11

I Hate You Love You (Hiatus)

"Sapa Suga?" tanya Jungkook sambil mendekatkan mukanya kepada MinHa. MinHa mengalihkan pandangannya.

"Tak ada sapalah. Sibuk!" kata MinHa. Jungkook mencebik.

-------------------------------------

Semasa MinHa berjalan ke pokok 'menunggu', bukannya pokok berpenunggu, ada seorang perempuan menahannya,

"Hey, aku selalu nampak kau balik dengan Suga. Apa hubungan kau dengan dia?!" tanya perempuan itu dengan kasar.

"Maaflah wahai perempuan yang bernama.." MinHa melihat nametagnya.

"Park Jiyeon-ssi, kalau nak tegur orang tu, lain kali perkenalkanlah diri tu dulu." perli MinHa.

"Aku tak kisah. Aku just tanya apa hubungan kau dengan Suga! Jawablah!" Jiyeon menjerkah.

"Kalau aku kata aku yeoja chingu dia, apa yang kau nak buat?" MinHa mengangkat keningnya.

"Penipu! Dia baru je cakap dengan aku yang dia tak ada yeoja chingu. Dia kata aku orang first." kata Jiyeon.

"Jadi, kenapa kau tanya pasal hubungan aku dengan dia? Kau risau yang dia tipu kau?" tanya MinHa.

"Ur..urghh.. Sudah lah! " Jiyeon menolak MinHa hingga tersungkur lalu meninggalkannya sendirian.

"Awak tak apa-apa, sweety?" kata Daehyun sambil menghulurkan tangannya kepada MinHa. MinHa mengangkat mukanya dan menyambut huluran Daehyun itu.

"Tak guna punya perempuan. Nak je aku lempang dia." kata MinHa sambil mengibas-ngibas skirtnya yang kotor. Daehyun tersenyum.

"Dia memang macam tu." balas Daehyun.

"Oh, terima kasih sebab tolong. Saya nak kena pergi." MinHa berjalan pergi. Daehyun hanya memandang susuk tubuh MinHa berlalu pergi.

"Aku akan dapatkan kau, Jung MinHa" kata Daehyun perlahan.

----------------------------------------

Keesokannya di sekolah,

"Koang tahu tak sapa Park Jiyeon, kelas 3-A1?" tanya MinHA kepada KaEun dan Areum.

"Tahu, tahu" jawab mereka serentak.

"Oh, dia tu orang yang macam mana eh?" tanya MInHa.

"Dia tu playgirls sekolah. Banyak lelaki yang  nak dia, tapi dia pilih yang kaya je. Mata duitan sikit dia tu. " kata Areum.

"Oh.." MinHa mengangguk.

"Kenapa kau tanya?" tanya KaEun.

"Abang aku, Suga, couple dengan dia. Aku rasa macam nak siasat dia lah. Aku tak boleh biarkan dia sakitkan abang aku." kata MinHa.

"Oh, dia dah couple dengan Suga sunbaenim? Ish, ish, ish.. Bahaya tu. Cakap pasal spy orang, kami sedia membantu!" kata KaEun bersemangat diikuti 'thumbs up' Areum.

"Haha. Oklah. Bila aku perlukan perkhidmatan korang, aku call" MinHa ketawa kecil melihat gelagat rakan-rakannya.

-----------------------------------------

Cikgu Leeteuk iaitu cikgu Sejarah tidak hadir ke sekolah. Jadi, MinHa, V dan J-Hope membuat 'group chat' di tempat V. KaEun dan Areum pula ada meeting pasukan sorak.

"Jungkook, marilah join kami" panggil V.

"Tak nak lah. Daripada aku gossip dengan korang, baik aku main game. Tambah-tambah ada mak cik yang suka 'curse' orang tu." kata Jungkook sambil menekan-nekan skrin telefonnya. MinHa mengepal-ngepal buku limanya.

"Ok. Tak nak sudah" kata V. Mereka pun memulakan perbualan mereka.

"MinHa-yah, sebenarnya saya nak tanya pendapat awak." kata J-Hope.

"Tentang?"

"Tentang cinta. Awak pernah bercinta?" tanya J-Hope lagi.

"Urm.. Pernah la sekali dulu. Tapi cinta kanak-kanak."kata MinHa.

 

Dari jauh Jungkook mendengar apa yang mereka bualkan,

 

"Wey, mak cik!! Siapa la jantan malang yang bercinta dengan kau! Haha " Jungkook ketawa berdekah-dekah. Muka MinHa merah selepas mendengar apa yang dikatakan Jungkook.

"Tak guna Jeon Jungkook!!"

MinHa berjalan ke arah Jungkook dengan gaya ingin menumbuknya. Jungkook berlari dan berdiri di tepi meja V. Tetapi kaki MinHa tersangkut di kerusi dan dia terjatuh ke atas Jungkook.

Mata mereka bertembung,

Hidung mereka bertemu,

Bibir mereka lagi seinci ingin bersentuh.

MinHa cepat-cepat bangun dan balik ke tempatnya. MinHa berasa sangat malu kerana ramai orang yang menonton kejadian itu. Jungkook mendekati MinHa,

"Kau....... cuba nak 'kiss' aku ya?" tanya Jungkook sambil tersenyum nakal.

"Kau boleh senyum lagi?! Perasan!!" MinHa menumbuk bahu Jungkook dan berlari keluar dari kelas.

-----------------------------------------

A/N:Urmm.. Nothing to say -.-   Thanks to readers, subscribers, commentaters and upvoters.. ^^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuAh
Sorry, untuk typos chapter 9.. Nanti saya betulkan

Comments

You must be logged in to comment
lovethunder #1
Chapter 13: update soon
weloveexoforever #2
Chapter 13: Update soon
starlight_miss
#3
Chapter 13: Update soon.. Fighting!!!
woohyun98
#4
update soon :)
kimdeunghi #5
Chapter 13: Wah····· sweetnya! Update soon ya?
nadiaadleena #6
Chapter 12: Ahaha daebak la author-nim...
Yan_Yeol #7
Chapter 11: Haha xD Jungkook Bdk Kecik :p
Update Soon :*