bab 2

aku suka kamu (epilog)

Umaira menekan kata kunci untuk masuk ke rumah sewanya. Gelap. Nampaknya housematenya belum pulang lagi. Sebelum masuk ke bilik, dia sengaja melalui bilik Sarah. Cuba membukanya tapi malang, berkunci. Nampaknya sudah ada penyewa baru. Sarah sudah pulang ke Singapura setelah menghabiskan pelajarannya di KIST. Mereka hanya sempat bersama selama lebih kurang 6 bulan sahaja. Hanya Sarah penemannya di Daejon. Rindu betul dengan gadis bermata galak itu. Dengar khabar Sarah kini melanjutkan pelajaran ke UK. Tempat bapanya. Baguslah. Dia pula masih lagi berhempas pulas cuba menghabiskan degreenya.

 

Umaira masuk ke biliknya. Dia meletakkan fail mengenai pemindahannya ke Korea di atas meja. Akhirnya Umaira berjaya memindahkan jam kredit dari UPM ke KIST tanpa penalti. Dia akan menghabiskan degreenya di sini. Alasan diberi kepada keluarga di kampung dan juga pensyarah, dia mahu meneruskan projek akhir tahunnya dengan bimbingan pakar di sini. Nasibnya baik kerana biasiswanya disambung oleh KIST kerana pencapaian yang cemerlang dalam akademik. Tapi alasan yang terbesar adalah dia tidak mahu berpisah dengan Donghae. Tu je sebenarnya. Dia tahu bila sahaja dia pulang ke Malaysia mereka pasti sukar untuk bertemu lagi. Dalam korea pun susah, mana kan pula bila mereka duduk berjauhan nanti.

 

Semasa praktikal, dia sengaja memilih Seoul dengan alasan mahu berdekatan dengan buah hati tersayang. Dia lupa, Donghae idol Korea. Sepanjang tiga bulan di di Seoul boleh dikira dengan jari berapa kali mereka berjumpa berdua. Selebihnya hanya bercakap di telefon dan bermesej. Mereka terlalu sibuk dengan urusan masing masing. Bahasa Hangulnya makin baik sekarang. Dia sudah boleh bercakap dengan fasih. Membaca dan menulis dalam Hangul juga tiada masalah baginya. Masalahnya Cuma untuk mencari makanan halal di Seoul. Mahal dan agak susah. Kebanyakan pelajar Malaysia tinggal di Itaewon atau Gwangjong. Tempat terdekat dengan Seoul hanyalah Itaewon tapi mahu makan masa juga untuk ke sana. Sudahnya, dia memasak sendiri dan kalaupun malas sangat, dia mencari sahaja restoran vegetarian atau restoran arab di sana.

 

Dia menghantar mesej pada Whatsapp Donghae. Tapi tiada balasan. Nampaknya kekasihnya belum habis jadualnya hari ini. Terus dia menelefon keluarganya memberitahu mereka bahawa dia sudah selamat sampai di tempat belajarnya. Selalunya setiap minggu dia akan menelefon keluarganya bertanyakan khabar. Tidak puas rasanya menghabiskan cuti bersama keluarga yang tersayang. Hari raya aidilfitri yang lepas dia buat pertama kalinya merayakan seorang diri di bumi empat musim ini. Okey, tipu sebenarnya. Dia beraya dengan Donghae. Bukanlah sengaja tidak mahu pulang ke Malaysia tapi ketika itu dia sedang praktikal dan majikannya tidak membenarkannya mengambil cuti sesuka hati. Sudahnya, dengan linangan air mata dia beraya di sini. Mujurlah ada Donghae yang memahami dan mengambil keputusan untuk menemaninya sepanjang hari walaupun dia tahu lelaki iu teramat sibuk dengan jadualnya.

 

Dia tiada kawan Malaysia di sini. Dia mengembara seorang diri di bumi Korea. Oleh itu dia perlu berdikari sendiri. Dia memanfaatkan sepenuh masa lapang yang ada untuk mengenali budaya dan tempat di Korea bersama Sarah. Dari situ dia pelajari banyak perkara untuk meneruskan kehidupannya di sini. Itu di Daejeon. Ketika di Seoul pula Donghae biasanya akan menunjukkan restoran yang vegetarian ataupun restoran halal yang dimiliki orang Arab. Walaupun mereka jarang makan bersama tetapi dengan pertolongan Donghae, Umaira lebih senang dan selesa.

 

Agak lama mengelamun, Umaira tertidur. Dia hanya tersedar untuk solat Subuh dan ketika itu baru dia menyedari mesej Donghae. Ada juga panggilan yang tidak berjawab dari lelaki itu. Tidur mati, mana nak sedar semua tu. Setelah solat subuh dia menelefon Donghae kembali.

 

"yoboseyo..mianata oppa. Semalam saya tertidur. "

 

"gwenchana baby. Ni sayang baru bangun ke?" kedengaran suara Donghae seperti baru bangun tidur

 

"tak lah, saya dah siap mandi dah. Haha.. Lepas ni ada kelas pagi. Nak siapkan document untuk sambung kat sini."

 

"okay..baby, nomo bogoshipo" Donghae buat suara manja sengaja mendera perasaan Umaira

 

"hmm..nado.." Umaira menjawab malu. Sampai sekarang dia masih malu dengan Donghae walaupun sudah lima bulan mereka bersama. Donghae tahu tetang itu. Seronok betul dia mengusik dirinya. Haish..

