bab 1

aku suka kamu (epilog)

 

Umaira berjalan pantas. Dia sebenarnya sudah terlambat. Hari ini kelas pertama untuk semester terakhirnya. Lepas ini insyaAllah dia akan bergelar graduan dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

 

"Maaf kerana terlambat." dia menundukkan badan 45 darjah kepada pensyarahnya lalu duduk di tempatnya.

 

Nasib baik pensyarahnya tidak berkata apa apa. Kalau tidak malu juga dia. Dia menyumpah diri sendiri kerana terlambat bangun pagi. Semua gara gara sampai ke rumah menjelang subuh. Semalam dia terlepas menaiki tren KTX kerana kekasihnya susah betul melepaskan dia. Aduh, geram betul. Dari jauh dia perasan Yong melambai tangan lalu dibalasnya dengan senyuman lebar. Lama tidak berjumpa Yong. Rindu pula untuk belajar instrumen dengannya. Lepas ini pasti dia akan mencari Yong. Mahu selesaikan pembelajarannya yang tertangguh beberapa bulan. Dia menggaru tangannya yang terasa gatal tiba tiba.

 

Usai kelas pagi itu, Umaira memeriksa telefonnya. Ada mesej dari Donghae. Sambil membalas mesej dia tersenyum mengingati peristiwa malam tadi. Kelakar pun ada rasanya. Dia tiba ke Incheon International Airport dari Malaysia kira kira sepuluh malam semalam setelah dua minggu bercuti selepas menghabiskan praktikalnya di Seoul. Ketika dia membeli tiket KTX untuk pulang ke Daejon, mesej Donghae memintanya agar mereka berjumpa. Rindulah konon kononnya. Padahal mereka baru sahaja video mesej beberapa hari lepas. Malah dua minggu yang lepas juga mereka ada berjumpa sebelum dia pulang ke kampung.

 

Sudahnya, Umaira ketinggalan tren kerana melayan karenah Donghae. Macam macam alasan yang diberi supaya Umaira tidak pulang ke Daejon. Berjam jam mereka menghabiskan masa berbual bersama hingga Umaira betul betul meminta Donghae untuk benarkannya pulang kerana dia mempunyai kelas seawal 8 pagi. Dia juga sebolehnya tidak mahu meninggalkan Donghae sebegitu sahaja. Bukannya senang mahu dapat peluang untuk berjumpa dengan idol terkenal tu.dia begitu maklum dengan jadual padat kekasihnya. Sekarang pula Donghae sedang berlakon. Lagila sukar masa yang diperuntukkan untuk mereka berdua.

 

"Mai Ra!! Tunggu..khacil khale!"

 

Umaira berpaling bila mendengar suara memanggilnya,

 

"Yong ah..!" dia melambai sekali dan menunggu Yong datang padanya

 

"laju nya orang tu jalan. Penat aku panggil kau dari jauh tau." termengah mengah Yong di sebelah Umaira.

 

Umaira tergelak. "miannhei, aku memang bab bab keluar kelas awal aku masih juara bertahan. Haha"

 

Yong ikut sama tergelak. "weh, macam mana music lesson kau? Nak sambung lagi atau biarkan je tergantung macam tu?"

 

"mestilah nak sambung. Aku nak habiskan semua key yang belum lagi aku belajar. Bila lagi aku nak dapat sasangnim yang kacak, baik, percuma lagi tu. " Umaira tersenyum. Nasib baik Yong ada sebut tentang itu. Dia segan sebenarnya.

 

"macam ada apa apa je ni puji aku? By the way, sasangnim? Haha..kau orang pertama panggil aku macam tu"

 

"macam tahu tahu je. Hehe..aku lapar la. Pagi tadi tak sempat sarapan. Aku baru je sampai bilik lepas tu terus tertidur. Kopi jom? Kau belanja. " Sengaja Umaira mempercepatkan langkahnya ke kafetaria.

 

"yelah kau ni bab membodek nombor satu. Weh, tunggu aku. Laju betul minah ni" dia berlari anak mengejar Umaira yang semakin jauh ke depan. Bagi Umaira perut yang lapar perlu diisi dengan segera tidak kiralah siapa yang membayarnya

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet