BAB 1
My Precious : He's Going to Leave MeSuasana di dalam bilik Kim In Young suram. Dia yang sedang duduk termenung di biliknya mengambil nafas dalam-dalam. Dia bermain-main dengan jari jemarinya sendiri. Sedaya upaya dia menahan tangisnya. Dia sudah penat menangis. Hampir setiap hari dia menangis mengenangkan nasib dirinya sampai dia rasa penat mahu menangis lagi..
In Young mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tidurnya. Tongkat yang tersandar di dinding di capai perlahan. Dengan perlahan-lahan, In Young bangun. Langkahnya di jaga-jaga agar dia tidak tersandung. Tongkat miliknya di halakan ke kiri dan kanan supaya tiada sesuatu yang menghalang langkah kaki nya menuju ke dapur.
Bunyi seseorang sedang memasak di dapur menghentikan langkah In Young. Dia tersenyum nipis dan menuju ke sana. In Young menghampiri seseorang yang sedang memasak hidangan tengahari di dapur rumah milik mereka.
Dapur itu... Sepatutnya dia yang sering guna untuk memasak. Dan sekarang, setelah dia buta, suaminya pula yang sering menggunakannya. In Young menghampiri Bang Yong Guk, suaminya yang sudah dia kahwini selama dua tahun.
Yongguk yang sedang menghidangkan makanan menghentikan kerjanya dan dia berdiri tegak memandang isterinya.
"In Young.. Kenapa awak dekat sini.." Yongguk menyoal lembut. Dia memandang sayu wajah isterinya yang semakin hilang serinya. Hati Yongguk serta merta berubah sayu.
"Mianhae, Yongguk.." In Young berkata dan tertunduk. Dia menangis perlahan.
Yongguk terdiam dan memeluk tubuh isterinya.
"Semua ni salah saya.. Awak tak perlu nak minta maaf, In Young.. Saya yang patut minta maaf dekat awak.." Yongguk memeluk erat tubuh In Young.
Walaupun mereka baru berkahwin selama 2 tahun, perkahwinan mereka diuji dengan satu ujian yang langsung tak dapat ditanggung oleh In Young dan Yongguk sendiri. Tragedi yang terjadi pada hari lahir In Young betul-betul menguji hubungan mereka pada masa itu. Mungkin ini sudah takdir...
(FLASHBACK~~~)
"Yongguk.. saranghae.."
In Young mengucapkan perlahan sewaktu mereka di dalam kereta. Dia memeluk manja lengan suaminya yang sedang memandu.
Comments