셋 | T i g a

IN YOUR DREAMLAH SETAN!
2 | Face to face.
 
Hari Isnin Kyungsoo dimulakan dengan kelas Prof. Han, dimana 99% pelajar mengalami Monday blues. Paginya terasa hambar apabila dia terpaksa mendengar kuliah Prof. Han selama 2 jam berkenan sejarah zaman renaissance eropah . Suara mendatar Prof. Han telah berjaya membuatkan para pelajarnya tertidur. Enak dibuai mimpi indah dan penghawa dingin di bilik kuliah tersebut. Namun, sedikit pun lelaki tua itu tidak marah. Malah, Kyungsoo syak yang Prof. Han itu sebenarnya tidak perasan langsung tentang 'ketiadaan' pelajarnya. Kerana Profesor itu terlalu ralit dengan tajuk itu yang gemar sekali dimulakan dengan "Seronok bukan?","Saya suka tajuk ni", dan "It's just exciting?"
 
Entahlah Kyungsoo pun tak tahu apa yang seronoknya.
Kadang-kadang Kyungsoo rasa kesian dengan Profesor Han.
 
(Kadang-kadang jelah, jika dibandingkan dengan assignments/quiz yang diberikan memang patut pun budak-budak ni semua tidur. Banyak sangat! Kira adil lah semua tidur ;;.)
 
Setelah jarum jam tepat pada nombor sepuluh, Profesor Han mengakhiri kelas dengan menyuruh mereka semua mengulang kaji bab yang sebentar tadi telah dipelajari kerana minggu depan mereka ada pop quiz. Kyungsoo menjulingkan matanya ke siling. Agak dah.
 
"HYUNGG!"

Kyungsoo menoleh dan hanya sempat melihat suatu lembaga hitam sebelum dirinya dipeluk (diterkam kemudian dipeluk) erat oleh seseorang. "JONGIN!"
 
Si empunya badan tersengih persis kerang busuk. Segera Jongin melepaskan Kyungsoo daripada pelukannya sebelum sempat Kyungsoo melibas kepala Jongin dengan buku teks sejarahnya yang sangat tebal itu.
 
"Hyung lapar!" rengek si teman bilik.
"Pergilah makan. Apa nak aku suapkan?" Kyungsoo ternampak seseorang di belakang Jongin. Si gadis tinggi lampai itu tersenyum melihat telatah mereka berdua, "Ann kenapa dengan kawan kau ni?"
 
"Dia kena dump dengan makwe dia."
"Aku yang dump dia k, Ann. Betul kan fakta tu sikit, wahai sidekick."
Mata Ann mencerlung, "Lu jangan sampai gua flying side kick muka lu."
"Hikhik. Janganlah Belbel. Orang comel tak belasah orang hensem macam aku."
Ann menjeling tajam, "Gila."
 
Sebenarnya, Kyungsoo ada rahsia. Rahsia yang kalau Ann dan Jongin tau mau budak berdua tu tak nak temankan dia window shopping lagi.
 
Ok, rahsia ialah: dia ship Ann dan Jongin bersama. Like, bersama = couple atau married couple gitu. Dan sekarang ni dia tengah mentally fanboying tengok budak berdua tu bergaduh manja. (Gaduh biasa je tkde pon manja manja tu.)
 
"Dahla malas aku nak layan korang. Aku gi dulu, ada latihan vokal. Bai." Tuturnya dengan langkah laju diaturkan ke luar. Jongin menjerit, menyuruh menunggu dan sesaat kemudian mengaduh kesakitan, rasanya kena lepuk dengan Ann. Mereka berdua berlari mengejar Kyungsoo dan berjaya menyaingi lelaki itu.
 
Jongin berbual dengan Kyungsoo tentang suatu Cafe baru buka yang mempunyai pentas untuk para artis mempamerkan bakat mereka yang tidak jauh dari apartment mereka berdua. Cafe yang bernama Applessauce itu sekejap sahaja menjadi tarikan ramai kerana pastri yang sedap-sedap belaka yang dijual harga yang agak murah.
 
"Sedap sangat ke?" Tanya Kyungsoo. Ann segera menjawab dengan terujanya, mengiakan kata-kata Kyungsoo, siap bagi suggestion pastri mana yang patut dia cuba kalau dia ada pergi ke sana.
 
"Kau bab makan laju aja. Patutlah macam ikan paus celup tepung sekarang."
Ann membalas dengan sepakan yang maha hebat ke peha Jongin. Jongin mengelak dengan cekap, siap menjelir lidah lagi.
 
