CHAPTER 6

KEY TO YOUR HEART ( Malay Version) -Hiatus-

Beberapa hari telah pun berlalu dan Hojoon melangkah ke akademi seperti hari-hari biasa. Pada hari ini, dia ingin berdepan sendiri dengan Jenissi kerana mahu meminta maaf di atas kejadian yang berlaku di hotel tempoh hari. Dia tidak sengaja mahu melukakan hati Jenissi dengan kehadiran Sangdo yang datang tanpa diduga itu malah, dia tidak tahu bahawa hotel tempat dia menginap ketika itu adalah milik keluarga Sangdo. Mujurlah, abang tirinya Pgoon sempat memujuk Jenissi. Dia juga bernasib baik kerana Xero muncul di saat dia hampir bergaduh besar dengan Sangdo.

            Ketika berjalan keluar dari bilik guru bagi menghantar buku kerja yang Hojoon terlambat siapkan, dari jauh dia ternampak Jenissi sedang berjalan sendirian sambil membimbit sebuah buku yang tidak berapa tebal bersamanya. Hojoon cuba mengekorinya dari belakang dari jarak yang agak jauh supaya tidak disedari oleh Jenissi.

            Dari apa yang Hojoon lihat dia dapati Jenissi sememangnya 'Queenka' di akademi kerana setiap pelajar yang terserempak dengannya pasti akan tunduk hormat walau hanya dengan menunduk sedikit. Seperti yang diceritakan Pgoon sebelum ini, Jenissi umpama 'eomma' bagi pelajar-pelajar kerana sikap mesra dan ramahnya serta suka membantu orang. Dia juga disayangi semua guru. Malah, senyuman yang menawan juga mampu memikat ramai hati pelajar lelaki. Akan tetapi dia telah memilih Pgoon sebagai pemilik hatinya apatah lagi abang tirinya itu adalah ketua pelajar di akademi. Ya, mereka sememangnya secocok!

 

Di saat Hojoon melangkah masuk ke dalam pustaka,

            'Oh! Jen-hyung nak hantar buku kat pustaka rupanya.'

Selepas memulangkan buku di kaunter perpustakaan, seorang pelajar junior mungkin dari rupanya yang kebudakkan telah menegur Jenissi sambil menghulurkan sebatang pen dan menunjuk-nunjuk sebuah buku. Mungkin Jenissi diminta untuk ajarkan subjek yang tidak pelajar itu fahami. Tatkala, Hojoon pula masih lagi menghendap-hendap dari jauh dengan bersembunyi di sebalik sebuah rak buku.

            Tiba-tiba, Hojoon terasa kedua bahunya disentuh secara mengejut dan dia cuba untuk menjerit lalu dengan pantas badannya dipusing lalu ditolak rapat ke rak buku. Mulutnya ditekup dan mata Hojoon terbeliak kerana terkejut dengan perbuatan lelaki itu.

            "Uhmmm...??"

            "Shhh...ini perpustakaan. Dilarang membuat bising."

Lalu, lelaki itu terus melepaskan Hojoon.

            "Siapa kau? kenapa..."

            "Aku Park Hyunho. Kau boleh panggil aku Seogoong."

            "Ahh~ Seogoong-sunbaenim. Saya Hojoon."

            "Aku tau. Maaflah hari tu aku ada kerja sikit dengan kawan aku. So, tak dapatlah jumpa kau dekat dewan makan haritu. Lagipun, kau buat apa kat sini? Terhendap-hendap macam pencuri."

            "Err...Sebenarnya..."

            "Apa-apa je lah. Aku takde masa nak dengar alasan kau. Selaku pengawas disiplin, aku bagi amaran pertama dan terakhir. Jangan buat bising dan benda yang mengarut kat sini. Jangan jadi kebudak-budakkan sangat! Ini akademi, sekolah tahu?", Seogoong berkata sinis membuatkan Hojoon terdiam. Dia berkata lagi, "Sebelum tu...alang-alang dah bertembung dengan kau, aku nak mintak tolong boleh tak?"

