07

I Hate You Love You (Hiatus)

A/N: Nenek tu ialah nenek Jungkook. Jadi faham-faham lah. ^^

-----------------------------------------------------------------------------

"Saya dah balik" kata Jungkook.

"Ah, cucu nenek. Apa dah jadi ni?" kata nenek sambil melihat-lihat muka Jungkook.

"Tak ada apa lah nenek. Kookie gaduh biasa-biasa je" kata Jungkook cuba untuk tidak merisaukan neneknya.

"Kookie, nenek dah jaga kamu dari kamu kecik lagi. Nenek tahu bila kamu bohong." Nenek berkata sambil memilih ubat untuk disapu ke muka Jungkook.

"Keluarga Jung kutip hutang dekat kita lagi ye?" tanya nenek.

"Tak. Kookie gaduh tadi" Jungkook menafikan kata-kata neneknya. Nenek menyapu ubat ke mukanya.

"Ah, pedihlah nenek." kata Jungkook merintih kepedihan.

"Sabar. Sikit je. Kookie kan kuat." puji nenek.

"Kookie memang kuat. Dah lah nenek, Kookie nak kena pergi kerja ni." .

"Kookie kan tak berapa sihat, minta lah cuti dekat manager Kookie" kata nenek.

"Tak apa lah nenek. Nenek kata Kookie kuat, jadi Kookie tengah kuat la ni. Kookie kena cari duit untuk bayar hutang diorang tu." Jungkook tersenyum. Nenek memeluk Jungkook dan berkata,

"Maafkan nenek sebab tak dapat jadi nenek yang baik. Nenek tak mampu nak jaga Kookie dengan baik. Nenek dah banyak susahkan Kookie sampai Kookie kena kerja sambilan untuk dapat duit."

"Tak ada lah nenek. Nenek tak pernah susahkan Kookie. Sebab nenek la Kookie masih boleh belajar di sekolah yang bagus. Kookie sayang nenek."

"Nenek pun sayangkan Kookie" kata nenek. Jungkook berjalan masuk ke dalam biliknya untuk menukar baju.

------------------------------------------------------------------------------

"Bye MinHa,KaEun. Jumpa esok." kata Areum. MinHa mengangguk kecil.

"Come on la. Cheer up MinHa." kata KaEun.

"Tak ada mood la." balas MinHa pendek.

"Ah, driver aku dah datang. Bye. " KaEun melambai kepada MinHa. MinHa hanya senyum. Kemudian, MinHa terus berjalan ke pokok yang dijanjikan dengan Suga. Kelihatan JinSeok ahjussi, iaitu pemandu mereka dah menunggu. MinHa masuk ke dalam kereta dan lihat Suga tak ada.

"Ingat dia dah ada, nasiblah. Kalau tak habislah aku kena 'ceramah' sebab lambat." kata MinHa di dalam hatinya.

Setelah menunggu selama 59 minit, Suga masih tidak datang.

"Aigoo~ Manalah dia ni. Aku dah penat la." kata MinHa.

"JinSeok ahjussi, saya pergi cari dia lah. Lambat sangat."

"Baiklah cik MinHa. Hati-hati ya."

Sebaik sahaja MinHa masuk ke dalam kawasan sekolah, dia ternampak Suga sedang berjalan dengan seorang perempuan. Dia mencekak pinggangnya dan berkata,

"Suga! Tak boleh jalan 'slow' lagi ke?" katanya dalam nada perli. Suga bersalaman dengan perempuan itu dan berlari ke arah MinHa.

"Oh, MinHa. Saya minta maaf, tadi ada study group sekejap." kata Suga.

"Sekejap?! Saya tunggu dengan JinSeok ahjussi depan pokok tu selama 59 minit tau tak?!" MinHa membeliakkan matanya. Mereka berjalan ke kereta mereka. MinHa ternampak perempuan yang jalan bersama Suga tadi, menjeling kepadanya tetapi dia tidak menghiraukannya.

-------------------------------------------------------------------------------

"Maafkan kami. Jungkook ada tak?" kata V. Dia dan J-Hope menunggu Jungkook di luar rumah. Nenek Jungkook membuka pintu,

"Sekejap ya, Kookie tengah makan tengahari. Kamu berdua pun marilah makan." pelawa nenek Jungkook.

"Jom" kata V. J-Hope menampar belakang V.

"Tak apa lah nenek. Kami dah banyak susahkan nenek. Lagipun kami tak lapar lagi. Kami tunggu di luar saja lah." kata J-Hope dengan sopan.

"Kejap. Nenek panggil Kookie." Nenek tersenyum.

"Alaa~ Hyung, lapar la. Kenapa tolak perlawaan nenek tu?" kata V yang selalu menjadi mangsa tamparan J-Hope.

"Kau ni, nenek dah banyak bantu kita tau tak?"

"Rumah yang kita duduk tu, kalau bukan nenek dia yang bagi sewa, aku rasa sekarang ni aku duduk dekat tepi jalan je tau tak." marah J-Hope.

"Yala, yala." kata V.

"Kau tu pun sama la. Kalau bukan pasal nenek Jungkook kasi kau tinggal dengan aku, kau mesti duduk dengan keluarga kau tu lagi tau tak." V mengangguk, setuju dengan apa yang dikatakan J-Hope.

"Woi, korang borak apa?" tanya Jungkook yang sedang memakai kasutnya.

"Tak ada apalah. Cepat, kalau lambat gaji kena potong." kata J-Hope.

"Jom!" kata V dan Jungkook serentak. Mereka kemudiannya ketawa.

--------------------------------------------------------------------------------

A/N: Terima kasih lagi sekali kepada siapa yang subscribe, upvote and comment. Saya kena hiatus seminggu, balik kampung. Ppyong~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuAh
Sorry, untuk typos chapter 9.. Nanti saya betulkan

Comments

You must be logged in to comment
lovethunder #1
Chapter 13: update soon
weloveexoforever #2
Chapter 13: Update soon
starlight_miss
#3
Chapter 13: Update soon.. Fighting!!!
woohyun98
#4
update soon :)
kimdeunghi #5
Chapter 13: Wah····· sweetnya! Update soon ya?
nadiaadleena #6
Chapter 12: Ahaha daebak la author-nim...
Yan_Yeol #7
Chapter 11: Haha xD Jungkook Bdk Kecik :p
Update Soon :*