Espresso

Critical Heart (Sequel My Cold Sweet Love:Third Generation)

 

Pukul 8 malam.Si malaun kebiasaannya berada dihadapan Club malam Cat ketika ini,dikelilingi gadis-gadis seksi tak cukup kain.Mata pakai contact lens macam alien,sedikit tidak comel ala-ala Ulzzang terkenal yang dipuji oleh Semi iaitu Do Hweji,haha,lupakan.Gula-gula getah dikunyah dan digigit seperti samseng jalanan.Rambut palsu dibetulkan supaya kemas dan kelihatan kacak.Okay!start!

 

Kaki terus berlari anak kearah lelaki yang dimaksudkan tadi.Bahu lelaki tersebut dicuit oleh Semi,lantas dia berpaling memandang kearah Semi yang bersilang tangan.

 

Yes!muka marah harus dipaparkan walaupun Semi nak pecah perut tahan ketawa sekarang.Yalah,kelakar kut muka mamat tu!Semi ingat handsome sangat sampai boleh tipu ramai pelajar perempuan,padahal,macam longkang tak cukup klorin.

 

“Nah ambik ni!”Satu tumbukkan terkena tepat pada pipi kanan lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia jatuh tergolek.

 

“Ah!!oppa!oppa!”Mulalah si monyet-monyet disekeliling menunjukkan sifat penyayang dan prihatin terlebih dos,walhal risau kalau dompet terjatuh dari poket seluar.Kalau jatuh pun,awal-awal diorang dah sambar,nampak sangat mata tu,macam helang tak cukup makan.

 

“Adeh..sakit lorh tangan aku…”Semi berbisik didalam hati sambil mengibas-ngibas tangannya kerana terasa sengal.

 

“Hoi!kau ni dah kenapa tumbuk aku!!??”Soal lelaki tersebut sambil bangkit bangun.Nak tunjuk kuat depan perempuan yang bertepik dibelakang tu?Heh.Semi menghela nafas panjang.Okay,suara harus dikasarkan.

 

“Aku…boyfriend Min Ah…aku tahu..kau ni..lelaki yang patahkan hati dia..tapi..tch..kau memang tak guna..so aku nak kasi warning..jangan kacau dia lagi..dia..aku punya”Ewah!Pandai kau Semi!buat amaran bagai!!Tak ubah macam hero filem tamil,nasib tak pakai kain putih belit-belit celah kangkang tu.

 

“What??siapa pulak Min Ah tu??”

 

“Hah??”Semi pula tercengang.Dia salah orang ke ni?

 

Beberapa saat kemudian telefon bimbitnya berdering.Hah!Min Ah hantar mesej!

 

Well…yang kau tumbuk tu..ketua mafia..aku buat macam ni sebab aku tak suka kau!hahhaa!padan muka kau!Siapa suruh kau rampas Suho aku??

 

“What!???Oish !pehal minah dua suku ni??dia kenakan aku???aishh @#&$()#&*@..dah bila masa plak aku rampas Suho Hitler dia tu??”Soal Semi sendiri dengan geram sehingga terlupa dia baru aja sudah menumbuk si ketua mafia yang sudah dikutuk macam muka longkang tak cukup klorin dan siap kasi warning.

 

“Jadi budak lembik…apa masalah kau???”Dengan serta merta ada dua lelaki bersut dengan berkaca mata hitam berdiri disebelah.

 

“Er..nak…belasah saya..ke??”Soal Semi sambil tersengih kelat.Aduh,tak sanggup dia biarkan muka dia lebam-lebam.

 

“Habis tu??kau tahu tak kau baru aja tumbuk pipi aku yang kacak ni??”

 

“Huhuhu…sorry tak sengaja”Dalam kepala sudah berfikir macam mana nak larikan diri.Ah!lari ajalah!

