CHAPTER 10

KEY TO YOUR HEART ( Malay Version) -Hiatus-

          "Tak cukup dengan Kidoh, sekarang Xero pulak. Kau memang tak faham bahasa bukan? Berapa kali aku nak cakap jangan kawan dengan diorang tapi kau degil!"

          "Hyung...tapi Hojoon...."

          "Mulai sekarang jangan keluar dari rumah tanpa kebenaran aku!", ujar Pgoon dengan nada yang tinggi.

          "Tapi..."

          "Takde tapi-tapi. Soal sekolah aku settle- kan nanti"

        "Hyung, Kidoh tak salah tapi Xero yang...", Hojoon cuba untuk membela nama Kidoh. Ditarik-tariknya tangan Pgoon meminta simpati namun tidak dilayan.

          "Cukup!"

Tubuh kecil Hojoon ditolak kasar jatuh terduduk di atas lantai. Muka Hojoon mulai merah menahan rasa sakit dan mengelak dari air matanya jatuh di hadapan abang tirinya itu.

          "Kan aku dah cakap! Aku tak suka Kidoh dan takkan suka dia. Soal Xero, bukan ke aku dah cakap dia tu jenis yang macam mana sebelum kau balik sini. Kau memang degil tak habis-habis menyusahkan hidup aku."

          "Mian-..."

          "Pergi masuk bilik kau sekarang!"

          "Andwae,Hyuuuunngg!!"

Pgoon terus menarik tangan adik tirinya dengan kasar. Hojoon berdiri tanpa rela dan ditarik masuk ke dalam bilik adik tirinya itu di tingkat atas.

          "Jangan pernah sesekali cuba keluar, faham?!"

 

            Ditolaknya Hojoon ke dalam bilik jatuh terjelepuk di atas lantai. Lalu, Pgoon mengunci pintu bilik Hojoon dan terus berjalan meninggalkannya di dalam bilik bersendirian. Hojoon yang menahan air mata mengalir sedari tadi terus melepaskannya. Berderu jatuh air mata menyentuh pipinya yang gebu. Dia duduk sambil bersandar pada pintu bilik tidurnya.

          "Hyung, mianhe..."

Dia mengesat air mata dengan lengan baju kemeja sekolahnya.

          "Ni semua salah Hojoon! Janganlah marah Kidoh. Kenapa hyung benci sangat dengan Kidoh?"

Dalam keadaan yang lemah dan tidak bersemangat terus dia bangkit dari kedudukannya dan berjalan ke arah katil. Dia membaringkan badannya. Bantal di sebelah dipeluknya erat secara mengiring dan air matanya terus mengalir tanpa henti.

          "Kidoh...Hojoon sayang Kidoh. Kidoh jangan tinggalkan Hojoon", bergetar suaranya menyebut nama Kidoh berulang kali.

Hojoon terus menangis tanpa henti sehingga terlelap dengan sendirinya.

 

            Pada malam itu Hojoon terjaga lalu dia teringat akan telefon bimbit yang ada di dalam poket seluarnya lalu dikeluarkan. Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam. Ingin dihubungi Eomma takut akan menyusahkan dia yang sedang sibuk menguruskan pelajaran dan kerjanya di butik. Mahunya didail nombor Kidoh hanya akan merumitkan keadaan maka Hojoon membuat keputusan untuk menghubungi Jenissi mungkin dia mampu untuk memujuk abang tirinya itu.

          "Yeobo...se...yo, Jenissi-hyuuung..", suaranya serak mungkin kering setelah lama menangis.

Jenissi berasa agak terkejut kerana Hojoon menghubunginya secara tiba-tiba.

          "Ah, yeoboseyo Hojoon-ah. Kenapa tiba-tiba call ni?"

          "Hyung...Pgoon hyung mengamuk."

          "Hah...apa dia buat? Dia pukul Hojoon ke?"

          "Aniyo. Cuma..."

Hojoon berasa kurang yakin untuk menceritakan semua yang berlaku siang tadi akan tetapi dia tetap mahu mengadu tentang rasa tidak puas hati terhadap kelakuan Xero itu.

          "Kat sekolah tadi, Pgoon-hyung gaduh ngan Xero-hyung", Hojoon mengetap bibirnya sambil mengerutkan dahi.

          "Mwoh? Habis lah teruk ke? Kenapa diorang boleh gaduh?"

          "Semua ni salah Hojoon. Sebenarnya, Hojoon...Kidoh...aahh...mianhe."

          "Pasal tu, hyung dah tau. Antara Kidoh dengan Hojoon, korang suka satu sama lain kan?"

Jenissi tersenyum walaupun tidak dapat dilihat oleh Hojoon.

          "Tapi, Pgoon-hyung...", pipi Hojoon mula merona kemerahan.

          "Pgoon memang tak suka Kidoh. Memang ramai yang tau pasal diorang berdua. Tapi dia yang melampau sangat. Semua tu bukan salah Kidoh pun."

