둘 | D u a

IN YOUR DREAMLAH SETAN!
1 .1   Kembali semula.
 
[Masa kini. Incheon Airport.]
 
Baek <3
'Wak lama lagi kewww?'
'April sayanggggg lama lagi?'
'Cepatlah! Missing you already :'('
 
April menengadah ke langit. Mata dipejam tanda geram.
Tanpa dikerling ke jam di pergelangan tangan, April tahu berapa lama dia meninggalkan Baekhyun yang sedang sedia menunggu di dalam kereta.
 
10 minit 48 saat.
 
Kadang-kadang dia rasa menyesal dapat pakwe macam Baekhyun. Tapi kalau dah sayang (sangat-sangat) nak buat macam mana, terima jelah. April tersenyum sendiri. Segala mesej yang diterima daripada Baekhyun dibacanya tanpa dibalas.
 
Biar. Karang makin dilayan makin menjadi-jadi perangai mamat tu.
Phone kembali berbunyi, beberapa saat selepas itu.  
April sudah menepuk dahi.
 
 
Baek <3
'Sungguh kejam takdir memisahkan kita berdua.'
'Hanya masa sebagai penonton kepada kesengsaraan saya.'
'Penantian suatu penyeksaan. Oh!'
 
April Wifey (nama dlm contact list Baek)
'Sabarlah wak. Plane dia baru mendarat. Kejap eh.'
 
Baek <3
'Yay! Akhirnya yayang balas jugak *menangis terharu*
Tau tak saya tengah bosan tahap gaban ni?
Ohh lupa nk bgtau, tadi an an
ada makcik tu an dok pandang saya pelik je x3'
 
April Wifey
'What .Did. You. Do. Hah. Byun. Baekhyun?'
 
Baek <3
'Nothing~ :3'
 
April Wifey
'Byun Baekhyun.'
 
Baek <3
'Okey mungkin dia nampak saya tengah praktis part saya untuk drama nanti tu hehe xDD'
 
April Wifey
'Please don't tell me.
Part yang awak kena menangis secara dramatis tu ke?
-___________-
Am not amused.'
 
Baek <3
'Yup!
Teehee~ x3
Btw cepat tau. Rindu ni!'
 
April menjulingkan matanya ke siling, bibir tersenyum nipis. Haish apa daa.
 
Phone kembali disimpan di dalam tas tangan, April bangun dan segera ke balai ketibaan mencari rakan baiknya iaitu Cik Taeheon yang menetap di LA selama 6 tahun. Rakannya yang kecik molek itu (147 cm) mengambil keputusan hendak menyambung belajar di Korea Selatan kerana 'Aku rindu jajangmyeon yang kau selalu buat tu. Oh and ddeokbokki yang dekat train station yang kita selalu pergi tu! And mandu. Bibimbap. Ohh and bulgogi' dan Taeheon terus bercerita tentang makanan-makanan kegemarannya itu.
 
Prinsip Taheon; 'Makanan tidak patut dibazirkan!' dan dia berpegangn teguh prinsip itu sejak bayi lagi. Walaupun  dia merupakan seorang yang kuat makan tetapi Taeheon masih mampu mengekalkan bentuk badan yang slim dan kurus. Ok faktor lain ada juga penyebabnya. Salah satunya ialah kawannya itu rajin benar bersenam.
 
Apa pun, bffnya sudah pulang dan April kini sedang sibuk mencarinya dilautan manusia yang baru keluar dari perut kapal terbang yang baru tiba dari LA.
 
Manalah minah ni.
 
✿✿✿
 
// On the plane. Boredom datang menyerang.
 
Do Kyungsoo.
 
Nama yang cukup sinonim dengan seorang lelaki yang sopan santun, baik, disenangi ramai dan mampu memenangi anugerah 'Bakal suami mithali tahun ini'. Serba cukup sempurna dia tu, namun entah kenapa bila kami bersemuka pasti akan bertegang urat.
 
I don't even know man, why on earth we fight.
 
Jika kami berjumpa, pasti tidak pernah aman.
Setiap saat, mencemuh.
Setiap minit, mengutuk.
Setiap jam, menengking.
Setiap hari, bergaduh.
 
Bagai anjing dan kucing.
Tidak boleh berdamai, tidak mahu berdamai.
 
Now, aku dalam perjalanan balik ke Seoul.
Agak-agak jumpa ke aku dengan dia?
 
Oh tolonglah jangan aku tak mau berjumpa dengan setan mata terbelalak tu.
 
Tapi kan, kenapa aku berharap sangat aku dapat jumpa dia?
Ugh hati waegure?!?!
Taeheon.
 
Taeheon menutup jurnal berkulit cokelat yang sudah lunyai itu dengan keluhan kecil. Dia memejamkan matanya dalam cubaan membuang imej seorang budak lelaki bermata bundar, memiliki suara yang merdu dan sering tersenyum angkuh jika terpandangnya.
 
Nyahla kau dari hidup aku huargh! Taeheon mengetuk kepalanya berulang kali dengan pen ditangan seolah-olah imej budak lelaki itu akan terhapus dengan begitu sahaja. Malangnya ia tidak berjaya malah hanya membuatkan kepalanya pening akibat diketuk berulang kali.
 
Pen ballpoint dan jurnal itu kemudiannya dimasukkan ke dalam backpack oren yang merupakan hadiah hari jadi yang diberi oleh oppa tersayang; Ken. Sepatutnya Ken yang mengambilnya tetapi tiba-tiba sahaja abangnya itu ada masalah yang tidak boleh dielakkan dan nasiblah April, bffnya free hari ni. Kalau tak memang kena cari teksi. Pergh tak sanggup dengan bagasi aku tu semua.
 