Of course, mereka bergaduh. Lagi. Siap berkejaran di courtyard fakulti mereka. Kyungsoo hanya tersenyum dan meneruskan perjalanannya.
 
Ke bilik muzik 2-A di south wing.
 
 
1+1=;D
 
Taeheon tersengih.
 
Sebab April dan Baekhyun yang syomel ni dan sebab hari pertamanya di Uni berjalan dengan lancar. Cuaca pun seperti menyambut kedatangannya; matahari bersinar dengan terang, ada bayu lembut menghembus dan tiada awan mendung di langit.
 
Dia menghela nafas dengan mata merenung langit, senyuman kecil di bibir.
'Alangkah tenangnya!'
 
"Kenapa Tae?"
 
"Hmm?" Dia menoleh ke April. Tiada Baekhyun di sisi kawan baiknya itu. "Baek mana?"
"Ada hal, kata dia lah. Kenapa tadi sigh?"
 
"Takdelah cuma feel so calm here! Rasa macam vacation pulak." Taeheon tergelak. April sengih, "Tu belum start lagi segala homework hang dapat nanti. Haa masa tu rasalah vacation ke tak."
 
"Eee killjoy sungguh!"
 
April tersenyum manis. "Dah jom pergi latihan kelab hang. Sebab hari your first day, Cik April yang glamorous ni dengan baiknya akan teman awak hingga sampai ke sana. Ok, dah jom."
 
Taeheon buat gimik seperti orang yang hendak muntah.
 
Mereka berdua berjalan ke sana dengan berbual ceria. Seorang lelaki sedang dikejar oleh seorang gadis, kemungkinan pasangan kapel yang hangat dilamun cinta. Lelaki itu tinggi dan gadis yang mengejarnya , taklah tinggi mana, sedang memarahi lelaki itu siap bercekak pinggang. Lelaki itu tersengih bersalah dengan kepala yang ditundukkan, guilty gesture.
 
'Comelnya.'
 
"Tae!"
"Haa!"
 
April merenung rakannya itu dengan geram, "Aku kata tu haa depan tu, kelab kau kat sana."
"Ohh okay sorry hiks," Taeheon tarik senyuman sebelum bergegas ke bangunan itu. April hanya mengeluh dan mengikut rakannya dari belakang, berjalan dengan perlahan.
 
1+1=;D
 
Kyungsoo sedang meregangkan badannya bila pintu kelab itu terbuka. Dia hanya sempat menjeling ke pintu separa terbuka itu sebelum meneguk air mineralnya dengan rakus. Kemudian tumbler hijau itu diletakkan ke dalam beg sandangnya dan seketika dia mencangkung mencari phone  di dalam.
 
'Manalah aku campak phone aku ni...? Aha!'
 
Dia tidak sedar seorang gadis kecil berjalan masuk ke dalam.
 
Dia tidak sedar jurulatihnya memeluk gadis kecil itu dan berkata, "Welcome to the club sweety!"
 
Semua itu dia tidak sedar sehinggalah dia memusing ke belakang apabila dia mendengar namanya dipanggil. Dan bak kata orang, all hell breaks loose.
 
Sunyi seketika.
 
Kyungsoo dengan mata terbesar, melopong.
Taeheon dengan eksperisi yang sama.
 
Jurulatih mereka, Pn. Choi dan April terkebil-kebil melihat mereka berdua bersilih ganti. Tiba Jongin dan Ann di muka pintu. Mereka terdiam melihat aksi di dalam bilik muzik tersebut.
 
"ENGKAU?!"
"ENGKAU?!"
 
Dua-dua pitching dah la tinggi, ni siap menjerit pulak. Berdesing telinga yang lain mendengarnya.
 
"KAU BUAT APA KAT SINI?!" Soal Kyungsoo. Terasa lututnya terketar-ketar tetapi ditahan gagah. Terkejut, geram, sedih, gembira bercampur aduk dalam dirinya.
 
"Beli ikan ni haa mail, sayur sikit lepas ni- AKU NAK LATIH VOKAL LAH KAU PEHAL?"
"Apa kes beli ikan je peah, DARI KECIK SAMPAI BESAR TAKDE KELAS!"
"EXCUSE ME?" Taeheon tergelak sinis, "BRO, GUA LEBIH HIGH CLASS DARI KAU, PEASANT!"
 
"PEASANT?!" Kyungsoo maju ke hadapan dengan air muka tegang, "HAHAHAHAHAHAHA KAU MEMANG TAK BERUBAH. INGATKAN DAH BESAR COMEL TAPI HA-HA MUKA BUAT PLASTIC SURGERY PON BELUM TENTU CANTIK."
 
