkan kepala pada bahu Ka’i. Baekhyun menggerakkan pipi kirinya, menampakkan lesung pipit yang menghiasi pipinya. Lesung pipit tersebut tidaklah ketara tetapi berjaya menambahkan kecomelan bidadari kebaikan itu. Wajahnya turut mengingatkan aku pada kecomelan Whitey, anak anjing yang terdapat di Luvna Ashibli.

 

"Aku sambung cerita semalam," kata Baek dengan malasnya. Sambung cerita semalam?

 

"Permaisuri dan Raja selalu membandingkan Joheun dan Nappeun. Jadi setiap tahun, akan ada wakil daripada setiap syurga yang diturunkan ke dunia. Dan akan ada manusia yang akan membantu Gyeoljeong kami..macam kau,"

 

"Oh," aku akhirnya mengerti. Jadi, terdapat manusia lain yang turut membantu Gyeoljeong bidadari lain? Itu bermakna bukanlah aku seorang sahaja yang mengalami nasib sebegini.

 

"Kau dah bangun?" sapa satu suara daripada belakang. Aku pantas berpaling dan melihat ke arah muka individu itu. Amber? Aku hampir tidak mengecam wajahnya kerana wajahnya kelihatan  pucat tanpa mekap: tiada gincu hitam mewarnai bibirnya dan tiada celak tebal yang melingkari matanya. Kenapa dia tak hairan bila nampak aku kat sini? Dia tak marah?

 

"Kenapa pandang muka aku macam tu? Aku tahu aku nampak macam celaka sekarang," Amber memegang pipinya. Aura maskulin yang dia bawa membuatkan aku teragak-agak untuk bercakap dengannya.

 

"Cuba kau tengok muka dia. Betul ke dia ni perempuan? Apa kata kau tanya dia?" kata Ka’i apabila dia berdiri di sisiku. Perlu ke aku tanya?

 

"Berani kau tanya macam tu? Macam la kau cantik sangat. Dia bagi kau tidur kat sini pun dah kira bagus tau," kata Baek pula. Dorang ni.. sengaja nak buat aku keliru.

 

 Rambutnya, rambutnya adalah punca utama aku kurang selesa dengannya. Seumur hidup aku, aku tidak pernah mengenali sesiapa yang mempunyai potongan rambut mohawk sebegini. Aku menggelengkan kepalaku ke arah Amber.

 

"Tak, bukan tu maksud aku. Aku cuma pelik sebab kau tak marah bila nampak aku tidur kat sini," kataku. Aku sama sekali tidak berniat untuk mengutuk penampilannya ketika itu.

 

"Kau nak takut apa? Bagitau je yang memang dia nampak macam celaka. Kau bagitau benda yang betul, bukannya kau sengaja nak kutuk dia." kata Ka’i. Aku terfikir untuk berbuat seperti yang disarankan oleh Ka’i.

 

"Jangan risau. Biasanya kalau aku bangun tidur, aku akan terbangun kat tepi jalan tapi hari ni tak, sebab kau dah tolong aku," kata Amber. Aku menyangka dia seorang yang bercakap secara biadap melalui penampilannya tetapi ternyata aku salah. Aku mulai sedar tentang suatu perkara: penampilan melambangkan mentaliti, bukan peribadi seseorang. Aku tersenyum ke arahnya.

 

"Kan aku dah cakap semalam, jangan menilai orang daripada luaran." Baek kelihatan bangga.

 

"Aku nampak bagasi dalam bilik. Kau nak pergi mana sebenarnya?" tanya Amber lalu bergerak ke ruangan dapur lantas aku membuntuti langkahnya. Satu bau yang kuat mencucuk deria bauku. Ruangan tersebut agak sempit dan bersepah. Terdapat gelas dan pinggan yang masih belum dicuci. Tong sampah pula dipenuhi sampah, aku agak dari situlah datangnya bau yang mencengkam di ruangan ini.

 

 

"Kau cakaplah kat dia yang kau nak tumpang kat sini," saran Ka’i.

 

"Tak payahlah kau nak menyusahkan dia." kata Baek pula.

 

"Aku sebenarnya tak tahu nak pergi mana. Aku tengah cari tempat tinggal." kataku jujur. Aku melihat Baek dan Ka’i menutup hidung mereka, barangkali tidak tahan dengan bau busuk. Oh, dorang kan dari syurga. Mesti dorang tak biasa dengan bau macam ni.

 

"Tinggallah kat sini. Rumah ni aku punya." kata Amber lalu membuka pintu sejuk yang bersaiz kecil di situ. Setin minuman dikeluarkan dan dia menghabiskan minuman itu dalam satu teguk sahaja. Kemudian, dia membaling tin yang kosong itu ke dalam tong sampah. Tin itu jatuh ke atas lantai kerana tong sampah itu sudah sedia penuh. Wiski? Dia brunch dengan wiski?

 

"Memang bagus kau jumpa perempuan ni," kata Ka’i lalu tersenyum.

 

"Untung la kau, Ka'i." suara Baek kedengaran perlahan.

 

"Kau lapar? Jom pergi cari makanan." pelawa Amber. Pelawaannya membuatkan aku sedar bahawa aku belum makan tengah hari, apatah lagi bersarapan.

 

"Lapar tapi biarlah aku mandi dulu." kataku. Aku tidak biasa untuk keluar daripada rumah tanpa mandi terlebih dahulu. Amber menunjukkan aku di mana bilik air berada lalu memberikan masa untuk aku bersiap-siap. Aku melihat Ka’i menarik Baek untuk beredar ke ruang tamu lalu duduk di sofa, barangkali tidak mahu untuk mengawasiku di dalam bilik air. Nasib baik..

 

Selesai mandi, aku agak menggeletar kerana bilik air di rumah ini tiada pemanas air jadi aku terpaksa mandi dengan air yang terasa sejuk seperti ais. Rasa sejuknya mencengkam sehingga ke tulang.  Selepas mengeringkan rambut panjangku dengan tuala kecil berwarna biru, aku menyarungkan sehelai t-shirt polos berwarna putih yang aku padankan dengan  seluar jeans yang berwarna hitam. Selain vanila dan coklat, aku juga tidak mampu memilih antara warna putih dan hitam. Bagiku, kedua-duanya membawa nilai yang sama. Aku menyarungkan kotku yang agak berkedut kerana aku memaKa’inya waktu aku tidur semalam lalu melangkah keluar daripada bilik tidur Amber sambil melilitkan skarf yang bertemakan 'nyamuk aedes' di leherku.

 

"Jom!" kataku kepada Amber yang sedang menunggu di ruang tamu. Wajahnya sudah kembali kepada keadaan semalam, dia sudah kembali mengenakan mekap. Aku hampir ketawa apabila melihat Baek yang berguling-guling di atas lantai kerana digeletek oleh Ka’i. Nasib baiklah Amber tidak mampu mendengar suara ketawa  mereka yang bergema di dalam rumah itu. Aku tak sangka dorang rapat macam tu. Apa la perasaan dorang bila salah seorang kena buang ke dunia nanti?

 

"Kau senyum apa?" tanya Amber. Aku tidak sedar bila dia berada di sisiku. Aku menggelengkan kepalaku, tidak mahu berkongsi alasan yang membuatkan aku tersenyum  dengannya. Kami terus keluar dari rumah itu lalu menuju ke arah kedai berdekatan secara berjalan kaki. Aku dan Amber berbual-bual untuk mengenali antara satu sama lain. Baek dan Ka’i di belakang kami sibuk bergurau antara satu sama lain, mungkin kerana aku tidak perlu membuat keputusan lagi buat masa sekarang jadi mereka tiada kerja yang boleh dilakukan. Apabila Amber mengajakku keluar makan tadi, apa yang terlintas di fikiranku ialah pergi ke restoran atau mana-mana kedai makan untuk membeli makanan. Namun, aku sekali lagi salah.

 

"Amber, aku rasa tak payah la buat macam ni." bisik aku perlahan kepada Amber. Dia mengabaikan bisikanku lalu memasukkan tiga paket roti ke dalam bajunya yang tebal. Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir, mengisyaratkan aku supaya diam.

 

"Kau nak biar je dia mencuri? Suruh dia letak balik!" Baek menjadi begitu beremosi apabila aku hanya melihat Amber berbuat sedemikian.

 

"Apa pulak? Bukan dia yang mencuri. Amber tu yang mencuri. Dia tak terlibat pun," sangkal Ka’i. Aku mengangguk ke arah Baek. Aku tidak terlibat pun dengan apa yang Amber lakukan kerana bukan aku yang mencuri.

 

"Tapi menghalang dia daripada buat jahat tu tanggungjawab kau!" bentak Baek. Aku sekali lagi cuba untuk menasihati Amber namun Amber terus meletakkan beberapa paket makanan ke dalam poket kot tebalku yang berada di bahagian dalam. Aku melirik ke arah kaunter kedai tersebut, bimbang sekiranya pemilik kedai ini mengetahui apa yang kami sedang lakukan. Apa patut aku buat ni?

 

Amber terus menarik aku keluar daripada tersebut dengan gaya selamba supaya pemilik kedai tersebut tidak berasa curiga. Aku hanya mengikutinya seperti orang dungu. Apabila kami menjauhi kedai tersebut, barulah Amber bersuara.

 

"Kau jangan takut. Aku dah biasa macam ni," kata Amber lalu terus membuka sepaket roti untuk terus dimakan. Perutku mula berbunyi apabila melihat Amber makan, dan itu mengundang ketawa kecil dari Amber. Dia menghulurkan aku sepaket roti.

 

"Makan la. Kalau kau tak makan nanti membazir pulak," kata Ka’i. Betul jugak tu. Aku terus menerima hulurannya. Hidungku agak berair kerana cuaca yang sejuk itu membuatkan aku selalu menghasilkan sejenis bunyi apabila aku menahan air hidungku daripada keluar. Amber juga dalam keadaan yang sama.

 

Semenjak itu, hubungan aku dan Amber makin rapat. Amber selalu keluar pada waktu malam untuk ke BlackPearl®. Menurut Amber, di situlah tempat golongan mohawk sepertinya berkumpul dan menghabiskan masa. Amber seorang penggangur, dia mendapatkan duit melalui mencuri. Jika duit hasil pencuriannya sedikit, dia akan menggunakan duit itu untuk berjudi supaya mendapat pulangan yang lebih banyak. Satu kelebihan yang ada pada Amber ialah dia tidak pernah kalah dalam mana-mana pertaruhan. Sepanjang aku berada di rumahnya, aku bergantung hidup atas hasil duit haram itu. Baek berkali-kali menyuruh aku keluar daripada rumah itu tetapi aku memilih untuk mengikut kata-kata Ka’i. Kata Ka’i, aku tidak perlu keluar daripada rumah itu kerana Amber merupakan seorang perempuan yang baik. Jikalau aku keluar dari rumah ini, belum tentu lagi aku akan berjumpa dengan perempuan sebaik dia.

 

Walaubagaimanapun, kata-kata Baek selalu menganggu fikiran aku. Sampai bila aku ingin terus hidup sebegini? Aku terasa seperti masa hadapanku tidak terjamin. Selepas beberapa hari berfikir, aku akhirnya membuat keputusan untuk mencari kerja untuk mendapatkan wang. Aku telah berbincang dengan Amber dan dia tidak ada sebarang masalah dengan keputusanku itu. Ka’i sama sekali tidak bersetuju dengan keputusanku. Dia lebih suka jika aku duduk di rumah dan bergantung pada duit Amber.

 

Mencari pekerjaan di Fixi Route adalah sangat susah. Kebanyakan majikan tidak mahu mengambil perempuan muda sepertiku untuk bekerja kerana aku tidak mempunyai apa-apa berpengalaman. Ada kalanya aku ingin mengikut kata-kata Ka’i supaya berputus asa tetapi kata-kata Baek berjaya menaikkan semangatku.

 

"Baek, tengok tu." kata Ka’i apabila kami keluar daripada sebuah salon di mana aku tidak diterima untuk bekerja. Ka’i sedang menudingkan jari ke arah seberang jalan. Seorang lelaki sedang bersandar di tiang lampu isyarat sambil berpeluk tubuh. Terdapat satu jam pasir yang besar di sebelah lelaki tersebut. Apabila pandangan tajamnya menyapa mataku, hatiku tertanya-tanya akan sesuatu. Betul ke dia tu manusia?

 

"Ta'o?" nada Baek kedengaran seperti tidak percaya apa yang dia lihat. Baek dan Ka’i saling berpandangan. Raut wajah mereka kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku mula rasa curiga dengan bahasa tubuh mereka.

 

"Gyeoljeong kita dah nak tamat ke?" tanya Ka’i. Baek menggigit bibirnya lalu berfikir. Baek menggelengkan kepalanya. Mereka sama-sama memandang ke arah Ta'o.

 

"Ka’i, aku rasa tak. Cuba kau tengok tu, dia bawak hoesaeg*," Baek menunjukkan ke arah jam pasir besar di sebelah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan seperti sedang menunggu seseorang untuk datang.

 

( hoesaeg- jam pasir berwarna kelabu )

 

"Siapa tu?" tanyaku. Aku juga mahu tahu apa yang sedang mereka bualkan. Muka Baek dan Ka’i sudah berubah, wajah mereka tidak lagi setegang tadi.

 

"Itu Ta'o, penjaga masa. Dia menjaga tempoh masa Gyeoljeong dan jangka hayat seseorang. Nampak tak hoesaeg tu?" tanya Ka’i lalu menunjukkan ke arah jam pasir yang mengandungi pasir yang berwarna kelabu itu. Oh, itu dorang panggil hoesaeg? Aku mengangguk.

 

"Aku ingatkan dia bawak galsaeg* tadi, kalau galsaeg tu maknanya Gyeoljeong kita orang dah tamat. Kalau dia bawak hoesaeg itu maknanya dia datang untuk mencabut nyawa." jelas Ka’i. Mencabut nyawa? Jadi Ta'o berdiri di situ untuk menunggu seseorang yang bakal mati?

 

( galsaeg- jam pasir berwarna perang)

 

"Apa beza hoesaeg dan galsaeg?" tanyaku. Aku memerhatikan Ta'o yang turut mempunyai kulit yang agak gelap seperti Ka’i.

 

"Galsaeg pasirnya warna perang,"

 

Sedang aku cuba memikirkan penjelasan Baek itu, satu bunyi hentaman yang kuat menyapa pendengaranku. Dua buah kereta telah berlaga antara satu sama lain lalu berpusing-pusing sebelum sebuah kereta melanggar sebuah kedai manakala sebuah lagi melanggar pembahagi jalan. Kedua-dua buah kereta menghasilkan asap hitam yang berkepul-kepul. Aku terkaku di situ kerana aku tahu bahawa mangsa Ta'o telah sampai.

 

Penduduk sekeliling telah pun berkumpul di tempat kejadian itu dan suasana agak hingar-bingar. Aku melihat Ta'o meregangkan tangannya lalu melangkah ke arah kereta yang melanggar sebuah kedai. Bahagian depan kereta itu remuk. Aku segera berlari ke arah kereta yang sama, merempuh para manusia yang berkumpul di situ untuk melihat individu yang bakal menjadi mangsa Ta'o. Pemandu kereta itu yang parah telah di bawa keluar daripada tempat duduk pemandu dan dibaringkan di atas jalan.

 

Aku mendengar suara seseorang yang menjerit supaya seseorang menelefon ambulans. Hoesaeg tiba-tiba muncul di tepi kereta itu dan begitu juga Ta'o. Ta'o menghampiri si mangsa lalu melutut di sebelahnya. Ta'o melirik ke arah hoesaeg, pasir itu tinggal sedikit sahaja lagi sebelum semuanya berada di bawah. Ta'o meletakkan tangan kanannya di hujung kaki mangsa lalu kelihatan seperti sedang menarik sesuatu tetapi langsung tidak menyentuh mangsa. Apabila tangannya naik ke lutut mangsa, bahagian kaki mangsa berubah menjadi warna lebam. Orang disekeliling langsung tidak berkata apa-apa jadi aku agak hanya aku yang nampak perkara itu.

 

"Ta'o tengah cabut roh dia," kata Ka’i yang mencul di sebelah kiriku. Kemudian aku berpaling ke arah kanan, melihat Baek yang sedang melihat Ta'o menjalankan tugasnya. Ta'o telah menarik roh mangsa tersebut sehingga ke paras leher, menyebabkan seluruh badan lelaki itu menjadi lebam. Aku pantas melihat ke arah hoesaeg yang tinggal beberapa butiran pasir sahaja lagi. Sebaik sahaja butiran pasir terakhir jatuh, Ta'o terus menarik keluar roh lelaki tersebut melalui mulut.

 

"Mangsa dah mati!" jerit seseorang di situ apabila mangsa tidak lagi bernafas. Orang ramai terus panik dan menyalahkan pihak hospital yang masih lagi tidak sampai. Aku melihat roh lelaki tersebut melutut di tepi mayatnya lalu menangis. Ta'o terus menghilangkan diri bersama hoesaegnya.

 

"Kenapa dia nangis?" tanyaku perlahan kepada dua bidadari di sebelahku. Baek mengeluh perlahan.

 

"Dia mati dalam keadaan hina. Manusia yang mati dalam keadaan hina bermakna dia banyak dosa." kata Baek.

 

"Lagipun Ta'o tak bawak roh dia balik. Roh yang banyak dosa akan dibiarkan merayau di dunia untuk meminta didoakan oleh keluarganya," sambung Ka’i pula. Aku mula bersimpati dengan roh tersebut. Dia hanya melihat apabila van ambulans tiba dan orang ramai mula membawa masuk mayatnya ke dalam van. Dia hanya mampu melihat.

 

Itu bukan kali pertama aku melihat orang mati. Sebelum ini, aku pernah melihat Jessica mati di hadapanku kerana demam denggi. Namun, pengalaman kali ini tidak sama. Kali ini, aku menyaksikan bagaimana roh seseorang dikeluarkan daripada badan dan ianya bukanlah satu pemandangan yang menyenangkan.

 

Selepas beberapa jam, tempat kejadian telah dikosongkan. Aku masih lagi berada di kawasan berdekatan dengan tempat itu untuk mencari mana-mana jawatan kosong yang ada. Aku mula rasa rezeki berpihak padaku apabila aku tergerak untuk berjalan di hadapan Horvejkul, sebuah kafe ekslusif di Fixi Route. Di pintu kaca kafe itu tertampal kertas yang bertulis 'jawatan kosong'. Tanpa teragak-agak, aku terus memasuki kafe itu untuk mencuba nasib.

 

"Hai, saya Krystal. Saya datang nak mintak kerja," kataku apabila pemilik kedai tersebut duduk di hadapanku. Pemilik kedai tersebut tersenyum ke arahku.

 

"Saya Nickhun. Nak mintak kerja? Oh, bolehlah. Kafe ni pun memang memerlukan seorang lagi pekerja." kata Nickhun ramah lalu tersenyum sekali lagi. Aku melihat paras rupanya yang menarik dengan penuh minat.

 

"Apa lagi? Goda la," kata Ka’i.

 

"..dan awak akan dibayar sebanyak 350 yehet sebulan." Nickhun mengakhiri penerangan tentang tugasku dengan menyatakan jumlah gaji yang bakal aku terima. 350 yehet?

 

"Kau tak boleh hidup dengan 350 yehet kat Fixi Route ni," kata Ka’i. Aku mula berfikir sama ada aku ingin menerima jawatan itu ataupun tidak. Ataupun, aku cari sahaja kerja di tempat lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan?

 

"Kau tahu tak makna bersyukur?" sindir Baek. Aku menjeling Baek sekilas sebelum kembali menumpukan perhatianku pada Nickhun.

 

"Baik, saya terima jawatan ni." putusku. Aku berjabat tangan dengan Nickhun. Secara rasminya, aku bukan lagi penganggur.

 


 

 

Termasuk hari ini, sudah empat hari aku bekerja di Horvejkul® sebagai pelayan. Nickhun jarang sekali datang ke Horvejkul® kerana isterinya, Victoria yang selalu datang untuk memantau para pekerja. Di Horvejkul® hanya ada tiga orang pekerja iaitu aku, Luhan dan Jia. Hubungan aku dan Luhan baik-baik sahaja tetapi tidak dengan Jia. Jia jarang bertegur sapa denganku kerana dia tidak senang dengan kehadiran aku di kafe ini. Katanya, aku menyebabkan gajinya dan Luhan dikurangkan. Ka’i pernah menasihati aku untuk melawan Jia tetapi aku memilih untuk mengikut kata-kata Baek supaya bersabar.

 

Aku sedang menyiapkan secawan caramel macchiato di bahagian dapur kafe tersebut ketika Baek tiba-tiba mengerang kesakitan. Aku terus meluru ke arahnya yang terbaring berdekatan dengan rak pinggan-mangkuk. Ka’i turut datang untuk memangku kepala Baek, memandangkan aku tidak dapat menyentuh mereka. Baek sedang memegang dada kirinya menggunakan tangan kanan dengan muka yang berkerut-kerut.

 

"Kenapa ni? " Tanyaku kerana risau akan keadaannya. Wajah Baek masih lagi berkerut-kerut menahan kesakitan. Tiba-tiba muncul sejenis makhluk kecil di tepi kepala Baek. Makhluk itu kelihatan seperti pari-pari. Pari-pari itu berpakaian hijau dan rambutnya berpotongan bob-cut.

 

"Baek, maaf! Panahan aku tersasar. Aku tak sengaja panah kau!" kata pari-pari itu dengan menggelabah. Dia terapung di tepi kepala Baek kerana dia mempunyai sayap seperti serangga. Baek masih tidak mampu berkata apa-apa.

 

"Kau panah dia, Ce'in? Patut la dia sakit. Kau boleh tak buat kerja betul-betul sikit?" marah Ka’i lalu menggosok dada Baek yang sakit itu. Aku masih lagi bingung dengan apa yang berlaku di hadapanku. Siapa pulak Ce'in ni?

 

"Jangan la marah aku. Kan aku dah cakap aku tak sengaja? Yalah, kalau kau tak suka aku kat sini aku akan pergi tapi biar aku selesaikan tugas aku dulu," kata Ce'in seolah-olah merajuk lalu menghalakan anak panahnya ke arah dadaku. Eh, apa ni? Anak panah itu terus menembusi dadaku. Ce'in terus menghilangkan diri.

 

"Kenapa dia panah aku?" tanyaku hairan. Aku tidak merasakan apa-apa kesakitan. Ka’i memapah Baek supaya berdiri lalu menyuruh Baek untuk duduk di atas kerusi.

 

"Sebab jodoh kau dah sampai," kata Ka’i ringkas lalu terus menumpukan pada Baek yang masih sakit itu. Jodoh aku dah sampai? Siapa?

 

"Wei, tak siap lagi ke? Pelanggan tengah tunggu tu," pekik Jia dari bahagian depan. Aku terus mengangkat secawan caramel macchiato yang telah aku siapkan di atas dulang lalu melangkah ke bahagian depan untuk menghidangkannya kepada pelanggan tersebut.

 

"Encik, pesanan dah siap." kataku mesra lalu meletakkan secawan caramel macchiato yang hangat itu di hadapannya. Dia tersenyum ke arahku lalu mencapai cawan itu untuk menikmati minuman yang dipinta itu. Aku kembali masuk ke bahagian dapur untuk membersihkan beberapa biji cawan yang belum dicuci. Ka’i masih lagi sibuk menjaga Baek. Muka Baek kelihatan sangat pucat tetapi aku tidak mampu berbuat apa-apa untuknya. Aku hanya seorang manusia yang tidak mampu menyentuhnya.

 

Pada hari itu, aku bekerja lebih masa bersama Luhan kerana Jia tidak dapat melakukannya seperti yang biasa dia lakukan. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh setengah malam. Pada waktu begini, tiada lagi pelanggan yang akan datang. Aku masih lagi terfikirkan kata-kata Ka’i mengenai jodohku yang telah sampai. Tidak dapat tidak, aku ingin bertemu dengan jodohku itu. Bagaimanakah rupanya? Baikkah dia?

 

Sedang aku hanyut dengan fikiranku, aku merasakan sepasang tangan memelukku daripada belakang. Aku terus berpaling dan menjarakkan diriku. Luhan? Apa dia buat ni? Luhan menarik tanganku menyebabkan tubuhku berlaga dengan tubuhnya.

 

"Apa ni?" aku meronta-ronta untuk dilepaskan. Luhan tidak bersuara. Dia menolak aku ke arah peti sejuk dan mematikan pergerakan tanganku.

 

"Apa ni? Lepaslah!" jeritku, masih lagi meronta-ronta supaya dilepaskan. Aku ingin terus menjerit tetapi Luhan terus mengunci bibirku dengan bibirnya. Aku terkaku di situ.

 

"Nikmati saat-saat ni. Kau tengok muka dia. Kacak. Dia pun layan kau dengan baik selama ni kan?" kata Ka’i. Aku bersetuju dengan kata-kata Ka’i. Luhan seorang yang kacak dan dia sentiasa berlembut apabila bercakap dengan aku. Aku menunggu Baek bersuara untuk mendengar nasihatnya. Malangnya, aku tidak dapat mendengar apa-apa daripada mulutnya. Aku terus menolak tubuh Luhan dengan kuat, ingin mencari Baek. Tolakanku menyebabkan badan Luhan terlanggar rak cawan lalu cawan-cawan tersebut jatuh berderai. Bunyi yang dihasilkan sangat kuat.

 

Luhan mengabaikan apa yang terjadi lalu terus cuba untuk memeluk aku. Aku menolak tubuhnya berkali-kali tetapi aku tidak berjaya melawan kudrat lelaki itu.  Luhan sekali lagi menolak aku ke arah peti sejuk dan mencium aku. Ka’i di sebelahku hanya melihat. Mana Baek? Tiba-tiba, tubuh Luhan seperti ditarik daripada belakang menyebabkan Luhan terpaksa melepaskan aku. Baek?Tidak. Dia bukan Baek.

 

 Lelaki itu menumbuk muka Luhan beberapa kali, menyebabkan bibir Luhan pecah dan terdapat titisan darah di hujung bibir lelaki itu. Siapa dia? Selepas teruk Luhan dikerjakan, lelaki itu menghampiri aku lalu menarik aku supaya keluar daripada kafe tersebut. Aku teringat sesuatu. Dialah lelaki yang telah memesan caramel macchiato pada petang tadi.

 

"Awak tak apa-apa kan?" tanya lelaki itu prihatin. Aku mengangguk. Aku masih lagi terkejut dengan apa yang telah berlaku. Lelaki itu meletakkan kotnya di atas bahuku, mungkin dia dapat mengesan aku yang kesejukan. Aku tidak sempat membawa kotku ketika ditarik keluar sebentar tadi. Ka’i dan Baek muncul di situ. Baek masih lagi dengan muka pucatnya.

 

"Kau yakin ke lelaki ni baik?" tanya Ka’i. Aku memerhatikan wajah lelaki itu. Dia nampak baik. Penampilannya yang kemas dan bersih menyebabkan aku rasa selesa dengannya.

 

"Terima kasih," ucapku. Jikalau dia tidak datang menyelamatkanku, entah apalah yang akan terjadi kepadaku. Aku sangat berterima kasih. Lelaki tersebut tersenyum lalu menggelengkan kepalanya, sebagai tanda yang aku tidak perlu berterima kasih. Kami sedang duduk di sebuah bangku kayu yang terdapat di hadapan deretan kedai itu. Langit kelihatan sangat cerah dengan bintang-bintang yang bersinar terang.

 

"Saya Xiumin," lelaki itu memperkenalkan diri lalu menghulurkan tangannya ke arahku. Aku menyambut huluran tangannya lalu berkongsi kehangatan tangannya.

 

"Krystal,"

 

Dan sejak itu, hubungan aku dan Xiumin menjadi sangat rapat sehinggakan suatu hari di mana Xiumin meluahkan perasaannya kepadaku. Aku tanpa teragak-agak telah menerima huluran cintanya.  Xiumin selalu datang ke Horvejkul® untuk minum caramel macchiato buatanku. Luhan telah meminta maaf kepadaku dan membayar ganti rugi untuk kerosakan yang telah dia lakukan pada kafe tersebut. Aku memilih untuk memaafkannya kerana Baek sering menggesaku supaya berbuat demikian.

 

 

 Selepas waktu bekerja, kami akan menghabiskan masa bersama-sama. Jadi betullah apa yang Ka’i katakan. Jodohku telah sampai. Xiuminlah jodohku. Mungkin kerana Ka’i tahu Xiumin merupakan jodohku, dia selalu menyuruh aku supaya curang.

 

 Baek pula akan menasihati aku seperti biasa tetapi tidak apabila aku bersama Xiumin. Dia akan menasihati aku apabila aku tidak berada bersama Xiumin. Jika Xiumin ada, Baek hanya akan mendiamkan diri.

 

Masa berlalu sangat cepat. Hubunganku dengan Xiumin telah mencecah tiga bulan. Percintaan kami berjalan lancar tanpa ada dugaan yang menghalang.

 

"Krys, awak nak yang mana satu?" tanya Xiumin yang sedang memegang dua jenis bubble tea itu. Kami sedang berada di taman permainan. Kelihatan kanak-kanak sedang berkejar-kejaran.

 

Baek dan Ka’i pula sedang sibuk bermain jongkang-jongket. Baek hampir melambung apabila Ka’i duduk dengan sangat kuat. 

 

"Awak nak perisa vanila ke perisa coklat?" tanya Xiumin lagi. Aku tersenyum kekok ke arah Xiumin. Macam mana ni? Kalau dua-dua tak boleh ke?

 

"Emm, kalau nak dua-dua boleh tak?"

 

"Habis tu saya nak minum apa?"

 

"Kita kongsi dua-dua la," saranku. Xiumin akur. Kami menghabiskan hari itu dengan berbual-bual, seperti yang biasa kami lakukan. Apabila kami sampai di hadapan pintu rumah, aku tergerak untuk mencium Xiumin. Walaupun hubungan kami sudah mencecah tiga bulan, Xiumin tidak pernah menciumku. Aku merapatkan mukaku ke arah mukanya, membuatkan matanya membesar. Barangkali dia tidak menyangka aku akan berbuat sedemikian. Seinci demi seinci, jarak di antara bibir kami semakin berkurang.

 

"Jangannn!!!" jerit Baek menyebabkan aku tidak sempat mendaratkan bibirku pada bibir Xiumin. Aku melirik ke arah Baek lalu kembali menjarakkan wajah aku dan Xiumin. Ka’i sedang menarik telinga Baek, menyebabkan Baek memuncungkan mulutnya seperti sedang merajuk.

 

"Saya balik dulu," kata Xiumin. Aku dapat mengesan suaranya yang kedengaran kekok. Aku juga mula berasa malu. Aku melambai perlahan ke arah Xiumin, membiarkan dia semakin lama semakin menjauh. Aku masuk ke dalam rumah, diikuti oleh dua orang bidadari itu.

 

Aku hampir menjerit apabila aku melihat seorang lelaki yang tidak aku kenali sedang duduk di atas sofa. Sejak bila Amber bawa masuk lelaki dalam rumah ni?

 

"Su'o!" kata Baek dan Ka’i serentak. Oh, bukan manusia? Berapa jenis makhluk lagikah aku akan lihat sepanjang tempoh Gyeoljeong mereka? Aku sudah mengenali Di'o, Ta'o, Ce'in dan sekarang, Su'o?

 

"Baek, aku datang ni sebab nak jumpa kau." kata Su'o tegas. Dia menghampiri Baek yang berdiri di sebelah kananku. Baek hanya melihat Su'o menghampirinya dengan wajah yang polos. Su'o mempunyai penampilan seperti Baek, jadi aku agak dia juga berasal dari Joheun.

 

"Kenapa?" tanya Baek. Su'o mengeluh perlahan lalu mula berkata-kata.

 

"Olla mengamuk sebab kau langgar peraturan Gyeoljeong," kata Su'o. Raut wajah Ka'I dan Baek seolah-olah mereka sedar akan hal itu. Baek mula ketawa, aku sendiri tidak tahu kenapa.

 

Dia ketawa seolah-olah Su'o sedang melawak di hadapannya sedangkan Su'o kelihatan sangat serius.

 

"Mana ada. Apa kau cakap ni?" tanya Baek. Mereka bercakap antara satu sama lain seolah-olah aku tiada di situ. Su'o berpeluk tubuh lalu memandang tajam ke arah Baek.

 

"Kau nak aku senaraikan kesalahan kau ke?" tanya Su'o. Baek mengangguk, kelihatannya dia sangat yakin yang dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

 

"Bila Krystal cuba cium Xiumin, kau tak sepatutnya halang dia sebab Xiumin adalah jodoh dia tapi kau halang. Boleh tolong jelaskan kenapa kau buat macam tu?" tanya Su'o sambil mengangkat keningnya. Baek mula menggelabah lalu dia ketawa tanpa sebab untuk kali kedua.

 

"Aku..mana ada. Aku halang sebab..sebab aku jijik tengok perempuan cium lelaki! Bukan lelaki ke patut cium perempuan?"

 

"Jawapan tergagap-gagap macam ni memang takkan meyakinkan aku," kata Su'o. Baek melirik ke arah aku lalu mula bertengkar dengan Su'o menggunakan bahasa yang tidak mampu aku fahami. Ka’i turut masuk campur. Aku pula tidak rasa aku diperlukan di situ lalu aku masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri sebelum tidur. Amber masih belum pulang, aku yakin dia sedang meluangkan masa di BlackPearl®.

 


 

 

Xiumin membawa aku ke kampung halamannya, Greeno. Selepas menghabiskan seharian dengan meronda kawasan sekitar, Xiumin membuat keputusan untuk berkhemah di sebuah gunung yang terletak di situ. Dia sudah lama merancang untuk mengajak aku berkhemah di Greeno. Pemandangan di situ sangat cantik. Udara yang bersih dan kehijauan tumbuhan menciptakan satu pemandangan yang 'segar'. Aku menyandarkan bahuku di kepala Xiumin sambil bermain dengan jari-jemarinya di hadapan unggun api itu.

 

Kai tiada di sampingku kerana dia menghilang bersama Baek yang sedang merajuk. Aku sendiri tidak mengerti kenapa dia selalu merajuk sejak kebelakangan ini. Mereka pasti akan kembali lagi, jadi aku tidak bimbangkan apa-apa. Apabila bersama Xiumin, aku tidak perlu membuat apa-apa keputusan.

 

"Minnie, Mickey di sini," kataku, cuba mengusik Xiumin yang sedang diam itu. Xiumin ketawa kecil lalu mencium ubun-ubunku perlahan. Aku suka apabila diperlakukan sebegitu. Aku terasa seperti disayangi. Aku mengemaskan pelukanku pada lengan sasanya. Bintang-bintang di langit yang berkelipan aku tatap dengan penuh takjub.

 

"Krys, awak pernah kehilangan seseorang?" tanya Xiumin lalu mengelus rambutku. Aku mengangguk. Aku pernah merasa kehilangan Jessica. Kehilangan adalah suatu pengalaman yang sangat memeritkan. Aku tidak mahu merasainya untuk kali kedua.

 

"Pernah. Awak?" Aku mengangkat kepalaku untuk menatap wajahnya. Dia mencium hidungku, membuatkan rasa kasihku terhadapnya membuak-buak. Xiumin adalah perkara terbaik yang pernah terjadi di dalam hidupku. Aku sayangkan dia dengan sepenuh hati.

 

"Tak. Tapi saya tahu saya tak nak kehilangan awak." kata-katanya itu membuatkan aku tersipu malu. Xiumin adalah lelaki yang sangat berlemah-lembut dalam melayanku, kata-katanya ibarat madu. Manis untuk diterima.

 

"Saya pun tak nak kehilangan awak," kataku jujur. Aku melepaskan tangan sasanya lalu memegang kedua-dua belah pipinya supaya dia memandang aku. Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Aku dapat rasakan kasih-sayangnya melalui cara dia memandangku. Aku mendekatkan wajahku ke arahnya, ingin mendapatkan ciuman pertamaku bersamanya, memandangkan ciuman pertamaku telah dicuri oleh Luhan. Xiumin memejamkan matanya, masih tebal dengan sifat pemalu. Aku suka akan sifat pemalunya itu.

 

Aku mendaratkan bibirku pada bibirnya. Jantungku mula berdegup kencang. Aku dapat rasakan tubuh Xiumin yang berubah tegang apabila aku menjadikan bibirnya milikku. Aku mencurahkan segala perasaanku terhadapnya melalui ciuman itu. Selepas beberapa ketika, Xiumin mula menyerah kalah. Dia turut menggerakkan bibirnya bersamaku.

 

Dan ciuman itu membawa kami ke satu tahap yang lebih tinggi. Xiumin menolak tubuhku supaya berbaring di atas tikar sambil tangannya membuka tiga butang teratas bajuku. Aku menggigil perlahan apabila udara sejuk menyapa bahagian tubuhku yang terdedah. Xiumin menindih tubuhku, tanpa membebani aku dengan berat badannya. Dia berhenti menciumku lalu meletakkan dahinya pada dahiku. Kami tercungap-cungap untuk bernafas. Dadaku turun naik, mencuba untuk memenuhi keperluan oksigen yang aku nafikan sebentar tadi.Hembusan nafasnya yang hangat menampar mukaku perlahan.

 

Xiumin menjajahi mukaku dengan bibirnya. Keningku, mataku, hidungku dan kedua-dua belah pipiku dicium olehnya. Perasaan berdebar-debarku semakin bertambah, namun di sebalik itu ada perasaan teruja yang terselit.

 

"Awak tahu saya sayang awak kan?" bisiknya dekat di telingaku. Aku mengangguk. Lidahku bagaikan terkunci untuk berkata-kata. Aku memejamkan mataku serapat yang mungkin apabila bibirnya perlahan-lahan bergerak ke arah selatan. Aku ingin menjadikan Xiumin milik aku. Aku juga menginginkan Xiumin menjadikan aku miliknya.

 

Dan pada malam itu, aku menyerahkan segala-galanya pada Xiumin. Hatiku, kepercayaanku, cintaku dan hidupku aku serahkan padanya. Bintang-bintang di langit menjadi saksi cinta kami. Aku sama sekali tidak akan menyesali perbuatanku itu.

 

Hubungan aku dan Xiumin baik-baik sahaja sehinggalah satu minggu di mana dia menghilangkan diri. Dia tidak lagi datang menjengukku di Horvejkul®. Tiap-tiap hari aku menantikan kehadirannya namun penantianku hanya tinggal penantian. Aku mula rasa tidak senang hati. Aku merasa seperti ada sesuatu yang telah berlaku.

 

"Aku rasa dia curang," kata Ka’i.

 

"Aku pun rasa macam tu," buat pertama kalinya, Baek bersetuju dengan kata-kata Ka’i. Itu membuatkan aku memandang Baek dengan penuh hairan.

 

"Apa? Aku cakap benda betul." Baek mempertahankan kata-katanya. Aku mengeluh sebelum kembali fokus kepada kerjaku. Ketika aku sedang menghidangkan secawan latte kepada seorang pelanggan, bahuku dicuit dari arah belakang. Itu membuatkan aku terus berpaling. Kelihatan seorang perempuan yang berpenampilan elegan sedang memandang ke arahku. Siapa ni?

 

"Awak Krystal kan?" tanya perempuan tersebut. Aku mengangguk perlahan sambil merapatkan dulang yang kosong itu ke arah dadaku. Macam mana dia tahu nama aku?

 

"Saya Fei. Boleh saya ambil masa awak sekejap?" tanya perempuan itu dengan sopan. Aku menyuruhnya menunggu di luar Horvejkul® lalu aku ke dapur untuk menyimpan dulang dan menanggalkan apron yang melekap pada tubuhku.

 

"Aku rasa dia kekasih baru Xiumin. Dia datang sebab nak kau berhenti ganggu Xiumin," kata Ka’i. Kekasih baru Xiumin? Xiumin curang? Aku menolak kemungkinan itu jauh-jauh. Seperti biasa, Baek akan berdiam diri apabila hal berka’itan dengan Xiumin diperkatakan. Aku melangkah keluar dari Horvejkul® dan berdepan dengan Fei.

 

"Awak kekasih Xiumin kan?" tanya Fei lalu memandang aku dengan suatu pandangan yang tidak dapat aku tafsirkan.

 

"Awak siapa?" soalannya aku balas dengan soalan. Hatiku berdebar-debar, bimbang apa yang Ka’i katakan sejak Xiumin menghilangkan diri adalah suatu kenyataan. Aku tidak bersedia untuk itu.

 

"Kekasih Xiumin. Sekarang kau boleh pukul dia," hasut Ka’i. Aku menjeling sekilas ke arah Ka’i. Tak boleh ke dia diam sekejap? Ka’i mengangkat bahu, berpura-pura tidak bersalah.

 

"Saya sepupu Xiumin,"

 

"Oh, kenapa awak cari saya?"

 

"Xiumin sakit. Dia nak jumpa awak sebelum dia pergi."

 

Dan kenyataan itu memukul aku dengan kuat. Aku bagaikan tidak dapat menerima kenyataan itu. Xiumin sakit? Kenapa aku tak pernah tahu? Kenapa dia sembunyikan daripada aku?

 

Jawapan itu hanya ada pada Xiumin dan aku akan menuntut jawapan itu daripadanya. Aku terus mengikuti Fei ke hospital. Aku mengabaikan segala kata-kata Ka’i dan Baek sepanjang perjalanan itu. Xiumin adalah keutamaanku, aku bimbang akan keadaannya. Hatiku terasa pedih namun tiada air mata yang keluar. Mungkin belum tiba masanya untuk air mata ini mengalir. 

 

Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di wad di mana Xiumin ditempatkan, bau ubat-ubatan menyapa deria bauku. Xiumin ditempatkan di sebuah hospital swasta, Fixi Health Centre. Aku menguatkan semangatku lalu memandang ke arah Xiumin yang terlantar di atas katil dengan pakaian hospital. Dia sedang memejamkan mata.

 

Hatiku tersentuh melihat keadaannya. Aku rindukan bibir merahnya yang sentiasa tersenyum manis ketika aku menghidangkan caramel macchiato kepadanya. Aku rindukan pipinya yang kemerah-merahan apabila aku memandang lama ke arahnya, kerana dia malu. Aku rindukan lengannya yang sasa, lengan yang aku pegang setiap kali kami meluangkan masa bersama-sama. Aku rindukan pipi tembamnya yang selalu aku cubit yang mana dia akan merajuk setiap kali aku berbuat sedemikian.

 

Di hadapanku, aku bagaikan melihat sekujur tubuh milik orang lain. Di hadapanku kini adalah Xiumin yang lemah dan tidak berdaya. Bibirnya yang pucat, mukanya yang cengkung dan berat badannya yang menyusut membuatkan aku sebak. Air mata bertakung di kolam mataku. Dia bukan lagi Xiumin yang mampu melindungi aku. Dia adalah Xiumin yang memerlukan aku untuk melindunginya.

 

"Krys.." Xiumin memanggil namaku apabila dia nampak aku berada di dalam wad tersebut. Fei melangkah keluar daripada wad tersebut, memberi peluang kepada kami untuk berdua-duaan, walaupun hakikatnya kami sedang berempat. Aku duduk di sisi katil lalu menyentuh pipinya. Aku menggigit bibirku untuk menahan air mataku daripada jatuh.

 

"Hi Minnie, saya Mickey," itu ayat yang selalu aki gunakan padanya ketika kami bergurau-senda. Xiumin tersenyum apabila mendengar kata-kataku. Dia memegang tanganku yang berada di pipinya. Tangannya sangat sejuk.

Aku cuba untuk menyembunyikan perasaan sedihku. Aku harus kuat untuk Xiumin.

 

"Krys.." suara Xiumin kedengaran seperti berbisik, mungkin dia tidak berdaya untuk bersuara. Aku mengenggam tangannya untuk berkongsi kehangatan tubuhku bersamanya. Aku mendekatkan mukaku ke arah mukanya.

 

"Krys...awak tahu saya sayang awak kan?" katanya perlahan-lahan. Aku mengangguk. Aku tahu dia sayangkan aku.

 

"Saya mintak maaf sebab tak boleh nak jaga awak. Awak jangan sedih bila saya pergi nanti. Saya tahu akan ada lelaki yang baik akan jaga awak untuk saya," katanya lalu terbatuk. Aku mengurut dadanya perlahan untuk melegakan batuknya. Tidak, Xiumin tak boleh pergi. Aku hanya ada Xiumin.

 

"Apa awak cakap ni? Awak takkan pergi mana-mana. Awak-" kata-kataku terhenti dan aku terasa seperti nyawaku turut terhenti.

 

Ta'o telah muncul di sebelah Xiumin dengan heosaegnya. Tidak! Tak mungkin!!

 

"Xiumin, awak tak boleh tinggalkan saya." aku menggoncangkan bahunya lalu air mataku mengalir bagaikan paip yang pecah. Aku tidak dapat menahan perasaanku lagi.

 

"Awak tak boleh tinggalkan saya!! Xiumin!!" aku menjerit apabila Ta'o berdiri di kaki Xiumin. Aku tahu apa yang bakal dia lakukan. Aku takkan benarkan dia mencabut nyawa Xiumin. Aku takkan benarkan! Xiumin hanya tersenyum lalu memejamkan matanya.

 

"Xiumin! Bangun! Awak tak boleh buat saya macam ni! Xiumin! Bukak mata awak. Xiumin!!" aku menggoncangkan bahunya dengan kuat. Aku takkan benarkan dia pergi. Dia harus kekal di sini, bersama aku.

 

"Krys, kaki saya rasa sejuk. Peluk saya," pinta Xiumin. Aku memandang ke arah Ta'o dan ternyata dia sudah menarik roh Xiumin sehingga ke lutut. Aku meraung kesedihan. Aku memeluk tubuh Xiumin dengan erat.

 

"Xiumin, awak tak boleh buat saya macam ni. Saya sayangkan awak. Awak cakap awak nak kahwin dengan saya.." tangisanku menjadi-jadi. Ka’i dan Baek hanya mendiamkan diri. Roh Xiumin sudah berada di pinggangnya.

 

"Awak..jangan tinggalkan saya" rayuku.

 

"Baek!! Ka’i!! Tolonglah aku!!" Aku menjerit bagaikan terkena histeria. Aku memerlukan mereka untuk membantu aku. Roh Xiumin sudah sampai di lehernya. Tidak!!

 

"Xiumin, cakap sesuatu. Xiumin!" aku menggesanya. Dia tidak boleh meninggalkan aku begitu sahaja. Kelabu hanya tinggal beberapa butir sahaja lagi. Aku memejamkan mataku. Tidak sanggup untuk melihat rohnya keluar melalui mulut.

 

"Krys..pandang saya." pinta Xiumin. Aku masih memejamkan mataku.

 

"Krys..bukak mata," pinta Xiumin sekali lagi. Apabila aku membuka mata, Xiumin mengukirkan senyuman lemah ke arahku. Tubuhnya sudah lebam sehingga ke paras leher. Mana Ta'o?

 

"Apa kau buat ni?" marah Ta'o. Baek telah menarik tubuh Ta'o ketika nyawa Xiumin sampai ke paras leher. Dan sekarang, mereka sedang bertumbukan. Setiap kali Ta'o ingin menyambung tugasnya, Baek akan berpaut pada tangannya, kakinya, malah akan memanjat belakang Ta'o. Dia melakukan apa sahaja untuk menghalang Ta'o.

 

"Baek! Cukup!" Ka’i menarik tubuh Baek supaya Baek melepaskan Ta'o. Baek meronta-ronta dan meraung.

 

"Krys..tubuh saya je yang pergi, cinta saya tetap bersama awak. Awak jangan bersedih, awak layak untuk bahagia...walaupun bukan bersama saya." selesai menyudahkan ayatnya, tubuh Xiumin terus terkaku. Ta'o telah merentap nyawanya dengan kuat, bimbang Baek akan menghalangnya sekali lagi. Aku terpempam. Roh Xiumin kini sedang memandang ke arahku dengan senyuman yang menjadi kegemaranku: senyuman yang dia ukirkan setiap kali aku menghidangkan caramel macchiato kepadanya. Aku tidak akan pernah melupakan senyuman itu.

 

Xiumin melambai-lambai ke arahku, lalu hilang bersama Ta'o. Hanya jasadnya yang tinggal di hadapanku. Aku memeluk jasadnya yang sejuk itu lalu mencurahkan segala isi hatiku melalui  air mata. Xiumin telah meninggalkan aku. Dan..dia takkan kembali.

 

 

Aku masih lagi tidak dapat menerima pemergian Xiumin. Apabila dia pergi, jiwaku turut pergi bersamanya. Aku sangat tertekan. Xiumin adalah cinta pertamaku, dia membawa kesan yang sangat besar dalam hidupku. Hidupku dipengaruhi oleh emosiku yang tidak menentu. Oleh sebab itu, aku sudah beberapa kali mencuba untuk membunuh diri. Aku ingin dibawa pergi oleh Ta'o. Aku ingin bertemu dengan Xiumin. Namun, usahaku gagal kerana Ta'o tidak muncul. Ternyata ajalku belum sampai.

 

"Kau yakin ke kau tak banyak buat dosa? Macam mana kalau kau mati lepas tu roh kau dibiarkan kat dunia?" marah Baek. Selaku bidadari kebaikan, dia melakukan tugasnya dengan sangat baik. Dia tidak henti-henti menasihatiku. Dan seperti biasa, Ka'i pula aku menasihatiku sebaliknya.

 

"Hidup kau dah tak ada makna," kata Ka'i. Aku mengiyakan kata-katanya di dalam hati. Hidup aku sudah tidak bermakna. Aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tangan. Aku tidak kuat untuk menanggung semua ini.

 

Aku meletakkan mata pisau di pergelangan tanganku lalu melihat ke arah Baek dan Ka'i. Kalau aku bernasib baik, aku pasti akan menemui mereka di syurga kelak. Itupun jika aku layak untuk memasuki syurga.

 

Bagaikan mendengar permintaanku, Ta'o tiba-tiba muncul di situ. Aku yakin hidupku akan berakhir sekejap sahaja lagi. Aku tersenyum kerana aku bakal bertemu Xiumin. Aku menanti Ta'o mencabut rohku.

 

Tetapi tidak, Ta'o bukan datang untuk mencabut nyawaku. Dia datang bersama galsaeg. Ini bermakna..

 

"Jangan!! Baek, jangan tinggal aku! Ka'i..jangan.." rayuku. Pisau telah aku lemparkan entah ke mana. Baek dan Ka'i lebih penting pada saat itu. Aku tidak mahu mereka turut meninggalkan aku seperti yang Xiumin telah lakukan. Air mataku mengalir laju.

 

"Gyeoljeong korang akan tamat dalam masa seminit," kata Ta'o lalu menudingkan jari ke arah galsaeg di sebelahnya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Aku mahu menghalang mereka, tetapi bagaimana? Aku tidak mampu untuk menyentuh mereka. Apa yang mampu aku lakukan?

 

"Terima kasih sebab tolong Gyeoljeong kami. Kami kena balik untuk dinilai. Jaga diri. Kau kena ingat semua pesanan Baek, dia yang betul selama ni." pesan Ka'i lalu tersenyum ke arahku. Aku menggelengkan kepalaku. Aku tidak mahu mereka pergi. Esakanku semakin kuat berlagu. Aku melihat ke arah Baek pula. Mata Baek merah, pasti dia sedih kerana tempoh gyeoljeong sudah tamat dan sepanjang gyeoljeong mereka, aku selalu mengikut kata-kata Ka'i.

 

Baek menghampiriku lalu memelukku. Aku menangis sekuat hatiku. Aku tidak mampu merasa pelukannya, hakikatnya, aku tidak merasakan apa-apa. Hanya mindaku yang tahu dia sedang memelukku, tetapi tidak tubuhku. Tubuh Baek masih berada berdekatan denganku, yang bemaksud dia masih memelukku: walaupun sebenarnya tidak. Baek menjauhi tubuhku lalu memegang mukaku. Aku tidak mampu menafsirkan perasaanku dengan kata-kata. Aku ingin menjerit, aku ingin melepaskan segala yang terbuku di hatiku. Aku ingin merasakan sentuhannya tetapi bagaimana aku ingin menyentuhnya jika menyentuhnya ibarat aku menyentuh angin? Aku memejamkan mataku. Aku akan sematkan segalanya di dalam hatiku. Tiba-tiba, aku merasakan bibir yang hangat menyentuh pipiku. Aku terus memcelikkan mataku. Baek?

 

"Masa dah tamat."

 

 

"Selamat hari jadi! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi Krystal, selamat hari jadi!" tepukan yang padu bergema di dalam ruangan tersebut. Aku terpempam. Mana Baek dan Ka'i? Mana Ta'o? Bagaimana aku boleh kembali ke Luvna Ashibli? Adakah aku hanya bermimpi? Aku memandang wajah-wajah di hadapanku dengan pandangan yang pelik. Gyeoljeong mereka telah tamat?

 

Kek yang berwarna separuh hitam dan separuh putih itu menyapa perhatianku. Entah mengapa, warna perisa kek itu mengingatkanku pada Baek dan Ka'i. Vanila mewakili Baek, si bidadari kebaikan yang sentiasa berpakaian putih. Coklat gelap pula mewakili Kai, si bidadari kejahatan yang sentiasa bergaya dengan pakaian berwarna hitam. Jadi, aku takkan berjumpa dengan mereka lagi?

 

Aku masih lagi terpempam. Ibu tersenyum lalu mengusap kepalaku. Ibu? Aku bagaikan tidak percaya aku boleh berjumpa Ibu sekali lagi.

 

"Kami tahu kakak tak boleh pilih antara vanila dan coklat jadi kami campur." kata Nicole, ayat yang sama dia pernah ucapkan kepadaku. Gadis kecil itu memakai baju yang sama, baju tidur berwarna ungu muda. Dia tersenyum mesra ke arahku.

 

"Krystal, tiuplah lilin tu." teguran itu membuatkan aku terus memandang ke arah kek. Empat batang lilin itu aku pandang sayu. Semuanya sama. Kenapa aku mengalaminya sekali lagi? Apakah maksud semua ini?

 

"Kakak, cepatlah buat hajat." kata satu suara. Tanpa membuang masa,  aku menautkan jari-jemariku di hadapan wajahku lalu mata aku pejamkan. Nafas aku hela dengan perlahan-lahan lalu aku menyatakan hajatku di dalam hati.

 

Kembalikan jodohku.

 

Hanya itu yang aku inginkan. Selesai menyatakan hajatku, aku membuka mata dan wajah-wajah mereka kembali menyapa pandanganku. Aku meniup empat batang lilin itu dengan sekali hembus, mengundang tepukan yang gemuruh oleh insan-insan di hadapanku.

 

"Ibu harap bila  keluar nanti, Krystal pandai untuk membuat pilihan. Ibu rasa Krystal paling lemah dalam membuat keputusan." kata Ibu dengan penuh lemah-lembut. Aku tersenyum pahit ke arahnya. Ibu silap. Aku bukanlah lemah dalam membuat keputusan, malah aku lebih teruk daripada itu. Aku tidak dapat menghalang orang-orang yang aku sayangi daripada meninggalkan aku. Baek dan Ka'i, aku sayangkan mereka kerana mereka telah bersama-sama ketika aku susah dan senang walaupun kadang-kadang saranan dan nasihat mereka tidak boleh diterima akal. Mereka membuatkan aku tidak berasa keseorangan ketika di Fixi Route. Mereka sentiasa ada untukku tetapi kini tidak lagi. Xiumin.. Dia adalah segala-galanya untukku.

 

Aku memeluk tubuh Ibu dengan erat. Perasaanku bercampur-aduk. Antara gembira dapat datang ke Fixi Route dengan sedih kerana kehilangan Xiumin, Baek dan Ka'i.

 

"Okay, sekarang ni kakak kena buat pilihan. Kakak nak makan perisa vanila dulu ke perisa coklat?" Tanya Nicole. Soalan itu adalah soalan yang paling aku tidak suka pada suatu ketika dulu kerana aku tidak mampu memilih. Aku sukakan kedua-duanya. Aku sukakan coklat dan aku sukakan vanila. Setelah apa yang berlaku padaku ketika bersama Baek dan Kai, aku telah menyedari sesuatu. Pilihan bererti aku harus memilih satu sahaja. Pilihan bermakna aku harus memilih, bukan membiarkan pilihanku tergantung. Pilihan bermakna aku harus membuat keputusan.

 

 Aku memegang pisau pemotong kek itu lalu tersenyum tawar apabila aku sudah berjaya membuat pilihan. Buat pertama kalinya dalam hidupku, aku akan memilih salah satu antara vanila dan coklat. Aku terus memotong kek itu pada bahagian perisa yang aku pilih. Tindakanku mengundang jeritan kegembiraan daripada Nicole.

 

"Yay! Akhirnya! Kakak pilih vanila!"

 

Aku tersenyum, berbangga dengan keputusan yang telah aku buat.

 

Ya. Aku pilih vanila.

 


 

 

Aku mengheret bagasiku untuk masuk ke dalam Happiness Delight®. Bunyi loceng kedengaran apabila pintu Happiness Delight® aku buka. Ya, aku kini berada di Fixi Route. Segala yang pernah berlaku berulang kembali.

 

Tanpa membuang masa, aku terus pergi ke sudut tempat bahagian mi segera terletak. Kali ini, aku bukan ke sudut itu untuk membeli mi segera. Aku ingin mencari Baek dan Ka'i. Namun, mereka tiada di situ. Aku mengeluh perlahan. Aku ingin bertemu dengan mereka. Aku rindukan mereka.

 

 

Selesai yakin mereka tidak akan muncul di situ, aku keluar daripada Happiness Delight® untuk ke lorong di mana aku bertemu Di'o, Baek dan Ka'i.Kakiku terus melangkah ke hadapan sambil membetulkan skarf di leherku. Semakin jauh aku berjalan, semakin aku rasa tidak sedap hati. Hatiku kuat mengatakan mereka tiada di situ. Dan kata hatiku ternyata benar.

 

Aku masih ingat saat Di'o muncul di hadapanku secara tiba-tiba.

 

 

" Hantuuu!!! Ahhh!! Ibu!! Hantu!! " Aku memukul kepalanya dengan beg galasku tetapi Di'o keras membeku. Mata besarnya masih berada rapat dengan mukaku. Rambut tocangnya meyakinkan aku bahawa makhluk itu bukanlah manusia. Aku berundur ke belakang lalu melarikan diri. Langkahku terhenti apabila Di'o yang tadi berada di hadapanku sekali lagi padahal aku telah meninggalkannya di belakang sebentar tadi.

 

" Betul la dia ni Krystal " buat pertama kalinya aku mendengar suara makhluk Di'o.Tiba-tiba, dua makhluk lain muncul secara mengejut di sebelah makhluk bermata besar itu.

 

Kelihatan dua pemuda yang aku temui di Happiness Delight sebentar tadi. Salah seorang daripada mereka berpakaian serba putih manakala lelaki yang lebih tinggi berpakaian serba hitam. Mereka adalah Baek dan Kai.

 

" Di'o, kau yakin ni dia? " Kata Kai. Mereka memerhatikan aku seolah-olah aku merupakan suatu bahan uji kaji. Baek berpeluk tubuh dengan ekspresi yang kurang menyenangkan.

 

" Aku ingat kita kena uruskan manusia tapi rupa-rupanya nyamuk" komen Baek.

 

Aku memegang skarf yang berbelit di leherku lalu air mataku gugur perlahan-lahan. Aku rindu saat Baek menggelarku 'nyamuk aedes'. Aku mengelap air mataku yang mengalir di pipi dengan belakang tanganku.

 

Aku bergerak ke arah BlackPearl®, dengan harapan Baek dan Kai berada di sana. Aku tahu mereka tidak akan muncul tetapi aku tetap mahu menipu diriku sendiri.

 

Tidak semena-menanya, Amber terjelopok jatuh di hadapan aku. Amber tiba-tiba muntah, mengotorkan baju sendiri dengan muntahannya. Aku masih ingat dengan jelas. Pada waktu ini, aku menyangka Amber adalah seorang lelaki melalui penampilannya. Di saat ini jugalah, Baek dan Ka'i muncul memperkenalkan diri mereka.

 

 

" Aku Baek. Kau kena ikut cakap aku. Kalau kau ikut semua yang aku cakap, aku dan kau dua-dua akan senang " kata Baek.

 

" Kau jangan ikut cakap Baek. Dia tak tahu apa-apa. Kau kena dengar cakap aku. Aku Kai " kata Kai pula.

 

Esakanku bertambah kuat. Waktu itu, aku tidak suka dengan kehadiran mereka kerana mereka suka mengarah-arahkan aku. Betapa aku berharap mereka ada di sisiku sekarang, membebel dan menasihati aku. Aku ingin melihat Ka'i dan Baek bergaduh manja sekali lagi.

