BAB 2

My Precious : He's Going to Leave Me
Please log in to read the full chapter

         Yongguk memperkemaskan kemeja biru yang sedang dipakainya di depan cermin. Dia perlu ke mahkamah lebih awal hari ini memandangkan ada kes yang perlu dibicarakan. Dalam kepalanya ligat memikirkan cara untuk membela anak guamnya. Segalanya telah dirancang dengan teliti sebelum ini.

          Setelah mengikat tali lehernya, dia segera menuju ke meja kerjanya dan briefcase nya di atas kerusi dicapai. Yongguk melangkah ke arah katil dan mencium dahi isterinya yang masih tidur nyenyak. Semenjak dua menjak ini In Young selalu kena insomnia. Jadi dia akan selalu terlajak tidur sampailah ke tengahari sebab malam dia tak dapat tidur nyenyak.. Tapi Yongguk tak kisah semua itu.

          Walaupun sekarang dia yang seratus peratus perlu menguruskan rumah, dia tak kisah kerana dia sayangkan In Young. Lagipun hanya ada mereka berdua saja di rumah besar itu. Dan sampai sekarang dia masih rasa bersalah terhadap In Young walaupun isterinya itu kini dapat menerima takdir hidup mereka.

           Pandangannya dialihkan pula pada meja di sebelah katil. Makanan dan minuman yang ditutup dengan penutup di atas meja yang dikhaskan untuk In Young berdekatan dengan katil mereka dipandang sekilas. Setelah memastikan semuanya sudah siap dan Yongguk berpuas hati, barulah dia melangkah keluar dari bilik itu untuk ke tempat kerja.

          "Yongguk."

          Yongguk yang sedang memeriksa data rekod jenayah salah sebuah anak guamnya dari tempat duduknya itu mengangkat kepala memandang seorang gadis yang berdiri terpacak dihadapan mejanya.

          Sojin memandang Yongguk dengan wajah yang sengaja dimaniskan. Sebenarnya sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Yongguk, tapi Yongguk je yang buat tak layan kerana Sojin bukan jenis perempuan yang diminatinya. Sojin agak suka bersosial walaupun dia juga bekerja sebagai salah seorang peguam di situ.

          "Kau free tak lepas kerja ni?" Soal Sojin.

          "Kenapa?"

          "Aku nak belanja kau makan.." Katanya dan tersenyum lagi. Yongguk terdiam dan dia kembali menghadap kerjanya. "Aku nak kena teman isteri aku." Pendek saja jawapan Yongguk. Dia malas mahu melayan Sojin yang menggedik dengannya.

          Riak wajah Sojin berubah.

          "Aku kadang-kadang hairan dengan kau ni Yongguk, aku layan kau setiap hari, aku cuba ambil perhatian kau setiap hari. Tapi kau buat bodoh je. Kau tak tau ke dah lama aku tunggu kau ceraikan isteri kau yang bodoh tu? Sekarang dia dah buta, tapi kau masih lagi nak simpan dia!" Sojin mula menengking. Nasib baik tiada orang yang lalu lalang di

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 4: sedih, itu yg saya blh cakap, malah masa lagu aerosmith - i don't wanna miss a thing tu, tiba2 mengalir air mata. btw overall u'r story daebak! nice *thumbs up*
teatee
#2
Your review is ready! x
BlueRainbow3117
#3
Chapter 4: :") Wah..rupanya Yongguk lah suami In Young sendiri yang dermakan mata dia..Yongguk :") betul2x cintakan isteri dia sangat-sangat..
Happy ending.. :") Gembira juga akhirnya In Young dapat melihat semula dan hidup bahagia dengan anak mereka In Guk bersama Youngjae... :")
BlueRainbow3117
#4
Chapter 3: No~!! :"( Yongguk...dah 'pergi'.. Seriously,sedih sangat lah.. :"( Kenapa waktu nie juga Yongguk kena 'pergi' dulu... :"( Tapi mesti In Young tengah mengandung kan...Kesiannya In Young dan anak mereka... :"(
BlueRainbow3117
#5
Chapter 2: *nangis* Yongguk ada kanser otak peringkat empat???? :"( Banyak nya dugaan... T^T Ini tak boleh jadi!! :"(
BlueRainbow3117
#6
Chapter 1: TTT^TTT Sobs..Saya nangis lah bila baca chapter nie..Kesiannya In Young..Setiap hari nangis..Saya tak dapat bayangkan tragedi tu berlaku betul2x waktu hari lahir In Young.. :"(
Begitu kuat hubungan Yongguk dengan In Young sebagai suami isteri biarpun tragedi menguji dorang berdua.. :')
LovelyIna
#7
Chapter 4: Aigoo~ ff ni bukan genre fluff lah syg.. yg ni genre angst... nseb baik sy baca dulu ff ni sblum bt poster ><" sbb sy ingt nk bt genre fluffy dah tadi... tpi bila baca komen, smua ckp sedih ~~

anyway, mmg sedih pun.. xpe2 dah baca dh, so ada feel nk bt poster..
and not to forget, ff ni nice =) yongguk jadi suami yang sangat baik~ omg! fall in lob with him xD
Daevil_1004
#8
Chapter 4: Sedeynya~ Huhu t_t Yongguk *meraung*
Exotic_Baby_99
#9
Chapter 4: sobz... Sobz..... :'( seriuosly cerita nie sedih.... Nasib baik sye bukan jenis yg senang nangis... Klw x dah banjir da bantal sye.... Huhuhu.... Nice fic Author-nim... I like sad fic.... Sorry sye mls nak subscribe...