CHAPTER 7

KEY TO YOUR HEART ( Malay Version) -Hiatus-

Antara jarak dan masa telah memisahkan mereka berdua. Kini, pertemuan mereka umpama cinta lama yang bertaut kembali. Kebahagiaan itu sangat sukar untuk diungkapkan buat Jeon Hojun. Hojoon yang bertemu kembali dengan lelaki yang digelarnya Kidoh suatu ketika dahulu kini telah menyebabkan dia berasa tidak mahu terpisah buat kedua kalinya. Malah, rasa rindu dan sayangnya semakin membuak-buak di dalam hati minta untuk dilepaskan.

             Walaupun begitu, Hojoon juga berasa amat geram dengan kewujudan Kidoh di Prince Music Academy tidak pernah dikhabarkan  abang tirinya Pgoon. Adakah Pgoon masih tidak boleh menerima kehadiran Kidoh ke dalam hidup mereka sekeluarga akan tetapi kenapa? Adakah  kerana cemburu tapi untuk apa? Pelbagai persoalan yang selalu bermain di minda Hojoon sejak dari dulu lagi. Sampai sekarang dia tidak mengerti kenapa abang tirinya itu tidak begitu menyukai Kidoh sedangkan keluarga mereka sangat rapat.

             Sewaktu pulang Hojoon terserempak dengan Yano di laluan koridor kelas lalu memanggil namanya, “Yano-ah!” Yano tersentak lantas menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah belakang. Sambil tersenyum Yano menyahut panggilan Hojoon, “Yeh! Hojoon-ah wae?”

Hojoon mendekati Yano seraya berkata,

              “Ehmm…Ada tak ternampak Pgoon-hyung?”

              “Oh, Pgoon-sunbae ada dekat taman ilmu dengan Jenissi dan yang lain. Aku pun mahu ke sana. Nak ikut sekali?”

              “Ahh~ Okay lah kalau camtu.”

Lalu, mereka pun jalan beriringan ke taman ilmu Prince Art Academy yang terletak bertentangan dengan pintu masuk bangunan pentadbiran akademi tersebut. Dari jauh sudah kelihatan abang tirinya itu sedang bersembang-sembang dengan rakan-rakan yang lain. Dari pintu besar bangunan kelas yang bersebelahan bangunan pentadbiran mereka berjalan menuju ke sebuah pondok kecil yang diduduki Pgoon dan semua rakan yang lain.

             Di saat mereka cuba mendekati pondok itu, Yano menyedari bahawa dia kini berjalan sendirian. Dia berhenti lalu menoleh ke belakang. Hojoon yang tiba-tiba menghentikan langkahnya membuatkan hati Yano tertanya-tanya kenapa Hojoon bermasam muka dan wajah Pgoon ditenungnya tajam, ‘Kenapa dengan Hojoon. Dia marah Pgoon ke? Tadi dia jugak yang nak jumpa Pgoon.

             Yano meneruskan langkahnya dan melabuhkan punggung di atas salah sebuah kerusi di sebelah Jenissi. Sebenarnya, antara Jenissi dan Yano mereka adalah anak seorang seorang pemilik salah sebuah restoran terbesar di korea dan seorang pekerja. Walaupun begitu, status ataupun darjat tidak menentukan belas kasihan dan perikemanusiaan seseorang itu. Sayangnya Jenissi pada Yano seperti adik kandungnya sendiri. Dia meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Yano selepas kekasihnya Pgoon.

             Mereka mengenali satu sama lain dan menjadi begitu rapat kerana Appa kepada Yano iaitu Seo-sshi pernah berkhidmat di sebuah restoran milik Appa Jenissi, Tuan Kim. Dia adalah salah seorang pekerja serta chef yang paling jujur dan setia sepanjang perkhidmatannya malahan, dia pernah beberapa kali menerima anugerah bagi pencapaiannya sebagai salah seorang chef terbaik di Korea. Tetapi malangnya, dia telah meninggal dunia sejak sembilan tahun yang lalu disebabkan keracunan yang tidak diketahui siapa yang menjadi dalangnya.

             Di atas belas kasihan Tuan Kim telah mengambil Yano sebagai anak angkat dan beliau juga telah mengahwini isteri Seo-sshi. Walaupun hidup bermadu isteri pertama Tuan Kim yaitu Eomma Jenissi selalu mengambil berat tentang Yano dan menjaga Yano bagai menatang minyak yang penuh. Disebabkan itulah Yano sentiasa berada di sebelah Jenissi walau di mana mereka berada. Sejak dari kecil Yano sentiasa bergantung pada Jenissi kerana dia lah yang selalu ada di sisi jika Yano berada dalam kesedihan terutamanya selepas kematian ayah kandungnya.

***

Melihat adik tirinya yang sudah berdiri terpacak seperti tunggul kayu dia merasakan pasti ada sesuatu yang membuatkan Hojoon berasa tidak puas hati. Sejak dari kecil, Hojoon yang tidak senang hati pasti akan berdiri tegak dengan muka yang masam dan orang yang mahu dipanggilnya akan ditenung sedalam-dalamnya dari jauh seperti mahu ditikam berkali-kali. Apakah salah kalau dia menegur dan mengajak orang itu berbincang dengan baik?

              “Mianhe chingu semua, Aku kena balik dulu. Budak tu dah tercegat kat situ tunggu aku balik.”

Mendengar kata-kata itu, serentak mereka semua menoleh ke arah tempat Hojoon berdiri membuatkan mereka berasa hairan kenapa dia tidak datang kemari duduk bersama mereka.

              “Wae Pgoon-ah? Ajaklah Hojoon sembang sekali”, soal Nakta salah seorang kawannya juga ketua kelas tahun 3-2.
              “Tak boleh lah. Macam ada tak kena je aku tengok muka si Hojoon tu.”

Lalu, Pgoon pun menarik beg dari tempat duduk terus menggalasnya sambil berjalan ke arah tempat letak kenderaan. Hojoon hanya mengekori dari belakang.

Manakala di pondok tersebut terdapat Seogoong salah seorang pengawas disiplin akademi berkata, “Kenapa dengan adik Pgoon tu? Peliklah. Hari tu aku ade terserempak dengan dia kat pustaka.”

              “Huh? Jadi, apa yang peliknya”, soal Jenissi ingin tahu.

              “Dia terhendap-hendap mengintai siapa entah. Aku pun tak pasti.”

              “Cakap pasal pustaka…Seogoong, kau dah jumpa buku sejarah nama apa entah aku tak ingat yang seongsangnim suruh kau carikan tu?”, sampuk Nakta kembali.

              “Oh! Dalam kelas tadi Kidoh bagitau dia yang pinjam buku tu dulu. Lepas dia buat nota rujukan, hujung minggu ni kita boleh buat kerja kursus Sejarah tu”, Seogoong tersenyum memandang ke arah Nakta.

Di saat itu anak mata Jenissi hanya melirik ke arah Hojoon yang sedang berjalan bersama Pgoon berlalu pergi dari situ. ‘Apa yang terjadi?’, getus suara hati kecil Jenissi.

***

Hojoon memasuki perut kereta dengan rasa yang teramat marah. Dia hanya diam dan bermasam muka di sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba, Hojoon meminta Pgoon memberhentikan kereta di pinggir jalan.

              “Hyung…kenapa hyung tak pernah bagitau yang Kidoh belajar kat akademi tu jugak?”, soal Hojoon.

              “Wae? Penting sangat ke?”, Pgoon menjeling kea rah Hojoon yang sedang mengerutkan dahinya.

              “Ya! Penting sesangat! Hyung kan tau Hojoon memang sayang Kidoh-hyung.”

              “Duhh! Tu pun nak marah ke? Dari kecik sampai besar takkan kau suka dia lagi. Hubungan korang adalah tidak mungkin.”

              “Habis tu, hyung dengan Jen-hyung takpe pulak?”

Persoalan itu membuatkan Pgoon membisu seketika.

              “Aku tak rasa hubungan kitorang akan berkekalan. Lagipun, kami berdua sama-sama lelaki. Dengan status yang kami miliki, tanggungjawab dan amanah dari sebuah keluarga amat besar dan…”

Belum sempat Pgoon menghabiskan ayatnya terus Hojoon membuka penyelak pintu kereta BMW 361i milik abang tirinya itu dan terus keluar. Sebelum menutup kembali pintu dengan kuat dia sempat menjerit ke dalam kereta, “Pgoon-hyung memang kejam!”

Hojoon terus berlari anak entah ke mana. Pgoon terus mematikan enjin keretanya dan cuba mengejar adik tirinya itu. Tetapi entah ke mana Hojoon menyorok sehingga Pgoon tidak berjaya menjumpainya. Terdetik rasa bersalah di hati Pgoon namun dia harus menerima kenyataan bahawa dia bakal menerajui syarikat milik datuknya, Taeyang Groups Company yang kini sedang beroperasi di bawah arahan ayah tirinya.

               “Aishh! Mana pulak dia pergi ni. Cari tak jumpa. Call tak dapat. Menyusahkan betul tak padan dengan umur dah besar panjang boleh pulak main-main macam ni.”

Pgoon berhenti mencari Hojoon dan beberapa kali dia cuba untuk menghubunginya tetapi hanya ada pesanan peti mel suara. Dia terus beredar dari situ dan pergi ke arah tempat dia letak kereta tadi dan terus pulang ke rumah. Dia berasa sedikit geram dengan sikap kebudak-budakkan adik tirinya itu walaupun hatinya juga berasa bimbang.

 

-Bab 7 tamat-

 

************************************************************************************************************************************************

(Mesej penulis)

Untuk bab ni, ianya agak pendek. Ada jugak terasa seperti citer ni dah jadi macam citer shounen-ai. Mianhe~ Jadi, bab seterusnya aku akan tulis pasal ' scene' pulak. Tunggu tau!

************************************************************************************************************************************************

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekhan_47 #1
Chapter 11: Keep update!best hila ff ni >_<
Fatin96 #2
Chapter 11: Update soon ^^
ilirsyana #3
Chapter 1: bestnyaaa . update laaa huhuhu why hiatus ?
KimXiuWan #4
Chapter 11: Update soon
Jung_Qara_Faziera
#5
Chapter 11: Deabakkkkk~
Jung_Qara_Faziera
#6
Chapter 9: Good Jop Unnie ^=^ palli update nde ><
ELFlisa #7
Chapter 8: update soon..
imyoona30
#8
Congratulations to the author
shiyeol99 #9
Chapter 2: update soon