          "Huh? Apa maksud hyung? Kalau bukan salah Kidoh, habis tu sape? Pgoon-hyung..."

Belum sempat Hojoon menghabiskan ayatnya terus Jenissi berkata,

          "A-andwae. Semua tu salah faham je. Ermm...macam ni lah. Nanti esok hyung cuba pujuk Pgoon. Hojoon jangan risau, okay? Tapi, sebelum tu kenapa Pgoon boleh gaduh dengan Xero."

          "Xero suka dekat Hojoon. Tapi, Hojoon cuma anggap dia macam kawan Hojoon sendiri. Dia paksa Hojoon putus dengan Kidoh."

          "Ahh...masalah betul lah. Nantilah, hyung bincang dengan Pgoon. Tapi, dia tau tak Hojoon call hyung ni?"

          "Tak. Hmm... Sebenarnya..."

          "Apa? Ada pape yang Hojoon nak bagitau?"

Berderu air mata Hojoon mengalir semula tatkala kedengaran esakkan tangisannya di sebalik panggilan telefon tersebut.

 

***

            Semasa berjalan ke arah tempat letak kenderaan pelajar, Jenissi berjalan mengekori Pgoon dari belakang. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ kerana semua pelajar telah pulang.

          "Pgoon...Pgoon...Pgoon-ah!"

Berkali-berkali Jenissi menjerit memanggil nama Pgoon namun tidak diendahkan dan dia hanya berjalan lurus ke arah keretanya membuatkan Jenissi berlari anak mengejarnya.

          "Pgoon!", jerit Jenissi lalu sambil menarik lengan kiri Pgoon.

          "MWOH?!"

          "Erkk...Pgoon-ah, kenapa  ni? Dari pagi tadi Pgoon cuba mengelak dari Jenny? Wae?"

Tiada jawapan kedengaran dari Pgoon. Dia terus masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin tanpa disangkal Jenissi terus masuk ke dalam dan terus menyoal tanpa henti.

          "Ni sebab Hojoon, kan? Pgoon janganlah marah dia. Salah ke kalau dia rasa sayang dekat Kidoh?"

Tanpa menghiraukan Jenissi di sebelah terus Pgoon memandu laju ke arah luar pagar akademi.

          "Pgoon tak patut buat macam tu dekat Hojoon. Kesian dia."

Jenissi terus-menerus mahu membela cinta antara Hojoon dan Kidoh namun dibantah keras oleh Pgoon.

          "Nak buat camne, dia memang gila sayang kat Kidoh. Kenapa sampai sekarang Pgoon tak boleh maafkan Kidoh? Wae?

          "Walau apa pun terjadi aku tak nak maafkan dia", Pgoon tetap dengan pendiriannya.

          "Sampai bila Pgoon nak berkeras macam ni. Tahu tak perbuatan Pgoon tu cuma menyeksa adik Pgoon sendiri. Kenapa mesti kurung dia? Dia adik Pgoon sendiri. How could you do that to him?"

 

            Berkali-kali Jenissi cuba memujuk Pgoon untuk melepaskan Hojoon dan meminta dia melupakan kisah lampau yang menjadi rahsia antara Pgoon dengan Kidoh. Akan tetapi, Hati keras Pgoon sukar untuk dilembutkan walau rayuan dan pujukan dari buah hatinya sendiri. Kisah lampau terus menghantui dia untuk membenci Kidoh. Sesuatu yang belum pernah diceritakan kepada Hojoon mahupun orang lain kecuali Jenissi yang berada di tempat kejadian ketika itu.

          "Yang lepas tu biarkan je lah. Lagipun semua tu cuma salah faham."

Jenissi cuba meyakinkan Pgoon namun kali ini dia gagal. Pgoon memijak brek kereta secara mengejut membuatkan Jenissi tersentak.

          "Kau cakap salah faham?! HAH?!"

          "Masa tu dia kecik lagi, dia sendiri tak tau apa. Bukan salah dia. Pgoon...", ujar Jenissi sambil mengerutkan dahi.

Tanpa berfikir panjang terus Pgoon menampar pipi lembut Jenissi dan terus menjadi kemerahan. Terasa seperti ada cecair yang keluar dari pinggir bibir Jenissi lalu disapu dengan jarinya sendiri. 'Darah?' Dia tersentap dengan kelakuan Pgoon.

          "Jen..."

Mereka berdua membisu seketika. Jenissi terus keluar dari kereta Pgoon dan berlari. Wajahnya menggambarkan kekecewaan yang teramat sangat. Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di pinggir jalan lalu dinaiki oleh Jenissi. Nampaknya Yano mengekori keretanya dari belakang sejak dia keluar dari kawasan akademi tadi. Dia menghentak kedua belah tapak tangannya pada stereng kereta.