 

"banyak ke barang sayang nak kemaskan? Nak oppa datang tolong?"  Donghae cuba menawarkan diri. Cuba mencari setiap peluang yang ada untuk mereka berjumpa

 

"gwenchana oppa. Im okay. Bukan banyak sangat pun barang nak dikemaskan."

 

 Umaira menolak sopan. Bukannya apa, dia kasihankan teman lelakinya. Jika dia setuju, pasti Donghae akan terus datang kalau ada peluang. Dia mahu Donghae berehat kalau ada masa terluang. Donghae makin kurus sekarang. Matanya juga makin lesu semalam.

 

"jagiya, dua minggu akan datang oppa sibuk sangat. Petang nanti oppa akan pergi UK, Swiss, France buat world tour, lepas tu sambung shooting. Dalam tiga minggu akan datang baru free sikit. Mungkin lepas ni susah kita nak berhubung. Kalau oppa tak balas mesej atau tak telefon jangan merajuk ye?" Donghae risaukan Umaira. Bukan risau rajuk atau marah Umaira tapi lebih pada risaukan keselamatan diri gadis itu sepanjang dia tiada. Pasti Umaira akan kesunyian. Dia tahu Umaira tidak punya teman di sana.

 

"hmm..lamanya kali ni oppa takde." Umaira sudah membayangkan hari harinya tanpa sebarang panggilan atau mesej Donghae. Rindunya!

 

"oppa janji nanti balik je kita jumpa okey? Oppa ada kejutan buat Umaira. Sebelum tu janji dengan oppa. Jaga diri baik baik. Carilah kawan buat teman. Jangan duduk sorang je. Nanti sayang cepat sunyi"

 

"Maira janji. Oppa cepat cepat siapkan kerja tau. Jangan lupa jaga kesihatan. Tak nak la jatuh sakit macam hari tu. Kesian tau peminat oppa nanti."

 

"baiklah sayangku. Jangan rapat sangat dengan lelaki lain." sempat lagi Donghae meluahkan rasa cemburu.

 

Umaira tergelak. "oppa pun. Nanti kat konsert mesti lagi lebih pada saya. Boleh pulak"

 

"oppa lain sayang. Ni kerja."

 

"oppa janganlah seksi sangat. Nanti ramai peminat berdarah hidung. Macam saya." rajuk Umaira

 

"hahaha… oppa buka baju je bagi orang lain tengok. Lain lain Maira punya. Oppa janji." dia perlu fahamkan Umaira tentang kerjanya yang kadang kala menuntut dia melakukan begitu.

 

Umaira tiada pilihan lain kecuali mengalah. Itu harga yang perlu dibayarnya untuk bercinta dengan idol terkenal. Sudahlah dia perlu merelakan sahaja tangan teman lelakinya dipegang dan dicium sesuka hati oleh peminat. Dia sendiri tidak pernah menyentuh Donghae. Haih, nampaknya peminat lagi beruntung darinya. Dia sendiri pun tidak dapat menahan hati bila lihat Lee Donghae beraksi. Manakan pula dengan peminat fanatik yang lain. Memirkan tentang itu dia jadi rungsing. Walaupun sudah banyak kali dia cuba menasihati dirinya agar bersabar dan menerima semua itu tapi kadang kadang hati wanitanya sukar untuk menghalau perasaan cemburu yang bertandang

 

"Maira…" Donghae cuba memanggil Umaira yang termenung. Dia tahu teman wanitanya susah hati

 

"ohh.." perlahan sahaja suara Umaira menyahut

 

"sayang, dengar sini. Oppa pergi nanti atas kerja. Kalaulah oppa nak cari perempuan lain, oppa tak akan pilih sayang untuk sentiasa ada dengan oppa. Oppa boleh pilih banyak perempuan lain instead of sentiasa bersama sayang. Tapi oppa nampak sayang antara berjuta peminat sebab oppa tahu, sayang ada kelebihan sendiri yang oppa tak nampak pada peminat lain. Sayang kena percayakan oppa. Tu je oppa minta. Kasihan peminat yang lain, mereka bersungguh menyokong oppa. Kalau oppa buat tak layan je, macam mana?" 

 

Perlahan lahan Donghae menjelaskan situasinya pada Umaira. Dia memujuk gadis itu dengan penuh kasih sayang. Dia tahu, Umaira bukan artis. Jadi dia masih tidak biasa. Diatak marah langsung. Dia sendri pun cemburu kalau lihat Umaira rapat dengan lelaki lain. Adillah kiranya Umaira juga merasakan hal yang sama.

 

Pada masa yang sama Umaira sudah mencair mendengar pujukan Donghae. Dia tahu dia perlu belajar erti kesabaran, percaya dan tolak ansur jika mahu hubungan mereka terus kukuh. Bukan kekasihnya pergi untuk curang padanya

 

"okey oppa.." suara Umaira mula ceria

 

"that's my girl. Okeyla sayang. Pergi kelas. Oppa nak bangun ni."

 

"okey oppa. Saranghae."

 

"nado saranghae."

 

Panggilan ditamatkan. Dia tersenyum riang. Seperti mendapat suntikan vitamin, dia menjadi bersemangat untuk meneruskan segala jadualnya hari itu. Sebelum menyimpan kembali I phone nya ke dalam beg, dia sempat menilik gambar Donghae yang menjadi wallpaper telefonnya lalu mencium skrin itu. "oppa, fighting!"

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet