2Hot student!!

We are popular okay!!

Jeritan 'keterujaan' daripada pelajar lelaki dan perempuan memenuhi ruang sepanjang koridor ke kelas 1 Galaxy. Kim Namjoo dan Kim Yun Ni berjalan dengan selamba. Masing-masing tidak menghiraukan jeritan-jeritan daripada peminat mereka. Untung sahaja mereka berdua memakai earphone, jika tidak mungkin dah pekak tiga tahun dulu time mula-mula popular.

"GT_Girl makin cool la."

"Diorang comel sangat."

"Aku admire la dengan Namjoo yang cantik tu."

"Aku lagi admire dengan Yun yang comel + bijak bestari tu."

Itulah antara ulasan yang dapat didengar sepanjang koridor.

Namjoo menguis habuk di bahu kanannya membuatkan jeritan daripada peminat-peminatnya semakin gamat. Dia tersenyum sinis. Kenapalah aku ni dilahirkan cantik sangat. Dia tersengih.

Yun memandang Namjoo yang tengah tersengih. Berangan la tu. Dia memandang pelajar-pelajar yang berdiri di kiri dan kanan koridor yang memberi laluan dia dan Namjoo untuk berjalan. Bila lah diorang ni nak insaf.

Mereka berdua serentak berhenti di hadapan pintu 1-3. Joo mencuit bahu Yun. Melihat anggukan daripada Yun, Namjoo memulas tombol pintu. Pintu dibuka. Yun dan Namjoo serentak melangkah masuk ke dalam. Suasana yang bising tiba-tiba sunyi. Semua mata memandang ke arah mereka.

"Waaaaa.... Student perempuan la." Mendengar sorakan dari seseorang yang bernama Jongin (Yun sempat skodeng tag nama dia) kelas kembali riuh bersorak mengalu-alukan kedatangan mereka berdua. Masing-masing membuat permintaan untuk Yun dan Namjoo duduk disebelah mereka. Namjoo buat muka gedik manjanya. Yun mula buat muka poker.

"Diorang ni memang tak pernah jumpa perempuan ke? Habis tu, mak diorang ni semua jantina apa?" Bisik Yun ke telinga Namjoo apabila melihat efek bling-bling di mata pelajar-pelajar lelaki kelas 1-3 itu.

"Tak la, aku rasa diorang ni mesti baru lepas dari penjara. Muka semua tak de masa depan pun (author-nim minta maaf sangat2). Tengok la mamat perangai macam ungka tu." Ujur Namjoo memuncungkan bibirnya ke arah kumpulan EXO. 

Yun menggeleng-gelengkan kepalanya. Kenapalah omma campak aku yang bijak bestari ni kat kelas kanak-kanak istimewa ni. Dah lah muka-muka dalam kelas ni semua ni muka penjenayah. Yun kembali memandang Namjoo. Nampak sudah cahaya kebahagian di wajah sahabat baik merangkap sepupunya itu apabila bertentangan mata dengan Youngjae yang memandang ke arah mereka dengan dahi berkerut. 'Ni lagi masalah aku kena tanggung.' Bisik hati Yun membawa begnya mencari tempat duduk kosong.

 

N memandang surat di tangannya. Dia tersenyum sinis. (bayangkan je muka dia dalam citer ni macam muka dia dalam lagu Voodoo doll). Apa punya lapuk la bagi surat segala bagai. Mesej tak boleh agaknya. Surat itu sekali lagi dibaca.

Datang ke bilik seni sekarang. You alone!! Jangan bagi tau sesiapa pasal surat ni, event dia ahli kediaman kau. Do it or kau akan menyesal untuk selamatnya.

 

Suho menggenggam erat surat yang baru diterimanya. Aceh, ingatkan surat cinta. Tah apa-apa ntah. Isi kandungan surat itu dibaca sekali lagi. Ni dah kes ugut dah ni.

Datang ke bilik seni sekarang. Urgent. Don't tell anybody about this letter, atau kau akan menyesal. Jangan paksa aku main kasar.

