The Truth..

♬conservation between soul and body♬

 

Gongchan seperti biasa menaiki basikal untuk ke sekolahnya tetapi hari ini sangat pelik apabila semasa dia berhenti untuk membeli barang, dia terlihat kelibat Ken. Ianya sangat pelik kerana sekolah Ken agak jauh dari sekolahnya dan biasanya Ken akan menaiki keretanya untuk kesekolah.

untuk mendapat kepastian, Chan pun mengikutinya dan seperti yang dijangka. Ianya memang Ken. Chan terus mengikutinya untuk mengetahui apa tujuan Ken datang ke tempatnya. 

30 minit kemudian..

Ken berhenti di sebuah hospital. Chan sangat hairan dan memberhentikan basikalnya dan terus mengikut Ken dengan berhati-hati. Selepas itu,Chan menergah Ken. Ken terkejut dengan kehadiran Chan dan masa itu Ken rasa dia patut beritahu seseorang tentang keadaannya dan dia memilih Chan kerana kebetulan dia sudah berada di situ ada supaya ada yang dapat menolongnya.

" Apa semua ni Ken?" Gongchan bertanya memandang Ken dengan matanya serius.

Ken menarik tangan Chan dan membawanya masuk kedalam bilik yang didalamnya ada seorang doktor.

"Chan,inilah anak pak cik Lee." Ken memperkenalkan Chan kepada doktor itu

"oh hye.. saya Chan" Chan memperkenalkan diri.

"awak kenal bapa saya ke? saya Dr. Lee Dong Wook" Doktor itu pun memberitahu namanya.

"hah hyung, macam mana keputusannya?"Ken bertanya tentang keputusan hasil pemeriksaannya

"keputusan apa ni? janganlah takutkan aku" Chan bersa hairan

"Chan, walau apa pun keputusannya nanti, kau kena tolong aku rahsiakannya" Ken mejawab

Doktor Lee pun memberitahu hasilnya dengan riak  muka yang sayu

"saya tak sampai hati nak beritahu hasilnya tapi saya kena juga untuk kebaikan Ken. Keputusannya adalah seperti yang saya jangkakan. Ken, awak menghidap barah otak tahap 4. Inilah yang membuatkan Ken selalu pening kepala. Saya rasa ini adalah benda baru yang perlu awak tempuhi Ken"

Ken menarik nafas perlahan-lahan dan membiarkan air matanya jatuh tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.Dia memandang doktor dan mengagguk menandakan dia faham segalanya yang diberitahu Dr. Lee sebentar tadi.

"Dah tiada cara lain lagi kan doktor untuk merawatnya?" Ken bertanya dengan nada yang halus

Dr Lee bangun dan mengusap belakang Ken supaya bertenang dan berkata "saya harap masih ada lagi cara yang boleh kita lakukan. Saya takut saya akan memberi harapan yang tak pasti kepada awak. Dengan berada di sini buat jangka masa ini, saya harap saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi semangat kepada awak. aya juga harap awak akan jadi lelaki yang sihat seperti rakan-rakan awak yang lain. Tapi, saya bukannya tuhan yang boleh menghidup dan mematikan orang."

sepanjang penjelasan itu, air mata Chan berguguran kerana tak sangka Ken akan mendapat dugaan yang begitu besar dalam hidupnya. Dia berasa menyesal kerana menyangka dia adalah anak muda yang paling sempurna tapi kenyataannya dia adalah anak muda yang harus memikul beban yang sangat besar. 

Chan bertanya "Ken, cakap dengan aku yang ini semua tidak benar? kau sihat kan? tak mungkin orang yang sakit boleh menjadi seorang penari yang hebat, seorang ketua pasukan bola sepak yang sangat dikagumi. Tak mungkin kan?" 

Chan berharap yang kenyataan itu adalah satu kesalahan. Tapi, itu semua adalah kenyataan.

"Chan, kau tak dengar ke apa yang doktor cakap tadi. Kan aku dah kata, walau apa pun keputusannya, kita kena terima. Kalau kau kehilangan aku, kau masih ada Hyun dengan L kan" Ken cuba untuk menenangkan kawan baiknya itu

.

Ken menyambung " doktor, macam mana kalau saya membiarkannya sahaja"

"apa maksud kau" Chan bertanya

"saya tak nak mengambil apa-apa prosedur rawatan. Saya nak hidup saya berakhir dengan cara yang baik dan aman. akit rasanya bila meluhat orang yang berada di sisi aya menangis hingga mereka terlelap. Cukuplah saya yang menanggung kesakitan ini." Ken meluahkan perasaanya dengan nada yang sangat sayu sehingga membuatkan dr. Lee berasa sedih kerana simpati terhadapnya.

"baiklah. Tapi, awak mesti berada di dalam wad. Saya dah sediakan wad khas untuk awak.

" Chan, hari ni aku masuk wad tau. Kau jaga diri baik baik. " 

 

" Kenapa kau tak beritahu kitaorang kau sakit? kenapa? Kau ingat kau boleh tanggung seorang diri? Macam mana kau selama ni bertahan? Aku tahu perasaan tu sebab aku nampak macam apa yang adik aku rasa dan aku yakin kau pun alaminya." Chan meneluarkan isi hatinya. 

Ken hanya berdiam diri kerana dia tahu rahsianya sudah tidak boleh disimpan lagi. " Chan, kalau kau kawan aku, kau tolong aku simpan rahsia ni." Ken bersuara untuk minta tolong Chan supaya merahsiakan tentang penyakit yang dialaminya.

Chan kesat air matanya dan berkata " Tak boleh. mak dan ayah kau perlu tahu

Ken pun terpaksa setuju.

"Masa aku dah tak tinggal banyak lagi. Barah aku dah merebak. Aku akan tarik diri dalam semua  pertandingan. Aku tak tahu, macam mana aku nak berdepan keluarga aku. Aku tak sanggup lihat diaorang sedih sebab aku. Aku tak nak lihat Ri menangis bila aku tak ada nanti. Sebab tulah aku simpan rahsia ni. Sakit aku akan terubat sikit bila lihat korang happy." Ken berhenti bersuara apabila melihat Chan teresak-esak menangis.

Ken tersenyum dan menyambung. "Eh Chan, kau kenapa? aku bukan nak mati sekarang. Tapi, bila aku mati nanti, aku nak semua orang hapus ingatan tentang aku. Aku tak nak semua orang ingat aku lagi. Nanti, aku sedih dekat atas sana." Ken mula bergurau untuk redakan Chan

Ken mula batuk-batuk. Mukanya pucat tapi dia tetap kuatkan diri dia. 

"kau ok tak? kau baring lah dulu." Chan mula risau melihat keadaan Ken.

"tak apa lah Chan" Ken cuba untuk bertahan .

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
namstar_chingyu
ini adalah fanfic yang pertama... so, i harap semua jagnganlah marah kalau fanfics ni tak best... :)

Comments

You must be logged in to comment
MissLola97
#1
Chapter 14: ken mati?? hell no
azure_bliss
#2
Chapter 4: Hurm, buat introduction dlu ye?
Good work, do keep up!