o1

Skema Itu Suami Aku

SAYA SAYANG TAEHYUNG.                   SAYA SAYANG TAEHYUNG.

SAYA SAYANG TAEHYUNG.                   SAYA SAYANG TAEHYUNG. 

SAYA SAYANG TAEHYUNG.                   SAYA SAYANG TAEHYUNG. 

 

"Aaargh!!"  aku betul-betul tak puas hati. Pehal dinding dorm aku penuh dengan muka Taehyung?! Aku betul-betul rasa nak mengamuk!! Oh wait... baru aku ingat seorang roommate aku ni ada hati dengan Taehyung. Aish, kalau diikutkan nak je aku koyak-koyak poster tu. Menyemak je. Nanti ganggu tidur aku pulak. 

"Kau ni kenapa, beb? Hilang akal ke?" soal Haneul, bestfriend dan juga salah seorang roommate aku. Aku buat roll eyes

"Macam mana aku tak naik angin? Ish si Hweji ni! Kalau nak gedikkan si Taehyung tu, kat tempat lain tak boleh ke? Menyampah doe..." dengan segera aku melepaskan amarahku. Aku rasa macam badan aku betul-betul berapi. Yelah, tengah marak la katakan... Haneul gelak seronok. Aku menjeling tajam setajam pisau ke arahnya. Ni sorang lagi!

"Kau jeles ke?" soalnya mengusik. Jeles? Ewww... tak kuasa aku! Banyak lagi lelaki handsome kat dalam maktab ni.  

"Kau ni kan..." aku mencubit pehanya yang agak berisi tu. "Ouch!" dia mengaduh kesakitan. Padan muka. Baru rasa 'semut api' aku. 

"Kau ni pelik la... Dengan si Taehyung yang handsome-mandsome tu pun kau benci. Kau ada suka sapa-sapa ke?" Haneul cuba mengorek rahsia. Hmm... Seokjin? Aku tak suka pun si Seokjin tu... Aku minat sebab dia comel je. "Tak ada." jawabku sepatah. Haneul buat muka tidak percaya. Yelah, dalam maktab ni hampir semua pelajar lelaki kacak bergaya. Mana boleh percaya kalau kata tak ada yang berkenan.

"Kau ni... dengan kawan baik pun nak menipu." Haneul mencebik. Muncungnya mulut dia. Boleh aku buat gantung hanger.

"Betullah tak ada. Aku tak menilai luaran tau! Yang penting hati." Memang betul, yang penting hati tu ikhlas. Aku selalu ingat kata-kata emak. Hmm... Aku rindu emak dan ayah di kampung. Aku harap diorang sihat. Oh aku lupa pulak aku ada seorang abang. Nama dia Minsoo. Dia bekerja sebagai buruh binaan dengan Kim Holdings. Emak dan ayah tak kisah walaupun dia kerja macam tu, asalkan halal. 

Tapi aku dengar cerita, abang aku penagih dadah. Duit gajinya yang tak seberapa tu digunakan untuk membeli ecstasy. Hmm... Kalau abang aku dah gagal nak bela nasib keluarga kami, tinggallah aku satu-satunya harapan emak dan ayah. Aku akan belajar bersungguh-sungguh! 

"Sumin... Sumin... Kau berangan lagi ke?" Haneul memetik-metik jarinya di depanku. 

"Eh.. Hmm... Taklah." jawabku. 

"Kau ni... Rindu Taehyung pun agak-agaklah." usiknya. Aku mencebik. 

"Mana ada! Aku rindu family aku."

"Hmm... Yelah tu." 


"Haneul... Lagi 2 bulan baru boleh cuti...." rungutku. Aku rindu kampung aku sangat-sangat. Tambahan lagi bila aku aku tengok masakan kat dewan makan ni macam masakan emak. "Sabarlah, wey. Aku pun rindu rumah aku... Parents aku."  Haneul memujukku. Barisan untuk mengambil makanan masih panjang lagi. Jenuhlah aku menunggu.

"Hello makcik dua orang tu! Ambiklah makanan cepat! Orang lain pun nak makan jugak," sergah satu suara dari belakang. Siapa lagi kalau bukan 'orang tu'. Aku dah masak sangat dengan suara dia. Tanpa aku  sedari, memang kitorang dah dekat barisan depan. Hmm... Mood aku terus spoiled. Aku ambil makanan banyak-banyak. Biar dia tak dapat! 