            "Ahh~ Apa dia seogoong-sunbae?"

            "Tolong carikan buku sejarah The Independence Army? Aku nak guna untuk buat perbincangan group."

            "Oh! Okay", Hojoon yang hanya menurutkan saja kata Seogoong terus mencari buku yang diminta di bahagian rak buku-buku sejarah terus terlupa akan tujuannya mengekori Jenissi awal tadi.

            Hojoon terus mencari dengan tekun. Setiap tajuk buku diteliti kerana dia tidak pasti bagaimana rupa, reka bentuk atau warna  buku tersebut. Akhirnya, Hojoon menjumpai buku yang Seogoong mahukan. Sedang Hojoon hendak menarik buku yang ada di rak, tiba-tiba terasa buku ditarik balik dari arah yang bertentangan. Hojoon cuba untuk menarik buku itu agar buku itu menjadi miliknya tapi ditarik lebih kuat dari arah itu.

Hojoon berasa semakin geram, dia gagal merebut buku tersebut.

             'Eeeh!!! Siapa pulak yang tarik buku ini, aku yang jumpa dulu sibuk je nak ambil buku ini macam tak ada buku lain dalam perpustakaan ini', getus suara hati Hojoon yang berasa bengang dengan apa yang sedang berlaku.

Hojoon cuba melihat gerangan siapakah yang mengambil buku yang dia cuba dapatkan itu melalui celahan buku itu. Mata mereka bertentangan untuk seketika. Dia melemparkan senyuman yang begitu indah. Bagaikan dipaku, Hojoon terkedu seketika. Hati terasa bagaikan dipanah!

Dia terkejut melihat wajah lelaki yang berada di sebalik rak itu terus berlari anak ke bahagian sebelah rak di mana lelaki tersebut berdiri. Kebetulan di sudut bahagian History selalunya agak jarang untuk para pelajar melintasinya. Tidak ramai yang berminat dengan subjek itu dan tidak juga menghargainya. Bagi mereka ianya membosankan kerana mereka beranggapan bahawa semuanya tidak ada kena mengena dengan diri mereka. Hanya berceritakan kisah zaman-zaman purba.

Tanpa berasa segan silu Hojoon terus mendakap lelaki tersebut. Tangannya melingkari pinggang lelaki itu dan kepalanya mendongak ke atas sambil tersenyum lebar.

             "Kid-oh!"

Lelaki yang dipanggil 'Kidoh' hanya terdiam dan senyuman diberi tidak lekang di bibirnya. Tiba-tiba, Hojoon melepaskan dakapannya tapi matanya masih memandang tepat ke arah lelaki itu. Air matanya bergenangan seraya berkata,

             "Wae? Hyung...dah tak ingat Hojoon ke? Hyung...dah lupa ke? Hyung-ah!!"

Hojoon menolak dada lelaki itu dan cuba lari dari situ akan tetapi tangannya sempat ditarik terus membuatkan Hojoon tersentak dan menoleh semula ke arah lelaki itu. Lelaki itu terus mendakap Hojoon.

             "Jeon Hojun. Berapa lama lagi nak hyung tunggu? Takkan Hojoon nak tinggalkan hyung lagi sekali."

Pipi Hojoon menjadi kemerah-merahan dan tanpa disedari air matanya sudah pun menitis menyentuh pipinya lalu disapu dengan ibu jari Kidoh.

             "Hyung-ah...Hojoon...rindu...hyung", Hojoon terus membenamkan mukanya ke dada Kidoh.

Lelaki bernama Kidoh itu terus tersenyum lantas menarik dagu Hojoon mendongak ke atas lalu dikucup lembut olehnya.

             "Hyung pun...rindu Hojoon..."

Mereka tidak mengetahui bahawa ketika itu tingkah laku mereka sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Di saat Hojoon menyedarinya, dia tidak mahu mengendahkan orang lain. Lelaki yang berdiri di depannya lebih penting apatah lagi penglihatannya kabur dek air mata yang penuh berlinangan. Walaupun begitu, terdetik di hatinya satu persoalan.

 

'Siapa dia? Ini dah kali kedua ada yang perhatikan aku dari jauh. Buat pertama kalinya, ketika hari pertama aku masuk kelas, dan sekarang...ahh... Kidoh-hyung lagi penting. Sudah-sudah...lupakan segala yang buruk...kerna yang indah sudah ada di depan mata dan aku tidak mahu melepaskannya.'

***

Segalanya bermula sejak 11 tahun yang lalu...

 

Ketika cuti musim panas, Tuan Jeon selalu membawa keluarganya pergi bercuti. Tidak kira dalam atau ke luar negeri. Beliau selalu menghabiskan hari-harinya dengan kerja dan sering kali merasakan bahawa dia selalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan ketua keluarga. Dia juga tidak mahu melepaskan bebanan itu pada isterinya seorang. Sebelum keluar bercuti, Tuan Jeon akan bertanyakan dahulu kepada kedua orang anaknya destinasi percutian mereka.

             Pada kali ini, Hojoon dan Pgoon berpakat mahu bercuti di sebuah kampung yang terpencil di mana terletaknya Villa persendirian milik ayah kepada Puan Jeon. Villa tersebut terletak di kaki bukit. Hojoon dan Pgoon amat merindui datuknya. Ketika itu usia Hojoon baru sahaja mencecah 5 tahun dan Pgoon pula 7 tahun. Walaupun masih kecil, mereka tahu bahawa datuknya lebih suka tinggal di Villa tersebut berbanding rumahnya sendiri untuk mendapat ketenangan dari kesibukkan bandar. Mereka juga sangat rapat dengan datuk.

             Dalam perjalanan ke Villa milik datuknya, entah kenapa kereta milik Tuan Jeon bergerak semakin perlahan dan tiba-tiba menjadi tersedu-sedu terus mati. Tuan Jeon cuba menghidupkan semula enjin akan tetapi penggera pula yang berbunyi. Semua lampu yang berkaitan dengan penggera juga menyala. Lantas, dia meminta isteri dan kedua anaknya turun dari kereta bagi menjamin keselamatan keluarganya takut-takut kereta itu akan bergerak secara mengejut serta hilang kawalan.

             "Aishh... kenapa pula, malang nasib aku hari ni", keluh Tuan Jeon.

Dia cuba menghidupkan kembali enjin keretanya berkali-kali akan tetapi ia hanya mengeluarkan bunyi, "takh...takhh...takhhhh". Puan Jeon mengambil keputusan untuk menelefon ayahnya kerana dia berharap ayahnya akan menjemput mereka kerana hari semakin senja dan dia mahu meninggalkan kereta itu buat semalaman di situ.

Pgoon hanya duduk menyandar di sebatang pokok dan sibuk bermain dengan PSP tanpa menghiraukan adik tirinya Hojoon. Hojoon hanya mencebikkan bibir melihat abang tirinya Pgoon yang terus leka bermain dengan alat permainannya. Eomma pula menemani Appa yang sibuk melihat-lihat kerosakan yang di alami keretanya.

 

 

             Hojoon berasa amat bosan sehinggalah dia terjumpa dengan seekor arnab liar yang amat comel. Dia cuba untuk menangkap arnab itu sayangnya arnab itu melompat dengan pantas. Tanpa menyedari bahawa dia telah berjalan jauh dari tempat kereta mereka berhenti, Hojoon terus mengejar arnab itu dengan rasa teruja melihat kecomelannya.

             Hari semakin gelap menyukarkan pandangan Hojoon. Dia berhenti berlari, dia terus berjalan di dalam hutan sendirian. Dia berasa amat takut, si arnab hilang entah ke mana...dia pula entah berada di mana.