Suho mencebik. Da la cakap bahasa Uganda. Ingat aku paham ke?

 

Datang ke bilik seni sekarang. Kalau kau tak nak hantu kat sekolah ni mengamuk, kau kena ambil sesuatu di bilik seni yang akan melindungi kau dari semua tu. Jangan ajak yang lain. Ini tanggungjawap kau sebagai leader.

Wajah Rome berubah pucat. Han...Hantu. Sekolah ni memang berhantulah. Dia kembali membaca surat itu. Aku mesti pergi bilik seni. Mesti!! Tekad hati Rome.

 

Datang ke bilik seni sekarang atau kembar-kembar kau akan ditimpa malapetaka.

Taehyung menyinga. Aku paling tak suka orang touch kembar aku. (RM tak terpilih dapat surat ni sebab dia takut dengan V)

 

Datang ke bilik seni sekarang, sesuatu yang menarik akan muncul.

Yongguk tersengih. Kau ingat aku percaya. Dia menghulurkan surat itu kepada Youngjae. " Ada orang bagi kau. Dia suruh kau pergi sorang." Katanya sambil menayang gigi.

 

Aku tau yang kau tak kan dengar cakap aku, tapi tolong lah. Demi keselamatan abang kesayangan kau tu. Kau kena pergi ke bilik seni sekarang. Aku tau kenapa kau sayang giler dengan abang kembar kau tu.

Surat yang baru diterimanya itu dikoyak sehingga menjadi cebisan yang kecil. Ren memandang ke arah Tao yang sedang membaca buku. Perlahan-lahan dia melangkah keluar daripada kelas 1-3.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
izzxoxo #1
Chapter 18: mohon banyak bersabar....MissL...tabah ni dugaan allah....percayalah sebalik semua yg MissL hadapi tentu ade hikmahnye....mungkin something worse than this thing could happen...jadi saya ucapkan banyak banyak takziah...mohon banyak bersama...cerita ni please sambung...DYA mohon sangat-sangat seriyesle cita ni daebak
RMnEXO
#2
Chapter 18: Innalillah.. MissL, buat banyak2 bersabar ye? Sama mcm aiyani dan hazwanizahari.., sye x kisah pun kalau ff ni nk dismbung atau x.. Jngn slh fhm dngn mksd sye.. tpi, you know.. when both our parents gone away, its must feeling so sad.. :( Saya turut menumpang kesedihan awak (MissL).. Tabahkan hati dan jangan putus asa! You can, MissL! FIGHTING!!!
aiyani
#3
Chapter 18: yA Allah!, takziah..... banyak-banyakkan bersabar ya~ Saya x kisah kalo citer ni disambung atau x... yang penting missl jaga kesihatan dia & stay strong! banyakkan berdoa kepada arwah, insya Allah, kerinduan awak pasti akan terubat. :D jangan lupa jaga kesihatan, saya yakin arwah mesti sedih kalo awak asyik sedih jer.
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 18: takziah to missL.. saya x kisah pun samada nk smbung or x cite ni.. kalo ade sye bce kalo x, x pe sye fham.. stay strong :)
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 17: apa yg berlaku sbnrnya?? sya x berapa nak pham..
RMnEXO
#6
Chapter 16: Oh my.. Ray kncing dlm sluar..
Tk dpt nk byngkn bile bende tu jdi dpn mte sye.. xD ;3 LOL
Lay_La
#7
Chapter 16: Klakar seyh
Update lgy
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 16: x de keje cari gaduh ngan orng kalo bosan.. adoi.. lawak gile ray terkencing dlm seluar sbb kris ngan yun jerit kt dia xD
93Hanafayana #9
Chapter 13: Ahahah update soon
midnite_halo
#10
Chapter 14: apa pulak yg yun rancangkan ni.. lucu pula.. perangai drg bgtu sbb d'smpah oleh llki2 yg jelos dgn emak drg.. lol