bab 3

aku suka kamu (epilog)

Donghae berehat sebentar bagi melepaskan lelah setelah mereka pulang dari konsert di Chichago. Ketika itu dia berada di dalam sebuah bilik hotel yang ditempah khas untuk ahli super junior menginap. Dia mengintai dari tingkap biliknya ke bawah lalu memberi flying kiss pada peminat suju yang setia menunggu mereka di perkarangan hotel. Sempat dia merakam aksi mereka lalu menguploadnya ke dalam instagram miliknya. Kemudian dia memberi link itu di akaun twitternya. Dia tahu, Umaira akan melihat semua itu.

 

Dia mahu Umaira faham akan kerjayanya. Nampaknya seperti tiada masalah setakat ini. Agak mengagumkan setelah hampir enam bulan mereka bercinta, Umaira masih mampu mengawal perasaan cemburunya. Hubungan mereka tiada masalah sangat kecuali sedikit perselisihan dan pertengkaran yang tidak berlarutan lama. Paling lama mereka bergaduh pun, dua hari kemudian pasti akan ada salah seorang daripada mereka berdua yang meminta maaf ataupun memulakan bicara. Selepas itu, mereka akan meneruskan hubungan mereka seperti tiada apa apa yang berlaku.

 

Donghae sangat mengerti akan perasaan Umaira yang terluka setiap kali gosip mengenainya dengan mana mana artis wanita keluar. Umaira kadang kadang akan menunjukkan perasaannya secara tidak langsung. Walau apa pun, Umaira tetap seorang wanita yang tidak lari daripada perasaan cemburu. Dia sendiri tidak boleh lihat kalau ada mana mana lelaki lain cuba mendekati yojanya. Oleh itu, dia seringkali berhati hati dalam setiap kelakuannya. Setiap kali di depan peminat, dia akan mengawal tingkah lakunya dengan artis wanita agar beritanya tidak tersebar ke telinga gadis kesayangannya.

 

Dia rindu pada Umaira. Rindu sangat untuk mendengar suara manja gadis itu. Rindu juga cara Umaira melayan dia bermanja. Seperti seorang ibu, Umaira akan mendengar segala rungutan, masalah dan rengekannya lalu memberi kata kata yang sering dirasakan betul untuk situasi yang dialaminya ketika itu. Dia juga suka ketika Umaira becakap meluahkan segala isi hatinya pada dirinya. Terasa dirinya begitu penting bagi Umaira. Dia sudah membayangkan bagaimana reaksi Umaira ketika dia memberi kejutan pada Umaira nanti.

 

"yoroebon,phab mokja!" suara manager mereka memecah khayalan panjang Donghae.

 

Seperti piranha kelaparan, cepat sahaja mereka melahap semua makanan yang dibawa manager. Nampak sangat mereka kelaparan. Kemudian mereka beramai ramai akan minum bersama sehingga tidak sedarkan diri. Mahu melupakan kepenatan jelajah mereka kali ini yang agak mencabar kerana sepanjang empat hari berturut turut mereka bekerja tidak berhenti. Kali ini jadual mereka kosong untuk tiga hari di sana sebelum kembali ke New York untuk jelajah yang seterusnya.

 

Keesokan  harinya Kyuhyun, Donghae, Eunhyuk dan Ryeowook berjalan jalan mengambil angin di sekitar jalan di bandar Chicago. Mereka yang lain lebih suka tidur atau lepak di bilik. Mungkin juga mereka akan keluar petang atau malam nanti. Donghae lebih suka berjalan jalan mengambil angin menenangkan minda. Eunhyuk dan Kyuhyun pula lebih suka membeli belah dan membeli sedikit cenderahati tanda mereka di sana. Manakala Ryeowook tidak habis habis mengambil selca dan gambar mereka di sana. Katanya mahu ditunjukkan pada peminatnya. Yelah, Wook shi..

 

Lewat petang mereka sampai ke bilik. Donghae hanya membeli beberapa barang sahaja. Dia memang tidak suka dan tidak pandai membeli belah, lagi pula dia jenis pelupa. Dia hanya membeli sedikit cenderahati untuk Umaira dan keluarganya di kampung. Biliknya di kongsi bersama Sungmin. Sungmin kelihatan sedang asyik menonton filem ketika dia masuk ke bilik mereka. Ditanya bila mahu keluar, jawabnya malam nanti mereka akan ke kelab malam. Sungmin mengajak Donghae sekali. Biasanya Donghae akan menjadi tukang memeriahkan suasana di sana. Tapi disebabkan keletihan kerana menjelajah hampir seluruh kota Chichago, dia menolak. Mungkin malam esok.

 

Malam itu Donghae keseorangan di bilik. Matanya tidak mengantuk walaupun jam sudah melepasi lewat malam. Perbezaan waktu antara Chichago dan Korea membuatkan badanya tidak bersedia. Jadi dia masih tidak dapat tidur kerana di Korea sekarang waktu masih lagi siang. Petang tadi dia melihat keindahan musim luruh dari biliknya. Indah sekali. Alangkah bagusnya jika dia dapat menikmati pemandangan musim luruh itu bersama Umaira. Mereka jarang dapat berjumpa kerana kesibukan jadualnya. Selama Umaira di Korea, tidak pernah sekali pun mereka berdua menyambut hari pertama musim bersama. Hatinya terasa rindu. Lantas, tangannya mencapai telefon lalu didailnya nombor seseorang

 

Dia bercakap selama hampir sejam dengan Umaira. Terlepas juga rindunya ada gadis itu walalupun dia tahu bil telefonnya akan melambung tinggi selepas ini. Umaira memintanya berjanji supaya tidak memandang gadis lain kecuali peminatnya sendiri. Dia tersedak ketika itu. Nasib baiklah dia tidak ikut mereka ke kelab malam. Bukanlah dia takut pada kekasihnya. Tapi Umaira sudah banyak berkorban perasaan untuknya. Rasanya tidak salah untuknya menghargai Umaira dengan cara itu. Lagipun mata dan hatinya hanya pada Umaira. Hanya gadis itu yang mampu menggetarkan hatinya sekarang.

 

Donghae akhirnya menghabiskan masanya malam itu dengan membuat lagu dan menghafal skrip yang bakal dilakonkan sebaik sahaja pulang ke Seoul nanti. Bila bangun pagi dia melihat katil sebelahnya kosong. Maknanya semalam Sungmin tidur dengan gadis la tu. Dia bangkit lalu mengajak Eunhyuk yang susah untuk bangun menemaninya berjogging di taman riadah berdekatan hotel tempat mereka menginap. Kemudian dia snap sekeping gambarnya lalu dihantar pada sang kekasih hati yang jauh di Daejon sana.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet