05

I Hate You Love You (Hiatus)

"Nah, makanan kau." MinHa memberi semangkuk ramyun kepada Jungkook.

"Wey, ni kan mangkuk kafeteria! Yang kau bawak ke sini apehal. Lagipun duit yang aku bagi tadi cukup untuk beli sebiji roti sosej je." Jungkook berpaling daripada bertentangan mata dengan MinHa.

"Tak apa. Pasal mangkuk tu, nanti aku hantar ok? Pasal duit tu, aku tambah." MinHa duduk di sebelah Jungkook.

"Kau selalu makan dekat sini ke? Kenapa tak makan kat kafe?" tanya MinHa.

"Kau tak payah sibuk la. Nah, ambil balik ramyun kau. Aku tak perlukan duit kau." balas Jungkook dengan kasar lalu meninggalkan MinHa keseorangan di situ.

"Eh, perempuan mana pulak yang duduk dekat port kita tu?" tanya J-Hope. V dan J-Hope berjalan mendekati MinHa.

"Ahh.. ekseukyujeu mi (Excuse me), awak ni sapa ye gadis cantik rupawan?" tanya V. MinHa mengalihkan mukanya.

"Oops.. MinHa rupanya, hehe.. sorry." V tersenyum malu.

"MinHa, ada nampak Jungkook tak? Selalunya dia tunggu sini." tanya J-Hope.

"Ada tapi dia dah pergi ke arah sana pastu hilang." MinHa menunjuk ke arah stor barang yang terletak berdekatan dengan mereka.

"Awak ada tanya soalan pelik-pelik ke kat dia?" J-Hope mengerutkan keningnya.

"Tak la pelik sangat. Saya cuma tanya dia, dia selalu makan dekat sini ke dengan pasal duit. Dia suruh saya belikan makanan untuk dia tapi duit yang dia bagi sikit sangat. So,saya tambahkan la duit dan belikan dia ramyun. Kenapa dia marah sangat?" tanya MinHa.

"Ohh.. Tu sebab di....." belum sempat V menghabiskan ayatnya, J-Hope menutup mulut V.

"Takde apa-apa. Awak makan lah ye MinHa. Bye." kata J-Hope sambil mengheret V pergi dari situ.

 

Sambil V dan J-Hope merayau mencari rakan mereka Jeon Jungkook,

//SLAP//

"Ahh.. Hyung~ sakitlah!! Apehal tiba-tiba ja tampar kepala aku ni." kata V sambil menggosok belakang kepalanya.

"Kau la, hampir ja nak cakap pasal hal tu dekat MinHa. MinHa tu dah la budak baru, mana boleh dia tau hal Jungkook tu. Kau tau kan Jungkook tak suka. Cari pasal jela budak ni." bebel J-Hope

"Yela, yela.. I'm sorry" kata V dengan rasa bersalah.

"Dah! Berhenti la cakap engrishh kau tu. Semak la otak aku." marah J-Hope.

"Ok."

 

MinHa berjalan pulang ke kelasnya selepas tamat waktu rehat,

"Awak pergi mana tadi? Lepas beli makanan je terus lesap entah ke mana." tanya KaEun.

"Tak, saya pergi makan dekat tempat lain tadi."

"Dengan siapa?"

"Ermm.. Sorang la" jawab MinHa. MinHa menjeling ke arah tempat Jungkook dan melihat Jungkook tiada di tempatnya.

 

Cikgu LeeTeuk iaitu cikgu subjek Sejarah masuk ke kelas.

"Baiklah, murid-murid duduk tempat kamu." kata cikgu LeeTeuk dengan lembutnya.

[Bzz..Bzz]

Telefon bimbit MinHa bergetar.

From: Areum

To: MinHa

Subject: Cikgu LeeTeuk

Note: MinHa tu la cikgu LeeTeuk! Handsome kan dia?! Arghh!

 

MinHa melihat Areum yang duduk beberapa buah meja jauh dari tempat duduknya. Areum sedang tersengih-sengih kepadanya.

MinHa malas hendak melayan rakannya itu kerana dia sedang terfikir tentang Jungkook yang masih belum masuk ke dalam kelas. Dia pun merancang sesuatu untuk keluar dari kelas. MinHa mengangkat tangannya dan berkata,

"Cikgu! Perut saya sakit. Boleh tak kalau saya nak ke tandas?"

"Pergilah cepat. Jangan biar perut awak sakit lama-lama, tak baik." kata cikgu LeeTeuk dengan kegentlemanannya.

MinHa merayau-rayau di sekitar blok sekolah, tetapi tidak jumpa.

----------------------------------------------------------------

MinHa POV

"Mana dia ni?"

"Siapa la nak culik dia? Rasa bersalah la pulak cakap kat dia macam tu tadi."

"Walaupun aku tak tahu apa salah aku."

"Salah ke aku cakap macam tu? Pelik la"

-----------------------------------------------------------------

Jadi dia bercadang untuk mencari di bumbung sekolah,

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuAh
Sorry, untuk typos chapter 9.. Nanti saya betulkan

Comments

You must be logged in to comment
lovethunder #1
Chapter 13: update soon
weloveexoforever #2
Chapter 13: Update soon
starlight_miss
#3
Chapter 13: Update soon.. Fighting!!!
woohyun98
#4
update soon :)
kimdeunghi #5
Chapter 13: Wah····· sweetnya! Update soon ya?
nadiaadleena #6
Chapter 12: Ahaha daebak la author-nim...
Yan_Yeol #7
Chapter 11: Haha xD Jungkook Bdk Kecik :p
Update Soon :*