o2.

Skema Itu Suami Aku

"Sumin!" Langkahku terhenti apabila namaku dipanggil oleh satu suara dari belakang. Hish, sapa pulak ni? Dah la aku tengah geram dengan Taehyung. Aku menoleh belakang. Oh, Seokjin rupanya. Dia tersengih-sengih memandangku. 

"Nak apa?" soalku kasar. Aku tak berniat nak berkasar dengan dia tapi itulah, kalau mood aku tak baik memang macam itu la jadinya.

"Awat ni?" dia berjalan mendekatiku. "Moody semacam ja hang," sambungnya.

"Macam mana aku tak moody, Jin sayang? Kawan baik kau tu, bagi kerja kat aku sorang je! Kat orang lain tak bagi pun," rungutku. Aku perasan senyuman Seokjin semakin lebar. "Apa sengih-sengih?! Kau seronok aku dapat kerja banyak?!" aku menjelingnya.  

"Eii... cenge la hang ni," loghat utaranya sangat tebal. Nasib baik aku faham. "Aku renyih sebab hang panggil aku sayang. Macam tak percaya ja," sambungnya lagi. 

Aku rolls eyes. "Kau tak apalah, Jin. Kerja tak banyak. Setakat jaga kantin tu sapa-sapa pun boleh."

"Sabaq la, Sumin oii... Macam hang tak kenai Taehyung tu. Dia melawak ja dengan hang. Sat lagi dia tukaq la," Jin cuba menenangkan aku.

"Tadi aku bagitau dia aku nak letak jawatan, dia diam. Lama gila kot. Lepas tu dia bukak mulut nak cakap, tiba-tiba ada dah cikgu yang panggil dia. Fuhh! Nasib baik. Kalau tak aku kena tukar pakai kasut putih pulak."

"Taehyung tak bagi hang letak jawatan ka?"

"Entah dia."

"Dia sayang hang la tu," Seokjin tergelak kecil, membolehkan dia terima 'hadiah' jelingan aku. Dia cepat-cepat berhenti gelak. "Weyh, aku nak pi bilik pengawas jap. Nak tengok jadual bertugas."

"Kan aku dah cakap kau jaga kantin, pekak ke?" 

"Ooo...betoi gak noh. Tapi aku ada kerja la ni. Sat lagi aku mesej hang," Seokjin tersenyum sebelum berjalan pergi. Patutlah dia ni pun ramai peminat. Dia sangat handsome. Berbeza dengan Taehyung, dia suka berjenaka dan murah dengan senyuman. Kalau aku nak cari suami, macam ni la yang aku cari. Bukan yang skema, perasan, bajet bagus dan sewaktu dengannya.

 

"Han, kenapa diorang pandang aku pelik?" soalku melihat semua gadis-gadis menjeling ke arahku sebelum berbisik antara satu sama lain. Dah kenapa? Buang tabiat?

"Yang ni la aku nak bagitau kau," Haneul pause seketika, membuatkan aku curious. "Ada rumour tersebar." sambungnya. 

"Rumour apa? Pasal aku ke?" Soalku lagi. Tak sangka aku pun popular. Seingat aku, orang tak sedar pun kehadiranku.

"Aku nak tanya ni. Kau jujur tau? Aku bestfriend kau."

"Okey, aku jawab dengan jujur sejujur-jujurnya," aku mengangguk.

"Kau ada apa-apa ke dengan Seokjin?" soal Haneul membuatkan aku hairan. "Jawab laaa..." rungutnya apabila aku memandangnya pelik. 

"Ada apa-apa?"

"Couple?"

"Mana ada! Dia kawan aku je," jawabku. "Rumour tu pasal aku dengan Seokjin ke?"

Haneul mengangguk. "Hweji cakap dia nampak kau dengan Seokjin kat corridor, bukan main rapat. Siap gelak-gelak lagi. Dia kata dia dengar kau panggil Seokjin sayang." ceritanya. Api kemarahan mula membara dalam jiwaku. Hweji, salah seorang dari roommate aku, memang selalu tak berpuas hati dengan aku. Entah apa masalah dia. "Lepas tu, ada orang cakap Seokjin bergaduh dengan Taehyung." Sambung Hweji lagi apabila aku mendiamkan diri. 

Seokjin bergaduh dengan Taehyung? Mustahil. Setahu aku, mereka memang akrab dan Taehyung tu pulak lurus orangnya. Biar betul ketua pengawas bergaduh. 

"Haneul, kau tak percaya si Hweji kan?" soalku. Haneul tergelak kecil sambil menggeleng kepala. 

"Memang tak arr! Kita pun tau kan dia tu dengki dengan kau. Ada je yang tak kena." Jawapan Haneul membuatkan aku lega. 

"Sebenarnya masa tu aku baru keluar dari bilik pengawas. Seokjin tegur aku, dia tanya aku kenapa aku moody. Aku pun meluahkanlah kegeraman aku dekat dia.  Aku ada panggil dia sayang tapi aku gurau je," jelasku. Haneul mengangguk. 

"Dah, kau biarkan je diorang tu. Jangan layan sangat."

 

"Jin!" aku mengambil tempat duduk di tepi Seokjin yang sedang bermain game di dalam telefonnya. Pelajar-pelajar perempuan memandang aku tajam. Ah, lantaklah! Seokjin mengangkat muka dan tersenyum lebar. Aduh, handsomenya. Kalau aku tak keras hati mesti dah lama aku angaukan dia ni. 

"Awat, adik manis?" Sengaja dia mengusikku. 

"Ish, jangan la panggil aku macam tu!" kataku membuat Seokjin tergelak. Entah apa yang lawak pun aku tak tau. "Kau tau kan pasal orang cakap kita...." aku tak nak sambung, nanti dia ingat aku syok kat dia. 

"Aku tau sangat hat tu. Tah sapa la yang pi sebaq merata ni," jawabnya. Kata-katanya seperti dia geram, tapi wajahnya masih manis dengan senyuman. 

"Ada la minah sorang ni dengki. Betul ke kau gaduh ngan Taehyung?" soalku ingin tahu. 

"Ha'ah, tiba-tiba ja dia marah aku. Sian aku," Seokjin pura-pura sedih. "La ni aku sorang ja. Taehyung tak mau cakap dengan aku."

"Ooo... Patutlah kau dengan telefon memanjang." 

"Teman la aku makan sat," Seokjin sengih mengada. Aku tak nak tapi kesian pulak dengan dia ni. Lagipun, dia kawan baik aku yang kedua selepas Haneul.

"Yelah. Kebetulan aku pun tak makan lagi. Jom masuk barisan," aku mengajaknya beratur untuk membeli makanan. Yelah, kalau duduk kat sini sampai bila pun tak dapat makan. 

"Tak apa la, weyh. Hang tunggu sini. Jaga tempat. Aku pi beli kat hang." 

Aku tersengih. "Nak belanja aku ke?" 

"Banyak cantik hang. Aku nak beli kat diri sendiri pun belum tentu lepas, lagi nak belanja hang." katanya. "Kalau tak cukup hang kerja basuh pinggan kat sini, noh?" 

"Kedekut." aku berbisik perlahan. 

"Yalah. Nasib baik hang ni 'gepren' aku, kalau tak dah lama aku boh penampaq," dia bergurau. 

Aku mengerutkan dahi. "Kau tak sayang mulut ke?!" aku menjelingnya tajam. Dia tersengih -macam selalu- sebelum beratur bersama pelajar-pelajar yang lain. 

 

- - - A/N - - - 

Apa khabar pembaca2 sekalian? Setelah berkurun ceq tak update, akhirnya ceq update jugak. Sori la kepada yang menunggu tu. Lewl, budak baru -tak sangat- merdeka, memang ler. Anyway, aku rasa cam nak buat Character Ask untuk membolehkan korang mengenali watak2 dalam cerita ni dengan lebih dekat, mana la tau kalau jalan cerita ini mengkonpiuskan. Kepada yang tktau, Character ask tu macam korang tanya pasal watak (DALAM CERITA SHJ, TKDE KENA MENGENA2 DENGAN YG BETUL). 

Contoh : "jin suka kat sumin ke?" 

Faham tak? Okok..

Watak yang terbuka utk ditanyakan soalan (so far) 

1. Sumin

2. Taehyung

3. Seokjin

4. Haneul

5. Hweji 

 

P.S. CEQ AKAN JAWAB SECEPAT MUNGKIN.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Daewon9397 #1
Chapter 2: update pls !! omg ! this is exciting
izatizatixoxo88 #2
Chapter 2: Kenapa Jin ngan V gaduh erk?Sebab Sumin ker?
taetae98
#3
Chapter 1: Haha taehyung~ you like that,, haha so weird you in nerd,, haha but you always cute,, haha palli,, update^^
LuYeon #4
Chapter 2: Story is great!
Nk tnya, Kenapa Hweji sebarkan rumour tu?
orangila
#5
Chapter 2: knpe jin ngn taehyun gduh?
comments #6
Chapter 2: jin suke sumin?
SyazaJung
#7
Chapter 2: Ohmai~ Jin speaking in loghat? Kkk kedengaran sangat kelakar but to me it's cute! Hahaha xD Weird me. Btw, cerita awak daebak. Update soon~
IzyAngel98
#8
Chapter 2: Ape masalah Hweji sebnrnyer?! -_-

By the way, so far, I love this story~~ :3
IzyAngel98
#9
Chapter 1: keke~! seronok bace. >.<
Aisyatul
#10
Chapter 1: Lol taehyung... Poyo je lbih !