Vanila Vs Coklat

Description

 Antara vanila dan coklat, yang mana satukah perlu aku pilih?

 

 

   "Selamat hari jadi! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi Krystal, selamat hari jadi!" Tepukan yang padu bergema di dalam ruangan tersebut.Aku tersenyum ke arah sahabat handai yang berada di hadapanku. Suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan berlingkar di ruang dadaku.

 

   Aku tidak pernah menyangka mereka akan melakukan sambutan hari jadiku secara mengejut begini. Sebaik sahaja jam pukul 12 tengah malam berbunyi menandakan telah masuk hari ke-dua puluh empat dalam bulan Oktober, mereka terus menyerbu aku yang sudah bersiap sedia untuk tidur bersama sebiji kek yang berwarna separuh hitam dan separuh putih. Aku tersenyum melihat warna kek tersebut.

 

   "Mesti separuh perisa vanila dan separuh lagi perisa coklat kan?" Tanyaku teruja bersama senyuman yang tidak mampu aku sembunyikan. Ibu tersenyum lalu mengusap kepalaku. Aku bersyukur kerana mempunyai Ibu yang sanggup menyayangi aku walaupun aku bukanlah anak kandungnya. Ya, Ibu bukanlah ibu kandungku. Dia merupakan penjaga di rumah anak yatim, Luvna Ashibli, tempat di mana tujuh belas tahun hidupku dihabiskan. 

 

   "Kami tahu kakak tak boleh pilih antara vanila dan coklat jadi kami campur," kata Nicole, gadis kecil yang memakai baju tidur berwarna ungu muda, sambil tersenyum mesra ke arahku. Dia berusia 16 tahun, penghuni kedua tertua di Luvna Ashibli. Akulah penghuni paling tua di Luvna Ashibli ini. Hatiku agak berdukacita apabila mengenangkan diriku yang terpaksa keluar dari Luvna Ashibli dalam masa yang terdekat kerana umurku sudah mencecah batas umur yang dibenarkan untuk tinggal di sini.

 

   "Krystal, tiuplah lilin tu," teguran itu mengejutkan aku daripada terus terbuai dengan lamunanku sebentar tadi. Ibu menggerakkan bola matanya ke arah lilin yang terpasang di atas kek itu, memberi isyarat kepadaku untuk meniup lilin yang semakin lama semakin pendek. Aku mengangguk lalu tersenyum. Empat batang lilin berwarna merah jambu itu aku pandang dengan penuh perasaan. Nombor 4 ialah nombor bertuahku.

 

   "Kakak, cepatlah buat hajat," kata seorang lagi penghuni yang aku sudah anggap seperti adikku sendiri. Aku menautkan jari-jemariku di hadapan wajahku lalu mata aku pejamkan. Nafas aku hela dengan perlahan-lahan lalu aku menyatakan hajatku di dalam hati.

 

Aku harap sempena umur aku genap lapan belas tahun, hidup aku akan bertambah baik. Aku harap aku akan mampu hidup bila aku keluar dari sini dan aku mampu membuat keputusan yang baik dalam setiap keadaan yang memaksa aku untuk memilih

 

   Selesai menyatakan hajatku, aku membuka mata dan wajah-wajah mereka kembali menyapa pandanganku. Aku meniup empat batang lilin itu dengan sekali hembus, mengundang tepukan yang gemuruh oleh insan-insan di hadapanku.

 

   "Ibu harap bila  keluar nanti, Krystal pandai untuk membuat pilihan. Ibu rasa Krystal paling lemah dalam membuat keputusan," kata Ibu dengan penuh lemah-lembut. Aku tersenyum sekali lagi ke arahnya. Bagaimanalah hidupku tanpa Ibu? Mampukah aku sentiasa tersenyum seperti sekarang?

 

   "Krystal pun harap macam tu," kataku, memandang Ibu dengan perasaan terharu dan tersentuh. Para penghuni Luvna Ashibli yang lain sudah lama memandang ke arah kek, barangkali terliur dengan kek tersebut yang kelihatan menyelerakan.