"Eh, adik ni... Banyaknya ambik." tegur makcik kantin. Aku tersengih. "Sorry eh, makcik. Saya takde mood yang elok hari ni." 

Makcik tu terpinga-pinga. 'Takde mood pun makan banyak ke?' mesti dalam hati dia fikir macam tu. 

Aku dan Haneul berjalan ke meja yang mana-mana kami nak duduk. "Banyak gila kau ambik! Larat ke kau makan semua ni?" soal Haneul. "Aku yang ambik, aku laratlah." 

Sebaik sahaja aku meletakkan pinggan di atas meja, tanpa membasuh tangan aku terus makan dengan gelojoh. Haneul ternganga. "Anak dara apa kau ni, Sumin? Pengotor betul." Dah macam emak pulak Haneul ni. Aku terus makan tanpa menghiraukan dia. "Sumin... Kau tak nampak ke abang sayang kau tu ada kat depan tu?" Aku terus terserdak. 

"A-Aku tak selera nak makan." aku terus menolak pinggan nasiku yang masih banyak lauk di dalamnya. "Aku nak pergi tengok jadual bertugas."

"Pulak? Tadi bukan main gelojoh kau makan." Haneul menggeleng.

"Banyaknya!" rungutku. Jadual di depanku ditenung lama-lama. Gila banyak! Hari-hari aku kena jaga pagar, masa rehat pulak jaga kantin, masa balik pulak kena jaga kelas! Dah gila ke mamat Taehyung ni? Menyesal pulak aku datang sini. Kalau aku terus makan tadi pun tak sakit hati. Rasa macam nak letak jawatan je! 

"Bodoh kau Kim Taehyung!"  kalau aku boleh koyak jadual tu, memang dah lama aku buat. 

"Apa bodoh-bodoh?" tiba-tiba datang satu suara menyapa. Gulp. "Awak ingat elok ke curse camni?" Kan dah mula ceramah dia tu! Macamlah dia tu baik sangat. 

"Kenapa awak bagi saya tugas banyak-banyak, huh? Pengawas lain awak bagi sikit je! Yang tak bagi langsung pun takde!" aku tak puas hati. 

"Nak tau sebab apa?" Taehyung membetulkan tie dia. Huh. Jelas gaya nerd dia tu. "Satu, sebab awak ni pemalas. Kenalah bagi kerja banyak. Dua, pengawas-pengawas lain setiap minggu bertugas. Awak ada ke? Nak tengok muka awak kat depan pagar tu pun payah." 

Aku mengetap bibir. Kata-katanya aku biar tak berjawab. Memang betul pun apa yang dia kata. Tapi tak boleh la macam ni. 

"Awak tau tak kelakuan awak kat dewan makan tadi memalukan diri awak sendiri? Awak tak perasan ke junior semua tengok awak? Awak kena bagi contoh yang baik kat diorang." Dia nampak ke aku makan?

"Dah saya lapar. Saya makanlah. Yang awak sibuk kenapa?" balasku dingin. 

"Lapar? Dah lapar kenapa makan tak habis?" 

"Kenapa awak nak ceramah benda yang takde kena mengena langsung dengan ni?" 

"Sebab awak tak berdisiplin." 

Api kemarahanku membara. Aarghh. 

"Saya nak letak jawatan! Saya tak suka ada ketua pengawas yang skema macam awak!!" 

Dia diam. 

 



 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Daewon9397 #1
Chapter 2: update pls !! omg ! this is exciting
izatizatixoxo88 #2
Chapter 2: Kenapa Jin ngan V gaduh erk?Sebab Sumin ker?
taetae98
#3
Chapter 1: Haha taehyung~ you like that,, haha so weird you in nerd,, haha but you always cute,, haha palli,, update^^
LuYeon #4
Chapter 2: Story is great!
Nk tnya, Kenapa Hweji sebarkan rumour tu?
orangila
#5
Chapter 2: knpe jin ngn taehyun gduh?
comments #6
Chapter 2: jin suke sumin?
SyazaJung
#7
Chapter 2: Ohmai~ Jin speaking in loghat? Kkk kedengaran sangat kelakar but to me it's cute! Hahaha xD Weird me. Btw, cerita awak daebak. Update soon~
IzyAngel98
#8
Chapter 2: Ape masalah Hweji sebnrnyer?! -_-

By the way, so far, I love this story~~ :3
IzyAngel98
#9
Chapter 1: keke~! seronok bace. >.<
Aisyatul
#10
Chapter 1: Lol taehyung... Poyo je lbih !