15 minit selepas itu, (kebetulan dia sedang menilik jam di pergelangan tangan) seorang pramugari bersuara halus mengatakan mereka akan mendarat di lapangan terbang Incheon dan memberitahu mereka supaya memakai tali pinggang and all that stuffs. Taeheon menurut dan tiba-tiba sahaja perasaan teruja bertandang.
 
Finally, aku dapat balik. For good!
 
Setelah kapal terbang mendarat dan bagasi diambil, Taeheon menolah troli berisi semua bagasinya mencari April. Malang bagi dirinya yang kecik comel ini, kelibat kawannya itu tidak nampak. Taeheon terpaksa memanjangkan leher mencari kawannya itu.
 
"Taeheon!"
Taeheon menoleh dan segera dia menolak trolinya dengan laju menuju seorang gadis yang sibuk melambaikan tangannya, "April!"
 
Dua sahabat itu berpelukan dan mula berbual serentak; bertanyakan soalan, bercerita itu ini, bergosip dan eh you know girls stuffs. April berjalan disebelah Taeheon menuju ke tempat parking, di mana Baekhyun sedang menunggu dengan riak wajah tidak sabar. Selepas tiba di kereta dan bagasi-bagasi Taeheon dipunggah ke bonet belakang dia, April dan Baekhyun sambung berbual, bergelak tawa mendengar jenaka Baekhyun.
 
 Dia mengenali Baekhyun ketika lelaki itu menghubunginya, melalui iMessage, meminta nasihat bagaimana hendak mengurat April ketika mereka di sekolah menengah. Waktu tu Taeheon dah selamat berada di Los Angeles. Taeheon yang arif benar dengan perangai April yang keras kepala, sekeras berlian itu pasti meng-reject Baekhyun yang tidak mengenal erti berputus asa, habis-habisan. Maka, dengan nasihat yang diberikan olehnya, April dan Baekhyun kini selamat menjadi pasangan kekasih yang paling sweet  dan adorable yang pernah Taeheon saksi.
 
Suasana menjadi senyap apabila masing-masing kehabisan cerita. Baekhyun dengan selambe mula merengek manja pada April yang paling pantang apabila orang menggesel-gesel pada dia. Taeheon hanya sekadar ketawa melihat gelagat mereka berdua itu yang dirasakan comel. Dia kembali bersandar di kerusi, mata merenung pemandangan diluar bersama senyuman kecil dibibir.
 
It's good to be home.
 
✿✿✿
 
Kyungsoo tidak sedap hati.
Entah kenapa, dari pagi tadi apa yang dibuatnya serba tidak kena.
 
Pagi tadi dia menggoreng omelettes untuk sarapan pagi budak-budak ni dan akhirnya omelettes itu hangus. Hitam legam. Habis ruang dapur apartment yang dikongsi bersama 5 kawan yang lain itu berbau hangit. Pinggan dekat 3 buah dipecahkan. Air teh yang dibuat Kyungsoo masin. Kopi pula dia terlupa untuk meletakkan gula. Dirinya yang tidak pernah dilabel sebagai klutz, tiba-tiba sahaja berubah menjadi seorang yang cemerkap mengalahkan makwe Chanyeol (Chanyeol yang cakap). Akhirnya Suho menyuruhnya duduk sahaja untuk hari ni, jangan lakukan apa-apa kerja. Risau pula Suho apabila dia melihat Kyungsoo yang tidak keruan itu.
 
Kyungsoo akur dan dia ke bilik tidur yang dikongsi bersama Jongin. Mana entah mamat tu, mungkin meluangkan masa menganggu Ann, kawan Jongin yang malangnya selalu dibuli dan pada masa yang sama selalu diminta pertolongan. Minta-mintalah budak berdua tu jatuh cinta pada satu sama lain. Kyungsoo tergelak kecil.
 
Dia ke meja belajar, hajat hendak mengemas meja yang sarat penuh dengan kertas, buku dan barang yang lain. Dia mula mengumpulkan segala kertas yang ada. Selepas itu kertas-kertas itu diasingkan; mana yang hendak diguna dan yang hendak dibuang. Dia menarik sekeping kertas yang sudah dilipat beberapa kali sehingga kertas itu kelihatan lunyai. Kertas apa pulak ni?
 
Kyungsoo membuka lipatan dan membaca. Hampir dia tidak dapat membaca kerana perkataan-perkataan disurat itu kurang jelas, dimamah masa barangkali. Sebaris ayat dibaca dan keningnya terangkat, Ah keputusan pertandingan yang aku dan 'dia' masuk.
 
Dia yang dikatakan ialah Lee Taeheon: perempuan yang berjaya membuatnya rasa benci dan sayang, pada masa yang sama. Dia benci Taeheon tetapi dia juga sayang perempuan yang berani dan bermulut longkang itu.
 
Kertas di  tangan dipandang lama sebelum Kyungsoo merenyukkan dan dicampak ke dalam tong sampah, tanpa berfikir dua kali.
 
Let's bygones be bygones.
 
Biarlah, dia dah malas nak berfikir tentang perempuan itu lagi.
Buat sakit kepala sahaja!
 

Rasa macam bab pertama ni panjang gilos hoho
Sila nyatakan sebarang typos/grammatical error/sewaktu dengannya
m'kay?
-Izzy (✿◠‿◠)
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 3: Update soon ✌♡
Nursyuhada
#2
Chapter 2: Nice chapter
Prince_Channy
#3
Chapter 1: update cept juseyo..
addmath #4
Chapter 1: author-nim, mohon update. sewel dah aku ni duk senyum sorang2 baca benda alah ni XD
yoora_exobts #5
Chapter 1: Yahuu~~~da update..tegelak sensorang ai~~
yoora_exobts #6
Yeah!!!!finally~~
Terbelalak or terbeliak