Summer Vacation

♬conservation between soul and body♬

♥ KEN VILLA ♥

 

           

                                  ♣ KERETA HYUN♣                                                             ♣ KERETA KEN ♣

 

Musim panas sudah tiba. 8 sekawan ini meneruskan rancangan mereka untuk pergi bercuti sebelum pertandingan menari diadakan kerana selepas sahaja musim panas, mereka akan sibuk dengan latihan dan tiada masa untuk berjumpa.

"Baiklah, semua dah ada kan? kita dah boleh bertolak sekarang" kata Ken dan kawan-kawannaya mula masukkan bagasi ke dalam kereta. "

"Hyun, kau tahukan villa aku. Jangan sampai sesat okay" sambung Ken kepada Hyun dengan nada sinis. Maklumlah, kali ini, tugas membawa kereta adalah Hyun dan tentu Ken.

"tahulah" jawab Hyun

mereka pun memulakan perjalanana dan masa untuk sampai ke villa Ken adalah selama 6 jam...

VILLA KEN 

"dah sampai pun... " kata Ri yang nampaknya sangat teruja kerana pertama kali bercuti bersama kawan-kawan. Ken mengusik Ri dengan menarik rambutnya..

"sakitlah.." Ri memandang Ken yang sedang ketawa melihat gelagat Ri dengan pandangan yang tajam. "Kalau awak buat lagi, jangan tegur saya.." amaran Ri

"uuu.. takutnya..HAHAHAHAH" kata-kata Ri langsung tidak diambil peduli oleh Ken

Tiba-tiba ada seorang pak cik tua bersut keluar dari villa itu dan menyambut mereka dengan senyuman

"Jadi, inilah kawan-kawan tuan muda?" tanya pak cik itu

"oh pakcik.. dah lama tak jumpa.." Ken terus memeluk lelaki itu. Bila dilihat, mereka sangat rapat

"hah!! korang, inilah pak cik Lee. Papa aku tugaskan dia untuk jaga villa ni." Ken memperkenalkan pakcik itu kepada kawan-kawannya

"anyeonghaseya ahjushi.." 

" Anyeonghaseyo" Pakcik itu menyambut salam mereka dengan hati yang terbuka.

dan dia menyambung " masuklah, semua sekali lapan orang kan? pak cik dah sediakan 8 bilik untuk awak semua.. Ikutlah saya.." Pak cik itu menjemput mereka semua masuk

pak cik itu berkata sambil menunjukkan jalan" pak cik rasa, kawan-kawan tuan muda ini mesti daripada golongan berada. Jadi, villa seperti ini mesti seperti rumah kediaman kamu semua.." 

Chan menyahut " saya bukan.. "

Hyun pula menyampuk " tak jadah dia.. Mak kau doktor pakar kan? sebelum meninggal, bapak kau pelumba F1 kan? Itu kau kata tak kaya? 

"tapi, aku tak sekaya korang." Chan membalas kata Hyun

" dah dah.. jangan gaduh.. kita dekat sini semuanya sama.. " giliran L pula berkata

Setelah semuanya sudah mendapat bilik, mereka berehat dan bersihkan diri.. Selepas itu turun ke luar villa untuk masak BBQ..

 

" mana Ken ni? bbq dah nak habis, batang hidung dia pon tak nampak lagi." L terjengah-jengah untuk melihat jika ada kelibat Ken

" Tak apalah, biar pak cik panggilkan Ken" pak cik Lee menawarkan diri untuk melihat keadaan Ken.

"tak apalah pak cik, rasanya dia tidur kot. Biasanya, kalau dia tak jawab phone, maknanya dia tidur. Pak cik dengan kita orang je.. " Ri berkata.

" tak sedaplah pulak kalau dia tak ada dekat sini. Diakan tuan rumah.." IU menyatakan rasa tidak selesa makan bbq tanpa tuan rumah.

" tertidurlah tu dia." kata Chan

BILIK KEN..

"sakitnya kepala.. ahhhhh" Ken menahan kesakitan. " Ken, kau kena bertahan.. Kau tak boleh lemah. Nanti ada yang tahu.." Ken cakap pada dirinya untuk menahan kesakitan.

Ubat-ubat Ken berterabur di atas lantai. Ken terbaring diatas lantai sambil memegang kepalanya.. Hidung Ken mula berdarah..

 

LUAR VILLA..

" pak cik dah kerja dekat sini lama?" tanay L kepada pakcik Lee dan kelihatan yang lain juga ingin tahu

" dah 10 tahun pak cik kerja dekat sini.. dulu pak cik adalah seorang pengemis.." belum sempat pak cik Lee habiskan bicaranya semuanya terkejut

" biar betul pak cik? " L bertanya

" betullah. Buat apa pak cik nak tipu. Dulu, pak cik meminta sedekah dekat tuan muda LEO dan Tuan muda KEN. masa tu mereka hanya kanak-kanak. Tuan muda KEN dan tuan muda LEO kesian melihat pakcik dan merayu pada Tuan pakcik iaitu ayah kepada tuan muda Ken untuk memberi kerja kepada pak cik dan tuan setuju dan menyuruh pak cik bekerja disini. Sejak itulah, pak cik sangat hormat kepada mereka sekeluarga. Walaupun mereka kaya, tetapi mereka tak sombong." Pak cik itu bercerita panjang lebar dan bertanya pula pendapat mereka tentang Ken

" Ken seorang yang sangat periang. Kadang-kadang saya cemburu degan Ken kerana dia ada segala-galanya.. Walaupun kaya, saya rasa sangat sunyi." Hyun meluahkan perasaan

" Saya pon rasa Ken ada segala-galanya. Dia ada keluarga yang bahagia. Dia ada bakat. Dia anak orang kaya. Kami semua tak sempurna macam dia." L mengiyakan pendapat Hyun tentang Ken.

" kamu pula Cik Ri? Kamu teman wanita Ken kan?" pak cik Lee bertanya kepada Ri tentang Ken

" Ken memang sangat baik. Dia sangat bertimbang rasa. Saya rasa, semua orang sayang dekat dia. Dia selalu bawa saya melawat rumah anak-anak yatim. Dari situ, saya tahu yang dia ada ramai adik angkat. " Ri bercerita pengalaman dia bersama dengan Ken

" sebenarnya Ken menghidapi... " belum sempat pak cik Lee menghabiskan percakapan dia, Ken tiba-tiba muncul. Ken memandang pak cik Lee dan menggelengkan kepalanya. perbuatan itu disedari Chan dan Ri. Ini membuatkan Ri berasa risau.

" sebenarnya Ken menghidapi apa pak cik" L ingin pak cik meneruskan bicaranya

" korang cerita pasal aku ke? apa ni, kisah aku seronok untuk dijadikan perbulan apa?" Ken bersua tanda bantahan

malam itu berakhir dengan gelak ketawa. Tapi, ada rahsia diantara Ken dengan pak cik Lee yang menjadi tanda tanya Chan dan Ri..

PeJaM CeLiK.. PeJaM CeLiK..

cuti musim panas mereka hampir berakhir dan mereka sudah bersiap berkemas untuk pulang ke rumah..

"terima kasih pak cik.. nanti kalau diberi kesihatan yang baik, Ken datang lagi" Ken ucapkan selamat tinggal kepada pak cik Lee yang selama ini memberi layanan  yang baik sejak hari pertama lagti.

" terima kasih pak cik.. nanti, kami datang lagi" mereka semua melambai pak cik Lee  dan kereta mereka mula tidak kelihatan dari pandangan pak cik Lee.

Sejak pulang dari bercuti, latihan mereka sudah bermula..

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
namstar_chingyu
ini adalah fanfic yang pertama... so, i harap semua jagnganlah marah kalau fanfics ni tak best... :)

Comments

You must be logged in to comment
MissLola97
#1
Chapter 14: ken mati?? hell no
azure_bliss
#2
Chapter 4: Hurm, buat introduction dlu ye?
Good work, do keep up!