 

 Aku bergerak ke arah Amber lalu mengangkat kepalanya. Tanpa membuka dompetnya untuk melihat alamat perempuan itu, aku terus mengambil telefonnya untuk menelefon Kris. Kereta polis peronda tiba 10 minit selepas aku menelefon mereka. Kereta berwarna biru itu berhenti di hadapan aku.

 

 Kris keluar daripada perut kereta lalu membantu aku memapah Amber yang tidak sedarkan diri itu. Bau muntah pada baju Amber sangat kuat menyebabkan Kris mengerutkan mukanya. Amber dibaringkan di tempat duduk belakang, tanpa Baek dan Ka'i.

 

Kereta polis itu berhenti di hadapan apartmen di mana Amber tinggal. Tanpa perlu mencari rumah Amber, aku terus menunjukkan rumah Amber kepada Kris. Ketika Kris menyarungkan kasutnya di muka pintu untuk pulang, aku bersuara.

 

"Terima kasih, Kris." kataku perlahan. Kris terus memandangku pelik.

 

"Macam mana awak tahu nama saya?" tanya Kris. Aku terus mencari tag nama di dadanya. Tiada. Aku terus membuat alasan dan nampaknya dia mempercayai kata-kataku. Aku terus menutup pintu dan memandang ke sekeliling ruang tamu itu. Satu sudut di ruang tamu itu menarik perhatianku. Aku masih ingat waktu Ka'i menggeletek Baek di situ. Senyuman dan gelak ketawa mereka masih jelas di ingatan. Aku ingin mereka kembali ke sisiku.

 


 

 

"Amber, aku rasa tak payah la buat macam ni," bisik aku perlahan kepada Amber. Dia mengabaikan bisikanku lalu memasukkan tiga paket roti ke dalam bajunya yang tebal. Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir, mengisyaratkan aku supaya diam.

 

Aku merampas roti-roti itu lalu aku bawa ke kaunter untuk membayarnya. Amber tercengang apabila aku berbuat sedemikian. Aku masih ingat kata-kata Baekhyun yang aku bertanggungjwab untuk menegur apabila orang disekeliling. Aku akan mengingati pesanannya itu sampai bila-bila.

 

 Amber masih lagi sama seperti yang aku pernah aku kenali. Dia masih lagi mendapatkan wang melalui mencuri dan berjudi. Aku telah banyak kali menasihatinya tetapi dia terlalu degil. Dia berkeras untuk melakukan apa yang dia suka. Tugas aku hanya menegur, dia sendiri yang sepatutnya mengubah sikapnya. Aku telah melaksanakan tugasku jadi selebihnya terpulang kepada dirinya sendiri.

 

Aku tidak lagi mengalami kesusahan dalam mencari kerja di Fixi Route kerana aku sudah tahu bahawa Horvejkul® memerlukan pekerja. Aku tidak lagi berulang-alik dari satu kedai ke satu kedai seperti yang aku lakukan dahulu. Ketika aku dalam perjalanan untuk ke Horvejkul, hatiku tiba-tiba terdetik untuk memandang ke arah tiang lampu isyarat. Pasti Ta'o berada di situ.

 

Tiba-tiba, satu bunyi hentaman yang kuat menyapa pendengaranku. Dua buah kereta telah berlaga antara satu sama lain lalu berpusing-pusing sebelum sebuah kereta melanggar sebuah kedai manakala sebuah lagi melanggar pembahagi jalan. Kedua-dua buah kereta menghasilkan asap hitam yang berkepul-kepul. Kejadian yang sama berlaku lagi.

 

Penduduk sekeliling telah pun berkumpul di tempat kejadian itu dan suasana agak hingar-bingar. Bahagian depan kereta itu remuk. Aku segera berlari ke arah kereta itu, merempuh para manusia yang berkumpul di situ untuk menjalankan tanggungjawabku. Jika dulu aku tidak melakukannya, aku akan melakukannya sekarang. Pemandu kereta itu yang parah telah di bawa keluar daripada tempat duduk pemandu dan dibaringkan di atas jalan. Aku mendengar suara seseorang yang menjerit supaya seseorang menelefon ambulans. Aku menghampiri mangsa lalu melutut di sebelahnya. Aku memangku kepala mangsa, aku yakin Ta'o sedang melaksanakan tugasnya walaupun aku tidak mampu melihatnya seperti dulu. Aku menyeluk poket lelaki itu untuk mencari telefon bimbitnya. Aku terus mendail nombor secara rawak.

 

"Hello! Siapa ni?" tanyaku apabila panggilan tersebut di jawab.

 

"Siapa ni? Kenapa awak guna telefon suami saya? Dia memang dah melampau," pekik perempuan di hujung talian.

 

"Tak, puan. Suami puan-"

 

"Tak! Saya tak nak dengar! Kalau dia nak ceraikan saya dan tinggalkan anak-anak ni tanpa tempat bergantung sebab awak, awak dengan dia boleh pergi mampus. Saya-"

 

"Puan, suami puan kemalangan."

 

Wanita itu terdiam. Aku yakin dia terkejut mendengar kenyataan itu.

 

"Di-- dia macam mana?" Suara wanita itu kedengaran tidak bersemangat. Suaranya juga sudah berubah serak.

 

"Puan, saya mintak maaf. Suami puan dah tak ada," kataku, walaupun dia sebenarnya masih belum mati. Tidak guna aku mengatakan suaminya masih hidup sedangkan aku tahu suaminya akan mati sebentar lagi. Aku mendengar esakan pilu wanita itu. Aku mula jatuh kasihan.

 

"Puan, saya harap puan akan maafkan suami puan. Kalau puan masih marahkan dia, nanti roh dia tak tenang,"

 


 

 

Termasuk hari ini, sudah empat hari aku bekerja di Horvejkul® sebagai pelayan. Jika dulu hubungan aku dan Luhan baik-baik sahaja tetapi kini lain. Aku sedaya upaya menjauhkan diri daripadanya. Dia pernah mengambil kesempatan ke atas aku, jadi aku harus lebih berhati-hati.

 

Aku sedang menyiapkan secawan caramel macchiato: caramel macchiato kegemaran Xiumin. Xiumin? Adakah ini bermakna aku akan bertemu Xiumin sekali lagi?  Aku terus mengangkat secawan caramel macchiato yang telah aku siapkan di atas dulang lalu melangkah ke bahagian depan untuk menghidangkannya kepada Xiumin.

 

"Encik, pesanan dah siap." kataku mesra lalu meletakkan secawan caramel macchiato yang hangat itu di hadapannya. Aku bimbang jika aku menyebut namanya, dia akan terkejut kerana sepatutnya kami masih belum mengenali antara satu sama lain. Dia tersenyum ke arahku lalu mencapai cawan itu untuk menikmati minuman yang dipinta itu. Aku terpaku apabila mataku tertancap pada wajahnya.

 

Dia..

 

 

Dia bukan Xiumin. Dia adalah lelaki lain.

 

 

Lelaki itu tersenyum ke arahku.

 

 

 

Senyuman yang menampakkan gigi taringnya yang comel.

 

 

 

 

"Baek?"

 

 

 

 

-The end-

©2014 angelily95

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 3: Daebak.saya suka jalan cerita ni.interesting.
m_nanakim
#2
Chapter 3: wei.... air mata saya menitis!! Terharu dan gembira sangat!! wow... saya memang kagumlah dengan penulisan awak..... oh my...... sememangnya cantik jalan cerita ni dan saya sangat Sangat SANGAT menyukainya......... saya dari awal cerita dah berharap baekhyun jadi jodoh Krystal dan tak sangka betul- betul tertunai! =D memang salute lah... banyak yang saya nak luahkan dan puji tapi tak terkata sebab kalau saya listkan, gerenti panjang berjela-jela.... xD.... memang tak menyesal lah baca fanfic ni!! *mengelap mata yang berair*
barelybearable
#3
suka sangat citer ni. ^^
misz_dina #4
Chapter 3: Daebak giloss citer ni...
xkesah #5
Chapter 3: Update soon. Besttttttttttt.......
bittersweet4u
#6
Chapter 3: uwaahhhhh!! i want to scream!!!!!
daebak gila citer ni.. walaupun panjang, tpi best sgt!
tak bosan nk bce.. arghh..
knp kak lily pandai sgt buat citer? T^T
rasa nk nangis .. dh boleh buat novel ni.. isk isk..
kn bgus kalau sy ada buku novel akak ( maybe satu hari nanti )
mesti sy lah org yg plg bahagia dn bangga!! haha
hyemipark
#7
Chapter 3: DAEBAK gile la cite ni mmng terbaik la ^^
nurulizzahramanlee
#8
Chapter 3: wah daebak!!! cute cite ni!!!
Peachyeolss
#9
Chapter 3: Cepatlah sambung!!!!!! Nak tau cerite die!!!!!!!!!!!!! Please buatkan saya cerita ni!!!!!!!!!!!!!!!!