 

          "DAMN IT!! Apa aku dah buat?"

 

            Kali ini, Pgoon tidak mengejar untuk mendapatkan Jenissi. Pgoon terus memecut laju pulang ke rumah dengan perasaan yang marah dan bengang.

 

***

Pintu dibuka dengan kuat mengejutkan Hojoon membuatkan matanya beralih ke arah pintu. Pgoon berdiri tepat di situ dengan pandangan tepat ke arah Hojoon. Perasaan marahnya masih membuak-buak di dada. Pgoon berjalan meluru ke arah Hojoon yang sedang duduk bersila di atas katil.

          "YAH! Hojoon-ah."

Ditariknya leher baju Hojoon dengan kuat lalu buku lima Pgoon hinggap di pipi gebu miliknya itu. Air mata Hojoon mengalir keluar dengan laju.

          "Mana henfon kau?"

          "Wae?", suara Hojoon bergetar.

          "Kau ingat aku tak tau. Kau yang bagitau Jenissi pasal ni kan?"

          "Habis tu..."

          "Habis apa? Kau tak pernah berhenti menyusahkan aku. Daripada kau balik menyusahkan hidup aku, lebih baik kau menetap terus kat Perancis. Biarkan aku tinggal sorang-sorang kat sini. Aku tak perlukan sesiapa. FAHAM?!"

Ditolaknya Hojoon terus terbaring di atas katil. Terus dia menggeledah bilik Hojoon mencari di mana adik tirinya itu menyorokkan telefon bimbitnya. Akhirnya, dia menjumpai telefon tersebut di bawah bantal lalu mengambilnya. Pgoon meninggalkan Hojoon sendirian di bilik itu tanpa pintu dikunci. Hojoon terus menangis tanpa henti. Dia menggosok pipi sendiri dengan telapak tanggannya.

          'Apa yang terjadi? Jenissi-hyung. Dia tak apa-apa akan?'

 

            Mungkin sudah tiba masanya dia meninggalkan tanah air dan pulang ke Perancis namun, bagaimana dengan Jenissi? Dia tidak boleh meninggalkan Jenissi tergantung bersama masalahnya. Dia harus meminta maaf sebelum pergi. Itu yang lebih baik baginya. Tapi, adakah keputusan ini yang terbaik? Tegarkah hatinya untuk meninggalkan Kidoh buat kali kedua mungkin kali terakhir lagi pula, kepulangannya ini hanya memburukkan keadaan.

            Hatinya berasa tidak tenang kerana dia ingin sekali tahu apakah cerita sebenar disebalik kebencian abang tirinya terhadap Kidoh. Permusuhan antara Xero dengan Pgoon juga belum dikerahui punca yang sebenarnya. Sebelum pergi, dia harus menyiasat apa yang berlaku diantara mereka bertiga. Siapa tahu dia mampu meleraikan pergaduhan ini. Terlintas kembali perbualan antara dia dan Jenissi semalam.

 

          "Pgoon memang tak suka Kidoh. Memang ramai yang tau pasal diorang berdua. Tapi dia yang melampau sangat. Semua tu bukan salah Kidoh pun."

          "Huh? Apa maksud hyung? Kalau bukan salah Kidoh, habis tu sape? Pgoon-hyung..."

Belum sempat Hojoon menghabiskan ayatnya terus Jenissi berkata,

          "A-andwae. Semua tu salah faham je..."

 

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan salah faham. Jikalau semua itu bukan salah Kidoh, apakah salah Pgoon? Sepertinya, Jenissi tahu akan sesuatu tetapi cuba dirahsiakan darinya. Dia mesti berjumpa dengan Jenissi. Esok, dia perlu kembali ke akademi tapi dengan muka lebam itu mungkin tidak. Tanpa telefon bimbitnya, bagaimana mereka boleh berhubung? Walau dengan apa cara sekali pun, mereka perlu berjumpa.

 

-Bab 10 Tamat-

 

************************************************************************************************************************************************

(Mesej penulis)

Hello, Im just back. Yup. terima kasih kerana setia follow jalan cerita yang tidak seberapa ni *bow*
Authornim begitu menghargai reader semua. Kamsahamnida!! (^_^)

************************************************************************************************************************************************

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekhan_47 #1
Chapter 11: Keep update!best hila ff ni >_<
Fatin96 #2
Chapter 11: Update soon ^^
ilirsyana #3
Chapter 1: bestnyaaa . update laaa huhuhu why hiatus ?
KimXiuWan #4
Chapter 11: Update soon
Jung_Qara_Faziera
#5
Chapter 11: Deabakkkkk~
Jung_Qara_Faziera
#6
Chapter 9: Good Jop Unnie ^=^ palli update nde ><
ELFlisa #7
Chapter 8: update soon..
imyoona30
#8
Congratulations to the author
shiyeol99 #9
Chapter 2: update soon