06

I Hate You Love You (Hiatus)

"Jeon Jungkook~ Jeon Jungkook~ Dimanakah kau~" MinHa menyanyi sambil menaiki tangga ke bumbung sekolah. Sebaik dia buka sahaja pintu (bumbung sekolah) itu,

//DUSH//

"Tak guna betul kau ni!" jerkah seorang lelaki sambil menumbuk Jungkook.

"Hey! Berhenti! Apa yang korang buat ni?!" jerit MinHa kepada lelaki itu. Lelaki itu melepaskan Jungkook.

"Sweety, awak tak perlu la nak sibuk urusan kami." katanya. Aku melihat nametagnya tertulis 'Jung DaeHyun'.

"Dah la. Berhenti pukul dia." kata MinHa.

"Geng! Disebabkan sweety ni minta kita berhenti, kita berhenti. Dah, jom" kata DaeHyun. DaeHyun mendekatkan mukanya kepada MinHa.

"Kita akan bertemu lagi" DaeHyun melihat nametag MinHa,

"Jung MinHa." Daehyun senyum kepada MinHa dan berlalu dari situ. MinHa menerpa ke arah Jungkook yang cedera dan cuba untuk membantunya berdiri.

"Tak payah! Dah la, kau pergi la sana!" Jungkook menjeling MinHa dan mengesotkan badannya untuk bersandar di dinding.

"Tak apa lah. Aku cuma nak tolong. Apa salahnya?" MinHa cuba untuk membantu lagi tapi Jungkook menolaknya dengan kasar sehingga terjatuh.

"Apa masalah kau ni? Aku cuma nak tolong je. Tak faham betullah aku dengan kau ni." MinHa berlari meninggalkan Jungkook.

-------------------------------------------------------------------------------

MinHa POV

"Aku cuma nak tolong je, tu pun nak marah."

"Belagak betul dia tu, sakitnya hati aku ni"

"Dah lah tolak aku sampai jatuh, walaupun aku kasar still aku perempuan kan?"

"Huh (sigh), aku betul-betul tak faham dia tu"

--------------------------------------------------------------------------------

MinHa berjalan ke kelasnya,

"Lamanya awak ke tandas, cikgu pun dah keluar." kata KaEun.

"Urm." balas MinHa.

"Kenapa awak moody ni? Ada sesuatu berlaku ke dekat tandas?" tanya KaEun yang sedang risau.

"Tak." MinHa berjalan kearah V.

"Lebih baik awak beritahu saya, apa masalah Jungkook tu?" kata MinHa dalam nada kasar.

"A-Apa maksud awak?" tanya V. J-Hope datang untuk membantu V selepas terdengar pertanyaan MinHa.

"Kenapa dia tiba-tiba moody hari ni? Dia asyik nak marah orang je. Tadi saya jumpa dia dekat bumbung sekolah. Dia kena belasah dengan lelaki nama Jung DaeHyun. Apa hubungan Jungkook dengan DaeHyun tu?" tanya MinHa bertalu-talu. V mengalihkan pandangannya ke bawah setelah mendengar nama 'Jung DaeHyun'.

"Sabar la MinHa. Awak tak faham." kata J-Hope dengan tenang.

"Yala. Sebab saya tak faham, awak tolong la fahamkan saya." MinHa meninggikan sedikit suaranya. KaEun dan Areum turut join setelah terdengar MinHa meninggikan suaranya.

"Ya, sabar la. Nanti sa.." J-Hope tidak sempat habiskan ayatnya, V memotong,

"Dah la. Meh aku cerita semuanya!" V seperti sudah lama menahan sabarnya.

"Jung DaeHyun tu abang aku.Nenek Jungkook ada hutang dengan keluarga aku sebab keluarga dia miskin. Jadi abang aku ni ditugaskan untuk kutip hutang dari nenek dia tapi nenek dia belum cukup duit untuk membayar hutang dengan keluarga aku tu. Sebagai ganti, bila abang aku datang nak kutip hutang, kalau Jungkook tak dapat bayar, dia akan dibelasah teruk sampai la dia dapat bayar hutang tu." terang V sambil menunduk.

"Awak tak boleh nak terangkan ke kat keluarga awak keadaan Jungkook?" MinHa bertanya dengan nada perlahan.

"Aku... Dah tak ada kaitan dengan keluarga tu." kata V. Tiba-tiba Jungkook masuk ke dalam kelas dengan mukanya yang luka dan berdarah.

"Jungkook!!" J-Hope berlari ke arah Jungkook dan memapahnya ke tempat duduknya. MinHa hanya tertunduk kerana dia tahu Jungkook sedang memerhatikannya.

"Aku nak balik!" Jungkook menggalas begnya dan berjalan keluar kelas.

"Dia tu... Huh.. Tak taulah aku." kata J-Hope.

--------------------------------------------------------------------------------

Thanks kepada semua yang subscribes dan comments..

I LOVE YOU~~

Kalau boleh, comment la lagi..

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuAh
Sorry, untuk typos chapter 9.. Nanti saya betulkan

Comments

You must be logged in to comment
lovethunder #1
Chapter 13: update soon
weloveexoforever #2
Chapter 13: Update soon
starlight_miss
#3
Chapter 13: Update soon.. Fighting!!!
woohyun98
#4
update soon :)
kimdeunghi #5
Chapter 13: Wah····· sweetnya! Update soon ya?
nadiaadleena #6
Chapter 12: Ahaha daebak la author-nim...
Yan_Yeol #7
Chapter 11: Haha xD Jungkook Bdk Kecik :p
Update Soon :*