 

Terus kaki berlari pantas namun tangan si ketua mafia sudah berjaya menarik rambut Semi,tak..rambut palsu,maka terdedahlah rambutnya yang panjang bersinar tersebut.Terbeliak mata si ketua mafia dibuatnya.

 

“Hah!??Kau perempuan!??”

 

“Hei!kasi balik rambut palsu mahal ni!aku sewa tau!”Dengan cekap,Semi merampas rambut palsunya dan berlari sepantas mungkin,manakala si ketua mafia masih terkebil-kebil tidak percaya.

 

 

 


 

 

 

Nafasnya termengah-mengah sambil melihat kebelakang.Waduh,buat penat aja berlari,rupanya dia langsung tidak dikejar.Dah macam lagak kena kejar dengan penjahat dalam filem aksi aja,berlari-lari masuk kedai bagai.Erh!drama!Rambut palsu dipakai semula.Selesa pula rasanya pakai.Haha,Semilah budak pelik abad ini.

 

Tiba-tiba poket Semi bergetar.Ah!Telefon dia!

 

“Woi!!Min Ah!kau ni memang bangang kuasa sera-

 

“Apa kau merepek ni?hah?alien??”Dapat didengar suara Hansu.Si abang yang disayangi,ya sangatlah.

 

“Er…oppa…pehal ni??rileks bro…”

 

“Rileks haram kau…mama dah mengamuk kalah Hulk,tau tak??mana kau pergi,hah??sekolah tiga hari ponteng!tiga hari jugaklah kau tak balik rumah!”

 

Semi menjarakkan telefon dari telinga.Sakit dengar Hansu terpekik-pekik plus membebel.

 

“Oppa…Semi dah 17 tahun,dah besar,boleh jaga diri,bye”Semi mematikan telefon.Mwahahaha.Kalau mama membebel,pasti Hansulah mangsanya.Kekekeke.Tak lupa juga mama dia tu pandai taekwando,mesti sedap kalau dapat tengok si Hansu kena belasah.Kekeke.

 

Amaran:jangan contohi karakter Semi dalam cerita ini

 

Semi menggeliat dan menguap.Dia melihat sekeliling.Rupanya dia sudah sampai di sungai Han.Dapat dilihat beberapa manusia sedang berjogging dan sebagainya.Senang cerita,buat hal sendiri.

 

“Semi??”

 

Semi berpaling kebelakang.Ah!Jera.Terus Semi berlari anak mendapatkan Jera yang duduk diatas bangku sambil tersenyum lebar.Lupa pula,kawan baik dia sejak kecil ini tinggal berdekatan sungai Han,tetapi sekarang susah nak jumpa memandangkan mereka tidak satu sekolah menengah tinggi.Tinggal pun,jauh-jauh.Dulu mereka sejiran.

 

“Jera-ah!wah..lama tak jumpa kau..”

 

“Ish..Semi…kita tak jumpa dua bulan aja kut”

 

“Erk??hehe..I miss You..baby bucuk”Semi buat-buat nak cium pipi Jera.

 

“Semi!janganlah macam ni”Jera menggoncang-goncang bahu si Semi yang tak ubah macam orang mabuk.

 

Semi mula membetulkan suis otaknya dan berdehem kecil.

 

“Semi,kenapa ..potong rambut ke??”

 

Semi terus memegang-megang kepalanya sambil tersengih seperti udang busuk.

 

“Taklah..ni rambut palsu”

 

Jera mengangguk.

 

“Jera..kau menangis ke??”

 

“Eh..mana ada”

 

“Habis tu??”Semi mengerutkan wajah.

 

“Baik kau jujur”Semi merenung tepat dua biji mata Jera yang seperti serba salah.

 

“Aku….kena buli”

 

“What??”

 

“Aku tak tahu nak buat macam mana…”

 

“Weh..bapak kau kan cikgu”

 

“Tapi papa aku mengajar dekat sekolah lain..ni sekolah perempuan saja”

 

Semi mengangguk-angguk.