"KAU PUN APA KURANGNYA. BUKAN MAKIN TINGGI, MATA JE MAKIN BESAR!" Giliran Taeheon ketawa.
 
Jongin mendengus, hampir tergelak jika tidak disiku dengan ganas oleh Ann sebagai isyarat supaya dia diam.
 
"SEKURANG-KURANGNYA AKU DAH MAKIN HENSEM BEB, KAU HA-HA KECIK KEMETOT JE AKU TENGOK."
"DER CERMIN DULULAH DIRI SENDIRI. KAU PUN KEMETOT JUGAK!"
 
"Hai," Sapa April kepada Ann dan Jongin yang masih terpegun melihat Kyungsoo yang paling jarang marah, yang jarang menaikkan suara, yang jarang menengking orang tiba-tiba berubah. "H-hai."
 
Mereka bertiga bersalaman sambil memperkenalkan diri. "Nampaknya kita bertiga akan selalu berjumpa sebab dorang berdua tu," April mengeluh dan tersenyum nipis. "Dorang tu kenapa?" Soal Jongin, mengerutkan muka dengan tangan segera menutup telinga, apabila si gadis kecil itu menjerit membalas kutukan Kyungsoo.
 
Pehh bingit nak mampos.
 
"Musuh abadi sejak kecik lagi. Memang pantang jumpa dorang tu. Haii," April tersenyum bersalah ke Pn. Choi dan segera meminta maaf bagi pihak Taeheon dan Kyungsoo. Apabila 11 minit berlalu dan pergaduhan itu tiada unsur-unsur mahu berhenti (Taeheon siap lipat kemeja lengan lagi, Kyungsoo dah buat karate stand lagi haa) April akhirnya berjaya memisahkan mereka berdua dengan sebuah botol spray yang berisi air mineral.
 
*SPURT*   *SPURT*
 
"YAHH!!"
"APRILL!!"
 
"Pehal kau spray air kat aku ni?" Marah Taeheon. Kyungsoo menjeling tajam April selepas mengelap mukanya dengan lengan baju. "Lah tak tau ke? Ni cara nak berhentikan kucing bergaduh." Tutur April dengan muka selambe dek, "Well, selalu aku guna hos getah tapi kat sini takde, jadi improvise."
 
Kawan baiknya itu kemudian tersenyum manis.
 
Kyungsoo dan Taeheon membuka mulut ingin menyambung semula memprotes tetapi dijeling tajam oleh April, yang malangnya lagi menakutkan. Jadi, mereka berdua segera menzip mulut dan terus membongkok, meminta maaf dengan Pn. Choi.
 
Setelah suasana kembali aman damai, Pn. Choi yang masih terkejut meminta diri untuk berehat dan menyuruh mereka berdua balik. Of course, Kyungsoo dan Taeheon bergaduh lagi dalam nada berbisik selepas April menyembur air kali ke-2 kepada mereka berdua, tanda diam.
 
Mereka berpisah di depan bangunan putih itu. Kyungsoo ke kanan, Taeheon ke kiri. Namun sebelum berpisah, Kyungsoo sempat berjanji kepada Taeheon.
 
"Kau jangan ingat kau akan aman kat sini, Sewel. Aku akan buat hidup kau sengsara. Ha! Tengoklah nanti!" Kyungsoo berlalu dengan ketawa yang maha jahat dan tidak berhati perut. Ann dan Jongin yang masih takut dengan perubahan Kyungsoo mengikutnya dengan jarak 200 meter dari belakang.
 
Taeheon yang memang tidak gerun dengan ugutan Kyungsoo, cuma sakit hati dan menyampah pantas membalas balik:
 
"IN YOUR DREAMLAH SETAN!"
 
1+1=;D
 

 
Author's note:
A WHOLE NEW WORLDDDDDD
WITH YOUUUUUUU-
K sorry.
Tbh, I'm bad with promises hekhek *bows 90 degree*
But feels good with this chap because yay dorang dah jumpa!
Now for the fun part! YAY! *rubs hand together* *laugh evilly*
-izzy px
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 3: Update soon ✌♡
Nursyuhada
#2
Chapter 2: Nice chapter
Prince_Channy
#3
Chapter 1: update cept juseyo..
addmath #4
Chapter 1: author-nim, mohon update. sewel dah aku ni duk senyum sorang2 baca benda alah ni XD
yoora_exobts #5
Chapter 1: Yahuu~~~da update..tegelak sensorang ai~~
yoora_exobts #6
Yeah!!!!finally~~
Terbelalak or terbeliak