             "Appa!...Eomma!...Hyung!", Hojoon terus menjerit berulang kali memanggil ahli keluarganya tanpa henti.

Tiada jawapan hanyalah bunyi cengkerik diikuti burung gagak yang kedengaran. Angin dingin mula menghembus menyentuh kulit lembut si kecil Hojoon membuatkannya semakin takut. Ditambah pula dengan gerakan bayang-bayang dahan pokok-pokok di hutan. Meremang bulu romanya dengan suasana itu.

Hojoon duduk di balik sebatang pokok sambil memeluk kedua lutunya dan menangis sendirian.

             "Eommaaa...Eommmaaa...Eommm...aaaahh!!"

Dia terus menangis tanpa henti sehinggalah dia terdengar suatu bunyi seperti ranting pokok yang patah dipijak sesuatu. Hojoon tersentak lantas diam serta-merta walau air matanya masih jatuh berlinangan.

             "Hojoon-ah! Awak kat mana? Jeon Hojun...", kedengaran suara satu budak kecil.

Hojoon berasa semakin takut.

             "Hojoon-ah! Awak kat mana? Keluarga awak risaukan awak. Jom lah balik."

Kedengaran suara tangisan Hojoon semakin kuat teresak-esak. Ternampak satu bayang-bayang kecil semakin menghampirinya yang masih duduk di balik pokok sedang menggeletar. Bahu kiri Hojoon disentuh perlahan membuatkan dia terkejut lalu menjerit,"Aaahhhh!"

             "Shhh...Janganah menjerit kuat sangat. Ni hutan."

Hojoon yang takut hanya mampu memejamkan mata dan menutup muka dengan kedua belah tapak tangannya.

             "Awak Jeon Hojun, kan? Appa saya suruh saya carikan awak. Eomma dengan Appa awak risaukan awak. Hyungnim awak pun tengah sedih sekarang ni."

Selepas membukakan matanya perlahan. Hojoon dapat melihat seorang kanak-kanak lelaki yang kecil dan begitu comel membuatkan dia terus berani untuk berdiri.

             "Hojoon nak balik...Hojoon tak nak duk sini lama-lama..."

             "Kalau macam tu, jom saya bawak awak balik ke Villa datuk awak", katanya sambil tersenyum lebar ke arah Hojoon.

Lalu, ditariknya tangan Hojoon dan memegang dengan erat.

 

 

             Kanak-kanak lelaki itu membawa Hojoon berjalan melalui tepian sebuah tasik. Dari jauh sudah kelihatan Villa yang bercahaya milik datuk HojoonSaat itu panorama malam yang tenang cukup menakjubkan. Banyak kelip-kelip berterbangan. Si kecil Hojoon yang tadinya tergamam melihat suasana indah itu menjerit keseronokan. Cahaya yang dikeluarkan cukup terang terutama kelip-kelip jantan.

             "Awak? Nama awak sape?", soal Hojoon tiba-tiba.

             "Jin Hyosang. Panggil je...", belum sempat dia menghabiskan ayatnya.

             "Kid! Saya nak panggil awak Kid sebab awak kecil dan nampak comel."

Dia berasa bengang seraya berkata, "Hey! Mana ada. Saya dah besar lah, umur saya tujuh tahun."

           "Tapi, umur saya lima tahun dan saya lebih tinggi dari awak! Saya nak panggil awak Kid", Hojoon ketawa berdekah-dekah.

             "OH?!"

             "Eh? Kid-oh! Kid-oh!", Hojoon terus mengejeknya tanpa henti.

Ketakutan Hojoon sudahpun hilang diganti perasaan gembira dan hela tawanya.

 

             Mereka terus  melihat kelip-kelip yang berterbangan dan kini, Hojoon pula sibuk mengejar dan bermain dengan kelip-kelip sambil diperhatikan Kidoh. Senyuman manis Hojoon ketika itu mengugar perasaan kanak-kanak lelaki tersebut. Itulah kali pertama dia melihat senyuman manis yang begitu ikhlas. Jarang ada orang yang sukakan kelip-kelip seperti Hojoon. Kebanyakan mereka yang datang berkelah di tepi tasik hanya datang melihat keindahan dan pergi begitu sahaja.