 

   "Okay, sekarang ni kakak kena buat pilihan. Kakak nak makan perisa vanila dulu ke perisa coklat?" Tanya Nicole dengan penuh teruja. Aku memegang pisau pemotong kek itu lalu tersenyum nakal apabila aku sudah berjaya membuat pilihan. Aku terus memotong kek itu pada bahagian perisa yang aku pilih. Tindakanku mengundang rungutan daripada Nicole.

 

   "Kakak! Mana boleh kakak potong tengah-tengah macam tu! Kakak kena pilih satu!"

 

   "Kakak takkan pernah boleh pilih antara vanila dan coklat," kataku, tersengih nakal. Kemudian, hajatku tadi kembali bermain di fikiranku.

 

   Jikalau sekarang aku tidak mampu memilih antara vanila dan coklat, mampukah aku membuat keputusan dalam perkara yang lebih penting kelak? 

 

©2014 angelily95

Foreword

 

 

tumblr_n6gqulegrP1skp1sfo7_250.png      tumblr_n6gqulegrP1skp1sfo6_250.jpgtumblr_n6gqulegrP1skp1sfo4_250.pngtumblr_n6gqulegrP1skp1sfo8_250.png

      tumblr_n6gqulegrP1skp1sfo3_250.jpgtumblr_n6gqulegrP1skp1sfo5_250.jpg

   tumblr_n6gqulegrP1skp1sfo2_250.jpgtumblr_n6gqulegrP1skp1sfo1_400.png


tumblr_n69n6oBA8j1skp1sfo1_500.png

self-made

Boxc-OoIMAA0gkG.jpg

syikinazhar99

Vanila Vs Coklat - main story image

kimchi_style02


 

 

TajukVanila Vs Coklat

Penulisangelily95

GenreModern Fantasy, Angst

KarakterKrystal, Baekhyun & Kai

Info: One-shot 

Jumlah perkataan : 12734 words ( including a/n)

Untuk GALAXY FAIRY MALAY WRITING 

Reviewed by: LavenderAlisa19

MRSMIN9393 @Clonexx_Shop

 

"biar pendek asalkan bermakna dan tidak disuruh.."

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 3: Daebak.saya suka jalan cerita ni.interesting.
m_nanakim
#2
Chapter 3: wei.... air mata saya menitis!! Terharu dan gembira sangat!! wow... saya memang kagumlah dengan penulisan awak..... oh my...... sememangnya cantik jalan cerita ni dan saya sangat Sangat SANGAT menyukainya......... saya dari awal cerita dah berharap baekhyun jadi jodoh Krystal dan tak sangka betul- betul tertunai! =D memang salute lah... banyak yang saya nak luahkan dan puji tapi tak terkata sebab kalau saya listkan, gerenti panjang berjela-jela.... xD.... memang tak menyesal lah baca fanfic ni!! *mengelap mata yang berair*
barelybearable
#3
suka sangat citer ni. ^^
misz_dina #4
Chapter 3: Daebak giloss citer ni...
xkesah #5
Chapter 3: Update soon. Besttttttttttt.......
bittersweet4u
#6
Chapter 3: uwaahhhhh!! i want to scream!!!!!
daebak gila citer ni.. walaupun panjang, tpi best sgt!
tak bosan nk bce.. arghh..
knp kak lily pandai sgt buat citer? T^T
rasa nk nangis .. dh boleh buat novel ni.. isk isk..
kn bgus kalau sy ada buku novel akak ( maybe satu hari nanti )
mesti sy lah org yg plg bahagia dn bangga!! haha
hyemipark
#7
Chapter 3: DAEBAK gile la cite ni mmng terbaik la ^^
nurulizzahramanlee
#8
Chapter 3: wah daebak!!! cute cite ni!!!
Peachyeolss
#9
Chapter 3: Cepatlah sambung!!!!!! Nak tau cerite die!!!!!!!!!!!!! Please buatkan saya cerita ni!!!!!!!!!!!!!!!!