 

“Diorang tu..macam..anak orang penting dalam pengurusan sekolah…aku takut nak report dekat cikgu”Jera menyeka air matanya manakala Semi tersenyum nakal.Sudah ada idea.

 

“Jangan risau darling…ak-

 

Tidak semena-mena,kolar jaket Semi ditarik dari belakang oleh seseorang dan pipinya ditumbuk.Waduh!tadi dia tumbuk orang,sekarang orang tumbuk dia,inikah karma?

 

“Ah!oppa!apa oppa buat ni??”Soal Jera dengan marah.

 

“Jera,apa Jera buat malam-malam dengan lelaki ni dekat tempat sunyi macam ni???”Soal lelaki yang tidak dapat dikenal pasti oleh Semi.Pandangannya berpinar-pinar sekali.

 

“Jom balik!”Terus Jera diheret pergi oleh lelaki tersebut.

 

“Aduih…sakitnya pipi aku…”Semi menggosok-gosok lembut pipinya.Bala..bala..

 

 


 

 

“Hah!kan oppa dah cakap!kan dah kena macam ni!nasib baik mama dengan papa duduk luar negara sekarang,kalau tak??RIP lah kau dekat sini!”Bebel Hansu bercampur marah.Semi nak menangis dibuatnya.Bukannya dirawat dengan kasih sayang,malahan kena marah pula.

 

“Manalah Semi tahu boleh jadi macam ni…Kot..mamat tu..awek Jera…wuuu salah faham kut”Semi menyentuh-nyentuh pipinya yang bengkak.

 

“Kepala hotak kau…kau ingat uncle Kai tu nak kasi Jera yang innocent tu ada balak??”

 

“Manalah aku tahu!!!woi!kau  pergi tonyoh pipi aku ni pehal hah!!kambing!!”

 

“Yuhu!!!~~is anybody hewre???”

 

Hansu dan Semi saling berpaling melihat suara tersebut.Ah!uncle Chanyeol!

 

“Ahhhh!!ghei!!!”Terus Chanyeol pengsan diatas lantai.Lupa pula,Chanyeol fobia pada gay.Lagi-lagi sewaktu muda-muda dahulu,dia sering melihat aksi kurang baik antara Suhan dan Kai yang turut melibatkan dirinya.Hansu ternganga.Mungkin uncle Chanyeol dah salah faham yang Semi ini lelaki dan..tidak ubah seperti gay.

 

“Alamak..oppa..uncle Chanyeol dah pengsan..wat tudu??”

 

Hansu mengangkat kedua-dua bahu.

 

“First..buang rambut busuk tu dulu supaya uncle tak pengsan untuk kali kedua.

 

Semi mengangguk-angguk pantas menanggalkan rambut palsunya yang bersinar tersebut dan mereka berdua meluru kearah uncle Chanyeol

 

 


 

 

So..macam mana first chapter?could you drop a comment?

AiSyah98

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 2: Sian channie fobia dgn ghei...hehehe.errr,teman sekatil?euww,3G betullah jongun.same cam jongin.ahaks.DAEBAK! Update soon ^^
miss_kyungie #2
Chapter 2: Hhahaha XD jongun jongun XD
JeonAra #3
Chapter 2: hahana xD sengal tol jongun ..kawan sekatil xD
sweetdimpless #4
Chapter 2: trase geli plak dgn jongun lol
winkypie
#5
Chapter 2: -,- apakah... Kawan 'sekatil' bijok mung ni jongun ooii.. -,-
Ayla_Qistina
#6
Chapter 2: haha.. jongun same je mcm jongin??? haha..
baehwililly
#7
Mmng jang !! Akk update lagi !! Semua ff akk best gilo xD ... Hahaha dah ketagih bce ff akk xD
aiyani
#8
Chapter 1: Hmm~ chapter pertama ni memang teramat JJANG & lawak! xD hohoho... xleh blah semi kena bebel ngan hansu.
woohyun98
#9
Chapter 1: update soon :)