             "Apa yang akan terjadi pada kelip-kelip kalau hari dah siang?"

             "Cahaya kelip-kelip ini hanya boleh dilihat pada waktu malam. Siang hari, kelip-kelip akan jadi tidak aktif dan berehat di bawah dedaunan pokok berembang. "

     "Kalau macam tu, Hojoon nak datang sini setiap malam lah. Tapi, Hojoon takut. Sini gelap, nak ajak Eomma...Appa...Hyung...Kidoh"

Kidoh tersentak mendengar namanya juga tersenarai dan dia mula tersenyum sendiri. Hojoon hanya memandang keindahan di depan matanya, itu kali pertama mereka baring bersama di atas tanah melihat kelip-kelip yang berterbangan seakan bintang yang bergerak. Kagum Hojoon melihat semua itu.

             "Saya rasa dah lewat ni, mesti Tuan dan Puan Jeon risau. Jom balik cepat", ujar Kidoh.

Hojoon pandang kiri kanannya, “Err.. kalau macam tu...bye-bye, kelip-kelip semua...”

 

 

             Mereka sampai di sebuah Villa milik datuk Hojoon. Villa itu sangat besar. Hojoon girang melihat rumah itu. Selepas pintu diketuk beberapa kali, Puan Jeon terus membuka pintu dan mendakap Hojoon dengan begitu erat.

             "Hojoon sayang. Eomma rindu Hojoon. Eomma sedih, Hojoon pergi mana?"

             "Hojoon terjumpa arnab. Comel sesangat. Hojoon nak kejar tapi tak dapat...Hojoon sesat, nasib baik ada Kidoh-hyung", si kecil Hojoon bersuara manis cuba menenangkan eomma-nya.

Puan Jeon terus memandang ke arah seorang lelaki yang asing sedang duduk di atas sofa di dalam Villa tersebut.

             "Ahh~ Anak Jin-sshi, ayah dia lah yang tolong baiki kereta Appa. Jin-sshi yang mintak tolong anak dia carikan kamu. Kamsahamnida", ujar Puan Jeon.

             "Ohhoho~ Tak payah lah berterima kasih Puan Jeon. Itu semua kebetulan saja, lagipun macam yang saya cakap kami dua beranak baru je pulang dari memancing dekat sungai belakang sana tu. Nasib baik peralatan mekanikal ada dalam bonet kereta", Appa kepada Kidoh iaitu Jin-sshi menjawab.

             "Tapi, anak Jin-sshi masih kecik lagi macam mana..."

             "Jangan risaulah, dia dah biasa dengan kawasan hutan ni", sampuknya lagi.

             Oleh disebabkan itu, keluarga Jeon berasa seperti terhutang budi dengan keluarga Jin maka mereka bercadang untuk membantu memajukan bengkel milik Jin-sshi. Sejak dari hari itu, Hojoon selalu berhubung dengan Kidoh dan hubungan mereka menjadi semakin erat dari hari ke hari. Malah, keluarga mereka juga menjadi sangat rapat.

 

-Bab 6 Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekhan_47 #1
Chapter 11: Keep update!best hila ff ni >_<
Fatin96 #2
Chapter 11: Update soon ^^
ilirsyana #3
Chapter 1: bestnyaaa . update laaa huhuhu why hiatus ?
KimXiuWan #4
Chapter 11: Update soon
Jung_Qara_Faziera
#5
Chapter 11: Deabakkkkk~
Jung_Qara_Faziera
#6
Chapter 9: Good Jop Unnie ^=^ palli update nde ><
ELFlisa #7
Chapter 8: update soon..
imyoona30
#8
Congratulations to the author
shiyeol99 #9
Chapter 2: update soon