하나 | S a t u

IN YOUR DREAMLAH SETAN!
1. Bagaimana ia bermula.
 
[Flashback. 6 tahun yang lepas.]
 
"Yah Kyungsoo!"
"Bende?!"
 
Taeheon genggam kertas putih di tangan sehingga renyuk, geram. Terlalu, geram. Terlalu.
 
Kertas putih yang sebenarnya sebelum ini merupakan sekeping kertas yang  tertampal di papan buletin sekolah telah direntap dengan kasar oleh Tae. Ia mengandungi keputusan pertandingan nyanyian yang disertai oleh mereka berdua.
 
Kyungsoo merenung gadis di depannya dengan menyampah. Musuh tradisi, arch nemesis nombor satu, malah ketua presiden anti kelab Do Kyungsoo (kalau ada) iaitu Cik Lee Taeheon yang entah mana silapnya membencinya sepenuh hati. Dia juga entah mana silapnya membenci gadis itu sepenuh hati.
 
Mata dikerling ke kertas putih yang renyuk di dalam genggaman Taeheon. Tu mesti keputusan nyanyian yang aku dengan minah tu masuk.
 
Dia sudah melihat keputusan tersebut lebih awal dan sekarang dia menanti apa yang gadis cilik didepannya berkata.
 
Taeheon menahan air mata. Nafas ditarik dengan susah-payah. Bibir bawah digigit supaya bunyi esakan dapat ditahan daripada didengari oleh raksasa yang berada didepannya, tersenyum dengan angkuh. "Ta-tahniah." Ucapnya, lengan baju kiri pantas menyeka air mata yang curi-curi mengalir menuruni pipi.
 
Kyungsoo tersentak. Disangka kata-kata cacian, maki hamun akan keluar dari bibir mungil itu. Namun ucapan tahniah (yang kedengaran separuh ikhlas) sebaliknya menjelma.
 
Rasa bersalah bersarang di dada. Kyungsoo sangat tidak suka melihat seseorang menangis dan jika yang menangis itu perempuan, lagi lah dia tidak sanggup. Pantas kata-kata maaf hampir meluncur keluar dari mulutnya namun segera ditahan. Dia bukanlah seorang yang kejam namun dia juga bukanlah seorang yang akan mengaku kalah.
 
Maka, dia mengambil cara lain. Cara yang pasti berhasil. (Agaknya.)
 
"Tahniah? Hah tak sangka minah sewel macam kau boleh keluarkan kata-kata macam tu." Ayat Kyungsoo ibarat satu tamparan yang pedas. Taeheon tersentak.
 
Please let it work! Please!
 
"Eh tolonglah spesis engkau je yang takde sivik!"
 
Rasa bersalah berubah menjadi lega.
 
"Sewel tetap sewel. Walaupun ada sivik segala." Smirk.
"Eeee diamlah! Ugh aku benci kau! Buang masa cakap dengan mata terbelalak ni!" Taeheon berpusing menghentak kaki, ingin keluar dari auditorium yang dirasakan bahang tiba-tiba.
 
Kyungsoo senyum. Dia tahu cara ini akan berhasil. Kim Taeheon bukanlah seorang yang akan mendiamkan diri jika dicemuh begitu rupa. Tidak. Dia akan balas balik, selagi dia boleh dia akan. Malah dua kali ganda hebatnya.
 
Susah kalau orang yang kita sayang gila, sangat bencikan kita. Kyungsoo tersenyum nipis.
 
7 hari kemudian, Taeheon berpindah ke luar negara.
Tanpa pengetahuannya.
 
Itu pun April, kawan baik Taeheon bagitahu selepas 3 hari Taeheon telah berpindah. Waktu itu, Kyungsoo marah sangat. Sangat marah, sampai dia berjanji pada diri sendiri yang dia akan membuat hidup Taeheon sengsara.
 
Jika mereka berjumpa kembali.
Pasti, Desis hati Kyungsoo. Aku pasti jumpa dia balik.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 3: Update soon ✌♡
Nursyuhada
#2
Chapter 2: Nice chapter
Prince_Channy
#3
Chapter 1: update cept juseyo..
addmath #4
Chapter 1: author-nim, mohon update. sewel dah aku ni duk senyum sorang2 baca benda alah ni XD
yoora_exobts #5
Chapter 1: Yahuu~~~da update..tegelak sensorang ai~~
yoora_exobts #6
Yeah!!!!finally~~
Terbelalak or terbeliak