BAB 4
My Precious : He's Going to Leave MeAngin bertiup kuat pada malam itu. In Young yang duduk berseorangan di biliknya membiarkan angin malam bertiup ke arahnya. Sengaja dia membiarkan tingkap beranda biliknya terbuka.
"Unnie.." Bang Min Ah, adik bongsu Yongguk memanggil. Dia baru saja masuk ke bilik In Young.. Min Ah melangkah menghampiri In Young yangsedang duduk di atas katilnya berseorangan. Dia yang mahu duduk terus tak jadi apabila melihat tingkap beranda terbuka. Min Ah menggosok-gosok lengannya kerana kesejukan. Unnienya tak sejuk ke? Fikirnya.
Setelah tingkap ditutup dan dikunci, Min Ah duduk di sebelah In Young yang asyik termenung tak sudah-sudah. "Unnie.."
In Young dengan pantas memotong kata-katanya, "In Young rindu Yongguk, Min Ah.." In Young berkata perlahan dan menangis lagi. Sudah seminggu Yongguk meninggalkannya.
"Kadang-kadang unnie hairan, kenapa Tuhan biarkan unnie hidup masa kemalangan dulu. Kalaulah unnie tau yang Yongguk akan pergi jugak, unnie takkan bangun, Min Ah..." In Young menangis teresak-esak.
Terlampau banyak kenangan dia dan Yongguk bersama. Selama 2 tahun. Dia takkan pernah dapat lupa semua kenangan bersama Yongguk sepanjang waktu itu. Hatinya yang sakit hanya Tuhan saja yang tahu. Sekarang dia dah tak ada sesiapa lagi. Tak ada orang yang akan jaga dia lagi.. Tak ada yang sama macam Yongguk lagi.
"Unnie.. oppa kena pergi.. mungkin masa dia dah sampai.. Min Ah pun sedih juga bila dapat tahu Yongguk oppa dah meninggal.." Min Ah memujuk In Young dan memeluk perempuan itu. Dia sedaya upaya menahan tangisnya. Dia amat sayangkan oppanya. Yongguk cuma satu-satunya oppa yang dia ada..
"Mungkin unnie tak dapat teruskan hidup dengan oppa dekat dunia ni, tapi siapa tau yang unnie akan dapat jumpa dia dekat 'sana' dan hidup bahagia dengan oppa?" Sekali lagi Min ah bersuara. Air matanya mengalir perlahan dan dia menutup matanya sebentar sebelum membukanya kembali.
In Young menangis teresa-esak. "Unnie..tidurlah ya.. Yongguk oppa mesti taknak tengok unnie sedih macam ni. Nanti kesian dekat baby dalam perut unnie ni..." Min Ah memujuk. In Young akur apabila terkenangkan anak yang sedang dikandungkannya. In Young berbaring dan Min Ah membetulkan selimut itu agar In Young selesa. Dia telah dipertanggungjawabkan oleh Yongguk untuk menjaga In Young.
"Kalau oppa dah tak ada nanti, Min Ah tolong jaga In Young ya.."
Kata-kata Yongguk dulu terngiang-ngiang di telinganya. Min Ah keluar dari bilik itu setelah membetulkan selimutnya. Pintu bilik ditutup rapat dan kini tinggal In Young berseorangan didalam bilik.
In Young berbaring mengiring ke kanan sambil memandang bahagian tempat tidur Yongguk yang sudah kosong. In Young menangis sepuas hati. Suasana bilik yang kelam-kelam dengan cahaya lampu tidur nya hanya kedengaran esak tangis In Young. Dia memegang dadanya dan bajunya dipegang sehingga renyuk. Hatinya sakit. Teramat sakit.
Yongguk disebelah hanya memandang tanpa dapat berbuat-apa-apa. Dia memegang pipi isterinya,namun dia tahu, iste
Comments